PPV Bergerak HCTM di Balik Pulau

22 Okt 2021 2021, Berita

Balik Pulau, 22 Oktober 2021 – Pusat Pemberian Vaksin Bergerak HCTM kini berada di Dewan Al-Barakah Masjid Maqbul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti pemberian vaksin kepada masyarakat setempat. Program dijalankan selama dua hari bermula semalam telah beroperasi di dewan yang disediakan dan lawatan rumah ke rumah dengan menyasarkan golongan warga emas, OKU dan pesakit terlantar. Sebanyak 268 dos suntikan vaksin telah diberikan kepada komuniti setempat sejak semalam dan jumlah ini menjadikan angka kumulatif suntikan Program Pemberian Vaksin Bergerak sejak ia mula beroperasi adalah sebanyak 45,005 dos.

 

 

Program PPVB HCTM di Nibong Tebal berjalan lancar

21 Okt 2021 2021, Berita
Nibong Tebal, 18 Oktober 2021 – Seramai 566 penerima vaksin telah mendapat vaksin Covid-19 menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak HCTM yang diadakan di Nibong Tebal yang bermula sejak 26 September 2021 dan berakhir pada 18 Oktober 2021. Sebanyak 288 suntikan dos 1 dan 278 suntikan dos ketua telah berjaya diberikan sepanjang tempoh berkenaan. Ini menjadikan sebanyak 97% penerima vaksin di PPVB HCTM di Nibong Tebal telah menerima vaksinasi lengkap. Program ini dijalankan di Dewan …… dan juga aktiviti lawatan rumah ke rumah golongan warga emas, OKU, dan pesakit terlantar yang tidak berupaya untuk bergerak juga turut dijalankan. Turut serta dalam aktiviti lawatan ke rumah ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor KKL. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Klinik Kesihatan Sg Acheh, sukarelawan daripada Pejabat parlimen dan Adun Nibong Tebal yang terlibat dalam menyediakan kemudahan dan menjayakan program ini. Pusat Pemberian Vaksin Bergerak HCTM meneruskan ekspedisi seterusnya di  Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sambutan Hari Terapi Carakerja ‘Belong, Be You’

12 Okt 2021 2021, Berita

Sempena dengan sambutan Hari Terapi Carakerja 2021 bertemakan ‘Belong, Be You.’ Unit Terapi Carakerja Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM menganjurkan Bicara Ilmu pada 27 Oktober 2021, jam 8.45 pagi – 12.00 tengahari secara atas talian melalui platform Zoom. Orang ramai dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menghadiri Bicara Ilmu ini.

Hari Penglihatan Sedunia – Love Your Eyes Through Innovation

12 Okt 2021 2021, Berita

Sempena Hari Penglihatan Sedunia, Jabatan Oftalmologi HCTM menganjurkan beberapa aktiviti seperti forum umum, e-inovasi, webinars, larian virtual, permainan silangkata, dan lain-lain secara atas talian di platform Zoom. Orang awam dan semua warga HCTM dan UKM, dijemput untuk menyertai akativiti-aktiviti yang diaturkan.

Tarikh: 14-15 Oktober 2021
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Sila klik pautan ini untuk ke halaman pendaftaran:

 

Budaya Merakyatkan Universiti Melalui Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk

11 Okt 2021 2021, Berita
Bagan Datuk,  9 Oktober 2021-  Sebanyak 1,421 dos vaksin telah berjaya diberikan menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk yang bermula pada 13 September 2021 sehingga 9 Oktober 2021. Penduduk daerah Bagan Datuk menerima suntikan vaksin dengan hadir sendiri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) satelit di Dewan Perdana UMNO Bagan Datuk atau melalui kaedah Program Jangkau Luar (Outreach Programme) yang dilaksanakan secara lawatan oleh pasukan kesihatan rumah ke rumah, masjid, rumah ibadat serta pusat komuniti sekitar Seberang Perak, Hilir Perak dan Pulau Ganda Suli, sempadan negeri Selangor.
Program PPVB ini adalah sebahagian daripada Program KPT – Prihatin yang mensasarkan 36 Pusat Pemberian Vaksin di pelbagai daerah. Setakat ini, sebanyak 40,000 dos telah diberikan oleh pasukan vaksinasi dari HCTM merangkumi 9 buah PPV. Turut bersama Pasukan Vaksinasi HCTM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datuk dan diiringi YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi serta YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur ke Program Jangkau Luar bagi menyantuni penerima yang terlantar dan mempunyai masalah pergerakan. Seiring dengan Program KPT-Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) HCTM, program Jangkau Luar ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk sekitar tidak terpinggir dan terabai.

Pusat Perhubungan Alumni UKM Sumbang Peralatan Perubatan Bernilai Hampir Setengah Juta Kepada HCTM

1 Okt 2021 Berita

Cheras, 30 September 2021 – Sebanyak 50 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 14 unit Power Air Purifying Respirator (PAPR) daripada Pusat Perhubungan Alumni UKM dan 10 unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 1,050 unit Isolation Coverall Suit sumbangan peribadi daripada Datuk Wira Wen Tai Chun, Presiden Sayling Wen Cultural & Educational Foundation dan Datin Wira Audrey Yang melalui The Association of Global Industry Academia Collaboration Malaysia telah diserahkan kepada HCTM melalui Sesi Serahan Peralatan Perubatan yang diadakan pada petang tadi di Dewan Serbaguna Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar.

Pengumpulan dana berjumlah RM460, 485 telah dibuat mulai Julai lepas setelah Pusat Perhubungan Alumni UKM mendapat maklumat mengenai keperluan mendesak bagi peralatan POC dan PAPR oleh HCTM. Kutipan sumbangan tersebut digunakan untuk memberi 80 unit POC dan 15 unit PAPR. Sebanyak 50 unit POC dan 14 unit PAPR telah diserahkan kepada HCTM dalam sesi serahan hari ini manakala selebihnya telah diserahkan lebih awal kepada HCTM.

Penyerahan sumbangan peralatan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin. Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani dan dan Dato’ Yeow Wah Chin serta Presiden Majlis Alumni UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak.

PPV Bergerak HCTM bantu golongan tidak berkeupayaan untuk vaksinasi

20 Sep 2021 2021, Berita

Pagoh, 18 September 2021 – Seramai 18 penerima vaksin telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin melalui Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) yang sedang giat dijalankan di Pagoh, Johor. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz selaku ketua Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) kali ini bersama-sama pasukan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, KKM telah mensasarkan golongan yang tidak berkeupayaan dengan membuat lawatan rumah ke rumah bagi memastikan mereka menerima dos vaksin yang lengkap.

Jelajah Vaksin : Taiping

17 Sep 2021 2021, Berita

Taiping, 15 September 2021- Seramai 756 penerima vaksin telah hadir ke kawasan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Kamunting seawal jam 08.30 pagi bagi mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19 .

Jelajah vaksin pada kali ini mensasarkan kumpulan sasaran fasa 3 di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) seawal usia 18 tahun yang berada di daerah Larut, Matang dan Selama. Pihak PPVB HCTM UKM turut menyediakan khidmat kerusi roda bagi penerima vaksin yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga bagi penerima vaksin yang terlantar di rumah, pihak PPVB HCTM UKM turut melaksanakan Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) vaksinasi COVID-19.

Secara keseluruhannya, sekitar 8,846 penduduk di kawasan ini telah mendapat suntikan sejak akhir bulan Ogos menerusi program ini.

Seramai 25 kakitangan HCTM UKM yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat, pegawai penyelaras dan pemandu kenderaan terlibat bagi menjayakan program ini. Turut hadir, En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM mewakili pihak Pengurusan HCTM ke PPVB HCTM di Dewan Kamunting bagi memantau proses vaksinasi yang dijalankan. Pelaksanaan program ini turut dijayakan oleh sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Jabatan Kesihatan Negeri Perak, KKM, PDRM, RELA, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi. Menerusi program ini, harapan besar disandarkan agar imuniti kelompok dapat dicapai untuk mengekang penularan wabak Covid-19.



Webinar “Kelesuan Pandemik”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Kelesuan Pandemik” pada 1 Oktober 2021, jam 10.00 hingga 11.30 pagi secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah.

Webinar “Kemahiran Keibubapaan 2021: Mengharungi Cabaran Era Pandemik”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Kemahiran Keibubapaan 2021: Mengharungi Cabaran Era Pandemik” pada 2 Oktober 2021, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah. Webinar ini adalah webinar berbayar dan terhad kepada 500 orang peserta sahaja.

1 23 24 25 26 27 37

Search

+