Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 : Cakna Diabetes

31 Mei 2022 2022, Berita

Orang awam dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menyertai Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 akan diadakan seperti berikut:-

TAJUK : CAKNA DIABETES
TARIKH : 1 Jun 2022 (Rabu)
MASA : 2.30 – 4.00 petang

Platform : Zoom dan Facebook HCTM
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/94192308219?pwd=OGNTOG1NRVY5ald0M2YzTHk0b3hhdz09

Meeting ID: 941 9230 8219
Passcode: 202213

Facebook HCTM: https://www.facebook.com/HCTM.UKM

MODERATOR :
KJ AZRINA MUSLIM
Ketua Jururawat, Wad 6J
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

PENCERAMAH 1 :
PUAN ROHANA JAAFAR
Eksekutif Kanan Kejururawatan/Ketua Bahagian Outpatient
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

PENCERAMAH 2 :
KJ UMAR RAZAK BIN RAZALI
Ketua Jururawat
Klinik Kaunseling Diabetes/Rakan Diabetes HCTM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

*Mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai dari awal hingga tamat. Webinar ini disiarkan secara live-streaming di laman facebook Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (HCTM).

Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM

23 Mei 2022 2022, Berita

Cheras, 17 Februari 2022 – Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah diadakan di Auditorium HCTM pada petang tadi. Bertemakan ‘Nurses: A Voice To Lead – Invest In Nursing And Respect Rights To Secure Global Health‘, prefesion jururawat merupakan nadi dan tulang belakang sesuatu institusi kesihatan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM.

Berucap dalam majlis, Dato’ Dr. Hanafiah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
jururawat yang berkorban masa dan tenaga untuk menyelamatkan nyawa pesakit semasa pandemik Covid-19 serta menjayakan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Program KRIS KPT. Sambutan Hari Jururawat Sedunia pada hari ini melibatkan jemputan luar dalam sesi forum iaitu wakil dari Cuepacs, dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan wakil dari Kesatuan Jururawat Malaysia dalam membincangkan berkaitan kebajikan, halatuju dan cabaran kerjaya jururawat kini dan masa depan.

Terdahulu berlangsung Seminar Jururawat Anggun & Unggul pada hari yang sama dengan beberapa penceramah jemputan seperti Prof. Madya Dr. Rohani Arshad, Prof. Adjung Universiti MAHSA, Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil, Pensyarah Universiti & Penyelaras Kreativiti Jabatan Seni Bina dan Alam Bina UKM, Puan Norasyikin Binti Johan, Pegawai Dietatik Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan, dan Puan Sabariah Shariff, Eksekutif Mary Kay untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada para peserta yang hadir.

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUS KUALA LUMPUR UKM

20 Mei 2022 2022

Warga Kampus Kuala Lumpur UKM dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kuala Lumpur UKM pada 24 Mei 2022 (Selasa), jam 8.30 pagi di Lobi Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM. Para jemputan digalakkan untuk mengenakan busana Melayu atau pakaian traditional.

Pengedaran Juadah Hari Raya Pertama Aidilfitri Bersama Kakitangan HCTM

10 Mei 2022 2022

CHERAS, 2 Mei 2022 – Pengedaran juadah Sempena Hari Raya Pertama Aidilfitri telah diadakan pada jam 10.00 pagi selepas Solat Hari Raya Aidilfitri di Surau Ibnu Sina HCTM. Program ini diadakan dengan tujuan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kakitangan bertugas yang tidak dapat pulang ke kampung dan menyambut Hari Raya bersama keluarga atas tuntutan kerja.

Sebanyak 500 bungkus juadah pelbagai menu Hari Raya seperti lemang, rendang ayam, nasi beriani, nasi impit dan kuah kacang telah diedarkan kepada kakitangan pada hari tersebut. Juadah diedarkan oleh Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM yang tampil segak mengenakan busana Melayu berwarna Biru Tua.

Turut bersama dalam majlis tersebut, Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program diadakan secara sederhana namun amat bermakna buat kakitangan yang bertugas pada 1 Syawal.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG PELANTIKAN DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ 2022

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1. PEGAWAI TADBIR N41 (TETAP/KONTRAK)
  2. PEGAWAI SAINS C41 (KONTRAK)
  3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 (KONTRAK)
  4. PEGAWAI PERUBATAN UD43 (KONTRAK)
  5. PEGAWAI PERUBATAN UD47 (KONTRAK)
  6. PEGAWAI PERUBATAN UD51 (KONTRAK)
  7. PEGAWAI PERUBATAN UD53 (KONTRAK)

 

KUMPULAN PELAKSANA

  1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29 (TETAP)
  2. JURURAWAT U29 (TETAP / KONTRAK)
  3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 (KONTRAK)
  4. JURU X-RAY U29 (TETAP / KONTRAK)
  5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 (TETAP)
  6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 (TETAP)
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (TETAP)
  8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19 (TETAP / KONTRAK)
  9. PEMBANTU AKAUNTAN W19 (TETAP)
  10. PEMBANTU OPERASI N11 (KONTRAK)
  11. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 (TETAP / KONTRAK)

 

Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Tutup Iklan : 17 Mei 2022
Link: IKLAN BIL 2-2022 – PELANTIKAN

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1. PEGAWAI TADBIR N48
  2. JURURAWAT U48

 

KUMPULAN PELAKSANA

  1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA36
  2. JURURAWAT U36
  3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U36
  4. PENOLONG PEGAWAI SAIN SC32
  5. JURURAWAT U32
  6. PEMBANTU PUSTAKAWAN S26
  7. PENGAWAL KESELAMATAN KP14

 

Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Tarikh Tutup Iklan : 17 Mei 2022
Link: IKLAN BIL 2-2022 – NAIK PANGKAT

Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana

26 Apr 2022 2022, Berita

CHERAS, 21 April 2022 – Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana yang diketuai oleh Ustaz Hasrizal Hasal telah diadakan di Surau Ibnu Sina HCTM pada jam 12.00 tengahari semalam. Program anjuran Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM dan Surau Ibnu Sina diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak HCTM dan sebagai salah satu aktiviti mengimarahkan bulan Ramadhan. Seramai 30 orang telah menyertai aktiviti bermunajat beramai-ramai secara fizikal di Surau Ibnu Sina. Siaran langsung secara atas talian di HCTM TV juga turut diadakan kepada warga HCTM dan UKM yang berkelapangan untuk turut serta dalam program ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM dan diikuti dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada wakil kakitangan terpilih. Turut hadir dalam program ini Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM.

 

1 18 19 20 21 22 37

Search

+