International Epilepsy Day 2020

10 Feb 2020 2020, Berita

In conjunction with the International Epilepsy Day 2020, the Neurology Unit of Department of Medicine, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM celebrated with a roaring success on Feb 4, 2020. This first-ever remarkable public event at the UKMMC had a good turnout of nearly 260 participants comprising of doctors, nurses, patients, patients’ families, members of the Malaysian Epilepsy Society and other health professionals

Event started with an important lecture on “Faints and Fits” by Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, who is our senior neurologist. It then followed by a creative video presentation by UKM medical students about the do’s and don’ts during seizure attacks. One of our epilepsy patients then performed an awesome violin solo on stage. During the tea break, there were overwhelming responses seen at various booths, especially the ones by pharmacists and members of the Malaysian Epilepsy Society

Prof. Dr. Tan Hui Jan as Head of Neurology Unit delivered an interesting talk on “Myths and Facts about Epilepsy”. The last yet practical talk was delivered by Ms. Farah Waheeda Tajurudin on “Understanding Your Medications”
This program ended with a medical quiz, which was interestingly fun and the top three scorers were awarded with gifts. The patients and their care-givers enjoyed this event and they look forward to participating again next year

Dr. Khoo Ching Soong
Chairman, International Epilepsy Day – HCTM

MAJLIS PENYERAHAN MOCK CHEQUE OLEH SG CENTRAL SDN BHD KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HCTM

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Mock Cheque oleh SG Central Sdn Bhd kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 5 Februari 2020 (Rabu) jam 3.00 petang bertempat di SUKMARIA, Aras 3, Blok Klinikal, Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Penyerahan Mock Cheque berjumlah RM 50,992.00 telah disampaikan oleh Encik Eng See Hua, Pengarah Urusan SG Central Sdn Bhd kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Sumbangan yang diperolehi adalah hasil kutipan yang berjaya diperolehi daripada program larian amal yang dijalankan sebelum ini. Inisiatif yang dilakukan adalah untuk membantu membiayai kos alat implan pesakit-pesakit Cochlear Implant di HCTM yang kurang berkemampuan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Prof. Dr. Goh Bee See, Pakar perunding ORL_HNS. Jabatan Otorinolaringologi, HCTM dan Puan Suraiyah Harun, Ketua Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan, HCTM.

 

Festival Maulidur Rasul 1441h Masjid Diraja Tuanku Munawir Sempena Hari Keputeraan Ke-72 Dymm Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

19 Jan 2020 2020, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mengadakan Khidmat Masyarakat (Pemeriksaan Kesihatan) pada 12 Januari 2020 (Ahad) bertempat di Masjid DiRaja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Khidmat Masyarakat (Pemeriksaan Kesihatan) ini diadakan sempena Festival Maulidur Rasul 1441H Masjid DiRaja Tuanku Munawir Sempena Hari Keputeraan Ke-72 DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, BMI, fisioterapi komposisi kandungan badan (dilakukan oleh Cohort), dan pemeriksaan mata (dilakukan oleh Fakulti Sains Kesihatan).

Selain daripada HCTM, terdapat juga agensi-agensi kerajaan lain yang memberikan perkhidmatan mereka dalam menjayakan festival tersebut. Antaranya adalah Institut Jantung Negara, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Disamping itu, terdapat juga pertandingan yang dianjurkan oleh Urus setia Masjid seperti Hafazan, Bacaan Surah-Surah Al-Quran dan beberapa pertandingan berasaskan Agama Islam.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah mencemar duli dengan berkunjung melawat perkarangan Masjid Di Raja Tuanku Munawir bagi melihat festival yang dijalankan

Majlis Sumbangan Tanpa Tunai & Penyerahan Sumbangan Oleh Agensi Luar Kepada Hospital Canselor Tuanku Muhkriz (HCTM))

18 Dis 2019 2019, Berita 9

CHERAS, 18 DISEMBER 2019 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menerima sumbangan peralatan dan kemudahan rekreasi daripada Persatuan Advokasi Kesihatan Kanser Malaysia (Together Against Cancer Association Malaysia) TAC (21 unit Hospital Sleepers Bed) dan Tanjung Boulevard Sdn. Bhd. (1 unit treadmill, 2 unit Technogym syncgro forma crosstrainer, 2 unit fitness spinning bike star trac dan 1 unit coway water dispenser) untuk kemudahan pesakit dan kakitangan HCTM.

Majlis yang diadakan di Sukmaria, HCTM telah diserikan lagi dengan pelancaran perasmian Sumbangan Tanpa Tunai melalui aplikasi SNAP & PAY. Di dalam ucapan Pengarah, HCTM Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, menekankan berkenaan tujuan utama pelancaran SNAP & PAY adalah untuk mengumpul dan memudahkan dana disalurkan ke dalam Tabung Pesakit HCTM.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menerima lebih kurang 550,00 hingga 600,000 pesakit dalam dan luar pada setiap tahun dan sebahagiannya terdiri daripada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos peralatan dan ubat-ubatan. Sumbangan dalam bentuk peralatan dan pembiayaan kos ubat-ubatan pesakit di HCTM sangat diperlukan untuk membantu golongan ini.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Philantrophy Kampus Kuala Lumpur telah diwujudkan pada Februari 2019 dan mengadakan kerjasama dengan pihak Bank Islam Berhad (BIMB) bagi mengumpul dana bagi 3 teras utama Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

BIMB telah menggabungkan teknologi dan pematuhan syariah dalam menyampaikan perkhidmatan selari dengan aliran digital semasa. Inisiatif ini dapat memastikan keselesaan, sumbangan yang berterusan, selamat dan berimpak tinggi dengan pelaksanaan yang mudah untuk para pengguna. Pengguna boleh melakukan transaksi hanya dengan memuat turun aplikasi SNAP & PAY, imbas kod QR dan pembayaran boleh dilakukan melalui sistem FPX.

Diharapkan dengan inisiatif ini akan memperolehi lebih banyak lagi sumbangan dan dana untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan perawatan kepada masyarakat dan memberi banyak manfaat kepada hospital. Semoga dengan sumbangan dan bantuan ini, mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik. Harapan agar usaha baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

1 33 34 35

Search

+