Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM

20 Jan 2022 2022, Berita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg.Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM akan diadakan pada 25 Januari 2022 , jam 11.30 pagi  secara langsung melalui HCTM TV dan Facebook HCTM. Warga HCTM dijemput untuk menyaksikan pelancaran.

HCTM TV : https://tinyurl.com/youtubehctmtv

Facebook HCTM : https://www.facebook.com/HCTM.UKM

Sebarang  pertanyaan,  boleh  berhubung  dengan Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan di talian 03-9145 9370 / 5058.

Charity Walk: 10,000 Steps Virtual Walkathon 2022

19 Jan 2022 2022, Berita
Program Charity Walk: 10,000 Steps Virtual Walkathon 2022anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM akan diadakan bermula 8 Februari 2022 hingga 27 Februari 2022.  Warga HCTM dan orang awam dijemput untuk menyertai Charity Walk ini dengan membuat pendaftaran melalui googleform. Yuran hanya RM 20 sahaja dan semua kutipan akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Peserta akan diberikan e-Sijil dan e-Khidmat (untuk kakitangan sahaja).
Tarikh Pendaftaran : 17 Januari 2022-4 Februari 2022
Mula Charity Walk: 8 Februari 2022-27 Februari 2022
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9145 6310 (Cik Suhaizah) /03- 9145 5770( Puan Halimatus Sa’adiah)
atau emel ke cwjksp2022@gmail.com

 

 

Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? – Program Saringan Pap Smear

19 Jan 2022 2022, Berita

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks, Jabatan Obstetrik & Ginekologi menganjurkan Program Saringan Pap Smear sepanjang bulan Januari dan Februari. Program ini terbuka kepada semua kakitangan HCTM dan FPER UKM serta para pelajar. Semua kakitangan dan pelajar wanita HCTM dan Fakulti Perubatan dialu-alukan untuk menyertai program saringan ini. Penglibatan kakitangan akan direkodkan dalam Sistem UrusBakat. Maklumat lanjut, sila rujuk poster yang disertakan.

Tahniah penerima darjah kebesaran Negeri Sembilan

19 Jan 2022 2022

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah darjah kebesaran Negeri Sembilan bersempena Hari Keputeraan Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan telah diadakan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada 14 Januari 2022 yang lalu.

 

 

Perkhidmatan Kaunseling untuk Kakitangan HCTM dan HPKK

19 Jan 2022 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia HCTM dan Perkhidmatan Sumber Manusia HPKK menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk semua kakitangan secara sukarela/rujukan dengan kaedah:

* Bersemuka atau atas talian
* Individu atau kelompok (2-5 orang)

Waktu perkhidmatan 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Sila Imbas Kod QR untuk temujanji atau layari: https://tinyurl.com/kaunselingHCTMHPKK

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

HCTM
Nor Azwa Binti Ahmad
03-91455168

HPKK
Hairul Liana Binti Din
03-91748661

 

Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021

24 Dis 2021 2021, Berita

CHERAS, 23 Disember 2021 – Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021 telah diadakan secara hybrid pada pagi tadi di Auditorium HCTM dan disiarkan secara langsung di YouTube HCTM TV dan Facebook HCTM. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang terakhir pada tahun 2021 dan seperti kebiasaan, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM menyampaikan ucapan beliau dengan berkongsi intipati yang penting, antaranya pelantikan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia menggantikan YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, pelantikan YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla untuk menjalankan tugas sebagai Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, pelantikan YBsh. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM yang baharu dan pelantikan Puan Masrifah Zakaria untuk menjalankan tugas Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, HCTM.

Beliau juga turut memaklumkan HCTM akan mencecah usia 25 tahun pada tahun depan dan perancangan sambutan Jubli Perak sedang giat dijalankan. Tidak lupa juga ucapan takziah juga turut disampaikan kepada warga Kampus Kuala Lumpur khususnya warga HCTM yang terjejas akibat banjir. Difahamkan 141 orang warga Kampus Kuala Lumpur terkesan dengan musibah ini dan Bantuan Pasca Banjir Kampus Kuala Lumpur UKM telah diaktifkan dan digerakkan sejak Isnin lepas. Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada para sukarelawan kakitangan yang membantu dalam misi bantuan pasca banjir. Bantuan kewangan daripada Tabung Ehsan Warga akan digunakan untuk meringankan beban kakitangan yang terkesan.

Perkembangan prestasi pengurusan turut dibentangkan dalam perhimpunan ini agar warga HCTM sentiasa cakna dan peka akan perkembangan prasarana yang sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antara projek yang diusahakan ialah projek penggantian infrastruktur usang, projek penggantian peralatan perubatan, projek naik taraf jabatan perubatan, dan projek penggantian peralatan perubatan usang Dewan Bedah, Dewan Bersalin & Radiologi. Selesai berucap dalam majlis, acara diteruskan dengan penyempurnaan pelancaran Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan yang pertama, selaras dengan keperluan MSQH. Majlis perhimpunan menutup tirai pada jam 10.00 pagi selepas sesi bergambar.

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA

22 Dis 2021 2021, Berita

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. PUSTAKAWAN S52
2. PEGAWAI KEWANGAN W48
3. JURURAWAT U42
KUMPULAN PELAKSANA

4. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U38
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U36
6. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA JA36
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N26
8. PEMBANTU KESELAMATAN KP22
9. PEMBANTU AKAUNTAN W22
10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U14

Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Tarikh Tutup Iklan : 05 Januari 2022
Muat Turun: IKLAN KENAIKAN PANGKAT

 

 

 

IKLAN JAWATAN KOSONG PELANTIKAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ TAHUN 2021

22 Dis 2021 2021, Berita

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. PEGAWAI PERGIGIAN UG41 (TETAP)

 

KUMPULAN PELAKSANA

2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29 (KONTRAK)
3. JURURAWAT U29 (TETAP & KONTRAK)
4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29  (TETAP & KONTRAK)
5. PENOLONG AKAUNTAN W29  (TETAP)
6. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 (TETAP & KONTRAK)

Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Tutup Iklan : 05 Januari 2022
Muat Turun: IKLAN JAWATAN KOSONG

1 20 21 22 23 24 37

Search

+