Webinar Tougher Than Cancer, Stronger Together

1 Nov 2021 2021, Berita

Jabatan Radioterapi & Onkologi HCTM dengan kerjasama Majlis Kanser National (MAKNA) menganjurkan siri webinar pada 13 November, 14 November dan 27 November 2021. Orang awam dan warga HCTM serta UKM dijemput mengikuti webinar ini.

TAJUK 1: PENCEGAHAN & PENGESANAN AWAL KANSER

Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

TAJUK 2 : PERAWATAN KANSER

Tarikh : 14 November 2021 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

TAJUK 3 : BANTUAN SOKONGAN

Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan dan kod QR berikut:

https://bit.ly/TougherThanCancer.

Penyertaan melalui zoom adalah terhad kepada 500 orang peserta sahaja (berdasarkan first come, first serve). Mata Urus Bakat (UKM sahaja) dan CPD (Nursing) akan diberikan kepada peserta yang menyertai webinar dari awal hingga tamat. Untuk sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada ctaisyah@ppukm.ukm.edu.my / 03-91455661 / 03-91456733.

Pelancaran Program Tinjauan Kepuasan Pelanggan HCTM 2021

29 Okt 2021 2021, Berita

Cheras, 21 Oktober 2021 – Program Tinjauan Kepuasan Pelanggan HCTM 2021 anjuran Jabatan Kualiti telah dilancarkan di Lobi Utama, HCTM bertujuan untuk mendapatkan maklum balas secara menyeluruh terhadap perkhidmatan perawatan di HCTM dalam skop komunikasi. Program diadakan secara ringkas tetapi bermakna dengan pembukaan  booth di Lobi Utama dan pengedaran risalah dan memberi penerangan program kepada pesakit dan pelawat yang hadir.

Pesakit, pelawat, dan waris pesakit yang pernah mendapatkan perkhidmatan perubatan di HCTM boleh mengisi borang tinjauan atas talian dengan mengimbas kod QR pada risalah atau banting promosi di Lobi Utama. Borang yang lengkap diisi boleh digunakan untuk menebus baucar potongan harga sebanyak 10% di Kaunter Khidmat Pelanggan. Potongan harga 10% boleh digunakan di kedai-kedai runcit HCTM terpilih. Sebagai tanda sokongan akan program yang diadakan, CoffeeBot dan Gloria Jean’s Coffee turut bersama-sama dalam program yang diadakan dan memberikan kupon minuman dan token percuma kepada pelawat dan pesakit yang telah mengisi borang tinjauan dengan lengkap.

Program telah dilancarkan oleh YBhg. Prof. Dato’ YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Turut hadir memberikan sokongan, Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan), Puan Foziah Hanon Ahmad, Ketua Jabatan Kualiti dan Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan.


Webinar Fisioterapi 2021

27 Okt 2021 2021, Berita

Unit Fisioterapi HCTM dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Fisioterapi HCTM akan menganjurkan program Webinar Fisioterapi 2021 bertemakan “Long COVID : Bernafas Nikmat Kehidupan” seperti berikut ;

Tarikh : 2 November 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Facebook live Physio HCTM dan talian Zoom
Link pendaftaran : https://tinyurl.com/webinarfisioterapi

Pendafataran adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua kakitangan UKM, HCTM, HPKK serta kepada orang awam. E-Sijil dan ESPEL akan disediakan kepada peserta. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan oleh ahli Fisioterapi serta perkongsian mengenai COVID19 dan Fisioterapi. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di akaun Facebook dan Instagram “Physio HCTM PPUKM”.

 

 

Hebahan Gangguan Pendaftaran Akaun Sistem E-Vetting 2.0

25 Okt 2021 2021, Berita

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan hebahan atas talian dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang dikeluarkan pada 07 Oktober 2021 mengenai perkara ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan yang terlibat dalam urusan pendaftaran baru ke sistem ini perlu membuat pendaftaran secara manual serta mengemukakan maklumat tersebut yang diperlukan seperti di bawah dan hantar ke alamat emel rasmi ejawatan@ppukm.ukm.edu.my untuk tindakan selanjutnya:

a) Borang Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Sistem e- Vetting 2.0 ;

b) Format penyediaan salinan kad pengenalan.

Kerjasama dan tindakan segera YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan dalam dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

PPV Bergerak HCTM di Balik Pulau

22 Okt 2021 2021, Berita

Balik Pulau, 22 Oktober 2021 – Pusat Pemberian Vaksin Bergerak HCTM kini berada di Dewan Al-Barakah Masjid Maqbul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti pemberian vaksin kepada masyarakat setempat. Program dijalankan selama dua hari bermula semalam telah beroperasi di dewan yang disediakan dan lawatan rumah ke rumah dengan menyasarkan golongan warga emas, OKU dan pesakit terlantar. Sebanyak 268 dos suntikan vaksin telah diberikan kepada komuniti setempat sejak semalam dan jumlah ini menjadikan angka kumulatif suntikan Program Pemberian Vaksin Bergerak sejak ia mula beroperasi adalah sebanyak 45,005 dos.

 

 

Program PPVB HCTM di Nibong Tebal berjalan lancar

21 Okt 2021 2021, Berita
Nibong Tebal, 18 Oktober 2021 – Seramai 566 penerima vaksin telah mendapat vaksin Covid-19 menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak HCTM yang diadakan di Nibong Tebal yang bermula sejak 26 September 2021 dan berakhir pada 18 Oktober 2021. Sebanyak 288 suntikan dos 1 dan 278 suntikan dos ketua telah berjaya diberikan sepanjang tempoh berkenaan. Ini menjadikan sebanyak 97% penerima vaksin di PPVB HCTM di Nibong Tebal telah menerima vaksinasi lengkap. Program ini dijalankan di Dewan …… dan juga aktiviti lawatan rumah ke rumah golongan warga emas, OKU, dan pesakit terlantar yang tidak berupaya untuk bergerak juga turut dijalankan. Turut serta dalam aktiviti lawatan ke rumah ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor KKL. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Klinik Kesihatan Sg Acheh, sukarelawan daripada Pejabat parlimen dan Adun Nibong Tebal yang terlibat dalam menyediakan kemudahan dan menjayakan program ini. Pusat Pemberian Vaksin Bergerak HCTM meneruskan ekspedisi seterusnya di  Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sambutan Hari Terapi Carakerja ‘Belong, Be You’

12 Okt 2021 2021, Berita

Sempena dengan sambutan Hari Terapi Carakerja 2021 bertemakan ‘Belong, Be You.’ Unit Terapi Carakerja Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM menganjurkan Bicara Ilmu pada 27 Oktober 2021, jam 8.45 pagi – 12.00 tengahari secara atas talian melalui platform Zoom. Orang ramai dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menghadiri Bicara Ilmu ini.

Hari Penglihatan Sedunia – Love Your Eyes Through Innovation

12 Okt 2021 2021, Berita 1

Sempena Hari Penglihatan Sedunia, Jabatan Oftalmologi HCTM menganjurkan beberapa aktiviti seperti forum umum, e-inovasi, webinars, larian virtual, permainan silangkata, dan lain-lain secara atas talian di platform Zoom. Orang awam dan semua warga HCTM dan UKM, dijemput untuk menyertai akativiti-aktiviti yang diaturkan.

Tarikh: 14-15 Oktober 2021
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Sila klik pautan ini untuk ke halaman pendaftaran:

 

Budaya Merakyatkan Universiti Melalui Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk

11 Okt 2021 2021, Berita
Bagan Datuk,  9 Oktober 2021-  Sebanyak 1,421 dos vaksin telah berjaya diberikan menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk yang bermula pada 13 September 2021 sehingga 9 Oktober 2021. Penduduk daerah Bagan Datuk menerima suntikan vaksin dengan hadir sendiri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) satelit di Dewan Perdana UMNO Bagan Datuk atau melalui kaedah Program Jangkau Luar (Outreach Programme) yang dilaksanakan secara lawatan oleh pasukan kesihatan rumah ke rumah, masjid, rumah ibadat serta pusat komuniti sekitar Seberang Perak, Hilir Perak dan Pulau Ganda Suli, sempadan negeri Selangor.
Program PPVB ini adalah sebahagian daripada Program KPT – Prihatin yang mensasarkan 36 Pusat Pemberian Vaksin di pelbagai daerah. Setakat ini, sebanyak 40,000 dos telah diberikan oleh pasukan vaksinasi dari HCTM merangkumi 9 buah PPV. Turut bersama Pasukan Vaksinasi HCTM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datuk dan diiringi YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi serta YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur ke Program Jangkau Luar bagi menyantuni penerima yang terlantar dan mempunyai masalah pergerakan. Seiring dengan Program KPT-Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) HCTM, program Jangkau Luar ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk sekitar tidak terpinggir dan terabai.
1 21 22 23 24 25 35

Search

+