Webinar “Mengatasi Stres Sewaktu Pembelajaran Online”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Mengatasi Stres Sewaktu Pembelajaran Online” pada 8 Oktober 2021, jam 2.45 hingga 5.00 petang secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah.

Semarak Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat HCTM 2021

2 Sep 2021 2021, Berita

CHERAS, 30 Ogos 2021 – Program Semarak Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat HCTM 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan FB Live. Program diadakan sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrizal Hasan dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.

Pengarah dalam ucapan beliau menyeru warga HCTM sama-sama menghayati dengan penuh kesyukuran erti kemerdekaan dan bersama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. Menurut beliau, pendekatan Malaysia Prihatin dalam hasrat memperluaskan impak bermakna kepada masyarakat telah menjadi aspirasi warga HCTM untuk menggembleng tenaga dan bersama-sama membantu negara memberi perkhidmatan terbaik melalui bidang perubatan terutamanya dalam mengurus dan merawat pesakit COVID-19 dan membantu Program Imunisasi Kebangsaan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Acara diteruskan dengan video ucapan wakil-wakil warga kerja HCTM dan seterusnya tayangan video peserta Pertandingan Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Tiga penyertaan terbaik telah dipilih dan berjaya membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan. Tempat pertama telah dimenangi oleh Eliza Nor Ahmad Rashidi daripada Unit Hematologi JPMD, Tempat Kedua daripada Jabatan Kualiti, dan Tempat Ketiga daripada Unit Hematologi JPMD. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan keluarga HCTM menzahirkan semangat kemerdekaan melalui kreativiti penghasilan video. Program tamat pada jam 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi fotografi di aplikasi Zoom.



Program Kasih Food Bank bantu kakitangan dan pelajar yang terkesan

27 Ogo 2021 2021, Berita

Program Kasih Food Bank yang dilancarkan pada 14 Julai 2021 yang lalu merupakan inisiatif murni kakitangan di Jabatan Kualiti untuk membantu kakitangan-kakitangan di jabatan lain dan pelajar di HCTM yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mendapatkan bekalan barang keperluan asas. Sejak inisiatif ini diperkenalkan, seramai 231 orang kakitangan dan pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Lokasi Kasih Food Bank yang terletak di Lobi Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar amat sesuai dan strategik kerana berhampiran dengan Kaunter Keselamatan dan jauh daripada kawasan tumpuan ramai. Kakitangan dan pelajar yang memerlukan bantuan sumbangan boleh mengambil barangan di rak yang disediakan.

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Ke-64 ‘Malaysia Prihatin’, program ini digerakkan dengan bantuan dan kutipan sumbangan warga HCTM dan orang. Usahasama warga HCTM telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM16,162 sejak program ini dilancarkan. Orang awam dan warga HCTM yang berminat untuk menyalurkan sumbangan melalui program ini boleh berhubung dengan urusetia program ditalian 039145 5052/ 5064/ 5068.


Sumbangan Kepada Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Sempena Maal Hijrah 1443H

20 Ogo 2021 2021, Berita

Oleh : Norhayati Md Raji
Foto : Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM

Cheras, 12 Ogos 2021- Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan Ziarah Ramah Sempena Maal Hijrah 1443H oleh kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh Ustaz Norhafizi Ab.Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI bagi menyampaikan 50 pek sumbangan barangan makanan dan keperluan harian kepada Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM yang mewakili pihak pesakit HCTM.



Lawatan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Ke Pusat Pemberian Vaksin Secara Pandu Lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

17 Ogo 2021 2021, Berita

Oleh : Norhayati Md Raji
Foto : Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM

Cheras, 9 Ogos 2021- Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, bekas Menteri Pengajian Tinggi (KPT) ke Pusat Pemberian Vaksin Pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kunjungan lawatan ini disambut oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM diiringi Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Dr.Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, HCTM merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin serta Dr. Abdul Rashid Abdul Kader,Penyelaras Klinik Warga,HCTM.

Tinjauan ini adalah satu penghormatan dan menzahirkan ucapan terima kasih diatas usaha yang digerakkan oleh HCTM ini adalah merupakan antara beberapa pendekatan baharu dalam pemberian vaksin yang telah diperkenalkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT) yang telah beroperasi sejak 14 Jun 2021. Susulan daripada kejayaan program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak dengan kerjasama Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) di Parit Sulong, Johor pada bulan Jun lalu, inisiatif ini kini diteruskan ke Seri Menanti, Negeri Sembilan bagi membantu negara bersama-sama menangani wabak Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

1 26 27 28 29 30 42

Search

+