Majlis Pelancaran Persatuan Fertiliti Preservasi Malaysia (MSFP) dan Perkhidmatan Perservasi Tisu Ovari (OTC) serta Penamaan Pusat Reproduktif Termaju (PRT) sebagai Pusat Rujukan Onkofertiliti Pertama Di Malaysia

4 Oct 2020 Berita

CHERAS, 26 Ogos – Majlis Pelancaran Persatuan Fertiliti Preservasi Malaysia (MSFP) dan Perkhidmatan Perservasi Tisu Ovari (OTC) serta Penamaan Pusat Reproduktif Termaju (PRT) sebagai Pusat Rujukan Onkofertiliti Pertama Di Malaysia anjuran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HCTM telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.

Seramai 100 orang tetamu jemputan telah hadir memeriahkan majlis dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memasyhurkan nama Pusat Reproduktif Termaju (ARC) HCTM yang dahulunya dikenali sebagai Medical Assisted Conception Unit (MAC). ARC merupakan pusat rujukan Onkofertili pertama di Malaysia di samping kekal sebagai antara pusat reproduktif ulung di Malaysia. Perkhidmatan dan program pembelajaran terbaru ARC iaitu Ovarian Tissue Cryopreservation (OTC), pembekuan tisu ovari khusus kepada pesakit Kanser, program pembelajaran terbaru iaitu program Felo Reproduktif dan penawaran program Diploma Embrologi.

Pelancaran Persatuan Fertiliti Preservasi Malaysia (MSFP) turut diadakan bagi mengukuhkan perkhidmatan Fertiliti Preservasi di Malaysia. Ahli-ahli persatuan merupakan pakar perubatan yang merawat pesakit Kanser dari pelbagai latar belakang yang akan berkerjasama dalam perkhidmatan ini. Di samping itu, pembentangan yang bertajuk “Perubahan Lanskap Perkhidmatan Pusat Reproduktif UKM” oleh Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Abdul Karim, Ketua Pusat Reproduktif Termaju (ARC) turut diadakan bagi memberikan gambaran jelas mengenai perkhidmatan ARC.

Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi, Naib Canselor UKM, laporan tiga tahun terakhir menunjukkan purata kitaran bayi tabung uji (IVF) adalah sebanyak 300-350 dan permanian beradas (IUI) adalah 300 kes dan juga prosedur-prosedur lain. Bilangan pesakit yang mengunakan perkhidmatan ARC telah melebihi 10,000 pesakit setahun. Berdasarkan pencapaian yang sedia ada, ARC mengembangkan perkhidmatan kesuburan khususnya kepada pesakit Kanser dengan pelancaran perkhidmatan Onkofertiliti pada hari ini. Perkhidmatan ini diharap dapat membantu negara menjadi pusat rujukan pertama Onkofertiliti, seterusnya membantu pesakit-pesakit Kanser ini meneruskan kehidupan dengan lebih berkualiti terutamanya penghidap Kanser di usia remaja.

Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, timbalan-timbalan pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Nor Azurah Abd Ghani, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan YBsh. Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Abdul Karim,ketua Pusat Reproduktif Termaju

Search

+
Font Resize
Contrast