Festival Maulidur Rasul 1441h Masjid Diraja Tuanku Munawir Sempena Hari Keputeraan Ke-72 Dymm Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

19 Jan 2020 Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mengadakan Khidmat Masyarakat (Pemeriksaan Kesihatan) pada 12 Januari 2020 (Ahad) bertempat di Masjid DiRaja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Khidmat Masyarakat (Pemeriksaan Kesihatan) ini diadakan sempena Festival Maulidur Rasul 1441H Masjid DiRaja Tuanku Munawir Sempena Hari Keputeraan Ke-72 DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, BMI, fisioterapi komposisi kandungan badan (dilakukan oleh Cohort), dan pemeriksaan mata (dilakukan oleh Fakulti Sains Kesihatan).

Selain daripada HCTM, terdapat juga agensi-agensi kerajaan lain yang memberikan perkhidmatan mereka dalam menjayakan festival tersebut. Antaranya adalah Institut Jantung Negara, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Disamping itu, terdapat juga pertandingan yang dianjurkan oleh Urus setia Masjid seperti Hafazan, Bacaan Surah-Surah Al-Quran dan beberapa pertandingan berasakan Agama Islam.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah mencemar duli dengan berkunjung melawat perkarangan Masjid DiRaja Tuanku Munawir bagi melihat festical yang dijalankan

Search

+
Font Resize
Contrast