‘Jom ke HCTM’ sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-28
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program ‘Jom ke HCTM’ sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-28 pada 16 Julai 2025 (Rabu) dan 17 Julai 2025 (Khamis), jam 9.00 pagi di Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) HCTM.
Dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri telah dijemput untuk menyertai program ini. Tujuan program ini bukan sekadar memperkenalkan HCTM sebagai hospital pengajar universiti, tetapi juga untuk mendekatkan dunia perubatan dan kesihatan kepada pelajar serta membuka minda mereka terhadap peluang kerjaya dalam bidang tersebut. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM serta diikuti dengan taklimat kerjaya. Para pelajar turut diberi peluang untuk menyertai aktiviti peperiksaan ‘Mock OSCE’ dibantu oleh fasilitator daripada Persatuan Pembedahan Pelajar UKM dan diakhiri dengan lawatan ke Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan UKM.











