Program Cahaya Keharmonian HCTM

3 Dis 2025 2025, Artikel
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Cahaya Keharmonian HCTM pada 25 November 2025 (Selasa) bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif terdahulu seperti Program Edaran Kurma Ramadan, Program Merendang Hari Raya Aidilfitri, dan Jamuan Makan Tahun Baru Cina (CNY) yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian di tempat kerja. Sebanyak 70 ‘goodies bag’ telah diedarkan oleh barisan Pengurusan HCTM sebagai simbol penghargaan kepada warga kerja HCTM bersempena musim perayaan Deepavali. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1WnFq4NB9P/

 

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI RADIOLOGI SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28 Nov 2025 2025, Berita
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan (FPER), dengan kerjasama Jabatan Radiologi, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (Hospital TABTAR) serta Fakulti Sains Kesihatan (FSK), telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Radiologi Sedunia Peringkat UKM pada 28 November 2025 (Jumaat) bertempat di Auditorium HCTM.
Majlis dimulakan dengan persembahan angklung oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam, sebagai pembukaan bagi memeriahkan suasana majlis sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Faizah Mohd Zaki, Ketua Jabatan Radiologi HCTM merangkap Pengerusi Sambutan Hari Radiologi Sedunia Peringkat UKM 2025. Perasmian kemudiannya disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, mewakili Naib Canselor UKM.
Sambutan ini diadakan bersempena memperingati penemuan sinar-X oleh Profesor Wilhelm Roentgen pada 8 November 1895. Tarikh tersebut yang kemudiannya diangkat sebagai Hari Radiologi Sedunia dan diraikan pada 8 November setiap tahun oleh warga radiologi di seluruh dunia. Penemuan tersebut dianggap titik perubahan besar dalam dunia perubatan, terutama dalam proses diagnosis dan rawatan pesakit. Di majlis ini juga turut diumumkan pemenang-pemenang Kuiz Radiologi, ‘3 Minutes Pitching’ Kategori Profesion Kesihatan Bersekutu, dan ‘Rad-X Quiz: Radiology Excellence League’ serta lawatan ke reruai-reruai pameran di Lobi Utama, HCTM.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur (KKL), YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Norazlina Mohamed, Timbalan Dekan (Prasiswazah) wakil Dekan FPER, YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) wakil Pengarah Hospital TABTAR, YBrs. Dr. Nor Aniza Azmi, wakil Dekan FSK, penduduk-penduduk sekitar Bandar Tun Razak, warga HCTM dan pelajar-pelajar.

 

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/17mh9rVoEt/

Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz

19 Nov 2025 2025, Berita
Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Majlis ini merupakan kemuncak sambutan Hari Kualiti HCTM 2025, yang bertujuan mengiktiraf individu serta pasukan cemerlang dalam pelbagai bidang berkaitan kualiti.
Sebanyak 54 anugerah dalam pelbagai kategori telah disampaikan kepada penerima yang layak sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi mereka dalam memperkukuh budaya kualiti di HCTM. Budaya kualiti bukan sekadar slogan atau acara tahunan, tetapi merupakan cara kerja dan nilai teras organisasi yang perlu dihayati dalam setiap tindakan. Amalan budaya kualiti menjadi asas kepada kecemerlangan perkhidmatan kesihatan serta penentu kepada keselamatan dan kesejahteraan pesakit, yang sentiasa menjadi keutamaan HCTM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti HCTM 2025. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh budaya kecemerlangan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di HCTM.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Kualiti HCTM 2025, YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Majlis Perasmian Hari Kualiti HCTM 2025

13 Nov 2025 2025, Berita
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus komited memperkukuh budaya kecemerlangan melalui penganjuran Hari Kualiti HCTM 2025. Majlis Perasmian Hari Kualiti HCTM 2025 telah diadakan pada 12 November 2025 (Rabu) di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) Merangkap Pengerusi Jawankuasa Hari Kualiti HCTM 2025 dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Program ini merupakan wadah menghargai sumbangan, dedikasi dan komitmen warga HCTM dalam memperkukuh budaya kualiti, inovasi serta penambahbaikan berterusan di setiap peringkat organisasi.

 

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Quality: Think Differently”, selaras dengan tema Hari Kualiti Sedunia. Tema ini menyeru warga HCTM untuk berfikir di luar kebiasaan, mencari pendekatan baharu, dan berinovasi dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan. Warga HCTM haruslah tampil lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan relevansi dan kecemerlangan organisasi dalam menghadapi cabaran semasa termasuk arus digitalisasi, kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI), serta peningkatan jangkaan pelanggan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah Reruai Hari Mesra Pelanggan, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Taklimat Amalan Penambahbaikan Berterusan Melalui Persekitaran Kerja Yang Produktif, aktiviti riadah dan Explorace, Taklimat Kecerdasan Buatan Internet Benda (IoT), Pra Konvensyen Jaminan Kualiti (QA) serta Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti HCTM.

 

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni Ketua Jabatan Kualiti, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Tahniah HCTM merangkul Anugerah Emas (GOLD Award) di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2025

13 Nov 2025 2025, Berita
Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran daripada Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan merangkul Anugerah Emas (GOLD Award) dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2025 yang berlangsung pada 3 hingga 6 November 2025 bertempat di Taipei International Convention Centre, Taipei, Taiwan.
Kumpulan Sinaran kali ini diketuai oleh Encik Saiful Azri Solahuddin serta dianggotai oleh lapan (8.) orang ahli yang terdiri daripada juru X-ray, jururawat, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan. Mereka telah membentangkan projek bertajuk “High Radiation Dose in Brain CT Scan.” Melalui projek tersebut, kumpulan ini telah berjaya menghasilkan alat inovasi yang dinamakan “MP Arc Shield”, yang mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu melindungi daripada radiasi, membantu memposisikan pesakit, dan berfungsi sebagai alat cegah gerak. Inovasi tersebut telah membawa kejayaan cemerlang kepada Kumpulan Sinaran apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam konvensyen kualiti peringkat antarabangsa yang kini memasuki edisi ke-50.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi, HCTM!
Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Majlis Perasmian Program “Pharmacists As Collaborative Experts” (PACE) 2025 Sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia

31 Okt 2025 2025, Berita

Majlis Perasmian Program “Pharmacists As Collaborative Experts” (PACE) 2025 Sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya diadakan pada 28 Oktober 2025 (Selasa) di Auditorium, HCTM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), mewakili Pengarah HCTM.

Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun sejak 2009. Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan ahli farmasi di seluruh dunia dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan. Tahun ini, tema yang diangkat, “Think Health, Think Pharmacist”, memperkukuh mesej bahawa ahli farmasi kini bukan lagi sekadar berperanan di sebalik kaunter, malah telah menjadi tonggak penting dalam sistem penjagaan kesihatan moden. Ahli farmasi kini adalah pakar kolaboratif dalam pasukan penjagaan kesihatan, sama ada di sektor awam, swasta, komuniti mahupun hospital. Perkhidmatan farmasi kini merangkumi pelbagai bidang kritikal seperti Klinik Pematuhan Terapi Ubat (MTAC), pembangunan garis panduan rawatan, dan penyelidikan klinikal.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Farmasi HCTM atas kejayaan menganjurkan simposium berimpak tinggi buat julung kalinya ini. Beliau juga yakin penganjuran Simposium PACE bukan sekadar acara sekali lalu, tetapi merupakan permulaan usaha berterusan memartabatkan bidang farmasi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan sistem kesihatan negara.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Makmor Bakry, Dekan Fakulti Farmasi UKM, YBhg. Brigedier Jeneral Mohd Adlan Adnan, Ketua Pegawai Farmasi, Jabatan Farmasi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kementerian Pertahanan Malaysia, YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM, YBrs. Puan Michelle Tan Hwee Pheng, Ketua Jabatan Farmasi HCTM, YBrs. Puan Farah Waheeda Tajurudin, Pengarah PACE 2025, Ketua-ketua Jabatan dan para peserta.


Gambar program di Medisosial Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/17PubbqctR/

Majlis Perasmian Hari Sukan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) HCTM

28 Okt 2025 2025, Berita

Hari Sukan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tahun 2025 diraikan dengan penuh ceria pada Sabtu, 25 Oktober 2025 di Foyer Lobi, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Pengarah dalam ucapannya, merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada pihak TASKA HCTM. Penyertaan mereka dalam aktiviti seperti ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara rumah dan pusat jagaan, sekali gus membentuk suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan penuh kasih sayang.

Hari Sukan ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk kesihatan fizikal, tetapi juga memupuk nilai murni seperti semangat berpasukan, keyakinan diri, hormat-menghormati serta memupuk semangat untuk tidak mudah berputus asa. Aktiviti ini amat digalakkan agar nilai-nilai kesukanan ini diterapkan secara berterusan dalam kehidupan seharian, menjadikan gaya hidup aktif sebagai budaya keluarga yang sihat dan positif.

Turut hadir memberikan sokongan adalah YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM, YBrs. Puan Rohaya Ismail, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, HCTM, YBrs. Dr. Muhamad Karbela Reza Ramlan, Pengerusi Jawatankuasa Hari Sukan TASKA, HCTM 2025 dan para ibu bapa.

Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Kesihatan Tulang dan Sendi 2025

23 Okt 2025 2025, Berita

Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Tulang dan Sendi 2025 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, HCTM dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang, Fakulti Perubatan UKM. Majlis ini telah diadakan pada 23 Oktober 2025 (Khamis) di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM bersempena Hari Osteoporosis Sedunia yang disambut setiap 20 Oktober di seluruh dunia. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Fathi Hayyun, Pengerusi Minggu Kesedaran Kesihatan Tulang dan Sendi 2025 dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Hamdan Mohamad Yahaya, Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi mewakili Pengarah HCTM.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan tulang, terutama dalam mencegah penyakit osteoporosis yang semakin meningkat dalam kalangan warga emas. Menurut statistik semasa, penyakit osteoporosis kini semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan populasi menua di Malaysia. Osteoporosis yang dikategorikan sebagai penyakit tidak berjangkit (NCD) dijangka terus meningkat sejajar dengan pertambahan usia rakyat Malaysia.

Selaras dengan perkembangan teknologi perubatan dan inisiatif kerajaan ke arah pendigitalan serta Revolusi Industri 4.0, HCTM telah memperkenalkan penggunaan teknologi robotik dalam pembedahan sendi lutut. Pembedahan “robotic total knee replacement” yang dimulakan pada tahun 2023 kini menunjukkan peningkatan permintaan dalam kalangan pesakit. Video bersiri pendidikan pesakit turut diperkenalkan bagi memberi maklumat menyeluruh berkaitan prosedur ini. Pada masa yang sama, usaha penyelidikan dalam bidang kesihatan tulang terus diperkukuh oleh kumpulan penyelidik UKM.

Turut hadir memeriahkan majlis ini, YBrs. Prof. Madya Dr. Norazlin Kamal Nor, Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak- kanak, UKM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Penasihat Program Minggu Kesedaran Kesihatan Tulang dan Sendi 2025, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan HCTM, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan UKM dan warga UKM.

1 2 3 4 41

Search

+