HCTM Hargai Bakti Warga Hospital, Seramai 485 Terima Anugerah Perkhidmatan

27 Sep 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan HCTM 2026 pada 25 September 2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.

Majlis tersebut merupakan manifestasi penghargaan pengurusan universiti dan hospital terhadap komitmen, kesetiaan serta dedikasi warga hospital yang memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, yang mewakili Naib Canselor UKM.

Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dr. Ismanizan menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada seramai 485 penerima anugerah pada malam tersebut. Daripada jumlah itu, seramai 310 staf menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 153 menerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun, manakala 22 menerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung simbolik pra pelancaran Rumah Perantaraan HCTM dan Studio HCTMTV yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Encik Ahmad Rizal Adnan.

Sebagai sebuah hospital pengajar, HCTM memikul tanggungjawab besar dalam menjaga nama dan reputasi UKM melalui kepakaran, profesionalisme, integriti serta sifat empati. Justeru, kualiti perkhidmatan perubatan tidak hanya diukur melalui kecanggihan teknologi semata-mata, sebaliknya menerusi ihsan dan rasa tanggungjawab semasa melayani pesakit serta ahli keluarga mereka.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh ARTISUKMA UKM, sesi 15 cabutan bertuah serta penyampaian Anugerah Pesona Anggun Kategori Lelaki dan Wanita. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman; Pendaftar UKM, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud; Pengarah HCTM, YBhg. Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin; serta Pengerusi Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan HCTM merangkap Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Encik Mursidi Ahamad.

 


 

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1c7UkMyv7p/

Unit Fisioterapi HCTM Ukir Kejayaan di MATCVS 2026

27 Sep 2026 2026, Berita

Disiplin Pembedahan dan Penjagaan Kritikal, Unit Fisioterapi yang diketuai oleh Dr. Katijjahbe Md Ali, terus melakar prestasi cemerlang dalam memacu perawatan terkehadapan bagi pesakit sternotomi. Menerusi kolaborasi strategik bersama Unit Kardiotorasik Surgeri, Jabatan Surgeri dan Unit Pemulihan Kardiorespiratori, Pusat Jantung dan Paru-paru, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pasukan ini berjaya memperkenalkan pendekatan pemulihan yang lebih inovatif dan berasaskan bukti saintifik.

Pada Kongres Tahunan ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ด๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ค ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ท๐˜ข๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ (MATCVS 2026) yang ke-26 di Sheraton Petaling Jaya baru-baru ini, pasukan tersebut telah membentangkan analisa awal kajian rintis Fasa II dan III yang prospektif, secara rawak dan terkawal bagi menilai keberkesanan intervensi ๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฏ๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (ESpIRiT) selepas pembedahan sternotomy .

Komitmen berterusan terhadap penyelidikan translasional ini terbukti apabila warga Unit Fisioterapi meraih tempat teratas dalam kategori ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ฏ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ (YIA) dan ๐˜๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฆ ๐˜—๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ) di MATCVS 2026:

Tempat Pertama (YIA): Suriah Ahmad (Pegawai Pemulihan Anggota U9)
Kajian: “๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜š๐˜ฆ๐˜ต๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด ๐˜œ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜“๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฃ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ (๐˜Œ๐˜š๐˜—๐˜๐˜™๐˜๐˜›): ๐˜ˆ ๐˜™๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ.”

Tempat Kedua (YIA): Pn. Nurdiyana Ismail (Pegawai Pemulihan Anggota U10)
Kajian: “๐˜๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ค๐˜ต ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฏ๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (๐˜Œ๐˜š๐˜—๐˜๐˜™๐˜๐˜›) ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ด๐˜บ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ค ๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ: ๐˜ˆ ๐˜™๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ป๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ต๐˜ฉ ๐˜›๐˜ฉ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฆ-๐˜”๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ-๐˜œ๐˜ฑ.”

Tempat Ketiga (YIA): Suriah Ahmad (Pegawai Pemulihan Anggota U9)
Kajian: “๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜œ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜“๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฃ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜Œ๐˜ท๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ˆ๐˜ง๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜บ: ๐˜ˆ ๐˜”๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ช-๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜–๐˜ฃ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜บ.”

Tempat Ketiga (Free Paper Presentation): Dr. Katijjahbe binti Md Ali, Ph.D (U12)
Kajian: “๐˜š๐˜ข๐˜ง๐˜ฆ๐˜ต๐˜บ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฏ๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜บ: ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด ๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜ข ๐˜™๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ”

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas dedikasi dan pencapaian membanggakan yang mengharumkan nama HCTM di peringkat kebangsaan.

 


Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/18XAeF7Uey/

Kursus Pengurusan Kekerasan Dan Buli Perkukuh Keselamatan Warga Kerja Kesihatan

21 Sep 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bersama Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS), hari ini menganjurkan Kursus Pengurusan Kekerasan dan Buli Terhadap Pekerja Kesihatan bagi memperkukuh pengetahuan, kesedaran dan kemahiran warga kerja dalam menangani isu kekerasan serta buli di tempat kerja.

Kursus yang berlangsung selama dua hari itu telah diadakan di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaโ€™afar, HCTM dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, harmoni dan bebas daripada kekerasan, ancaman serta buli.

Dalam ucapan perasmian, Pengarah HCTM, Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, menegaskan bahawa setiap warga kerja berhak menjalankan tanggungjawab dalam persekitaran yang selamat, dihormati dan bebas daripada sebarang bentuk kekerasan serta buli. Pada masa yang sama, setiap insiden perlu ditangani secara profesional, berstruktur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau turut menekankan bahawa isu buli di tempat kerja perlu diberikan perhatian serius kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk secara fizikal, verbal, ugutan, penghinaan, gangguan, intimidasi, pengasingan serta tingkah laku berulang yang boleh menjejaskan kesejahteraan warga kerja.

Kursus ini turut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam pengurusan insiden, termasuk Code Grey, early recognition, de-escalation, team response, MyHELP, Psychological First Aid serta peranan kepimpinan penyelia.

Penganjuran kursus ini diharapkan menjadi antara usaha berterusan HCTM dalam memperkukuh budaya keselamatan, kesejahteraan, saling menghormati dan keprihatinan dalam kalangan warga kerja kesihatan, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat.

 


 

Galeri Foto: https://www.facebook.com/share/p/19e3Kqnc5R/

HCTM Dekati Masyarakat Hulu Selangor Melalui Program โ€˜Mari Berjumpa Pakar Kesihatanโ€™

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Surgeri dan Advanced Surgical Skills Center (ASSC) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat โ€˜Mari Berjumpa Pakar Kesihatanโ€™ sempena Bulan Kesedaran Penyakit Vaskular Peringkat HCTM 2026, yang berlangsung pada 9 dan 10 September 2026 di Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Program yang dirasmikan oleh Pengarah HCTM, YBhg. Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, itu merupakan inisiatif tahunan hospital dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit vaskular, khususnya berkaitan gejala, faktor risiko, pengesanan awal, pencegahan, penjagaan dan rawatan.


Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata program ini telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya di luar HCTM. Sebelum ini, program sama telah dilaksanakan di Daerah Manjung, Perak pada 2024 dan Daerah Mersing, Johor pada 2025, manakala Kuala Kubu Bharu telah dipilih sebagai destinasi sasaran bagi tahun ini.


Program selama dua hari yang bermula hari ini menawarkan pelbagai aktiviti kepada masyarakat setempat, termasuk saringan kesihatan percuma bagi penyakit salur darah dan buah pinggang, ceramah kesihatan serta sesi khidmat nasihat bersama pakar.


Masyarakat setempat berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan daripada pakar vaskular dan nefrologi, sekali gus mengetahui tahap kesihatan salur darah dan buah pinggang.


YBhg. Datoโ€™ Dr. Azmi turut menyeru masyarakat agar menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai amalan serta segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda atau gejala berkaitan penyakit arteri dan vena.


Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Hospital Kuala Kubu Bharu, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (PKDHS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Hulu Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS), Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Hulu Selangor (JPNIN), dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).



Galeri Foto: https://www.facebook.com/share/p/1FK4DKGUyU/

HCTM Perkukuh Budaya Keselamatan Pesakit Melalui Program Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026

9 Sep 2026 2026, Berita

Sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Unit Kawalan Infeksi komitmen terhadap keselamatan pesakit menerusi penganjuran Program Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 Peringkat HCTM yang diadakan pada 9 September 2026, jam 2.30 petang bertempat di Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaโ€™afar, HCTM.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM menegaskan bahawa keselamatan pesakit merupakan asas tunjang kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan beretika yang berpusatkan kepada pesakit.

Menurut beliau, tema โ€œSafe Care for Noncommunicable Diseasesโ€ dengan slogan โ€œSafe Care for Lifeโ€ yang diketengahkan amat bertepatan dengan cabaran perkhidmatan kesihatan masa kini, khususnya dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan serta pengurusan secara berterusan dalam jangka masa panjang.

โ€œKeselamatan pesakit perlu diberikan perhatian pada setiap peringkat perjalanan rawatan, bermula daripada proses diagnosis, penggunaan ubat-ubatan, prosedur dan pembedahan sehinggalah kepada pemantauan serta peralihan penjagaan,โ€ katanya.

Seluruh warga HCTM diseru agar sentiasa menilai semula amalan kerja seharian, khususnya dari aspek komunikasi, pengesahan identiti pesakit, ketepatan ubat, rawatan dan prosedur serta keberanian untuk bersuara sekiranya terdapat perkara yang boleh menjejaskan keselamatan pesakit.


Galeri foto: https://www.facebook.com/share/p/1Ju523kvZg/

HCTM Anjur Ceramah Perdana Bulan Kemerdekaan dan Maulidur Rasul

3 Sep 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Komunikasi Korporat telah menganjurkan Ceramah Perdana bertajuk Kepimpinan Unggul, Jiwa Merdeka: Meneladani Akhlak Rasulullah SAW sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Maulidur Rasul 1448H/2026M di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaโ€™afar, hari ini. Sesi ceramah tersebut disampaikan oleh Sahibus Saadah Dato’ Dr. Haji Badli Shah Haji Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan patriotisme serta menghayati iktibar perjuangan dan akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kalangan warga kerja hospital. Sebagai petugas barisan hadapan kesihatan, penghayatan nilai kemerdekaan jiwa dan semangat keprihatinan berteraskan sunnah amat penting bagi membentuk modal insan yang berdaya tahan, berintegriti dan berdedikasi.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini, Pengarah Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, YBrs. Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafa, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM) Fakulti Perubatan UKM, ahli-ahli Pengurusan HCTM dan warga kerja hospital.

 


Galeri Foto: https://www.facebook.com/share/p/19SbXCDLzY/?mibextid=wwXIfr

HCTM Perkasa Komunikasi Inklusif Melalui Kursus Bahasa Isyarat

27 Ogo 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh komitmennya menerusi penganjuran Kursus Bahasa Isyarat HCTM: Memperkasa Komunikasi Inklusif dalam Perkhidmatan Kesihatan hari ini.

Kursus berkenaan yang memberi penekanan kepada penguasaan asas bahasa isyarat dalam kalangan warga hospital itu diadakan sebagai usaha meningkatkan keupayaan petugas berkomunikasi dengan pesakit daripada komuniti orang kurang upaya pendengaran.

Pengarah HCTM, Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin berkata, komunikasi yang jelas, berkesan dan penuh empati amat penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kerana setiap maklumat berkaitan gejala, prosedur rawatan, pengambilan ubat dan tindakan susulan boleh memberi kesan secara langsung terhadap keselamatan serta kesejahteraan pesakit.

Menurut beliau, penguasaan asas bahasa isyarat bukan sekadar kemahiran tambahan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha HCTM menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra, inklusif dan menghormati keperluan setiap pesakit.

โ€œWalaupun hanya melalui beberapa isyarat asas seperti memberi salam, bertanya khabar, menunjukkan arah atau menerangkan sesuatu tindakan mudah, usaha tersebut mampu memberikan keyakinan kepada pesakit serta membuatkan mereka berasa lebih dihargai, selamat dan difahami,โ€ katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Kursus Bahasa Isyarat HCTM di Dewan Serbaguna 2, Bangunan Tambahan HCTM, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif tersebut turut selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 10 yang menekankan usaha mengurangkan ketidaksamaan.
Peserta kursus bukan sahaja didedahkan kepada asas bahasa isyarat dan teknik komunikasi, malah perlu memahami perspektif, emosi serta keperluan komuniti orang kurang pendengaran bagi membentuk interaksi yang lebih berempati.

Kursus tersebut merupakan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kualiti, Jawatankuasa SDG HCTM, dan Unit Latihan dan Perkembangan Kerjaya, Jabatan Sumber Manusia.


Galeri Foto: https://www.facebook.com/share/p/1JLRJUS3co/

Hari Sukan TASKA HCTM 2026 Meriahkan Aktiviti Anak-anak

27 Ogo 2026 2026, Berita

Hari Sukan TASKA Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tahun 2026 telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 dalam suasana ceria dan penuh kemeriahan dengan penglibatan seramai 66 orang anak-anak TASKA. Aktiviti sukan ini juga melibatkan para pendidik serta ibu bapa untuk menyertai pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Majlis perasmian yang berlangsung di Foyer Lobi Utama, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan itu dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Program ini diadakan secara tahunan sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menyokong perkembangan fizikal, mental dan sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam ucapan perasmian, Datoโ€™ Dr. Azmi merakamkan penghargaan kepada pihak TASKA HCTM, jawatankuasa penganjur, para pendidik serta ibu bapa atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan. Menurut beliau, penganjuran Hari Sukan TASKA bukan sahaja dapat memeriahkan aktiviti kanak-kanak, malah mengeratkan hubungan antara pihak TASKA dengan ibu bapa.

Beliau berkata, penglibatan ibu bapa secara aktif turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang membina keyakinan anak-anak untuk mencuba perkara baharu. Hari Sukan TASKA turut dilihat sebagai satu wadah pembelajaran yang penting bagi perkembangan awal kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan dan permainan berpasukan, serta meningkatkan koordinasi motor, membina keyakinan diri serta memupuk semangat kesukanan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah padanan stokin dan memakai baju anak, aktiviti tambal bentuk, aktiviti bola dalam bakul, cari jongkong emas, pindah bola guna pinggan dan lain-lain.
Hari Sukan TASKA HCTM 2026 bukan sekadar medan untuk bermain dan bersukan, sebaliknya menjadi pengalaman bermakna dalam membentuk anak-anak yang aktif, yakin, berani mencuba serta menghargai nilai persahabatan dan kerjasama.


Galeri Foto: https://www.facebook.com/share/p/19Uv5gJTRL/

 

Membudayakan Kebersihan Tangan demi Keselamatan Pesakit, HCTM Anjur Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2026

19 Ogo 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia telah melancarkan Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia (World Hand Hygiene Day) peringkat hospital pada 19 Ogos 2026, jam 9.00 pagi tadi dalam satu majlis ringkas di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaโ€™afar. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Sambutan tahunan ini bukan sahaja satu simbolik peringatan, malah merupakan platform strategik untuk memperkukuh budaya keselamatan pesakit serta meningkatkan mutu penjagaan kesihatan yang berterusan. Amalan kebersihan tangan adalah elemen yang paling asas namun paling kritikal dalam memutus rantaian jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (Healthcare-Associated Infections atau HAIs).

โ€œSama ada doktor, jururawat, ahli farmasi, pegawai sains, pembantu perawatan kesihatan, kakitangan sokongan mahupun pelawat, setiap individu memikul tanggungjawab untuk mengamalkan kebersihan tangan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kita semua memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian penularan mikroorganismaโ€, ucapnya dalam majlis perasmian tersebut.ย 

Datoโ€™ Dr. Azmi juga menyeru seluruh warga HCTM agar terus menghayati dan mengamalkan prinsip “My Five Moments for Hand Hygiene” yang disyorkan oleh WHO. Amalan ini perlu disokong melalui program pendidikan berterusan, pemantauan berkesan, serta pembentukan sikap saling mengingatkan dalam kalangan rakan sekerja.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Unit Kawalan Infeksi yang dipimpin oleh Dr. Sharifah Azura Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Program, serta ahli yang bertungkus-lumus menjayakan penganjuran majlis berkenaan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan), dan Encik Mursidi Ahamad (Timbalan Pengarah Pentadbiran).

 


 

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1XBt9ctgFN/

 

Tahniah HCTM! Unggul Sebagai Hospital Rakan Bayi 2026โ€“2029

31 Jul 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah berjaya menerima pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi bagi tempoh 14 Mei 2026 hingga 13 Mei 2029. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga HCTM atas kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kualiti, keselamatan pesakit dan kecemerlangan perkhidmatan.

1 2 3 4 5

Search

+