Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- JURURAWAT U42
KUMPULAN PELAKSANA
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U38
- PENOLONG AKAUNTAN W36
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U32
Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup Iklan : 05 September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – NAIK PANGKAT
Iklan Jawatan Kosong Pelantikan Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- PEGAWAI SAINS C41 (TETAP)
- PEGAWAI PERUBATAN UD43 (TETAP)
- PEGAWAI PERUBATAN UD47 (TETAP)
- PEGAWAI PERUBATAN UD51 (TETAP)
- PEGAWAI PERUBATAN UD53 (TETAP)
KUMPULAN PELAKSANA
- JURURAWAT U29 (TETAP / KONTRAK)
- JURUPULIH PERUBATAN U29 (TETAP)
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 (TETAP)
- PENOLONG AKAUNTAN W29 (KONTRAK)
- PEMANDU KENDERAAN H11 (TETAP)
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11 (TETAP)
- PEMBANTU OPERASI N11 (TETAP)
Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.
Tutup Iklan : 5 September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – PELANTIKAN
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz akan diadakan pada 19 Ogos 2022 (Jumaat), jam 9.00 pagi di Ruang Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar HCTM. Semua warga HCTM dijemput hadir ke majlis pelancaran ini.

Syarahan Kepimpinan Siri 2 ‘Effective Communication’
25 Julai 2022, CHERAS – Syarahan Kepimpinan Siri 2 Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM telah diadakan di Auditorium ASSC pada pagi tadi. Syarahan Kepimpinan kali ini telah menjemput YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh.
Syarahan beliau yang bertajuk ‘Effective Communication’ telah diterjemahkan dalam bentuk tayangan slide pembentangan, situasi kes, dan berkongsi pengalaman beliau sebagai pakar Neurologi dalam skop komunikasi. Beliau menekankan kemahiran komunikasi berkesan membantu profesion doktor dalam menangani situasi berdepan dengan pesakit terutamanya mendapatkan maklumat penyakit dengan tepat dan memberikan rawatan yang sesuai. Syarahan beliau walaupun ringkas namun padat untuk tatapan warga HCTM.
Biodata pengenalan penceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Penceramah merupakan mantan Pengarah HCTM yang ke-5 yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Dekan PPUKM pada tahun 2011 sehingga 2019. Turut hadir dalam syarahan ini Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM, pegawai-pegawai kanan, dan jemputan.
Pertandingan Mencipta Logo HCTM
Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo HCTM. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan satu (1) logo Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang akan digunapakai sebagai identiti kepada HCTM.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
- Setiap rekabentuk perlu memasukkan teks HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ atau HCTM;
- Penerangan setiap warna dan bentuk yang digunakan di dalam rekaan logo perlu dinyatakan bersama;
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, walaubagaimanapun hanya satu (1) sahaja penyertaan yang akan dipilih sebagai pemenang;
- Rekabentuk perlu menggunakan perisian Adobe Illustrator (AI) dan dikemukakan kepada shasheela@ppukm.ukm.edu.my ;
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2022 (Isnin);
- Peserta perlu melengkapkan Borang Penyertaan seperti dilampiran A;
- Syarat penuh pertandingan adalah seperti dilampiran B.
Orang awam dan warga HCTM dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Nora Shasheela Abdullah di talian sambungan 03-9145 5102 atau menerusi emel shasheela@ppukm.ukm.edu.my
Ceramah Perdana HCTM bersempena dengan 25 Tahun HCTM
CHERAS, 1 Julai 2022 – Dianggarkan seramai 200 orangan kakitangan HCTM tidak melepaskan peluang mendengar Ceramah Perdana HCTM bersempena dengan 25 Tahun HCTM yang jatuh pada hari ini, 1 Julai 2022. Program telah diadakan di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.
Ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haslim Baharim yang popular dengan panggilan Ustaz Bollywood. Persembahan Qasidah daripada Maahad Tahfiz As Salihin turut diselitkan sebagai pengisian program ini. Objektif penganjuran diadakan sebagai tanda kesyukuran penubuhan HCTM yang ke-25 dan juga program kerohanian kakitangan.
Hadir dalam ceramah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), dan En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran).
Majlis Perasmian Sambutan Hari TIBI Peringkat HCTM
Cheras, 21 Jun 2022 – Majlis Perasmian Sambutan Hari TIBI Peringkat HCTM anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Unit Respiratori, Jabatan Perubatan, Jabatan Farmasi, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan serta Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) telah diadakan secara ringkas pada pagi tadi di Lobi Utama HCTM.





























