Lawatan Kerja Health And Social Services Workers Union Of Turkiye Ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz

28 Apr 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi daripada 𝘏𝘦𝘒𝘭𝘡𝘩 𝘒𝘯π˜₯ 𝘚𝘰𝘀π˜ͺ𝘒𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘀𝘦𝘴 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘦𝘳𝘴 𝘜𝘯π˜ͺ𝘰𝘯 𝘰𝘧 π˜›π˜Άπ˜³π˜¬π˜ͺ𝘺𝘦 dan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) pada 22 April 2026. Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden kesatuan dari Turkiye, Encik Devlet Sert, manakala pihak MAPSU diketuai oleh Setiausaha MAPSU, Encik Reostam Bin Dzahar. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, bersama barisan pengurusan hospital serta wakil KESUKMA UKM. Sesi perbincangan yang diadakan bukan sekadar pertemuan rasmi, malah menjadi medan perkongsian idea serta perbincangan mendalam mengenai agenda pemerkasaan kebajikan pekerja. Melalui pertukaran maklumat antara pihak Turkiye, MAPSU KKM, HCTM dan KESUKMA UKM, kolaborasi ini diharapkan mampu menyuntik nilai tambah serta perspektif baharu dalam tadbir urus kesatuan sekerja buat semua pihak yang terlibat.

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1GYNneXine/

Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri

31 Mac 2026 2026, Berita
Majlis Penyampaian Juadah Sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 1 Syawal 1447H di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Majlis berlangsung secara sederhana bagi meraikan dan menghargai sumbangan warga HCTM yang bertugas demi berbakti kepada masyarakat setempat pada Hari Raya.
Sebanyak 640 pek juadah pelbagai menu dan 65 hamper raya telah diagihkan kepada kakitangan yang bertugas melibatkan Jabatan Klinikal, Sokongan Klinikal, Pentadbiran dan sebahagian dari Kampus Kuala Lumpur. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) mewakili Pengarah HCTM.

Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM

16 Mac 2026 2026, Berita
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Merendang Bersama Pengurusan HCTM pada 16 Mac 2026 bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Seawal jam 9.00 pagi, para sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja hospital mula berkumpul bagi menyediakan hidangan istimewa sempena menyambut kedatangan Syawal. Pelbagai aktiviti penyediaan rendang dijalankan secara bersama seperti memotong daging, meracik bawang, memasak rendang secara bergilir-gilir serta membungkus makanan. Suasana yang santai namun penuh kerjasama jelas memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja HCTM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga hospital. Sebanyak 700 pek rendang daging berjaya disediakan untuk diagihkan kepada warga kerja hospital. Seawal jam 3.00 petang, lokasi agihan mula dikunjungi warga kerja yang hadir untuk mendapatkan pek rendang sambil berkongsi kemeriahan menjelang sambutan Aidilfitri. Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Suraya Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kewangan dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.




Program Bingkisan Kasih Aidilfitri HCTM 2026

16 Mac 2026 2026, Berita
Program Bingkisan Kasih Aidilfitri HCTM 2026 anjuran Pejabat Pengarah HCTM telah diadakan pada 16 Mac 2026, yang bertujuan menyantuni pesakit di wad sebagai tanda keprihatinan pihak HCTM sempena kedatangan Syawal 1447H yang bakal disambut tidak lama lagi. Sebanyak 120 pek hamper bingkisan kasih telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM dan barisan ahli Pengurusan HCTM kepada pesakit-pesakit di wad yang sedang mendapatkan rawatan. Antara wad-wad yang terpilih menerima hamper sumbangan ialah Wad Ortopedik, Wad Obstetrik & Ginekologi, Wad Perubatan, Wad Surgeri dan Wad Onkologi. Sumbangan ini diharap dapat menceriakan pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital menjelang sambutan Aidilfitri. Turut hadir bersama-sama program ini Prof. Emeritus Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pelawat, Ahli-ahli Lembaga Pelawat, Ketua-ketua Jabatan di bawah portfolio Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), dan urusetia program.

1 2 3 4 43

Search

+