Lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HCTM

17 Mac 2021 2021, Artikel, Berita

CHERAS, 17 Mac 2021– Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan dari YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Kunjungan YB Timbalan Menteri diiringi Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur (KKL), Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM dan Dr. Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, HCTM merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin, HCTM. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Ketua Penyelaras mengenai program vaksinasi yang telah dijalankan mulai 1 Mac 2021 sehingga kini. Program vaksinasi ini akan berlangsung secara berperingkat selama 8 minggu melibatkan 4,134 kakitangan. Vaksin Pfizer ini akan diberikan kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pergigian UKM, Institut Biologi Molekul Perubatan, UKM (UMBI), Hospital Pakar Kanak-kanak, UKM dan Pusat Kesihatan Universiti, UKM.

Kehadiran YB Timbalan Menteri sangat signifikan buat semua warga dan telah menyuntik semangat kerja mereka terutama dalam menjalankan tugasan bagi menghadapi penularan wabak COVID-19. Lawatan diakhiri dengan pertemuan ringkas dan tertutup di antara YB Timbalan Menteri dan ahli-ahli Pengurusan HCTM yang berlangsung di Pejabat Pengarah, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.

Program Vaksinasi COVID-19 HCTM

8 Mac 2021 2021, Berita

CHERAS, 1 Mac 2021 – Seramai 288 barisan hadapan HCTM akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam Program Vaksinasi COVID-19 HCTM yang bermula pada hari ini. Program yang dijalankan di Pusat Suntikan Vaksin COVID-19 HCTM, bertempat di Bilik Siswazah Lanjutan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif telah bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 15 April 2021. Penyelaras Task Force Vaksin HCTM, Dr. Sharifah Azura Salleh yang juga merupakan Ketua Unit Kawalan Infeksi HCTM dan pasukan telah membuat persediaan rapi termasuk menyediakan rakaman video tatacara Proses Pengambilan Vaksin bagi memastikan kelancaran program

Video Tatacara Program Vaksinasi Kakitangan HCTM

28 Feb 2021 2021, Berita

Adalah dimaklumkan program vaksinasi untuk barisan hadapan dan kakitangan HCTM yang terlibat akan bermula pada 1 Mac 2021 di Pusat Suntikan Vaksin HCTM. Berikut adalah video yang disediakan oleh Pusat Kawalan Infeksi HCTM untuk rujukan kakitangan.

Audit Pensijilan Semula Program MS ISO 9001:2015 SPK Hospital Canselor Tuanku Muhriz

26 Feb 2021 2021, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah selesai menjalani Audit Pensijilan Semula Program MS ISO 9001:2015 SPK HCTM dengan jayanya, pada 17 – 19 Februari 2021 yang lalu oleh Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Pengauditan ini merangkumi tiga (3) skop utama iaitu Proses Perawatan Pesakit Luar dan Dalam (Melibatkan 25 Jabatan), Pengurusan Sumber Manusia (Jabatan Sumber Manusia), dan Pengurusan Kewangan (Jabatan Kewangan).

Pengurusan HCTM mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh Warga HCTM sepanjang proses audit dijalankan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) HCTM memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Misi Bantuan Banjir bantu 80 keluarga di Temerloh

23 Feb 2021 2021, Artikel, Berita
Program Khidmat Masyarakat ‘Misi Bantuan Bencana Banjir’ anjuran Jabatan Perubatan telah diadakan pada 20 Februari 2021 yang lalu, di Masjid Kg. Tebal Seberang, Temerloh. Seramai 14 orang wakil kakitangan telah menyertai misi ini dan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan harian kepada 80 buah keluarga di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Kutipan sumbangan RM 15, 642 berjaya dikumpulkan daripada kakitangan HCTM yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Otorinolaringologi, Jabatan Radioterapi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kualiti, Unit Telefonis JKKKP dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program kemasyarakatan ini diharapkan dapat meringankan sedikit musibah yang menimpa mangsa banjir di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh.
1 28 29 30 31 32 37

Search

+