Tahniah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM mulai 18 Januari 2021.
Penghargaan dan Terima Kasih YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sebagai Pengarah HCTM daripada 15 November 2017 sehingga 17 Januari 2021.
Waktu Operasi Kaunter Bayaran Semasa Arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Adalah dimaklumkan, waktu operasi Kaunter Bayaran akan dipinda seperti jadual dibawah berkuatkuasa mulai 14 Januari 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Lantikan dan Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil.1/2021
Majlis Penyerahan Surat Tawaran Lantikan dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil. 1/2021 telah diadakan pada 7 Januari 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, UMBI. Senarai kakitangan dan gambar majlis boleh rujuk disini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.
Lantikan dan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil.3/2020
Majlis Penyerahan Surat Tawaran Lantikan dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil. 3/2020 telah diadakan pada 29 Disember 2020 bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Senarai kakitangan dan gambar majlis boleh rujuk disini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.
Covid-19 : Setahun Sudah Berlalu
Tarikh : 24.12.2020
Masa : 9.00 – 10.00 Malam
SIARAN LANGSUNG
Facebook & YouTube Bernama TV
Astro 502 | unifi TV 631 | myFreeview 121
Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan komited bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di HCTM.
Kriteria Pemilihan:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan.
- Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
- Mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office.
Cara Memohon: Sila hantar resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke email: nahiz@ppukm.ukm.edu.my
Muat turun: BORANG PERMOHONAN JAWATAN
Tarikh Tutup: 31 Disember 2020 (Khamis)









