Jemputan Menyertai Kejohanan Golf Amal HCTM 2022

14 Sep 2022 2022, Berita

Adalah dimaklumkan bahawa satu Kejohanan Golf Amal HCTM 2022 yang merangkumi 3 kejohanan akan diadakan bagi tujuan untuk mengutip dana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.  Kejohanan tersebut adalah Kejohanan Golf Fakulti Perubatan Malaysia, Kejohanan Golf Persahabatan HCTM, dan Kejohanan Golf Piala Alumni Fakulti Perubatan UKM. Program Golf Amal ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   :  16 OKTOBER 2022
Masa     :  7.00 pagi
Tempat  : Kota Seriemas Golf and Country Resort, Nilai Negeri Sembilan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
a) Encik Azmy Sulaiman (019-2165377)
b) Puan Intan Nurhaila Meor Safari (012-6743009)
c) Puan Norisma Anor Basri (0133213014)

Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat HCTM

8 Sep 2022 2022, Berita

Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat HCTM anjuran Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan telah diadakan di Ruang Legar, Basemen Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan pada pagi. Bertemakan ‘Arthritis dan Rheumatologi’, sambutan kali ini menekankan kepentingan menjaga berat badan untuk menghindari masalah Arthritis dan Rheumatologi. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh penganjur antaranya senamrobik, pertandingan fitness challenges, pameran reruai, dan sesi ceramah kesihatan.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik. Farmasi dan Sokongan). Turut hadir dalam majlis ini YBr. Puan Zunaidah Abu Saman, Ketua Unit Fisioterapi, wakil Ketua Jabatan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, ketua-ketua jabatan dan ketua unit, serta para peserta.

 

Majlis Perasmian Program Penggunaan Invocell Serta Pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dan Majlis Menandatangani MoU Antara UKM dengan SNS MURNI SDN.BHD.

CHERAS, 18 Ogos 2022 – Majlis Perasmian Program Penggunaan Invocell Serta Pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara UKM dengan SNS MURNI SDN.BHD. telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Pusat Reproduktif Termaju (PRT) HCTM telah melancarkan perkhidmatan terbaharu iaitu penggunaan Tiub Vagina INVOcell hasil kolaborasi bersama SNS Murni Sdn. Bhd. dalam perawatan bayi tabung uji merupakan perkhidmatan terkini dan alternatif kepada rawatan IVF sedia ada. Ia merupakan perkhidmatan baharu dan pertama di Malaysia. Ketika ini proses pembentukan embrio dilakukan di dalam makmal menggunakan mesin inkubator canggih dan mahal, namun melalui kaedah INVOcell, penggunaan mesin inkubator ini dapat dikurangkan kerana tiub ini akan dimasukkan ke dalam vagina pesakit dan bertindak sebagai inkubator natural yang akan membantu pembentukan embrio secara semulajadi. Justeru itu perasaan menghasilkan bayi ‘sendiri’ dapat dirasai oleh pesakit kerana mereka akan pulang bersama tiub ini. Embrio yang terhasil secara semulajadi ini akan dimasukkan ke dalam rahim mengikut hari yang tertentu.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, wakil Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Majlis ini turut akan dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur), YBhg. Profesor Dato Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, dan YBhg. Dato’ Dr. Narimah Awin, Chairman Rasumi Group.

Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1.  JURURAWAT U42

KUMPULAN PELAKSANA

  1. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U38
  2. PENOLONG AKAUNTAN W36
  3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U32

Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Tarikh Tutup Iklan : 05  September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – NAIK PANGKAT

Iklan Jawatan Kosong Pelantikan Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1. PEGAWAI SAINS C41 (TETAP)
  2. PEGAWAI PERUBATAN UD43 (TETAP)
  3. PEGAWAI PERUBATAN UD47 (TETAP)
  4. PEGAWAI PERUBATAN UD51 (TETAP)
  5. PEGAWAI PERUBATAN UD53 (TETAP)

 

KUMPULAN PELAKSANA

  1. JURURAWAT U29 (TETAP / KONTRAK)
  2. JURUPULIH PERUBATAN U29 (TETAP)
  3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 (TETAP)
  4. PENOLONG AKAUNTAN W29 (KONTRAK)
  5. PEMANDU KENDERAAN H11 (TETAP)
  6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 (TETAP)
  7. PEMBANTU OPERASI N11 (TETAP)

 

Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Tutup Iklan : 5 September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – PELANTIKAN

1 17 18 19 20 21 41

Search

+