Hospital Canselor Tuanku Muhriz Lancarkan Inisiatif ‘π˜Žπ˜™π˜Œπ˜Œπ˜• π˜•π˜Œπ˜—π˜π˜™π˜–π˜“π˜–π˜Žπ˜ ’ Demi Kelestarian Alam Sekitar

30 Apr 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini melancarkan inisiatif Green Nephrology sebagai langkah proaktif mengimbangi keperluan rawatan kritikal dengan kelestarian alam sekitar. Inisiatif tersebut diperkenalkan sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 peringkat HCTM bertemakan β€˜Kidney Health For All – Caring For People Protecting The Planet’ yang berlangsung di Lobi Utama hospital, di sini hari ini.

Pengarah HCTM, Dato’ Dr. Azmi Baharudin berkata, meskipun rawatan nefrologi khususnya hemodialisis merupakan prosedur menyelamatkan nyawa, ia meninggalkan kesan ekologi yang besar melalui penggunaan sumber secara intensif. Menurut beliau, data menunjukkan setiap sesi rawatan menggunakan sekitar 120 liter air bersih dan menghasilkan hampir dua kilogram sisa plastik.

“Bagi pesakit yang menjalani rawatan tiga kali seminggu, jumlah ini boleh mencecah hampir 19,000 liter air dan lebih 300 kilogram sisa plastik setahun.

“Sekiranya tiada tindakan diambil mulai sekarang, beban terhadap alam sekitar akan terus meningkat seiring dengan pertambahan pesakit buah pinggang di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.

Dato’ Dr. Azmi menegaskan bahawa sebagai sebuah hospital pengajar universiti, HCTM memikul tanggungjawab besar untuk menerajui usaha kelestarian dalam bidang perubatan negara. Beliau menambah, inisiatif Green Nephrology kini bukan lagi sekadar satu pilihan, malahan telah menjadi satu tanggungjawab wajib dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih lestari dan mesra alam.

“Melalui prinsip β€˜Caring for People’, kami komited menyediakan perkhidmatan yang cekap, pantas dan mesra. Namun, tanggungjawab itu diperluas melalui konsep β€˜Protecting the Planet’ dengan mengintegrasikan amalan mesra alam dalam operasi harian,” jelas beliau.

Sambutan tersebut merupakan manifestasi HCTM dalam memperkukuh sistem kesihatan mampan bagi memastikan kesejahteraan pesakit dan pemuliharaan alam sekitar berjalan seiringan.


Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/18U1JoLg6Y/

Lawatan Kerja Health And Social Services Workers Union Of Turkiye Ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz

28 Apr 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi daripada 𝘏𝘦𝘒𝘭𝘡𝘩 𝘒𝘯π˜₯ 𝘚𝘰𝘀π˜ͺ𝘒𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘀𝘦𝘴 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘦𝘳𝘴 𝘜𝘯π˜ͺ𝘰𝘯 𝘰𝘧 π˜›π˜Άπ˜³π˜¬π˜ͺ𝘺𝘦 dan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) pada 22 April 2026. Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden kesatuan dari Turkiye, Encik Devlet Sert, manakala pihak MAPSU diketuai oleh Setiausaha MAPSU, Encik Reostam Bin Dzahar. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, bersama barisan pengurusan hospital serta wakil KESUKMA UKM. Sesi perbincangan yang diadakan bukan sekadar pertemuan rasmi, malah menjadi medan perkongsian idea serta perbincangan mendalam mengenai agenda pemerkasaan kebajikan pekerja. Melalui pertukaran maklumat antara pihak Turkiye, MAPSU KKM, HCTM dan KESUKMA UKM, kolaborasi ini diharapkan mampu menyuntik nilai tambah serta perspektif baharu dalam tadbir urus kesatuan sekerja buat semua pihak yang terlibat.

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1GYNneXine/

Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri

31 Mac 2026 2026, Berita
Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 1 Syawal 1447H di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Majlis berlangsung secara sederhana bagi meraikan dan menghargai sumbangan warga HCTM yang bertugas demi berbakti kepada masyarakat setempat pada Hari Raya.
Sebanyak 640 pek juadah pelbagai menu dan 65 hamper raya telah diagihkan kepada kakitangan yang bertugas melibatkan Jabatan Klinikal, Sokongan Klinikal, Pentadbiran dan sebahagian dari Kampus Kuala Lumpur. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) mewakili Pengarah HCTM.

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

16 Mac 2026 2026, Berita
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 16 Mac 2026 bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Seawal jam 9.00 pagi, para sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja hospital mula berkumpul bagi menyediakan hidangan istimewa sempena menyambut kedatangan Syawal. Pelbagai aktiviti penyediaan rendang dijalankan secara bersama seperti memotong daging, meracik bawang, memasak rendang secara bergilir-gilir serta membungkus makanan. Suasana yang santai namun penuh kerjasama jelas memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja HCTM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga hospital. Sebanyak 700 pek rendang daging berjaya disediakan untuk diagihkan kepada warga kerja hospital. Seawal jam 3.00 petang, lokasi agihan mula dikunjungi warga kerja yang hadir untuk mendapatkan pek rendang sambil berkongsi kemeriahan menjelang sambutan Aidilfitri. Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Suraya Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.




1 2 3 4 5 44

Search

+