Penguatkuasaan Arahan Tidak Membenarkan Pelawat/Pengiring Kepada Pesakit Di HCTM UKM

10 Okt 2020 2020, Berita

Susulan peningkatan semula kes positif COVID-19, Pengurusan telah bersetuju untuk menguatkuasa Arahan Tidak Membenarkan Pelawat/Pengiring Kepada Pesakit di HCTM. Arahan ini berkuatkuasa serta merta dan terpakai di semua Wad, Klinik dan Bilik Bersalin (Labour Room) sehingga di beritahu kemudian. Langkah ini perlu diambil bagi mengurangkan risiko kepada pesakit/waris/pelawat. Walau bagaimanapun waris adalah dibenarkan hadir melawat pesakit atau mengiring pesakit atas keperluan khusus dengan arahan daripada Pegawai Perubatan yang merawat pesakit.

Program Bicara Bersama YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM

4 Okt 2020 2020, Berita

CHERAS, 29 September – Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM telah menganjurkan Program Bicara Bersama YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM yang bertajuk Holistic Preparedness and Experience in Controlling COVID-19: Including Managing Fake News. Program ini telah diadakan di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat dalam sesi perkongsiannya menceritakan pengurusan wabak COVID-19 adalah sangat mencabar kerana banyak kekangan terpaksa diharung seperti kekurangan bekalan PPE, mendidik masyarakat mengamalkan norma baharu, dan kekangan hospital perawatan COVID-19 ketika pandemik ini masih baharu di Malaysia. Namun begitu, pengurusan dan kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama dengan semua pihak dan agensi, berjaya menurunkan graf jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia.

Beliau berkata apabila menangani sesuatu pandemik semua pihak harus bekerjasama. Jaringan dan persefahaman antara semua agensi kerajaan, swasta dan NGO dan banyak membantu dalam menangani isu-isu ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Media memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat dan sangat efektif dalam mendidik masyarakat. KKM menangani berita-berita palsu dengan mengadakan sidang media, membuat penafian terhadap berita palsu di media sosial dan di surat khabar.

Beliau turut mengambil kesempatan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners dan backliners dalam membantu mengekang wabak COVID-19. Tidak lupa juga turut menekankan agar pematuhan terhadap norma baharu dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap memcuci tangan perlu diambil berat terutamanya kakitangan yang bertugas di hospital. Walaupun, kes baharu COVID-19 masih terkawal, namun tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk kali kedua. Beliau berharap perkara tersebut dapat dielakkan dengan pematuhan norma baharu diterapkan dalam segenap lapisan masyarakat.

Selain wabak COVID-19, YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat terlibat dalam menguruskan wabak Influenza H1N1, pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Teluk Kok, kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, bencana banjir di Hospital Kuala Krai dan lain-lain. Beliau berpengalaman luas dalam perancangan, dan pengurusan healthcare delivery dan financing reform serta pengurusan krisis dan bencana.

Hadir dalam majlis, Prof. Dato’ Dr. Hanfiah Harunarashid, Pengarah HCTM, Datuk Dr. Nora’i Mohd Said, Pengarah Hospital Putrajaya, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamad Saufi Awang, Pengarah Pusat Perubatan UIAM, Prof. Madya Dr. Hj Muhammad Mohd Isa, Pengarah Hospital Pengajar UPM, Dr. Mohd Anis Haron @ Harun, Pengarah Institut Kanser Negara, Dr. Izzat Ismail, wakil pengarah Hospital UiTM.

Semak Tarikh Temujanji di Hujung Jari

4 Okt 2020 2020, Berita

Pesakit HCTM yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar digalakkan untuk menggunakan Sistem Patient Portal untuk membuat semakan tarikh temujanji, tarikh pembedahan, maklumat bayaran dan mengemaskini maklumat pesakit. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem ini boleh hubungi ditalian 03-9145 5073/6452.

Program Mesra Pelanggan Majlis Perubatan Malaysia

4 Okt 2020 2020, Berita

CHERAS, 9 September – Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan Majlis Perubatan Malaysia di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.

Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah dalam ucapan aluannya berkata lebih 1000 pegawai perubatan terdiri daripada lantikan hospital, pensyarah perubatan lantikan Fakulti Perubatan dan pelajar sarjana perubatan di HCTM. Adalah menjadi tanggungjawab individu memperbaharui Sijil Amalan Tahunan dan kegagalan memiliki sijil ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971 dan Akta Perubatan (Pindaan 2012). Pihak hospital memandang serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan tegas kepada pengamal perubatan HCTM yang tidak memperbaharui Sijil Amalan Tahunan mereka.

Program yang diadakan selama sehari ini telah membuka ruang kepada pengamal perubatan HCTM untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan bagi tahun 2021. Program ini juga turut diselitkan taklimat mengenai ‘Ethics, Law dan Jurisdiction’, taklimat mengenai ‘Annual Practicing Certificate Issue’ dan sesi soal jawab. Turut hadir dalam program ini YBrs. Dr. Arulalan Tan Sri Kumaran, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, dan YBrs. Dr. Mohamed Anas Mohamed Hussain, Pengarah Bahagian Pendaftaran & Pembangunan Profesionalisme, Majlis Perubatan Malaysia.

1 29 30 31 32 33 35

Search

+