Tahniah HCTM! Unggul Sebagai Hospital Rakan Bayi 2026โ€“2029

31 Jul 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah berjaya menerima pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi bagi tempoh 14 Mei 2026 hingga 13 Mei 2029. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga HCTM atas kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kualiti, keselamatan pesakit dan kecemerlangan perkhidmatan.

Program Saringan Kesihatan HCTM dan SPA Jayakan Budaya Gaya Hidup Sihat Warga Perkhidmatan Awam

29 Jul 2026 2026, Berita
Program Pemeriksaan Kesihatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia anjuran SPA dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2026, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Bangunan SPA Blok F1, Kompleks F, Putrajaya. Seramai 200 orang kakitangan di SPA telah turun menyertai program ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan, reruai promosi kesihatan, Ujian ‘Pap Smear’ dan ‘Human Papilomavirus’ (HPV), Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), Imbasan Pelvik Ultrasound, Ujian Kesihatan Lelaki. Antara jabatan HCTM yang terlibat dalam menjayakan program ialah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Khidmat Pelanggan, Poliklinik Warga, Pejabat Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dan Pusat Reproduktif Termaju (ARC).
Inisiatif murni ini dilaksanakan selaras dengan keperluan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.2.5.1 berkenaan Prosedur Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam dan Perisytiharaan Rekod Kesihatan melalui Sistem HRMIS dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam. Program ini turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi daripada kedua-dua organisasi bagi memberi sokongan moral serta meninjau perjalanan saringan. Pihak HCTM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Prof. Madya Dr. Shahizon Azura Mohamed Mukari, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad , Timbalan Pengarah (Pentadbiran), serta Puan Masrifah Zakaria, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Manakala di pihak SPA pula, dihadiri oleh YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Mansor Abd Hamid, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Sharenawane binti Hussin, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) serta Encik Kamarudin Abdullah, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan.
Kerjasama strategik antara HCTM dan SPA ini membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memastikan tahap kesihatan warga perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

 

HCTM dan Fakulti Perubatan Perkukuh Rawatan Kanser Kepala dan Leher, Umum Pasukan Pakar Khusus

28 Jul 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan (FPER), Universiti Kebangsaan Malayia (UKM) terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan rawatan kanser menerusi penubuhan ๐˜œ๐˜’๐˜” ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ & ๐˜•๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜–๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ด๐˜ถ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ, yang diumumkan sempena Sambutan Hari Kanser Kepala dan Leher Sedunia 2026. Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Menurut beliau, penubuhan pasukan pelbagai disiplin itu merupakan satu langkah strategik dalam memperkasakan perkhidmatan rawatan kanser kepala dan leher di HCTM. Pasukan tersebut menggabungkan kepakaran dalam pembedahan kanser kepala dan leher serta pembedahan rekonstruktif bagi menyediakan rawatan yang lebih menyeluruh, termasuk memulihkan fungsi penting seperti bertutur, makan dan bernafas, sekali gus membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Menurut data GLOBOCAN 2025, dianggarkan 900,000 kes baharu kanser kepala dan leher direkodkan setiap tahun di seluruh dunia dengan 424,000 kematian. Di Malaysia, kanser nasofaring merupakan kanser keempat paling lazim dalam kalangan lelaki, namun majoriti pesakit masih mendapatkan rawatan apabila penyakit telah berada pada tahap lanjut. Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian inspirasi bersama tiga bekas pesakit kanser kepala dan leher yang berkongsi pengalaman menjalani rawatan serta prosedur pembedahan di HCTM. Perkongsian mereka memberi gambaran sebenar tentang cabaran yang dihadapi sepanjang proses rawatan, di samping menjadi inspirasi kepada masyarakat mengenai kepentingan pengesanan awal, rawatan yang tepat dan sokongan berterusan.

Penubuhan ๐˜œ๐˜’๐˜” ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ & ๐˜•๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜–๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ด๐˜ถ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ dijangka memperkukuh lagi keupayaan HCTM dalam menyediakan rawatan pembedahan kanser kepala dan leher yang kompleks melalui kolaborasi pelbagai disiplin, penyelidikan dan inovasi, sekali gus memperluas akses pesakit kepada rawatan yang lebih komprehensif dan berkualiti.


Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1ZSRD1eZWz/

 

HCTM Jayakan Karnival dan Larian Ceria Semarakkan Minggu Sarkoma 2026

28 Jul 2026 2026, Berita
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Unit Tumor Muskuloskeletal, Jabatan Ortopedik & Traumatologi telah menganjurkan Karnival dan Larian Ceria Sarkoma HCTM 2026 pada 25 Julai 2026 bersempena dengan Sambutan Minggu Sarkoma. Program ini dianjurkan sebagai langkah berterusan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap penyakit sarkoma, iaitu sejenis kanser tisu lembut dan tulang yang masih kurang disedari oleh sebahagian besar masyarakat.


Isu utama penyakit sarkoma adalah gejalanya yang sering disalah tafsir sebagai kecederaan fizikal atau kesakitan biasa, sekali gus menyebabkan ramai pesakit hanya dikesan pada peringkat lewat. Kelewatan ini bukan sahaja memberi cabaran besar dari segi rawatan perubatan, malah memberi impak emosi yang mendalam kepada pesakit serta ahli keluarga mereka. Penganjuran larian dan karnival ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat, malah membina rantai solidariti komuniti yang prihatin terhadap kebajikan pesakit. Suasana program turut diserikan dengan sesi perkongsian khas bersama pemandiri kanser sarkoma yang menceritakan detik perjuangan, ketabahan, serta perjalanan mereka dalam mengharungi proses pemulihan.


Pihak pengurusan HCTM berharap agar usaha ini dapat membuka mata masyarakat untuk lebih peka terhadap sebarang perubahan fizikal pada tubuh badan. Pengesanan awal kekal menjadi kunci utama dalam memastikan rawatan yang lebih berkesan dan memberikan harapan pemulihan yang lebih baik buat pesakit.



Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1Ee9z1SD4U/

 

 

Semarak Sambutan Ulang Tahun Ke-29 HCTM: Sukan Dodgeball 2.0 Penuh Kejutan dan Kebersamaan

28 Jul 2026 2026, Berita

Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Ke-29, Jabatan Komunikasi Korporat HCTM telah menganjurkan pertandingan Sukan Dodgeball 2.0 bertempat di Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, jam 9.00 pagi tadi. Penganjuran program ini memberi fokus utama kepada penjagaan kesejahteraan mental, pembinaan semangat berpasukan, serta pengukuhan tali silaturahim dalam kalangan warga kerja yang menjadi tulang belakang kejayaan HCTM.

Pertandingan kali ini menampilkan format unik apabila pasukan dikelompokkan mengikut portfolio Ahli-Ahli Pengurusan HCTM. Langkah ini bukan sahaja merapatkan jurang antara pihak pengurusan dan staf, malah menyemarakkan lagi keharmonian menerusi penyertaan merentas komuniti warga Kampus Kuala Lumpur (Cheras) UKM. Suasana pertandingan menjadi lebih riuh dan gempar dengan kejutan acara cabutan bertuah, di mana 5 keping tiket Konsert DiRaja UKM 2026 telah dihadiahkan kepada para pemenang yang bertuah. Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada Pengarah HCTM yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa bangga atas dedikasi seluruh warga kerja hospital.

“Kejayaan HCTM mencapai usia 29 tahun ini adalah hasil titik peluh dan komitmen padu tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berharap semangat kebersamaan dan ukhuwah yang dipupuk menerusi aktiviti ini dapat terus menyemarakkan budaya kerja berpasukan serta memelihara kesejahteraan mental kita bersama,” tegas beliau dalam amanatnya. Penganjuran acara ini jelas membuktikan komitmen HCTM dalam melahirkan warga kerja yang proaktif, sihat secara mental dan fizikal, serta sentiasa bersatu padu demi kecemerlangan organisasi.

 


Berita Terkini: https://www.facebook.com/share/p/1BUnXhdz7h/

HCTM Lancar Inisiatif Tanpa Plastik

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengorak langkah proaktif dalam menyahut seruan kelestarian global dengan melancarkan “Program Kelestarian: Inisiatif Tanpa Plastik” secara rasmi pada hari ini. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaโ€™afar, HCTM.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin menegaskan bahawa pelancaran program ini merupakan suatu anjakan budaya yang menyeluruh demi mencerminkan komitmen HCTM terhadap kesejahteraan masyarakat dan mesra alam. Beliau menggariskan bahawa sebagai sebuah hospital pengajar dan pusat perubatan akademik yang terkemuka, HCTM memikul tanggungjawab besar kerana parameter kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar adalah saling berkait rapat.

 

Menurut beliau lagi, dalam era modenisasi yang serba mencabar ini, ancaman lambakan sisa plastik sekali guna telah mencapai tahap yang amat membimbangkan di peringkat global kerana bahan sintetik tersebut mengambil masa ratusan tahun untuk terurai, sekali gus meracuni tanah, sistem perairan, serta rantaian makanan yang akhirnya memudaratkan kesihatan manusia secara kronik.

 

Program ini merupakan inisiatif yang digerakkan secara kolaboratif oleh Jawatankuasa Pembangunan Mampan (SDG) HCTM bersama Jabatan Kualiti bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna secara berperingkat dalam kalangan warga kerja mahupun para pelanggan hospital. Warga HCTM diseru untuk memulakan langkah konkrit yang mudah seperti membudayakan amalan membawa bekas minuman sendiri, menggunakan bekas makanan guna semula, serta menolak pemberian beg plastik secara total di premis hospital.



Turut hadir pada majlis ini, YBhg. Prof. Dr. Marliah Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) HCTM, Ahli-ahli Pengurusan HCTM, YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan HCTM UKM.

Melestarikan Kesejahteraan Pengamal Media: Kejayaan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026

24 Jun 2026 2026, Berita

Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan warga media yang menjadi nadi penggerak informasi negara, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi di Lobi East, Astro Bukit Jalil. Kehadiran pasukan perubatan HCTM bagi mendekati pengamal media membuktikan komitmen tinggi agensi kerajaan dalam menterjemahkan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara praktikal. Inisiatif ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pengamal media yang sering mendepani jadual kerja yang padat dan mencabar.

Program saringan kesihatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 150 kakitangan Astro hadir memanfaatkan peluang yang disediakan. Pada peringkat awal, para peserta dikehendaki menjalani saringan kesihatan asas. Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah semakan tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), ujian tahap kolesterol, serta pemeriksaan kadar gula dalam darah. Saringan awal ini penting sebagai petunjuk aras (indicator) tahap kesihatan semasa individu sebelum beralih ke fasa pemeriksaan yang lebih spesifik.

Menariknya, program kali ini tidak hanya terhad kepada pemeriksaan yang biasa. Selepas mendapat konsultasi asas daripada petugas kesihatan, para peserta turut berpeluang merujuk ke kaunter saringan khusus yang dibuka khas. Antaranya termasuklah kaunter saringan kesihatan paru-paru, kulit, buah pinggang, dan juga pemeriksaan peti suara iaitu komponen yang amat kritikal bagi pengacara dan wartawan penyiaran. Pendekatan holistik ini membolehkan warga media mengesan awal sebarang simptom penyakit kronik atau masalah kesihatan yang berpotensi menjejaskan prestasi kerja mereka.

Secara keseluruhannya, Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026 telah mencapai objektifnya dalam memupuk budaya gaya hidup sihat di tempat kerja. Komitmen yang ditunjukkan oleh HCTM dan KPT ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, sekali gus memastikan “wira yang tidak didendang” di sebalik tabir media negara ini sentiasa berada pada tahap kesihatan yang optimum demi kelangsungan penyampaian maklumat kepada bangsa dan negara.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1HDAd73i65/?mibextid=wwXIfr

Makan Tanpa Ragu, Kafe Lobi Pelawat HCTM Diiktiraf Bersih dan Selamat (BeSS)

15 Jun 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melakar sejarah apabila Kafe Lobi Pelawat HCTM diiktiraf sebagai Zon BeSS (Bersih dan Selamat) yang pertama bagi Hospital Pengajar Universiti di negara ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan dalam Majlis Pengiktirafan Zon BeSS dan Wacana Keselamatan & Kualiti Makanan yang berlangsung di Sukmaria HCTM, petang tadi.

Majlis anjuran Unit Kesihatan Awam HCTM dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu diadakan bagi meraikan pencapaian signifikan hospital berkenaan dalam aspek kualiti hidangan.

Pengarah HCTM, Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin berkata, keselamatan makanan merupakan aspek paling kritikal dalam sesebuah fasiliti kesihatan, memandangkan hospital pengajar dan pusat rujukan tersebut menerima ribuan pengunjung setiap hari.

“HCTM sentiasa komited untuk memastikan setiap hidangan yang disediakan kepada warga hospital, pelawat dan pelanggan adalah selamat, bersih dan berkualiti.
“Lebih membanggakan, kejayaan ini terhasil daripada usaha kolektif kesemua 12 premis makanan yang beroperasi di Kafe Lobi Pelawat HCTM. Saya percaya pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya keselamatan makanan di hospital ini,” katanya.

Pengiktirafan rasmi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Encik Shanmugam a/l Supramaniam.

Beliau menyerahkan pensijilan BeSS kepada semua 12 premis makanan di dalam zon tersebut yang berjaya memenuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang ketat seperti yang ditetapkan oleh KKM.

Menurut Shanmugam, pemilihan Medan Selera Lobi Pelawat HCTM sebagai Zon BeSS merupakan satu langkah yang amat strategik dan signifikan.
“Sebagai sebuah institusi kesihatan yang menjadi tumpuan ribuan pesakit, pelawat serta warga kerja setiap hari, hospital sewajarnya menjadi contoh terbaik dalam mempromosikan persekitaran makanan yang bersih, selamat dan berkualiti,” jelas beliau.

Sehingga kini, sebanyak 163 premis makanan di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mendapat pengiktirafan BeSS bagi tahun 2026. Angka tersebut mencerminkan peningkatan kesedaran dan komitmen industri makanan dalam mengutamakan keselamatan makanan sebagai satu budaya kerja yang lestari di ibu negara.

 

1 2 3 44

Search

+