Wad Warga
Wad Warga beroperasi di tingkat 7 bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik khas kepada kakitangan HCTM dan UKM serta tanggungan mereka seperti mana yang tertera di dalam surat jaminan UKM yang memenuhi kriteria. Wad ini menyediakan perkhidmatan perawatan bukan kritikal daripada pelbagai disiplin.
Kapasiti katil yang disediakan adalah sebanyak 19 buah katil.
Antara bilik yang disediakan
1. 1 Bilik seorang – Gred 14 dan keatas
2. 3 Bilik seorang – Gred 9 -Gred13
3. 3 Bilik berdua – Gred 5 – Gred 8
4. 2 Bilik berempat – Gred 1 – Gred 4
Poliklinik warga
Poliklinik ini beroperasi di tingkat 1 dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada warga HCTM/UKM dan tanggungannya yang layak.
Waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah:
a) Pemeriksaan ibu mengandung
b) Pemeriksaan Kesihatan dan kaunseling asas kepada pesakit dan keluarga
c) Pemeriksaan saringan kesihatan
d) Rawatan pesakit akut / `walk in’
e) Klinik NCD (kronik)
f) Klinik Latern TIBI
g) Klinik Wellness