Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 : Cakna Diabetes
Orang awam dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menyertai Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 akan diadakan seperti berikut:-
TAJUK : CAKNA DIABETES
TARIKH : 1 Jun 2022 (Rabu)
MASA : 2.30 – 4.00 petang
Platform : Zoom dan Facebook HCTM
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/94192308219?pwd=OGNTOG1NRVY5ald0M2YzTHk0b3hhdz09
Meeting ID: 941 9230 8219
Passcode: 202213
Facebook HCTM: https://www.facebook.com/HCTM.UKM
MODERATOR :
KJ AZRINA MUSLIM
Ketua Jururawat, Wad 6J
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
PENCERAMAH 1 :
PUAN ROHANA JAAFAR
Eksekutif Kanan Kejururawatan/Ketua Bahagian Outpatient
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
PENCERAMAH 2 :
KJ UMAR RAZAK BIN RAZALI
Ketua Jururawat
Klinik Kaunseling Diabetes/Rakan Diabetes HCTM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
*Mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai dari awal hingga tamat. Webinar ini disiarkan secara live-streaming di laman facebook Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (HCTM).
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria, Mantan Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK) yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H.

Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM
Cheras, 17 Februari 2022 – Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah diadakan di Auditorium HCTM pada petang tadi. Bertemakan ‘Nurses: A Voice To Lead – Invest In Nursing And Respect Rights To Secure Global Health‘, prefesion jururawat merupakan nadi dan tulang belakang sesuatu institusi kesihatan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM.
Berucap dalam majlis, Dato’ Dr. Hanafiah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
jururawat yang berkorban masa dan tenaga untuk menyelamatkan nyawa pesakit semasa pandemik Covid-19 serta menjayakan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Program KRIS KPT. Sambutan Hari Jururawat Sedunia pada hari ini melibatkan jemputan luar dalam sesi forum iaitu wakil dari Cuepacs, dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan wakil dari Kesatuan Jururawat Malaysia dalam membincangkan berkaitan kebajikan, halatuju dan cabaran kerjaya jururawat kini dan masa depan.
Terdahulu berlangsung Seminar Jururawat Anggun & Unggul pada hari yang sama dengan beberapa penceramah jemputan seperti Prof. Madya Dr. Rohani Arshad, Prof. Adjung Universiti MAHSA, Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil, Pensyarah Universiti & Penyelaras Kreativiti Jabatan Seni Bina dan Alam Bina UKM, Puan Norasyikin Binti Johan, Pegawai Dietatik Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan, dan Puan Sabariah Shariff, Eksekutif Mary Kay untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada para peserta yang hadir.
Pengedaran Juadah Hari Raya Pertama Aidilfitri Bersama Kakitangan HCTM
CHERAS, 2 Mei 2022 – Pengedaran juadah Sempena Hari Raya Pertama Aidilfitri telah diadakan pada jam 10.00 pagi selepas Solat Hari Raya Aidilfitri di Surau Ibnu Sina HCTM. Program ini diadakan dengan tujuan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kakitangan bertugas yang tidak dapat pulang ke kampung dan menyambut Hari Raya bersama keluarga atas tuntutan kerja.
Sebanyak 500 bungkus juadah pelbagai menu Hari Raya seperti lemang, rendang ayam, nasi beriani, nasi impit dan kuah kacang telah diedarkan kepada kakitangan pada hari tersebut. Juadah diedarkan oleh Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM yang tampil segak mengenakan busana Melayu berwarna Biru Tua.
Turut bersama dalam majlis tersebut, Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program diadakan secara sederhana namun amat bermakna buat kakitangan yang bertugas pada 1 Syawal.
Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana
CHERAS, 21 April 2022 – Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Perdana yang diketuai oleh Ustaz Hasrizal Hasal telah diadakan di Surau Ibnu Sina HCTM pada jam 12.00 tengahari semalam. Program anjuran Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM dan Surau Ibnu Sina diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak HCTM dan sebagai salah satu aktiviti mengimarahkan bulan Ramadhan. Seramai 30 orang telah menyertai aktiviti bermunajat beramai-ramai secara fizikal di Surau Ibnu Sina. Siaran langsung secara atas talian di HCTM TV juga turut diadakan kepada warga HCTM dan UKM yang berkelapangan untuk turut serta dalam program ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM dan diikuti dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada wakil kakitangan terpilih. Turut hadir dalam program ini Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM.
Tahniah – Dr. Zairul Azwan Mohd Azman
Tahniah Dr. Zairul Azwan Mohd Azman atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz mulai hari ini (25 April 2022).




















