Audit Pensijilan Semula Program MS ISO 9001:2015 SPK Hospital Canselor Tuanku Muhriz

26 Feb 2021 2021, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah selesai menjalani Audit Pensijilan Semula Program MS ISO 9001:2015 SPK HCTM dengan jayanya, pada 17 – 19 Februari 2021 yang lalu oleh Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Pengauditan ini merangkumi tiga (3) skop utama iaitu Proses Perawatan Pesakit Luar dan Dalam (Melibatkan 25 Jabatan), Pengurusan Sumber Manusia (Jabatan Sumber Manusia), dan Pengurusan Kewangan (Jabatan Kewangan).

Pengurusan HCTM mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh Warga HCTM sepanjang proses audit dijalankan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) HCTM memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Misi Bantuan Banjir bantu 80 keluarga di Temerloh

23 Feb 2021 2021, Artikel, Berita
Program Khidmat Masyarakat ‘Misi Bantuan Bencana Banjir’ anjuran Jabatan Perubatan telah diadakan pada 20 Februari 2021 yang lalu, di Masjid Kg. Tebal Seberang, Temerloh. Seramai 14 orang wakil kakitangan telah menyertai misi ini dan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan harian kepada 80 buah keluarga di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Kutipan sumbangan RM 15, 642 berjaya dikumpulkan daripada kakitangan HCTM yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Otorinolaringologi, Jabatan Radioterapi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kualiti, Unit Telefonis JKKKP dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program kemasyarakatan ini diharapkan dapat meringankan sedikit musibah yang menimpa mangsa banjir di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh.
1 27 28 29 30 31 35

Search

+