Jom Infaq – Ruang musolla di Dewan Bedah dan pengubahsuaian Surau Ibnu Sina HCTM
CHERAS, 4 April 2022 – Seramai 110 orang warga HCTM dan UKM telah menghadiri Program Jom Infaq bersempena dengan Sambutan Jubli Perak HCTM dan bulan menyambut Ramadhan di Auditorium HCTM pada tengahari ini.
Program anjuran Surau Ibnu Sina HCTM dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur merupakan satu usaha untuk mencari dana pengubahsuaian dan pembesaran Surau Ibnu Sina serta pembinaan ruang musolla di Dewan Bedah. Jom Infaq menyasarkan kutipan sebanyak RM 40,000 bagi pembinaan ruang musolla di Dewan Bedah dan sebanyak RM 1.2 juta untuk pengubahsuaian Surau Ibnu Sina HCTM.
Majlis disempurnakan dengan perasmian program Jom Infaq dan juga penyampaian hadiah Pertandingan Tilawah Al-Quran KKL Sempena Jubli Perak HCTM oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran telah dimenangi oleh Encik Ary Fadhly Shahrin Bin Makbul, Unit Kenderaan KKL dan Puan Ezaharyoni Binti Ahmad Kadri, Jabatan Oftamologi.
Hadir dalam majlis Dr. Wan Haslan Bin Khairuddin, Pengarah Pusat Islam UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur, dan PU Riz sebagai penceramah undangan.
Bicara HCTM Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang
CHERAS, 1 April 2022 – Bicara HCTM Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM dengan kehadiran fizikal hampir 200 orang di dalam dewan serbaguna dan 150 orang di saluran HCTM TV dan Facebook HCTM. Tetamu jemputan terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai kanan dan urusetia. Platform atas talian seperti HCTM TV dan Facebook HCTM disediakan bagi meluaskan skop capaian maklumat kepada golongan sasaran terutamanya warga HCTM.
Gimik acara pembukaan dimulakan dengan perarakan masuk pengurusan tertinggi HCTM yang diiringi oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik yang lengkap berpakaian seperti hulubalang Melayu. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Varsiti Kita, dan bacaan doa. Persembahan silat oleh Encik Khairulisham Bin Mat, Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur turut diselitkan sebelum YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin membuka tirai sesi Bicara HCTM. Program yang diadakan selama 1 jam 30 minit diadakan secara santai dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama kakitangan.
Rakaman penuh Bicara HCTM boleh diulang tayang melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=yx4om46DvnI
Jemputan Bicara HCTM Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang
Adalah dimaklumkan bahawa program Bicara HCTM : Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti Dan Cemerlang akan diadakan pada 01 April 2022 (Jumaat) jam 9.00 pagi secara langsung di Youtube HCTM TV dan Facebook HCTM melalui link berikut :
- Youtube HCTM TV :- https://tinyurl.com/youtubehctmtv
- Facebook HCTM :- https://www.facebook.com/HCTM.UKM
Warga HCTM dan UKM dijemput untuk menonton program ini secara atas talian. Kehadiran akan direkodkan melalui myUKM (Smart attendance) atau Google form selepas program.

Flea Market – Program Menjana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih – YBhg. Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali atas perkhidmatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan UKM sehingga 6 Mac 2022.

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih – YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas perkhidmatan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz sehingga 6 Mac 2022.

Iklan Jawatan Kosong Pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022
Jabatan Sumber Manusia HCTM mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
1. PEGAWAI KEWANGAN W41 (TETAP / KONTRAK )
Maklumat lanjut mengenai iklan:-
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my
Tarikh Tutup: 17 Mac 2022
Pasukan HCTM menjayakan KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Batu Pahat
BATU PAHAT, 25 Feb 2022 – Seramai 17 orang sukarelawan UKM yang terdiri daripada pensyarah, doktor pakar, jururawat, kakitangan makmal dan pelajar pascasiswazah telah turun padang pada hari ini dalam program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) yang telah diadakan di Balairaya Pekan Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UKM telah melibatkan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma kepada penduduk setempat disana. Perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan darah tinggi, pemeriksaan glukos dalam darah, BMI, klinik pemeriksaan ortopedik, dan pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah. Selaras dengan konsep program yang berbentuk ‘outreach’, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran dalam penjagaan kesihatan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk Malaysia. Program yang berlangsung selama dua hari di Pekan Sri Medan dan Pekan Semerah dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan.































