Program Saringan Kesihatan HCTM dan SPA Jayakan Budaya Gaya Hidup Sihat Warga Perkhidmatan Awam
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1DVKLNYkyn/
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1DVKLNYkyn/
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan (FPER), Universiti Kebangsaan Malayia (UKM) terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan rawatan kanser menerusi penubuhan ๐๐๐ ๐๐ฆ๐ข๐ฅ & ๐๐ฆ๐ค๐ฌ ๐๐ฏ๐ค๐ฐ๐ด๐ถ๐ณ๐จ๐ฆ๐ณ๐บ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ค๐ฐ๐ฏ๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฆ๐ข๐ฎ, yang diumumkan sempena Sambutan Hari Kanser Kepala dan Leher Sedunia 2026. Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Menurut beliau, penubuhan pasukan pelbagai disiplin itu merupakan satu langkah strategik dalam memperkasakan perkhidmatan rawatan kanser kepala dan leher di HCTM. Pasukan tersebut menggabungkan kepakaran dalam pembedahan kanser kepala dan leher serta pembedahan rekonstruktif bagi menyediakan rawatan yang lebih menyeluruh, termasuk memulihkan fungsi penting seperti bertutur, makan dan bernafas, sekali gus membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Menurut data GLOBOCAN 2025, dianggarkan 900,000 kes baharu kanser kepala dan leher direkodkan setiap tahun di seluruh dunia dengan 424,000 kematian. Di Malaysia, kanser nasofaring merupakan kanser keempat paling lazim dalam kalangan lelaki, namun majoriti pesakit masih mendapatkan rawatan apabila penyakit telah berada pada tahap lanjut. Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian inspirasi bersama tiga bekas pesakit kanser kepala dan leher yang berkongsi pengalaman menjalani rawatan serta prosedur pembedahan di HCTM. Perkongsian mereka memberi gambaran sebenar tentang cabaran yang dihadapi sepanjang proses rawatan, di samping menjadi inspirasi kepada masyarakat mengenai kepentingan pengesanan awal, rawatan yang tepat dan sokongan berterusan.
Penubuhan ๐๐๐ ๐๐ฆ๐ข๐ฅ & ๐๐ฆ๐ค๐ฌ ๐๐ฏ๐ค๐ฐ๐ด๐ถ๐ณ๐จ๐ฆ๐ณ๐บ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ค๐ฐ๐ฏ๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฆ๐ข๐ฎ dijangka memperkukuh lagi keupayaan HCTM dalam menyediakan rawatan pembedahan kanser kepala dan leher yang kompleks melalui kolaborasi pelbagai disiplin, penyelidikan dan inovasi, sekali gus memperluas akses pesakit kepada rawatan yang lebih komprehensif dan berkualiti.
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1ZSRD1eZWz/
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1Ee9z1SD4U/
Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Ke-29, Jabatan Komunikasi Korporat HCTM telah menganjurkan pertandingan Sukan Dodgeball 2.0 bertempat di Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, jam 9.00 pagi tadi. Penganjuran program ini memberi fokus utama kepada penjagaan kesejahteraan mental, pembinaan semangat berpasukan, serta pengukuhan tali silaturahim dalam kalangan warga kerja yang menjadi tulang belakang kejayaan HCTM.
Pertandingan kali ini menampilkan format unik apabila pasukan dikelompokkan mengikut portfolio Ahli-Ahli Pengurusan HCTM. Langkah ini bukan sahaja merapatkan jurang antara pihak pengurusan dan staf, malah menyemarakkan lagi keharmonian menerusi penyertaan merentas komuniti warga Kampus Kuala Lumpur (Cheras) UKM. Suasana pertandingan menjadi lebih riuh dan gempar dengan kejutan acara cabutan bertuah, di mana 5 keping tiket Konsert DiRaja UKM 2026 telah dihadiahkan kepada para pemenang yang bertuah. Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada Pengarah HCTM yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa bangga atas dedikasi seluruh warga kerja hospital.
“Kejayaan HCTM mencapai usia 29 tahun ini adalah hasil titik peluh dan komitmen padu tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berharap semangat kebersamaan dan ukhuwah yang dipupuk menerusi aktiviti ini dapat terus menyemarakkan budaya kerja berpasukan serta memelihara kesejahteraan mental kita bersama,” tegas beliau dalam amanatnya. Penganjuran acara ini jelas membuktikan komitmen HCTM dalam melahirkan warga kerja yang proaktif, sihat secara mental dan fizikal, serta sentiasa bersatu padu demi kecemerlangan organisasi.
Berita Terkini: https://www.facebook.com/share/p/1BUnXhdz7h/
Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan warga media yang menjadi nadi penggerak informasi negara, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Majlis bermula pada jam 10.00 pagi di Lobi East, Astro Bukit Jalil. Kehadiran pasukan perubatan HCTM bagi mendekati pengamal media membuktikan komitmen tinggi agensi kerajaan dalam menterjemahkan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara praktikal. Inisiatif ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pengamal media yang sering mendepani jadual kerja yang padat dan mencabar.
Program saringan kesihatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 150 kakitangan Astro hadir memanfaatkan peluang yang disediakan. Pada peringkat awal, para peserta dikehendaki menjalani saringan kesihatan asas. Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah semakan tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), ujian tahap kolesterol, serta pemeriksaan kadar gula dalam darah. Saringan awal ini penting sebagai petunjuk aras (indicator) tahap kesihatan semasa individu sebelum beralih ke fasa pemeriksaan yang lebih spesifik.
Menariknya, program kali ini tidak hanya terhad kepada pemeriksaan yang biasa. Selepas mendapat konsultasi asas daripada petugas kesihatan, para peserta turut berpeluang merujuk ke kaunter saringan khusus yang dibuka khas. Antaranya termasuklah kaunter saringan kesihatan paru-paru, kulit, buah pinggang, dan juga pemeriksaan peti suara iaitu komponen yang amat kritikal bagi pengacara dan wartawan penyiaran. Pendekatan holistik ini membolehkan warga media mengesan awal sebarang simptom penyakit kronik atau masalah kesihatan yang berpotensi menjejaskan prestasi kerja mereka.
Secara keseluruhannya, Program Sihat Selalu #RakanMediaKPT 2026 telah mencapai objektifnya dalam memupuk budaya gaya hidup sihat di tempat kerja. Komitmen yang ditunjukkan oleh HCTM dan KPT ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, sekali gus memastikan “wira yang tidak didendang” di sebalik tabir media negara ini sentiasa berada pada tahap kesihatan yang optimum demi kelangsungan penyampaian maklumat kepada bangsa dan negara.
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1HDAd73i65/?mibextid=wwXIfr
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melakar sejarah apabila Kafe Lobi Pelawat HCTM diiktiraf sebagai Zon BeSS (Bersih dan Selamat) yang pertama bagi Hospital Pengajar Universiti di negara ini.
Pengiktirafan tersebut diberikan dalam Majlis Pengiktirafan Zon BeSS dan Wacana Keselamatan & Kualiti Makanan yang berlangsung di Sukmaria HCTM, petang tadi.
Majlis anjuran Unit Kesihatan Awam HCTM dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu diadakan bagi meraikan pencapaian signifikan hospital berkenaan dalam aspek kualiti hidangan.
Pengarah HCTM, Datoโ Dr. Azmi Baharudin berkata, keselamatan makanan merupakan aspek paling kritikal dalam sesebuah fasiliti kesihatan, memandangkan hospital pengajar dan pusat rujukan tersebut menerima ribuan pengunjung setiap hari.
“HCTM sentiasa komited untuk memastikan setiap hidangan yang disediakan kepada warga hospital, pelawat dan pelanggan adalah selamat, bersih dan berkualiti.
“Lebih membanggakan, kejayaan ini terhasil daripada usaha kolektif kesemua 12 premis makanan yang beroperasi di Kafe Lobi Pelawat HCTM. Saya percaya pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya keselamatan makanan di hospital ini,” katanya.
Pengiktirafan rasmi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Encik Shanmugam a/l Supramaniam.
Beliau menyerahkan pensijilan BeSS kepada semua 12 premis makanan di dalam zon tersebut yang berjaya memenuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang ketat seperti yang ditetapkan oleh KKM.
Menurut Shanmugam, pemilihan Medan Selera Lobi Pelawat HCTM sebagai Zon BeSS merupakan satu langkah yang amat strategik dan signifikan.
“Sebagai sebuah institusi kesihatan yang menjadi tumpuan ribuan pesakit, pelawat serta warga kerja setiap hari, hospital sewajarnya menjadi contoh terbaik dalam mempromosikan persekitaran makanan yang bersih, selamat dan berkualiti,” jelas beliau.
Sehingga kini, sebanyak 163 premis makanan di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mendapat pengiktirafan BeSS bagi tahun 2026. Angka tersebut mencerminkan peningkatan kesedaran dan komitmen industri makanan dalam mengutamakan keselamatan makanan sebagai satu budaya kerja yang lestari di ibu negara.