PPV Pandu Lalu HCTM menjadi penanda aras Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat Selangor

21 Jun 2021 2021, Berita

CHERAS, 21 Jun 2021(Isnin)– Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat Selangor yang diketuai oleh Dr. Norshafinaz Muhammad, Pakar Kesihatan Awam, Dr. Norizzati Bukhary, Pakar Perubatan Keluarga dan Dr.Noorlaila Sehat, Pegawai Perubatan dan Kesihatan telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu HCTM pada pagi tadi. Kehadiran beberapa pakar dan pegawai PKD Hulu langat ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu Bergerak HCTM yang beroperasi sejak 14 Jun 2021 untuk dijadikan panduan dalam merancang PPV Pandu Lalu di Daerah Hulu Langat, Selangor. Turut kelihatan dalam sesi ini ialah YBhg. Dr. Hjh. Ina Md Yasin, Pendaftar UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.

Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.2/2021

21 Jun 2021 2021, Berita

Perhimpuanan Kakitangan HCTM Bil. 2/2021 telah diadakan secara atas talian sepenuhnya melalui platform Zoom dan disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi HCTM. Walaupun diadakan secara maya, kakitangan hadir memenuhi ruangan Zoom dengan seramai 300 orang dan di Facebook juga mencapai 397 orang. Perhimpunan memaparkan tayangan video aktiviti HCTM dan seterusnya ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Perhimpunan diakhiri dengan klip video kakitangan memainkan piano sebagai tanda sokongan kepada warga HCTM agar terus cekal dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Jemputan Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 2/2021 melalui atas talian

14 Jun 2021 2021, Berita

Adalah dimaklumkan Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.2/2021 akan diadakan pada 18 Jun 2021 (Jumaat), jam 8.30 pagi melalui platform Zoom dan FB Live. Semua warga HCTM dijemput untuk menonton perhimpunan ini secara siaran langsung bagi mengetahui aktiviti-aktiviti hospital yang telah dijalankan. Sila lawati Facebook rasmi HCTM di https://www.facebook.com/HCTM.UKM

BICARA PERDANA NAIB CANSELOR 2021

3 Jun 2021 2021, Berita

Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput anda ke Bicara Perdana Naib Canselor 2021 pada:

Tarikh : 10 Jun 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Platform :

Aplikasi Zoom
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/99312804984?pwd=ck1OYUt3dzlZWGRMSWhPZ081bjFQUT09

Meeting ID: 993 1280 4984
Passcode: 341085

Facebook UKM (UKM Official)
https://www.facebook.com/UKMOfficial/Live.

HCTM Bermunajat

2 Jun 2021 2021, Berita

CHERAS, 31 Mei 2021 – Program HCTM Bermunajat anjuran Pejabat Pengarah HCTM yang diadakan pada tengahari tadi telah mendapat penyertaan lebih 400 orang melalui “Zoom Meeting” dan FB Live HCTM.

Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM dan ucapan pembukaan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor KKL UKM. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat telah dibimbing oleh Ustaz Hasrizal, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM. Inisiatif ini adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga kerja HCTM dan UKM serta seluruh rakyat Malaysia agar terhindar dari musibah wabak COVID-19 dan memohon agar mereka yang dijangkiti kembali sembuh seperti sediakala.

Turut serta dalam program ini ialah Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam KKL, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), warga kerja HCTM dan UKM.

Iklan Pelatih Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2021 – Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian

26 Mei 2021 2021, Berita

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk memohon jawatan sebagai Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

PELATIH PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
1. Jantina : Lelaki dan Perempuan
2. Status Perkahwinan : Bujang
3. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
4. Tempoh Latihan : 2 tahun
5. Biasiswa Semasa Latihan : Disediakan
6. Tempat Latihan : Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Pergigian Georgetown, Pulau Pinang
Kementerian Kesihatan Malaysia
7. Syarat Latihan:
i Umur:
a. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
ii. Kelayakan Akademik minimum di peringkat SPM / SPM(V):
– Kepujian sekurang-kurangnya Gred (6C) dalam subjek berikut;
i. Bahasa Melayu;
ii. Matematik;
iii. Salah satu subjek Sains (Sains / Sains Gunaan / Biologi / Kimia / Fizik); serta
– Lulus sekurang-kurangnya Gred (7D) dalam subjek berikut;
i. Bahasa Inggeris: dan
ii. Dua (2) subjek lain
6. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

 

CARA MEMOHON:

  1. Permohonan dibuat secara atas talian dengan melayari https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSetaEzyOqAWIgWVqoBhfY9B9mt8u79QhkuxAXxUipnRzlRPaw/viewform?usp=sf_link.
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

 

Tarikh Buka Iklan  :               27 Mei 2021 (Khamis)          
Tarikh Tutup Iklan :               9 Jun 2021 (Rabu)

1 26 27 28 29 30 37

Search

+