Tiada Perkhidmatan Pendaftaran Ubat Melalui Pos (UMP) Secara Atas Talian/ Whatsapp
Mulai 19/8/2020, pendaftaran baru & permintaan ubat ulangan melalui Whatsapp dan panggilan
telefon akan ditamatkan dengan serta-merta. Jika pesakit ingin menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP), diminta membuat pendaftaran di kaunter 3 Farmasi Pesakit Luar Utama.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (tidak termasuk Cuti Am)
⏰ 8:30 pagi – 4:30 petang
Whatsapp hanya untuk kegunaan pesakit yang sudah berdaftar di kaunter sahaja.
Sekian, terima kasih.
Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara UKM dengan Plutonet Sdn Bhd
CHERAS, 23 Julai – Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara UKM dengan Plutonet Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM. UKM melalui Pusat Terapi Sel bersepakat untuk membuat perjanjian penyelidikan ini bersama Plutonet setelah beberapa siri perbincangan penyelidikan terapi berasaskan sel atau lebih spesifik CAR-T.
Menurut Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, wakil Dekan Fakulti Perubatan UKM, kolaborasi antara UKM-Plutonet ini akan memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan bagi pesakit kanser darah. Kajian-kajian ini bakal ditumpukan dalam penyelidikan CAR-T bagi mengoptimakan fungsinya dalam terapi perubatan secara menyeluruh. Melalui hubungan kerjasama ini, lebih banyak program akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan akan dilaksanakan bagi manfaat ke dua-dua institusi.
Turut hadir dalam majlis ialah Encik James Then Khong Lek, Pengarah Plutonet Sdn. Bhd, Encik Vincent Chang, Pengurus Besar Plutonet Sdn. Bhd, Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel, Puan Nur Yasmin Nan Rahimi, wakil Pengarah HCTM, pengurus-pengurus kanan, ketua jabatan, kakitangan UKM dan Plutonet Sdn. Bhd.
Sumbangan 15 Unit Kerusi Roda kepada HCTM
CHERAS, 16 Julai –Sumbangan 15 unit kerusi roda bagi kegunaan pesakit dan pelanggan HCTM telah disampaikan oleh Tuan Haji Sirol Aflah Hassan Basri, Pengerusi Rumpun Teh Bulan, Tuan Haji Mohd. Yusoff Yahya, Pengarah Cahaya Mekar Resouces dan Tuan Haji Abd. Rahman Musa, Pengerusi Empayar Anak Cucu Musa kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz dalam satu majlis ringkas pada pagi ini.
Inisiatif ini disambut baik oleh Pengarah HCTM dan beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada wakil-wakil penyumbang kerana memilih HCTM untuk program CSR mereka. Setiap tahun hampir 4 juta ringgit dibelanjakan untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dan pada tahun lepas HCTM telah membantu lebih kurang 700 orang pesakit yang kurang berkemampuan. Selain kerusi roda, bantuan keperluan seperti susu dan makanan khas, tiub khas dan lain-lain amat dialu-alukan.
Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di HCTM. Selain itu, HCTM juga berharap ada kerjasama strategik dimasa akan datang yang dapat membantu pesakit terutamanya golongan B40 atau golongan yang kurang berkemampuan.
Webinar – Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC
Dimaklumkan Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST) akan mengadakan Webinar Umum pada maklumat seperti di bawah.
Pengerusi:
Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail
Pakar Perunding Jabatan Perubatan Kecemasan
Moderator Forum:
Assist Prof Dr Yan-Chiao
Mao. Division of Clinical Toxicology
Department of Emergency Medicine
Taichung Veterans General Hospital
Taichung, Taiwan
Dr Reza Murad Bin Qamruddin
Kecemasan & Trauma, Hospital Melaka
Panel Pakar:
Dr Mohd Shukruddeen Salleh
Kecemasan dan Trauma
Hospital Kuala Krai, Kelantan
Dr Ruth Sabrina Safferi
Kecemasan dan Trauma
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ipoh, Perak
Dr Cheng-Hsuan Ho
Department of Emergency Medicine
Tri-Service General Hospital
National Defense Medical Center
Taipei, Taiwan
Webinar ini terbuka kepada semua warga dan bukan warga UKM khas untuk Doktor, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pelajar Perubatan dan mereka yang berminat dalam pengurusan rawatan untuk kecederaan dari gigitan ular.
Mata CPD MMA: 2
Sinopsis:
Ini adalah webminar antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST).
Objektif:
Untuk mengetengahkan beberapa isu utama berkaitan kecederaan akibat dari ular (Snake Related Injuries) dan bagaimana teknik ultrasound dapat dimanfaatkan untuk membantu mencapai pengurusan yang tepat dengan hasil yang optimum. Tiga ahli panel terkemuka, yang pakar dalam bidang masing-masing akan menyampaikan ceramah mereka dan diikuti oleh sessi Forum (Soal Jawab).
Sila klik URL untuk Pendaftaran percuma.
https://zoom.us/webinar/register/WN_jVIYizRqSUugF0Ctg7ESvQ
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Dr Reza (tel: +60198836786)
Tarikh Acara:
Mula: 04/07/2020 Tamat:
Masa Acara:
Mula: 11:30 Pagi Tamat: 01:30 Tengah hari
Penganjur / Penganjur Bersama:
Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST)
Astro AWANI: Normal Baharu Hospital Di Barisan Hadapan
Normal Baharu Hospital Di Barisan Hadapan
Saluran : Astro AWANI, 501
Tarikh : 17 Jun 2020
Masa : 6.00pm
















