Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
Hulu Langat, 20 Disember 2021 – Sebanyak 3 unit pancuan 4 roda digunakan bagi menyampaikan bantuan makanan kepada warga HCTM yang terjejas, sekaligus membuat tinjauan ke atas kerosakan dan keperluan lain yang diperlukan oleh mangsa. Pasukan HCTM telah melawat beberapa rumah kakitangan HCTM yang terjejas di Sri Nanding dan Sungai Lui. Pasukan diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Encik Mursidi Ahamad Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan ketua serta wakil-wakil jabatan.
Bersimpati dengan musibah yang menimpa, bantuan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dalam bencana ini akan diberikan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM. Warga HCTM yang terkesan dengan bencana banjir ini diminta untuk memberikan maklumat seperti nama, no.pekerja, alamat rumah, dan no.telefon kepada Jabatan Sumber Manusia HCTM melalui emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my atau suhaidah@ppukm.ukm.edu.my.
Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021
Bukit Aman, 19 Disember 2021 – Seramai 62 orang kanak-kanak telah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021 pada hari ini. Program anjuran Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kedua belah pihak serta menerapkan nilai-nilai murni dan permuafakatan dengan masyarakat setempat serta orang ramai.
Saluran Bantuan Mangsa Banjir (Kakitangan HCTM yang terkesan)
Orang ramai dan warga HCTM/UKM yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada kakitangan HCTM yang terkesan akibat bencana banjir boleh menghulurkan sumbangan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM.
Maklumat akaun tabung:
HOSPITAL UKM
CIMB 8000 7426 34
Ref: Banjir 21
Barangan keperluan juga dialu-alukan. Pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami seperti pada maklumat di poster.
Kakitangan HCTM yang terjejas akibat bencana banjir (rumah dinaiki air) dipohon untuk memberikan nama, alamat rumah, dan no.telefon ke alamat emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my ATAU suhaidah@ppukm.ukm.edu.my

Tahniah Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Peralatan Perubatan oleh Affin Islamic Bank Berhad kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (KM) akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Peralatan Perubatan oleh Affin Islamic Bank Berhad kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Majlis akan diadakan pada 22 November (Isnin) jam 10.00 pagi di Dewan Serba Guna, Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC) yang merupakan anak syarikat milk penuh Affin Bank Berhad akan menyerahkan sumbangan wakaf peralatan yang bernilai RM10,000.00 terdiri daripada pelbagai peralatan iaitu standard wheelchair, reclining wheelchair, walking aid dan shoulder crutches. Sumbangan AFFIN ISLAMIC merupakan salah satu usaha untuk membantu kerajaan dan golongan yang memerlukan dalam mengharungi wabak pandemik COVID-19.
Majlis in akan dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), YBhg. Prof. Madya Dr. Said Bouheraoua dan Tuan Haji Musa Abdul Malek, Pengarah Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad.
Tahniah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak
Sekalung tahniah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak di atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM berkuat kuasa 1 November 2021. Beliau merupakan alumni pertama Fakulti Perubatan UKM dan juga merupakan mantan Pengarah HCTM.

Webinar Fisioterapi 2021
Unit Fisioterapi HCTM dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Fisioterapi HCTM akan menganjurkan program Webinar Fisioterapi 2021 bertemakan “Long COVID : Bernafas Nikmat Kehidupan” seperti berikut ;
Tarikh : 2 November 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Facebook live Physio HCTM dan talian Zoom
Link pendaftaran : https://tinyurl.com/webinarfisioterapi
Pendafataran adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua kakitangan UKM, HCTM, HPKK serta kepada orang awam. E-Sijil dan ESPEL akan disediakan kepada peserta. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan oleh ahli Fisioterapi serta perkongsian mengenai COVID19 dan Fisioterapi. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di akaun Facebook dan Instagram “Physio HCTM PPUKM”.


Hebahan Gangguan Pendaftaran Akaun Sistem E-Vetting 2.0
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan hebahan atas talian dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang dikeluarkan pada 07 Oktober 2021 mengenai perkara ini adalah berkaitan.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan yang terlibat dalam urusan pendaftaran baru ke sistem ini perlu membuat pendaftaran secara manual serta mengemukakan maklumat tersebut yang diperlukan seperti di bawah dan hantar ke alamat emel rasmi ejawatan@ppukm.ukm.edu.my untuk tindakan selanjutnya:
a) Borang Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Sistem e- Vetting 2.0 ;
b) Format penyediaan salinan kad pengenalan.
Kerjasama dan tindakan segera YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan dalam dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz




















