Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH)

21 Dis 2020 2020, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan komited bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di HCTM.

Kriteria Pemilihan:

  1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  2. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan.
  5.  Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  6. Mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office.

Cara Memohon: Sila hantar resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke email: nahiz@ppukm.ukm.edu.my

Muat turun: BORANG PERMOHONAN JAWATAN

Tarikh Tutup: 31 Disember 2020 (Khamis)

 

 

Penyampaian sumbangan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2 Dis 2020 2020, Berita

CHERAS, 17 November – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Ziarah Bersempena Maulidur Rasul di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Program ini diadakan mengikut SOP dan diadakan tanpa melibatkan pesakit. Penyerahan sumbangan secara simbolik untuk pesakit disampaikan oleh Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM. Turut hadir dalam acara sumbangan ini ialah Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM, ahli-ahli pengurusan HCTM dan ahli pengurusan JAWI.

 

 

JEMPUTAN WEBINAR – PERANG MELAWAN DIABETES : INISIATIF UKM

11 Nov 2020 2020, Berita

Bersempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November setiap tahun, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan akan menganjurkan satu sesi webinar bertajuk  Perang Melawan Diabetes : Inisiatif UKM pada tarikh 14 November 2020 (Sabtu). Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menonjolkan inisiatif utama kami di Kampus KL UKM (termasuk pendekatan rawatan, penyelidikan dan pencegahan). Sehubungan itu, pihak penganjur webinar berbesar hati ingin menjemput ahli akademik, doktor perubatan, paramedik, penyelidik, pelajar siswazah dan pasca siswazah, serta orang ramai untuk menyertai webinar ini. Butiran berkenaan webinar ini adalah seperti poster yang dilampirkan.

Tarikh : 14 November 2020 (Sabtu)
Masa : 2.30-4.00 petang
Platform: ZOOM – http://tinyurl.com/UMBI2

Moderator: Prof. Madya Dr. Azmawati Mohammed Nawi

Penceramah:
1) Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid – Cabaran & Adaptasi Bagi Menguruskan Penyakit Tidak Berjangkit Semasa Pandemik Covid 19
2) Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa – Beban Penyakit Diabetes & Pembentukan Pusat Diabetes UKM
3) Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad – Obesiti & Diabetes: Hubungkait Inisiatif UK-Malaysia Dalam Penyakit Tidak Berjangkit Bagi Obesiti
4) Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal – Perubatan Jitu Bagi Diabetes
5) Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah – Diabetes & Mata : Penggunaan Teknologi Digital
6) Dr. (Mr) Mohamad Azim Md Idris – Penyakit Vaskular Peripheral Dalam Diabetes
7) Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom – Periodontitis & Diabetes
8) Prof. Dr. Suzana Shahar – Pendekatan Pemakanan Dalam Rawatan & Pencegahan Diabetes
9) Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad – Mencegah Diabetes Mellitus: Perspektif Kesihatan Masyarakat

Untuk keterangan lanjut sila layari : https://www.ukm.my/umbi

Sekian, terima kasih.

Tahniah – Prof. Madya Dr. Suzaily Wahab, Jabatan Psikiatri

3 Nov 2020 2020, Berita

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Suzaily Wahab dari Jabatan Psikiatri kerana terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah College on Problem of Drug Dependence (CPDD) USA International Award 2020. Anugerah ini telah disampaikan semasa CPDD 2020 Scientific Virtual Meeting yang diadakan pada 22 hingga 24 June 2020.

Anugerah CPDD International Award adalah anugerah berprestij dan menerima saingan yang tinggi diperingkat antarabangsa yang dianugerahkan kepada penyelidik yang bergiat aktif dan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan penyalahgunaan dadah. Untuk tahun ini, Prof. Madya Dr. Suzaily bersama 4 orang lagi peserta dari negara- negara lain telah terpilih sebagai penerima anugerah ini. Anugerah diberi dalam bentuk sijil pengiktirafan dan tajaan sepenuhnya bagi menyertai dan membuat pembentangan di persidangan CPDD yang diadakan.

Tahniah diucapkan.

Must turun: CPDD 2020 INTERNATIONAL AWARD

1 2 3 6

Search

+