TAHUN 2018
Pakar Perubatan UKM Pelopori Rawatan Arthritis Lutut Guna Sel Stem Mesenkima

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 6 Disember 2018 – Pasukan pakar bedah ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan dan Pakar Ortopedik & Arthroskopi, Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff telah berjaya mempelopori rawatan arthritis lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat.
Kajian sejak tahun 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaannya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan.
Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham berkata, tali pusat yang digunakan untuk rawatan tersebut adalah tali pusat yang didermakan oleh pesakit yang telah melalui saringan dan ujian darah yang tertentu bagi memastikan tisu yang diperoleh mengikut piawaian yang ditetapkan dan disahkan selamat.
“Sel stem itu akan dikulturkan dan dibiakkan di dalam makmal yang disertifikasi oleh Agensi Pengawalan Famaseutikal Kebangsaan. Sel-sel tersebut kemudiannya dibawa ke HCTM untuk di masukkan ke dalam sendi lutut pesakit menggunakan kaedah intra-articular injection,” katanya.
Beliau berkata, semua pesakit dalam kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ketiga dan tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan atau permasalahan sepanjang tempoh kajian dilakukan.
“Pasukan kami bersama sebuah syarikat swasta iaitu Cytopeutics Sdn Bhd telah menyaring pesakit terlebih dahulu dan menjalankan pemeriksaan dan uji kaji makmal serta pengimejan sebelum pembedahan artoskopi lutut dilakukan.
“Sel stem akan dimasukkan ke dalam sendi lutut dan pesakit dikehendaki menjalani rawatan susulan selama 12 bulan.
“Keseluruhan proses ini disahkan sebagai patuh syariah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,” jelasnya.
Ujar Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham, sebagai penyelidikan translasi klinikal yang pertama yang menggunakan sel stem alogenik ke atas pesakit dalam bidang Ortopedik di HCTM, ia telah mengorak langkah untuk lebih banyak lagi kajian klinikal seumpamanya dijalankan memandangkan aspek kesesuaian, keselamatan serta tanpa kesan mudarat telah dikenal pasti daripada hasil pemerhatian.
“Kita telah membentangkan hasil kajian ini di persidangan antarabangsa International Cartilage Repair and Regeneration Society (ICRS) Focus Meeting di Milan, Itali pada 13 dan 14 Disember tahun lalu bertemakan “I am not ready for metal“. Lebih 400 peserta dari 46 negara telah menghadiri persidangan ini.
“Kejayaan UKM membentangkan satu-satunya penyelidikan klinikal dari Malaysia amat menggembirakan pihak ICRS. Mereke meneliti perkembangan dan perkongsian hasil kajian terkini di Malaysia dan seterusnya menjemput UKM bagi menyertai rangkaian antarabangsa kumpulan penyelidik rawan artikular dan sel stem,” ujar beliau.
JAWATAN KOSONG: Iklan Jawatan Kosong (Pelantikan – Disember 2018) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (Kampus Kuala Lumpur)
Disember 28, 2018 / 2018
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (Kampus Kuala Lumpur) seperti di berikut:
Lantikan :
-
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
Cara memohon:
- Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm .
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Perjawatan & Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur)
d/a Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Aras 1, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 03-91456454/5144/5158/5150/5166/5149
Tarikh Buka Iklan : 27 Disember 2018 (Khamis)
Tarikh Tutup Iklan : 09 Januari 2019 (Rabu)
MAKLUMAN: Pelaksanaan Sistem RMIIS Dan Radiology Order Pada 2hb Januari 2019
Disember 27, 2018 / 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berlampir adalah makluman Pelaksanaan Sistem RMIIS Dan Radiology Order Pada 2hb Januari 2019.
- Pemakluman RMIIS
- Panduan Pengguna Radiology Request
JAWATAN KOSONG: Lantikan dan Kenaikan Pangkat di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)
Disember 14, 2018 / 2018, Jawatan Kosong
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan dan warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur) bagi jawatan berikut:
Lantikan :
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- PEMBANTU TADBIR GRED N19
- PEMBANTU KESELAMATAN KP19
- PEMBANTU AWAM H11
Butiran: Iklan Jawatan Jawatan Kosong di UKM (Kampus Kuala Lumpur)
Kenaikan Pangkat :
- JURURAWAT GRED U48
- PEGAWAI SAINS GRED C48
- PEMBANTU TADBIR GRED N26
- PEMBANTU OPERASI GRED N14
Butiran: Iklan Kenaikan Pangkat di UKM (Kampus Kuala Lumpur)
Cara memohon:
- Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
- Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur)
d/a Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh Buka Iklan : 13 Disember 2018 (Khamis)
Tarikh Tutup Iklan : 26 Disember 2018 (Rabu)
PROGRAM: Majlis Penyampaian Sumbangan / Tajaan Petronita Kepada Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, HCTM UKM
Disember 5, 2018 / 2018
Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Azmah Azman dan Puan Lita Osman, Ketua, Unit Kebajikan Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan Petronas (PETRONITA) kepada Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahman, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif HCTM. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli tiga peralatan perubatan khas (pediatrik) iaitu satu unit Video Laryngoscope, dua unit Target Controlled Infusion Pumps dan satu unit Blanket Warming System untuk kegunaan Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, HCTM UKM. Peralatan ini diperlukan kerana statistik pesakit kanak-kanak memerlukan pembedahan dan rawatan pediatrik semakin meningkat.
Berucap dalam majlis, Prof. Datuk. Dr A Rahman berkata beliau mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai industri, agensi luar, atau NGO dalam memberikan sumbangan sama ada melalui tabung kebajikan, endowment atau peralatan. Public-private partnership ini digalakkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan. Usaha murni pihak PETRONITA dalam memastikan hubungan strategik yang baik dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, khasnya Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif dalam menjamin penyampaian dan perkhidmatan perawatan ke atas pesakit pediatrik dapat diberikan secara lebih komprehensif dan berkesan.
PROGRAM: International Day off Persons with Disabilities Public Awareness Program
Disember 5, 2018 / 2018

CHERAS, 29 November 2018 – International Day of Persons with Disabilities Public Awareness Program telah diadakan di Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Program ini dianjurkan oleh Unit Perubatan Rehabilitasi, Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM UKM bersama dengan Yayasan Prihatin Insan, Harry Talents Agency dan Malaysian Association of Rehabilitation Physicians (MARP). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan dan cabaran yang dialami oleh golongan orang kelainan upaya (OKU), membentuk OKU yang mandiri serta menggalakkan masyarakat Malaysia supaya menjadi masyarakat yang inklusif.
Perangkaan menunjukkan, bilangan OKU di Malaysia yang telah berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga akhir Februari 2018 adalah seramai lebih 400,000 orang. Keupayaan golongan ini di negara banyak mencipta pelbagai kejayaan walaupun memegang status OKU. Antaranya, Encik Sukur Ibrahim yang juga merupakan alumni Sarjana Muda Teknologi Maklumat UKM yang telah dianugerahkan OKU Cemerlang Kebangsaan (keusahawanan) dan memiliki sebuah syarikat pemasangan karpet dan juga merupakan seorang penceramah motivasi serta penasihat kewangan.
Program disambut dengan meriah dengan kehadiran lebih kurang 140 peserta. Antara acara-acara yang dijalankan ialah “Wheelchair Zumba” yang disertai oleh 15 orang kelainan upaya dari Kumpulan Sahabat Sokongan Rehab PPUKM (Rehab Support Group PPUKM), Forum OKU bertajuk “Living with Disabilities” dimana lima orang pesakit bersama penjaga mereka ditemuramah mengenai cabaran-cabaran hidup yang telah dilalui sebagai OKU. Peserta ‘Wheelchair Queen Pageant’ dari Harry Talents Agency juga turut serta dengan persembahan tarian dan pertunjukan fesyen yang diadakan. Peserta OKU dari Rumah Harapan Aafiyah juga turut serta membuat persembahan nyanyian dan bacaan sajak. Gerai-gerai jualan daripada pertubuhan-pertubuhan amal seperti Tasputra PERKIM, Beautiful Gate Foundation, Yayasan Prihatin Insan dan kumpulan Sahabat Sokongan PPUKM turut diadakan pada hari itu.
Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Turut hadir ialah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Professor Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Professor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, dan Sr Hj Ishak Ismail, Pengerusi Yayasan Prihatin Insan.
PROGRAM: KERJASAMA ANTARA UKM DAN N2W CORP BAKAL MEMBANGUNKAN APLIKASI PENGURUSAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
November 19, 2018 / 2018
CYBERJAYA, 16 Nov 2018: Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kanak-kanak HCTM menandatangani Memorendum Perjanjian bersama Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikat milik penuhnya, N2W Corporation Sdn Bhd (N2W Corp) untuk membangunkan Aplikasi Pengurusan Perkembangan Awal Kanak-kanak.
Pembangunan Aplikasi Pengurusan Perkembangan Awal Kanak-kanak ini mengandingkan kepakaran N2W Corp dalam aspek pembangunan teknologi aplikasi, pelaksanaan dan pemasaran manakala UKM menyumbangkan nasihat, pengetahuan dan maklumat klinikal serta teknikal berhubung keperluan optimum spektrum perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Inspirasi pembangunan aplikasi ini bertitik tolak berikutan kesedaran berhubung pentingnya perkembangan awal kanak-kanak dipantau secara berkala dan bersistematik bermula di peringkat bayi. Aplikasi tersebut akan mengandungi komponen-komponen kritikal perkembangan kanak-kanak seperti pengurusan kesihatan, pengambilan makanan, pembelajaran asas, koordinasi motor, komunikasi dan interaksi sosial. Ibu bapa boleh memantau tahap kesihatan dan perkembangan awal kanak-kanak, khususnya di kalangan ibu bapa muda yang sibuk dan bekerjaya. Inovasi ini menepati trend lanskap ekonomi dan sosio-ekonomi yang mencabar masa kini.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr.Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy mewakili UKM serta Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim dan Encik Mohd. Rizatuddin Noor Mohamamed Ramli mewakili N2W, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di dewan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC).
Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr.Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata transformasi yang bakal diadakan melalui kerjasama ini diharap dapat memperkasakan peranan ibu bapa dengan bantuan perisian maya untuk memantau kesihatan anak-anak. Projek ini juga dijangka dapat memberi pengetahuan kepada ibu bapa tentang kesihatan dan perkembangan awal kanak-kanak untuk meningkatkan skil keibubapaan. Pengesanan masalah kesihatan kanak-kanak oleh ibu bapa perlu dilaksanakan dengan lebih awal supaya pencegahan dapat dijalankan dengan berkesan.
Turut hadir Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) Fakulti Perubatan, Dr. Juriza Ismail, Ketua Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan pegawai kanan lain.
LAWATAN: Menteri Pendidikan Malaysia Melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH)
November 19, 2018 / 2018
CHERAS, 15 November 2018 – Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, telah mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk melihat sendiri Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Aras 4, Wad Pediatrik HCTM dengan lebih dekat dan disambut oleh Pengurusan Tertinggi UKM diketuai Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa serta, Pengurusan Kampus Kuala Lumpur diketuai oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal dan Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM juga turut disertai Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan.
Rombongan KPM menghabiskan masa hampir 15 minit melihat sesi pembelajaran di SDH. Sekolah Dalam Hospital (SDH) ditubuhkan pada 18 September 2012 dengan objektif untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan, menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di hospital, serta memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran.
Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Pusat Kembangan Kanak-kanak di Aras G, dan melawat sekitar Kampus Kuala Lumpur UKM dengan menaiki kenderaan. Antara lokasi lawatan ialah Advanced Surgical Skills Centre, UNU-IIGH, Taska HCTM, Ronald McDonald Charity House, Pusat Gamma Knife dan destinasi lawatan berakhir di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI). Delegasi diberi penerangan ringkas mengenai status terkini pembangunan Hospital Pakar Kanak-kanak UKM yang dijangka beroperasi pada tahun 2019 dan juga wawasan UKM dalam penubuhan Health Technopolis di Cheras.
Turut hadir YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan pegawai-pegawai kanan KPM dan pegawai kanan UKM yang lain termasuk Prof. Dr. Hj. Mohd. Ekhwan Toriman, Prof. Dato’ Dr. Nor Ghani Nd. Nor, Prof. Dr. Ishak Yusof. Pegawai kanan lain termasuk Timbalan-timbalan Pengarah Pejabat Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Timbalan-timbalan Pengarah HCTM, Ketua Jabatan Pediatrik serta Ketua Pusat Perkembangan Kanan-kanak.
PROGRAM: Seminar Jagarawatan Bariatrik 2018
November 19, 2018 / 2018
Pembedahan bariatrik adalah prosedur pembedahan menurunkan berat badan yang dilakukan kepada pesakit obesiti dengan tujuan untuk menjaga kesihatan. Prosedur ini dilakukan oleh pakar-pakar dari Unit Minimally Invasive Sugery (MIS), Upper GI & Obesity Surgery, Jabatan Surgeri. Penganjuran Seminar Jagarawat Bariatrik yang diadakan selama 2 hari ini menekankan aspek-aspek jararawat pembedahan bariatrik dengan lebih mendalam dan terkini.
Majlis dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM dan dalam ucapannya berkata program seperti perlu diadakan pada setiap tahun bagi membincangkan dan berkongsi kaedah rawatan serta jagarawatan seiring dengan teknologi terkini kepada semua agar ia dapat dipraktikkan dan digunapakai memandangkan kadar bilangan pesakit obesiti di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap semua usaha-usaha yang mampu memberi impak positif terhadap pembangunan intelektual di samping menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pesakit.
Turut hadir dalam majlis Prof. Madya Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai Nik Mahmood, Ketua Unit Minimaly Invasive Surgery (MIS) Upper Gi And Obesity Surgery Jabatan Surgeri HCTM, Puan Fuziah Abd. Hamid Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM, Puan Wan Fatimah Wan Daud Penasihat Seminar Jagarawatan Bariatrik 2018, Dr. Mohamad Aznan Shuhaili Penasihat Bersama Seminar Jagarawatan Bariatrik 2018, dan Puan J. Sanarina Abdul Jabbar Pengerusi Seminar Jagarawatan Bariatrik 2018.
PEMAKLUMAN : Research Symposium dan UCD Alumni Networking Reception
November 9, 2018 / 2018
UCD Medical Graduates Association akan mengadakan Research Symposium dan UCD Alumni Networking Reception pada 11 November 2018 bertempat di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
PROGRAM: Majlis Menandatangani MoA UKM dan Cytopeutics Sdn Bhd
Oktober 31, 2018 / 2018, Majlis Rasmi
CHERAS, 31 Oktober 2018 – Pusat Terapi Sel (PTS), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan kerjasama Cytopeutics Sdn Bhd, telah mengadakan majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bertempat di Sukmaria, Tingkat 3, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus Kuala Lumpur UKM.
Memorandum Perjanjian ini adalah kesinambungan daripada Memorandum perjanjian yang telah ditandatangani pada 22 Ogos 2011 serta beberapa siri perjanjian penyelidikan oleh kedua-dua pihak sejak 2011 dalam membangunkan hubungan yang lebih rapat dalam penyelidikan terapi sel sehinggalah kesepakatan untuk menyambung dan menandatangani Memorandum perjanjian dapat direalisasikan pada hari ini.
Prof. Datuk Dr. A Rahman dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara UKM-Cytopeutics ini akan memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan berasaskan sel stem. Memorandum Perjanjian ini untuk meningkatkan kerjasama dan potensi aplikasi klinikal menggunakan sel stem. Tambah beliau, kajian-kajian bakal ditumpukan dalam penyelidikan sel stem bagi mengoptimakan fungsinya dalam terapi perubatan termasuk wound healing, ischemic cardiomyopathy (kegagalan jantung), peripheral occlusive arterial disease, cerebrovascular disease (stroke), cartilage injury dan sebagainya.
Pusat Terapi Sel (PTS) menyediakan perkhidmatan terapi sel yang merangkumi sel stem hematopoietik, sel darah limfosit dan sel dendritik semenjak 1999 dan berjaya melakukan lebih 200 pemindahan autologous dan allogenik sel stem hematopoetik untuk pelbagai penyakit kanser darah dan penyakit sum-sum tulang. Rakan kerjasama PTS iaitu Cytopeutics Sdn Bhd merupakan syarikat peneraju dalam kajian dan rawatan sel stem di Malaysia. Cytopeutics kini bergerak maju dalam penyelidikan sel stem untuk merawat kegagalan jantung, penyakit jantung iskemia, osteoarthritis (lutut) dan kencing manis. Ujian klinikal dijalankan dengan profesional, berdasarkan teknologi dan protokol yang dipatenkan.
Hadir dalam majlis ialah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus KL, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM, dan Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, wakil Dekan Fakulti Perubatan. Manakala pihak Cytopeutics pula dihadiri oleh Encik James Then Khong Lek, Pengarah Urusan, Puan Zoe Cheng Voon Sze, Pengarah Eksekutif, dan Prof. Dr. Chin Sze Piaw, Penasihat Klinikal dan Kajian.
PROGRAM: Sambutan Hari Anestesia Peringkat Kebangsaan 2018
Oktober 24, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti
CHERAS, 20 Oktober 2018 – Sempena Hari Anestesia Sedunia 2018, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, HCTM dengan kerjasama Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA) menganjurkan Sambutan Hari Anestesia Peringkat Kebangsaan 2018 di Bangunan Praklinikal, Kampus KL UKM, Cheras.
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, HCTM telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran sambutan Hari Anestesia peringkat kebangsaan pada tahun ini. Bertemakan ‘The Right Stuff’, penganjur mengetengahkan kepakaran anestesiologi dalam memberikan pembiusan yang selamat kepada pesakit dengan menggunakan peralatan terkini serta memberi penekanan kepada kemajuan peralatan penyambung nyawa atau life-saving equipment yang penting dalam rawatan pesakit ICU.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, wakil Naib Canselor UKM. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berbangga dengan kehebatan pembedahan-pembedahan rumit berskala besar yang dilaksanakan di HCTM dan kejayaan ini adalah hasil kerjasama pakar bedah dan pakar anestesiologi dengan seliaan dan pengetahuan tinggi yang menjadi tulang belakang bagi memastikan denyut nadi pesakit berterusan. Turut hadir dalam perasmian ini ialah Dato’ Dr. Jahizah Hassan, President Malaysian Society of Anesthesiologist, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, wakil Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahman, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif HCTM, Dr. Ravinthiran Rasiah, President College Of Anesthesiologist Malaysia.
Majlis perasmian ini turut melancarkan Buku Tahunan Malaysian Society of Anaesthesiologists 2017-2018, serta mengumumkan pemenang-pemenang Anaesthesia Superheroes Challenge – Video Competition dan Pertandingan Wefie Anaesthesia #TheRightStuff.
LAWATAN – Program Komuniti McDonald’s & RMHC di Pediatrik HCTM
Oktober 23, 2018 / 2018, Lawatan
CHERAS, 18 Oktober 2018 – Kerjasama erat antara Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Ronald McDonald telah terjalin sekian lama sejak penubuhan Ronald McDonald House Charities (RMHC) dalam premis Pusat Perubatan UKM. Hari ini pelawat daripada Ronald McDonal dan RMHC mengadakan Program Komuniti McDonald’s & RMHC di Klinik Pediatrik HCTM dan Wad Pediatrik (4A, 4B, 4D, 4K). Kunjungan delegasi berkenaan adalah untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran), En. Mursidi Ahamad. Turut hadir sama ialah Dr. Anita Othman, Timbalan Pengarah (Pekhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) HCTM, Puan Rosedalina Ibrahim Pengurus Kanan Hal Ehwal Halal McDonald’s Malaysia dan Puan Idayu Mukti, Pegawai Kanan RMHC Malaysia dan kakitangan McDonald Malaysia serama 20 orang.
Wakil pengurusan HCTM, Encik Mursidi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan delegasi Ronald McDonald memilih HCTM untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat. Beliau berbangga kerana HCTM mempunyai Ronald McDonald Charity House (RMHC) pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1999 telah banyak membantu keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di HCTM. Penubuhan RMHC adalah untuk membantu keluarga pesakit kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan penginapan yang selesa serta dekat dengan pesakit yang sedang menerima rawatan di HCTM. Kerjasama ini diharapkan akan berterusan untuk manfaat pesakit kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan.
Lawatan diadakan di klinik Pediatrik. Aras Bawah dan wad-wad Pediatrik serta Sekolah Dalam Hospital (SDH). Pemberian sumbangan berupa Happy Meal dan Goodie Bag diberikan kepada setiap pesakit dan waris yang berada di wad serta kakitangan bertugas.
TAHNIAH – Profesor Dr. Dayang Anita Abdul Aziz, Jabatan Surgeri
Oktober 23, 2018 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Dayang Anita Abdul Aziz kerana telah dilantik sebagai ahli Majlis Eksekutif The International Society of Hypospadias and Disorders of Sex Development . Pelantikan ini adalah kali pertama ahli akademik dari Malaysia dalam Majlis Eksekutif yang diwakili oleh pakar-pakar perunding kanan surgeri pediatrik dari seluruh pelosok dunia yang aktif dalam meningkatkan kefahaman dan penyelidikan berkaitan masalah perkembangan seksual kanak-kanak dan keabnormalan hypospadias.
Pautan kepada ahli Majlis Eksekutif: http://www.hypospadias-dsd.com/styled-11/
The International Society of Hypospadias and Disorders of Sex Development: http://www.hypospadias-dsd.com/
Tahniah dan syabas diucapkan.
PROGRAM: Physiotherapy Charity Run 2018 ‘Run With Golden Age’
Oktober 15, 2018 / PPUKM dan Komuniti, Program PPUKM

CHERAS, 13 Oktober 2018 – Julung kalinya bersempena dengan Hari Sukan Negara yang di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia yang jatuh pada 1 Oktober setiap tahun, Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM, menganjurkan Physiotherapy Charity Run 2018 : Run With Golden Age pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat perkarangan Institut Perubatan Molekul (UMBI), Kampus KL UKM.
Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan bersukan dan warga emas ini mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM. Objektif penganjuran larian adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan peranan Unit Fisioterapi kepada orang awam, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat secara santai, serta mengumpul dana bagi tujuan menaiktaraf perkhidmatan Unit Fisioterapi.
Seramai 491 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur dengan dua kategori larian iaitu Terbuka Telaki dan Terbuka Perempuan. Larian sejauh 5 km bermula dari Perkarangan Bangunan UMBI Cheras melalui laluan di Taman Rekreasi Tasik Permaisuri dan berakhir di Perkarangan Bangunan UMBI semula. Para peserta memulakan larian pada jam 7.30 pagi dan peserta pertama yang sampai ke garisan penamat kategori lelaki ialah En. Sivaneshwaran A/L Gunasegaran dengan catatan masa 17 minit 14 saat. Manakala kategori wanita pula dimenangi oleh Nurliana Mohd Rusni dengan catatan masa 25 minit 12 saat.
Selain daripada acara larian, aktiviti saringan kesihatan juga turut diadakan untuk peserta yang hadir. Sesi dialog bersama pakar untuk warga emas dan gerai jualan juga turut dibuka. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menyempurnakan acara pelepasan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut hadir Puan Rohana Mukahar, Ketua Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Cik Zunaidah Abu Samah, Ketua Unit Fisioterapi dan Encik Nahiz Waridi Adnan, Pengarah Program Physiotherapy Charity Run 2018.
HCTM Menerima Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) Lembaga Zakat Selangor Fasa II/2018
Oktober 8, 2018
SHAH ALAM, 8 Oktober 2018 (Isnin) – Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) Lembaga Zakat Selangor Fasa II/2018 telah diadakan di Auditorium Aras 2, Hospital Shah Alam jam 2.00 petang.
Sumbangan dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah disampaikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor kepada 18 buah hospital pada hari ini.
Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) telah hadir ke majlis serahan ini dan menerima sumbangan dana zakat sebanyak RM1.25 juta secara keseluruhan pada tahun 2018 iaitu RM 250,000 bagi Fasa 1 dan sebanyak RM1 juta diterima pada Fasa 2.
Dana ini disalurkan untuk membantu pembiayaan kos peralatan dan ubat–ubatan bagi pesakit-pesakit Islam Selangor yang tidak berkemampuan dan mendapatkan rawatan di HCTM. Sumbangan dan kerjasama erat pihak hospital melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM UKM dengan LZS yang terjalin sejak lebih 10 tahun lalu telah banyak membantu dari segi kos perubatan pesakit di HCTM.
Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM UKM dipertanggungjawabkan menyelaras segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada pesakit yang menerima rawatan di HCTM mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Sehingga kini, keseluruhan dana terkumpul untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM dianggarkan sebanyak RM 5 juta. Pada tahun ini sahaja dianggarkan lebih 450 orang pesakit telah diberikan bantuan kos perubatan daripada Tabung Kebajikan Pesakit di HCTM.
Turut hadir dalam majlis tersebut Dato’ Dr. Haji Azman Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh : Hafizah Mohamad Isa
PROGRAM: Majlis Penghargaan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) Dan Berjaya Corporation Berhad Serta Perasmian Wad Penjagaan Kaki
September 21, 2018
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM telah mengadakan Majlis Penghargaan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) dan Berjaya Corporation Berhad serta Perasmian Wad Penjagaan Kaki. Majlis diadakan pada 18 September 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar Kampus Kuala Lumpur UKM pada jam 2.30 petang.
Penubuhan Wad Jagaan Kaki ini adalah sumbangan usaha sama Jabatan Ortopedik HCTM, Wakaf Selangor Muamalat (WSM) dan Berjaya Corporation Berhad. WSM adalah merupakan kerjasama antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bagi tujuan Wakaf Khas di mana sumbangannya akan diagihkan ke sektor pendidikan dan kesihatan.
Pembukaan wad ini bakal memberi harapan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat khususnya pesakit diabetes. Inisiatif ini adalah usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta mengurangkan kadar amputasi bagi pesakit diabetes kaki. Secara umumnya, Diabetes Mellitus (DM) adalah salah satu penyakit yang semakin menular dan serius dalam kehidupan masyarakat kini. Lebih daripada 170 juta orang telah menghidap diabetes di seluruh dunia dan dijangka peningkatannya akan mencapai sehingga 300 juta menjelang tahun 2025. Terdapat pelbagai jenis komplikasi yang memberikan kesan kepada individu yang menghidap diabetes tetapi komplikasi yang melibatkan kaki adalah paling tinggi jumlahnya. Ini adalah kerana, orang yang dijangkiti oleh diabetes adalah 25 kali berkemungkinan untuk kehilangan kakinya berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit tersebut.
Menurut Prof. Datuk Dr. A Rahman, lebih daripada 70% pemotongan kaki terjadi terhadap pesakit yang menghidap diabetes di seluruh dunia dan memberi kesan yang amat ketara ke atas ekonomi dan psikologi pesakit dan keluarga. Kebanyakan pesakit ini yang terpaksa menjalani proses pemotongan kaki, tidak dapat menampung pendapatan untuk dirinya malah ia menjadi bebanan kepada keluarga dan terpaksa mengharapkan sumbangan dan bantuan orang lain.
Dianggarkan sebanyak 3-4% daripada pesakit yang menghidap diabetes terpaksa menggunakan 12-15% sumber pendapatan untuk merawat penyakit mereka. Sebagai usaha pencegahan untuk mengurangkan kadar amputasi adalah dengan memberi kesedaran dan maklumat berkenaan strategi penjagaan dengan menggabungkan langkah pencegahan, perawatan ulser kaki yang multi-disiplin, pemantauan yang rapi serta kesedaran masyarakat terhadap diabetes dan kesihatan.
Pada masa ini, kebanyakan daripada pesakit ini akan dirawat di Wad Ortopedik dan Wad Perubatan. Risiko yang dihadapi adalah masalah kelewatan untuk melakukan pembedahan, kelemahan dalam penyediaan pesakit, misdiagnosed diabetic foot, charcot joint dan full-blown osteomyelitis, poor compliance serta kurang pengetahuan dalam menangani pesakit diabetes yang mengalami luka di kaki.
Melalui penubuhan Wad Penjagaan Kaki HCTM, rawatan kepada pesakit dapat diberi keutamaan dan bersistematik. Manakala dari sudut kepakaran pula, peluang pembelajaran dapat diberikan kepada pelajar-pelajar sarjana dalam bidang ortopedik dan traumatologi terutamanya dalam prosedur perawatan penjagaan kaki dan buku lali bagi pesakit diabetis. Kos pembangunan wad ini adalah hasil sumbangan daripada Wakaf Selangor Muamalat (WSM) iaitu sebanyak RM272,000.00 dan sumbangan daripada Berjaya Corporation Berhad iaitu RM40,000.00.
Wad Jagaan Kaki telah dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat. Turut hadir dalam majlis ialah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, dan Dato’ Sri Azlan Meah Hj Ahmed Meah, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad serta wakil daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor.
TAHNIAH – Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Ogos 29, 2018 / Tahniah
TAHNIAH diucapkan kepada Pakar Anestesiologi dan Pegawai Perubatan, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang telah berjaya mendapat tempat PERTAMA dalam Pembentangan Poster Terbaik Peringkat Antarabangsa program 6th WORLD CONGRESS OF SIVA-TCI 2018 (In Corporating the Annual Scientific Congress of the Malaysia Society of Anaesthesiologists & College of Anaesthesiologist, AMM). Kongress diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2018 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Butiran pembentangan adalah seperti berikut:-
Tajuk Pembentangan:
“The Effects of Intraoperative Lung Recruitment Manoeuvre On Oxygenation And Respiratory Compliance In Obese Patients Undergoing Laparoscopic Surgery: A Randomized Controlled Study”
Pembentang:
Dr. Teoh Beng Siong
Co-Author:
Dr. Khairulamir Zainuddin, Dr. Rufinah Teo, Dr. Azarinah Izaham, Dr. Muhammad Maaya, Dr. Fadzlon Mohd Yatim
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang!
Penganjur / Penganjur Bersama : Malaysian Society Of Anaesthesiologists
LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT SINGER (M) KE WAD PEDIATRIK
CHERAS, 9 Ogos 2018 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Kampus Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada Singer (M) Sdn Bhd Cawangan Wilayah Central Region. Wakil Pengurus Singer Cawangan Wilayah, Encik Prabakaran Nair bersama dengan 10 orang kakitangan Singer telah hadir ke Wad Pediatrik HCTM di Tingkat 4 untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak.
Sempena Ulangtahun Singer(M) yang ke-112, sebanyak 112 ekor anak patung beruang yang dijahit sendiri telah disumbangkan kepada semua pesakit kanak-kanak di wad berkenaan. Selain itu, Singer juga turut menyumbangkan beberapa peralatan elektrik untuk keperluan wad dan jabatan Pediatrik. Kehadiran pihak Singer telah memberikan kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di HCTM.
Turut hadir bersama dalam sesi penyampaian sumbangan ialah Profesor Madya Dr. Hasniah Abdul Latiff, Ketua Jabatan Pediatrik HCTM dan pengurus jururawat disiplin Pediatrik. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini amat digalakkan kerana dapat memberi motivasi kepada pesakit kanak-kanak untuk terus berusaha sembuh.
PPUKM Physio Run 2018: Run With Golden Age
Ogos 17, 2018 / PPUKM dan Komuniti
Semua warga UKM dijemput untuk memeriahkan acara larian amal anjuran Unit Fisioterapi, PPUKM bersempena Sambutan Hari Warga Emas 2018. Acara ini merangkumi larian 5km dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti tapak jualan serta aktiviti saringan kesihatan.
Kategori Terbuka Lelaki dan Wanita : RM 50
Kategori Warga Emas 60 tahun ke atas : RM 40
Semua penyertaaan boleh didaftarkan ke dalam Sistem E-Khidmat.
Untuk maklumat lanjut sila layari/hubungi:
Instagram: @physiorun_ppukm
Facebook : physiorunppukm
Whatsapp: 0147200437
Tarikh Acara: 13/10/2018
Masa Acara : 6:30 pagi – 5:00 petang
Tempat : PERKARANGAN BANGUNAN UMBI PPUKM CHERAS
Seminar Imunisai Dan Vaksin – Biar Tahu Jangan Keliru
Ogos 17, 2018 / Program PPUKM
Seminar berikut akan diadakan seperti ketetapan dibawah. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster program. Semua dijemput hadir.
Tarikh Acara: 25/10/2018
Masa : 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Tempat AUDITORIUM KLINIKAL HCTM
Penganjur / Penganjur Bersama: Disiplin Pediatrik, Bahagian Medikal, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, HCTM
Tahniah – SN Jasitha Thavarajah (Jururawat Terlatih) Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan
Julai 31, 2018 / Tahniah
Tahniah SN Jasitha Thavarajah (Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan) atas kejayaan dalam pembentangan poster di ’34th Annual Congress Malaysian Society of Nephrology’ yang berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Penang pada 27-29 Julai 2018. Beliau telah diselia oleh Dr. Ruslinda Mustafar dan Dr. Lydia Kamaruzaman.
Syabas diucapkan.
Penganjur / Penganjur Bersama: : Malaysian Society of Nephrology dan Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi pendidikan ibu bapa: Perkembangan motor halus dan kemahiran adaptif pada kanak- kanak
Julai 31, 2018 / Program PPUKM
Unit Terapi Carakerja akan menganjurkan satu sesi pendidikan ibu bapa yang akan menerangkan tentang perkembangan motor halus dan kemahiran adaptif pada kanak-kanak. Perkembangan kemahiran motor halus yang lambat akan menyebabkan kemahiran mengurus diri, kemahiran bermain dan kemahiran menulis menjadi lambat. Sesi pendidikan ini akan menerangkan strategi dan intervensi yang sesuai untuk mengatasinya.
Tarikh Acara: 15/08/2018
Masa: 02:15 Petang – 04:15 Petang
Penganjur / Penganjur Bersama: Unit Terapi Carakerja
TAHNIAH: En. Abdul Karim Mustafa, Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM
Julai 27, 2018 / Tahniah
Tahniah Encik Abdul Karim Mustafa (Penolong Pegawai Perubatan U42) dari Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM atas kejayaan dalam pembentangan poster di 4th International Table Top Excercise & Communication in Disaster Medicine yang berlangsung di UiTM Kampus Selayang, Selangor pada 16-21 Julai 2018. Beliau terpilih daripada kalangan 16 orang pembentang poster yang terdiri daripada pakar-pakar dari seluruh negara.
Syabas diucapkan.
JEMPUTAN: Solat Hajat dan Bacaan Yasin
Julai 24, 2018 / PPUKM dan Komuniti
Semua warga HCTM dan orang awam dijemput menghadiri Solat Hajat dan Bacaan Yasin Jemaah Haji pada 27 Julai 2018 di Surau Ibnu Sina, HCTM.
JEMPUTAN: PPUKM Physio Run 2018: Run with Golden Age
Julai 24, 2018
Pihak Unit fisioterapi, PPUKM dengan berbesar hati menjemput warga ukm sekalian untuk menyertai PPUKM PHYSIO RUN 2018:RUN WITH GOLDEN AGE sempena menyambut HARI WARGA EMAS.
Larian untuk 5KM dan FLAG OFF: 7.15AM
kategori:
TERBUKA LELAKI : RM50
TERBUKA WANITA;RM50
WARGA EMAS 60+:RM40
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan khusus untuk warga emas serta pelbagai booth dan jualan turut disediakan Jangan Lepaskan Peluang!! sebarang pertanyaan lanjut boleh melalui Whatsapp 014-7200437
UNTUK INFO LANJUT:
facebook:physiorunppukm
Instagram: @physiorun_ppukm
Tarikh Acara : Mula: 13/10/2018 Tamat: 13/10/2018
Masa Acara : Mula: 06:30 Pagi Tamat: 12:00 Tengah hari
Tempat : PERKARANGAN BANGUNAN UMBI,PPUKM
Url : http://form.jotform.me/physiorunppukm/physio-run-ppukm-2018
TAHNIAH: Profesor Dr. Hatta Sidi, Jabatan Psikiatri
Julai 24, 2018 / Tahniah
Tahniah Profesor Dr. Hatta Sidi kerana telah menerima `Awards and Acknowledgement for the Outstanding Ten-Years Contribution as an Excellent Editor-in-chief` daripada ASEAN Federation of Psychiatry and Mental Health (AFPMH) dan Malaysian Psychiatric Association (MPA) sempena `22nd Malaysian Conference of Psychological Medicine (MCPM)’ pada 19 Julai 2018 (Khamis) hingga 21 Julai 21, 2018 di Hotel Aloft, Kuala Lumpur.
TAHNIAH: Dr. Mohd Shahir Bin Anuar, Jabatan Anestesiologi
Julai 12, 2018 / Tahniah
Tahniah kepada Dr. Mohd Shahir Bin Anuar, pakar anestesiologi dari Jabatan Anestesiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM telah berjaya memperoleh Diploma Pasca Siswazah Antarabangsa Interventional Pain daripada Universiti Montpellier, Perancis; program ini diadakan di Universiti Perubatan Korea, Seoul.
Beliau adalah seorang pakar anestesiologi Malaysia yang pertama yang berjaya untuk menerima diploma pasca siswazah yang diiktiraf oleh Universiti Montpellier, Perancis, Kolej Perubatan Universiti Korea dan Persatuan Pelbagai Disiplin Korea Musculoskeletal Pain. Beliau menyertai program itu pada Disember 2017 dan telah menamatkannya dengan lulus peperiksaan pada Jun 2018 bersama 29 orang pakar antarabangsa yang lain.
Perubatan Interventional Pain adalah sub kepakaran perubatan yang menguruskan sakit akut dan kronik dengan teknik invasif yang minimal seperti suntikan sendi, nerve blocks (menghalang aliran isyarat kesakitan di sepanjang saraf) dan neuromodulation (menggunakan medan elektromagnet untuk mengawal kesakitan). Pengurusan Interventional pain semakin popular dibidang perubatan kerana keberkesanannya dan risiko komplikasi yang rendah; membantu mengawal rasa sakit dan mengurangkan pergantungan pesakit terhadap dadah, sekaligus mengurangkan kesan sampingannya
Sebagai pakar anestesiologi, berurusan dengan pesakit sakit akut dan kronik adalah sebahagian daripada tugas harian selain menyediakan perkhidmatan anestetik. Pengetahuan dan kemahiran tambahan yang diperolehi dalam teknik kesakitan intervensi membantu dalam mengurus kesakitan dengan berkesan, terutamanya kepada pesakit kronik yang kebanyakannya bergantung kepada pelbagai ubat penahan sakit. Selain kerja klinikal harian, Dr. Mohd Shahir terlibat secara aktif dalam persidangan dan bengkel kesakitan, berkongsi pengetahuan mengenai ubat interventional pain dengan kakitangan kesihatan di Malaysia. Beliau kini merupakan setiausaha bersama Malaysian Society of Interventional Pain Practitioners (MSIPP). Hasrat beliau adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit dan kakitangan kesihatan mengenai interventional pain dan berguna secara berkesan terutamanya kesakitan kronik. Beliau berharap lebih banyak pakar perubatan Malaysia berminat dengan perubatan interventional pain akan mengikuti jejak langkah ini untuk mendapat kelayakan peringkat antarabangsa.
PROGRAM: MAJLIS PENUTUPAN RASMI 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON HEALTH FINANCING CHERAS, 5 Julai 2018
Julai 12, 2018 / Majlis Rasmi
CHERAS, 5 Julai 2018 – Penutup Majlis 2nd Malaysian Health Economic Association dan Pelancaran MY-DRG Dental Casemix telah dijalankan di Auditorium PPUKM pada jam 4.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Hadir sama termasuk Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid, Pengerusi Malaysian Health Economic Association (MAHEA), dekan-dekan, pengarah serta beberapa orang pegawai kanan Kampus KKL.
Bertemakan Mobilizing Community Resources Towards Sustainable Health Financing, persidangan yang bermula semalam telah dihadiri hampir 100 orang peserta. Persidangan ini merupakan anjuran International Center for Casemix and Clinical Coding (ITCC) UKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Perubatan Keluarga, dan Malaysian Health Economic Association (MAHEA).
Dr. Haji Dzulkefly dalam ucapannya memberitahu visi Kesihatan Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat individu, keluarga dan komuniti, melalui sistem kesihatan yang adil, berpatutan, cekap, sesuai dengan teknologi, mesra alam dan mesra pelanggan, dengan penekanan terhadap kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat terhadap peningkatan kualiti hidup.
Ini adalah sejajar dengan set deklarasi Bangsa-Bangsa Pembangunan Sustainable Development (SDGs) pada tahun 2015, bahawa semua negara perlu mencapai visi ini menjelang tahun 2030. Untuk mencapai kedua-dua visi untuk kesihatan Malaysia dan SDG ini, semua individu dan masyarakat harus mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan yang diperlukan walaupun di kalangan penduduk miskin.
Menurut Laporan Akaun Kesihatan Kebangsaan Malaysia 1997-2015, perbelanjaan kesihatan kerajaan umum (GGHE) sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan am (GGE) untuk Malaysia telah meningkat daripada RM4.2 bilion pada tahun 1997 (bersamaan dengan 4.79% daripada kerajaan am perbelanjaan) kepada RM27.1 bilion pada tahun 2015 (bersamaan dengan 6.59% daripada perbelanjaan kerajaan am). Peningkatan ini dalam peratusan dan jumlah nominal agak berkaitan. Di samping itu, dalam laporan yang sama, peratusan perbelanjaan keluar rumah untuk kesihatan daripada jumlah perbelanjaan untuk kesihatan juga meningkat mencapai hampir 40%. Ini jauh di atas sasaran konvensional pengeluaran luar poket yang 30% atau kurang daripada jumlah perbelanjaan kesihatan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat. Berdasarkan maklumat di atas, Malaysia perlu memikirkan semula dengan bijak mengenai isu-isu mendapatkan sumber yang mencukupi untuk kesihatan dan memastikan bahawa model pembiayaan penjagaan kesihatan berkekalan dalam jangka panjang.
Apabila kerajaan baru mengambil alih pada 9 Mei, salah satu daripada janji-janji dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah untuk memperluaskan Skim Peduli Sihat (SPS) ke seluruh negara untuk memastikan bahawa golongan miskin- kumpulan pendapatan penduduk atau B40, akan mempunyai akses yang mencukupi kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Dianggarkan versi Skim Peduli Sihat yang dinasionalisasi akan memberi manfaat kepada lebih dari 2.6 juta isi rumah di negara ini atau sekitar 10.4 juta orang.
Dalam persidangan dua hari ini, beliau telah melihat bahawa masalah pembiayaan penjagaan kesihatan yang panjang telah dibincangkan. Beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina juga telah berkongsi pengalaman mereka dalam melaksanakan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional berdasarkan Model Insurans Kesihatan Sosial dengan mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah. Beliau berharap, semua peserta persidangan ini mengambil kesempatan ini untuk belajar seberapa banyak yang mungkin dan juga membina hubungan rangkaian yang kukuh untuk kerjasama yang berterusan.
Diakhir ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada penyelidik UKM dan USM atas kerjasama yang kuat dan semangat kerja berpasukan untuk membangunkan dan melancarkan sistem MY-DRG Oral Health Casemix hari ini. Ini adalah sistem casemix pertama untuk perkhidmatan pergigian di dunia yang akan membantu dalam menentukan kos perkhidmatan pergigian. Perkhidmatan pergigian adalah antara perkhidmatan penting untuk negara kita tetapi kos penyediaan perkhidmatan adalah sangat tinggi. Dengan sistem MY-DRG Oral Health Casemix, beliau berharap sistem ini dapat menguruskan perkhidmatan pergigian dengan cekap.
Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran MY-DRG Dental Casemix, tayangan multimedia, sesi fotografi dan jamuan petang.
TAHNIAH: SIJIL PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN MS ISO 9001:2015
Julai 10, 2018 / 2018, Tahniah


PROGRAM: 12th Postgraduate Forum On Health System And Policy
Julai 5, 2018 / 2018, Program PPUKM

PROGRAM: Seminar Keganasan dan Psikiatri “Bebaskan Stigma Takut”


CHERAS, 28 Jun 2018 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur, UKM menjadi tuan rumah Seminar Keganasan dan Psikiatri yang dianjurkan oleh Special Interest Group (SIG) Mental Health Malaysian Nurses Association dengan kerjasama Malaysian Nurses Association cawangan HCTM. Seminar ini dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM UKM di Auditorium Fakulti Perubatan UKM. Seminar bertemakan “Bebaskan Stigma Takut”.
Dalam ucapannya, Prof. Dato Dr. Hanafiah berkata selain isu kesihatan mental yang membimbangkan, isu stigma juga menyumbang ke arah keganasan di kalangan pesakit-pesakit mental. Pemikiran masyarakat kita telah dibentuk sejak dahulu di mana penyakit mental sering dikaitkan dengan ‘gila’ dan sesuatu yang ganas dan tidak dijangka. Stigma dan rasa takut ini menyebabkan pesakit ini sukar mendapat rawatan dan bantuan.
Turut hadir adalah Puan Zamrudah Mohd Ismail, Timbalan Presiden (Bahagian Perkhidmatan) Malaysian Nurses Association, Puan Wan Fatimah pengerusi Malaysian Nurses Association cawangan HCTM, dan Encik Abdul Razak Rosli Pengerusi Special Interest Group Mental Health Malaysian Nurses Association.
Sementara dalam ucapan disampaikan oleh Puan Wan Fatimah, beliau berkata sebagai usaha menghadapi cabaran peningkatan masalah kecelaruan mental, latihan sub kepakaran dalam bidang Psikiatri dan platform perkongsian ilmu seperti seminar ini perlu diperbanyakkan untuk membantu jururawat dan profession perubatan bidang psikiatri dalam menangani masalah pesakit kecelaruan mental yang semakin meningkat.
Penganjuran seminar ini telah menarik minat hampir 250 peserta daripada seluruh Malaysia. Majoriti peserta adalah kakitangan kesihatan daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Melaka, Hospital Sultan Abdul Halim Kedah, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Rehabilitasi Cheras, Pusat Jagaan Husna Arashid, MAIWP-PICOMS Nursing Homecare, dan IIUMMC.
Tiga penceramah jemputan telah hadir menyampaikan ceramah dan input kepada para peserta yang hadir. Antara topik ceramah yang disampaikan ialah ‘Keganasan dan Psikiatri – Mengapa Takut?’ oleh Dr. Ahmad Rostam Md Zin, ‘Komunikasi Yang Berkesan Menangani Pesakit Yang Agresif’ oleh Prof. Madya Dr. Utharas Arumugam, dan ‘Manangani Pesakit Psikiatri di General Wad dan ED’ disampaikan oleh Dr. Aida Harlina Bt Abd Razak.
JEMPUTAN: Seminar “Crave Creations”
Jun 26, 2018 / 2018, Program PPUKM
PROGRAM: Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pertama HCTM Kampus Kuala Lumpur


Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfiri Pertama HCTM Kampus Kuala Lumpur pada 15 Jun 2018 / 1 Syawal 1439. Terima kasih Prof. Dato Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM dan Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan serta warga Kampus Kuala Lumpur yang hadir dan menjayakan majlis. Terima kasih atas pengorbanan berkhidmat pada hari raya pertama. Salam Aidilfitri.
TAHNIAH: Dr Khoo Ching Soong, Pakar Neurologi, Jabatan Perubatan HCTM KKL UKM
Jun 19, 2018 / 2018, Tahniah

Tahniah Dr Khoo Ching Soong, Pakar Neurologi, Jabatan Perubatan HCTM KKL UKM memenangi The Best Poster Presentation Award di Korean Epilepsy Congress (KEC) pada 15 & 16 Jun 2018 di Seoul, Korea.
JEMPUTAN: Do it right! Learn the appropriate first aid for helping snakebite victims.
Jun 14, 2018 / 2018, Program PPUKM
Tarikh: 21 Julai 2018
Masa: 8.30 pagi -1.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah, Jabatan Kecemasan
JEMPUTAN: 1st UKMMC-EVRMC Emergency Medicine Seminar Series (EMSS) 2018
Jun 14, 2018 / 2018, Program PPUKM
Tarikh: 19 Julai 2018
Masa: 8.00 pagi -1.00 ptg
Tempat : Dewan Kuliah Jabatan Kecemasan, PPUKM
MAKLUMAN: Penutupan Operasi Kafeteria sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2018
Jun 13, 2018 / 2018, Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa DELIMA CAFÉ yang terletak dihadapan Blok Pendidikan akan menutup operasi pada 14 hingga 16 Jun 2018 (Khamis hingga Sabtu) dan akan kembali beroperasi pada 17 Jun 2018 (Ahad). Manakala AZALEA CAFÉ yang terletak di Lobi Pelawat akan menutup operasi pada 15 hingga 17 Jun 2018 (Jumaat hingga Ahad) dan akan kembali beroperasi pada 18 Jun 2018 (Isnin).
Penutupan operasi kafeteria DELIMA dan AZALEA adalah sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2018.
Terima kasih.
PROGRAM: Bingkisan Aidilfitri HCTM bersama Ronald Mcdonald House Charities (RMHC) Malaysia.
Jun 12, 2018 / 2018, Program PPUKM
Sebanyak 200 pesakit berpeluang menerima sumbangan barangan berupa kuih raya, barangan RMHC dan mainan (untuk Wad Kanak-kanak) yang juga turut disumbangkan oleh Gloria Jeans Coffee dan penyumbang yang lain.
Program di hadiri oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal, Pro Naib Canselor (KKL), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM, Pegawai-pegawai Kanan KKL dan HCTM. Bagi pihak RMHC juga turut bersama iaitu En Mohd Nasri Bin Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia dan En Azhari Bin Abd Taharim, Pengerusi Ronald Mcdonald House HCTM.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
JEMPUTAN: Majlis ‘Charity Dinner- Malaysia Laryngectomee Association’
Jun 8, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Malaysia Laryngectomee Association (MLA) akan menganjurkan Charity Dinner pada 6 Julai 2018 (Jumaat) bertempat di Manhattan Ballroom Berjaya Time Square Hotel KL dengan objektif untuk mengumpulkan dana sumbangan bagi pesakit dan survivors kanser laring (Laryngectomees).
‘Laryngectomees’ adalah pesakit yang telah menjalani pembedahan pembuangan peti suara (laring) disebabkan kanser laring. Pembedahan ini mengakibatkan mereka kehilangan kebolehan untuk berkata-kata yang merupakan cara utama untuk berkomunikasi. Walaubagaimanapun, dengan menjalani rehabilitasi percakapan, mereka mampu untuk pulih dan berkomunikasi serta menjalani kehidupan senormal yang mungkin. Proses rehabilitasi suara ini memerlukan masa dan kos, terutamanya kos pembedahan dan alat-alat seperti peti suara tiruan dan peti suara robot.
PROGRAM : Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia
Jun 7, 2018 / 2018, Majlis Rasmi, Program PPUKM
CHERAS, 14 Mei 2018 – Sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus Kuala Lumpur telah diadakan di Auditorium, Pusat Perubatan UKM dengan meriah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur.
Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei setiap tahun dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, HCTM merupakan hari pengikhtirafan dan mengenang jasa para jururawat terutamanya yang berkhidmat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Kerjaya sebagai seorang jururawat tertumpu kepada hak kesihatan, penjagaan kesihatan yang berkualiti dan sentiasa menambahbaik sistem perawatan terhadap pesakit.
Turut hadir di majlis berkenaan adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Puan Fuziah Abdul Hamid, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan serta beberapa pegawai kanan dan kakitangan kejurawatan yang terdiri daripada pengurus, ketua jururawat dan jururawat dari pelbagai wad dan klinik.
Menurut Prof. Datuk Dr. A Rahman, profesion kejururawatan kini telah berkembang dengan perubahan pantas dari bedside nursing care kepada kerja-kerja yang highly technical. Kini telah ada nursing diagnosis untuk mengenal pasti masalah pesakit dan merancang keperluan serta kehendak pesakit mengikut keadaannya.
Tambahannya lagi di era globalisasi masa kini, transformasi sistem kesihatan menjadi cabaran dengan peningkatan umur yang panjang dikalangan pesakit. Para jururawat perlu berilmu seiring dengan revolusi teknologi perubatan dan pembaharuan penjagaan kesihatan mengikuti perubahan masa.
Bersempena dengan sambutan ini, Jabatan perkhidmatan Kejururawatan telah mengambil langkah proaktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat seperti Minggu Literasi Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat di Institut Perguruan Ilmu Khas dan Larian Amal Nurse Fit Run serta pameran evolusi perkembangan bidang kejururawatan dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik UKM sebagai tanda penghargaan kepada para jururawat HCTM.
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek dan beberapa persembahan lakonan serta nyanyian daripada kakitangan jabatan. Tidak ketinggalan, persembahan silat dan dikir yang bersahaja berjaya memeriahkan lagi suasana majlis.
PROGRAM: ALUMNI FAKULTI PERUBATAN, UKM BERI SUMBANGAN RM126,000 KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Mei 8, 2018 / 2018, Program PPUKM
CHERAS, 5 Mei 2018 – Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi berjaya menganjurkan Larian AlumRun MD UKM 2018 yang berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Pra-Klinikal, Kampus Kuala Lumpur, UKM.
Bersesuaian dengan tema pada kali ini “Routes Diverged: Togerther Again” menyaksikan seramai 300 orang peserta telah menyertai larian ini terdiri daripada kalangan pelajar perubatan dan kejururawatan, pensyarah, kakitangan dan juga alumni Fakulti Perubatan. Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), UKM telah merasmikan program tersebut pada pagi ini dan sekali gus menyerahkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pelajar Fakulti Perubatan UKM.
Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz serta Prof. Madya Dato’ Dr. Razman Jarmin, Presiden Persatuan Alumni Fakulti Perubatan. Selain itu hadir sama adalah Pengarah UMBI, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail dan Penolong Dekan Hal Ehwal Siswa dan Alumni Fakulti Perubatan.
Menurut Prof. Datuk Dr. A. Rahman, Sebanyak RM126,000.00 telah berjaya dikumpul oleh Alumni Fakulti Perubatan UKM batch 1992. Beliau percaya dengan dana ini sumbangan dapat diagihkan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pengajian sepanjang berada di UKM.
Tambahannya lagi, “Program MDUKM AlumRun 2018 adalah satu landasan mengumpul ahli alumni doktor perubatan UKM di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan para pelajar perubatan, memupuk semangat kesukanan dan menerap nilai kerjasama dalam pelbagai aktiviti tanpa mengira agama, bangsa dan kaum”.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Hal-Ehwal Siswa dan Alumni Fakulti Perubatan UKM, Persatuan Doktor Perubatan UKM (PDPUKM), Graduan Doktor Perubatan UKM 1993, dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP).
Program : KEMPEN LARIAN AMAL NURSE’S FIT RUN
Mei 3, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM di Foyer Bangunan UMBI. Sebanyak 432 penyertaan terdiri daripada jururawat PPUKM dan kakitangan Pusat Perubatan UKM serta orang awam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara berjalan beramai-ramai sejauh 2.6 km, senamrobik, jualan carboot. dan senaman zumba.
Iklan Jawatan Kosong HCTM (Pelantikan dan Kenaikan Pangkat – April 2018)
April 12, 2018
Dimaklumkan bahawa iklan jawatan kosong dan kenaikan pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sedang dibuka. Kepada sesiapa yang berminat boleh rujuk maklumat seperti di bawah:
– Lantikan :
- PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
- PEGAWAI TADBIR GRED N41 (Kontrak)
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
- JURUPULIH PERUBATAN GRED U29
- JURU X-RAY GRED U29
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
- JURUTERAPI PERGIGIAN GRED U29
- PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
– Kenaikan Pangkat :
- JURUTERA GRED J48
- JURURAWAT GRED U42
- JURU X-RAY GRED U42
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA38
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA JA38
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA JA36
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N36
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U32
- JURU X-RAY GRED U36
- JURU X-RAY GRED U32
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U36
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32
- PENOLONG PEGAWAI SAINS C32
- JURUPULIH PERUBATAN GRED U32
- PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U32
- PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N28
- PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22
- PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N22
- JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U24
- PEMBANTU AKAUNTAN GRED W22
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP16
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP14
- PEMBANTU OPERASI GRED N14
Cara memohon:
- Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
- Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua,
Bahagian Sumber Manusia (Kampus Kuala Lumpur)
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh Tutup: 2 Mei, 2018 (Rabu)
TAHNIAH: Puan Halizah binti Zuki, Jabatan Kejururawatan
April 12, 2018 / 2018, Tahniah
JEMPUTAN : Sambutan Hari Parkinson Sedunia HCTM 2018
April 6, 2018 / 2018, Program PPUKM
Warga HCTM dijemput untuk menghadiri program Sambutan Hari Parkinson Sedunia 2018 di Auditorium dan Lobi Utama HCTM pada 16 April 2018.
MAKLUMAN : Program Kitar Semula PPUKM
April 3, 2018 / 2018
Dimaklumkan Jawatankuasa Program Kitar Semula akan mengadakan program kitar semula pada 6 April 2018 (Jumaat) jam 3.00 – 4.30 petang bertempat di “loading bay” Laundri PPUKM.
Kategori bahan yang diterima untuk dikitar semula
| KERTAS | KOTAK | PLASTIK | LOGAM | BARANGAN ELEKTRONIK |
| 1. Rincih 2. A4 dll 3. Komputer 4. Surat khabar |
1. Semua jenis kotak | 1. Botol plastik 2. Barangan Plastik kering |
1. Tin 2. Aluminium |
1. Charger telefon 2. Bateri |
Kakitangan dari setiap jabatan diminta mengumpul dan mengasingkan bahan kitar semula di jabatan masing‐masing dan hanya dibenarkan membawa bahan kitar semula seperti yang dinyatakan ke pusat pengumpulan pada hari penjualan sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Jamallulaili Baharudin disambungan 4920.
JAWATAN KOSONG: PEGAWAI PERUBATAN – GRED VK7
April 2, 2018 / 2018, Jawatan Kosong
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM mempelawa kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred VK7 di hospital ini dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sila muat turun maklumat lanjut: Iklan Pegawai Perubatan Gred Jusa VK7
JEMPUTAN : “BASIC MALARIA DIAGNOSTIC WORKSHOP 2018” ANJURAN JABATAN PARASITOLOGI & ENTOMOLOGI PERUBATAN, FAKULTI PERUBATAN, UKM.
Mac 15, 2018 / 2018
YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE “BASIC MALARIA DIAGNOSTIC WORKSHOP 2018” ANJURAN JABATAN PARASITOLOGI & ENTOMOLOGI PERUBATAN, FAKULTI PERUBATAN, UKM.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan sukacitanya, Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan UKM ingin menjemput pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan ke bengkel anjuran kami. Ketetapan masa adalah seperti berikut :
Tarikh : 10-12 April 2018
Masa : 8.30am – 4.30pm
Tempat : Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, PPUKM
Yuran : RM 480 / peserta (termasuk 6% GST)
3. Bersama dengan ini, dilampirkan brochure untuk rujukan pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan dan borang penyertaan, bolehlah layari https://workshopjpep.wixsite.com/jpep . Kehadiran wakil YBhg. Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
JEMPUTAN: 1ST Asthma Public Forum in Conjunction With World Asthma Day
Mac 5, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti, Program PPUKM
Unit Respiratori Jabatan Perubatan dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan akan mengadakan 1st Asthma Public Forum in conjunction with World Asthma Day 2018. Banyak aktiviti menarik dijalankan di antaranya ceramah kesihatan, pameran dan pertandingan poster, kaunseling dan demonstrasi penggunaan ubatan dan inhaler, ujian spirometri dan lain-lain.
PEMAKLUMAN : PENEMPATAN SEMENTARA SURAU IBNU SINA HCTM, PPUKM
Mac 2, 2018 / 2018, Pemakluman
Adalah dimaklumkan Surau Ibnu Sina Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan ditutup sementera bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penukaran karpet dan penambahbaikkan mimbar. Penutupan surau bermula pada 6 Mac 2018 hingga 21 Mei 2018 (11 minggu).
Sebagai alternatif, orang awam dan warga PPUKM boleh menggunakan surau di tingkat dua bangunan klinikal. Manakala Solat jumaat, akan tetap dilakukan di Surau Ibnu Sina walaupun masih dalam kerja penambahbaikkan. Orang awam dan warga PPUKM digalakkan untuk membawa tikar sendiri.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 03-9145 5519.
PEMAKLUMAN : PERPINDAHAN OPERASI PERKHIDMATAN KLINIK PSIKIATRI KANAK-KANAK DAN REMAJA
Mac 2, 2018 / 2018, Pemakluman
Adalah dimaklumkan Klinik Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja akan berpindah semula ke lokasi asal di Tingkat 1, Blok Klinikal. Klinik akan mula beroperasi seperti biasa pada 5 Mac 2018 (Isnin).
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 03-9145 6142.
TEKS UCAPAN: Perhimpunan kakitangan Kampus Kuala Lumpur
Februari 28, 2018 / 2018, Program PPUKM
Adalah dimaklumkan Perhimpunan Kakitangan Kampus Kuala Lumpur Bil.1/2018 telah dijalankan pada 26 Februari 2018 (Isnin), di Auditorium PPUKM. Dilampirkan teks ucapan YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur untuk makluman semua kakitangan.
PPUKM sebagai lokasi penganjuran Program Pelaksanaan Budget 2018 – Kesejahteraan Isi Rumah
Februari 23, 2018 / 2018, Lawatan
Pada 22 Februari 2018, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan UKM telah dipilih sebagai lokasi Program Pelaksanaan Budget 2018 – Kesejahteraan Isi Rumah. Turut hadir dalam program ini YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang berkongsi mengenai perkara berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah dalam Budget 2018 dan merasmikan ADAM 50. Beliau juga berkesempatan melawat Farmasi Pesakit Luar dan Wad 1A untuk bertemu dengan pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di HCTM.
JEMPUTAN : SEMINAR KESIHATAN DAN KESELAMATAN SEKSUAL KANAK-KANAK KELAINAN UPAYA
Februari 19, 2018 / 2018, Program PPUKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
“JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KESIHATAN DAN KESELAMATAN SEKSUAL KANAK-KANAK KELAINAN UPAYA”
JEMPUTAN: INTENSIVE COURSE PHYSIOLOGY “OSCE APPROACH”
Februari 19, 2018 / 2018, Program PPUKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
INTENSIVE COURSE PHYSIOLOGY “OSCE APPROACH”
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. Berikut adalah hebahan/makluman bagi program berikut.
Tarikh : 2 – 3 April 2018
Masa : 8.00 -5.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, Fakulti Perubatan, Bangunan Pra-Klinikal
Bersama-sama ini dilampirkan poster “Physiology Course” untuk hebahan umum. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus ini, sila layari laman sesawang https://kursusfisiologi.wixsite.com/home
Sekian, sokongan dan kerjasama semua pihak dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
JEMPUTAN: Seminar ‘ANAKKU PERMATAKU’
Februari 19, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Taska PERMATA Pusat Perubatan UKM dan Kelab Wanita UKM akan menganjurkan Seminar “Anakku permataku” pada Selasa, 20 Mac 2018 di Auditorium HCTM, Pusat Perubatan UKM.
JEMPUTAN: Obstetrics & Gynaecology Update Primary Care 2018
Februari 9, 2018 / 2018, Program PPUKM
JEMPUTAN : PROGRAM ‘INTERNATIONAL WOMEN’S DAY : FIGHT AGAINST CANCER CAMPAIGN AND VACCINATION HPV
Februari 9, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti
“JEMPUTAN MERAIKAN PROGRAM ‘INTERNATIONAL WOMEN’S DAY : FIGHT AGAINST CANCER CAMPAIGN AND VACCINATION HPV ’”
Jabatan Obstetrik & Ginekologi HCTM,PPUKM akan mengadakan satu PROGRAM ‘INTERNATIONAL WOMEN’S DAY : FIGHT AGAINST CANCER CAMPAIGN AND VACCINATION HPV ’” terbuka kepada pesakit dan bekas pesakit kenser wanita, ahli keluarga pesakit, warga kerja UKM dan PPUKM serta masyarakat umum.
Tarikh : 4hb Mac 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 am – 2.00 pm
Tempat : Fasa 2, Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur
Perkhidmatan Yang Disediakan
1)Suntikan Vaksinasi HPV – RM 330 (3 dos 3 kali suntikan) tertakluk kepada kakitangan PPUKM, UKM, Kampus UKM KL, Pelajar UKM dan ahli terdekat kakitangan UKM – bagi yang berminat sahaja.
2)Saringan Pap Smear
3) Pemeriksaan Kesihatan
Aktiviti-Aktiviti lain:-
Forum, kuiz, pameran, cabutan bertuah, zumba dan perbagai lagi aktiviti serta selebriti jemputan Haliza Helmi.
Pendaftaran adalah PERCUMA!!! Semua dijemput beramai-ramai bagi meraikan kempen ini bersama-sama kami.
Sebarang pertanyaan mengenai kempen ini boleh diajukan kepada Pn Munirah Mohd Zahari di talian 03-9145 5949/5950.
JEMPUTAN: 12th Postgraduate Forum on Health Systems and Policies 2018 | 2-3 Julai 2018
Februari 9, 2018 / 2018, Program PPUKM

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Professor/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/To’ Puan/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai “12th Postgraduate Forum on Health Systems and Policies 2018“. Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 2-3 Julai 2018 (Isnin & Selasa)
Masa: 8:30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Auditorium Pusat Perubatan UKM
Maklumat lanjut adalah seperti dilampiran.
Muat turun maklumat:- 12th Postgraduate Forum on Health Systems and Policies 2018
MAKLUMAN – Program Gotong Royong Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan PPUKM
Februari 5, 2018 / 2018, PPUKM dan Komuniti

Satu Program Gotong Royong Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan PPUKM akan diadakan di Flat Sri Labuan Bandar Tun Razak. Warga PPUKM dialu-alukan menyertai program ini yang berteraskan konsep amalan 5S. Penyertaan akan dimasukkan dalam e Khidmat. Kakitangan yang berminat boleh menghubungi urusetia untuk pendaftaran di talian 03 91455777 (Pn Azuni) sebelum 14 Februari 2018.
| Tarikh Acara | : 20/02/2018 |
| Masa Acara | : 2:00 – 5:00 Petang |
| Tempat | : Flat Sri Labuan Bandar Tun Razak |
| Perasmi / Tetamu Kehormat | : En Adli Muhammad Ketua Pegawai Operasi HCTM PPUKM |
| Penganjur / Penganjur Bersama | : JK Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan |
MEDIA – Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh di BERNAMA RADIO pada 18 Januari 2018 pukul 6.15 petang
Januari 16, 2018 / 2018, media
Tahniah – YBhg. Profesor Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi
Januari 15, 2018 / 2018, Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi, PPUKM di atas kejayaan meraih anugerah “Publons Peer Review Award”.
TAHNIAH- YBhg. Profesor Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi
Januari 10, 2018 / 2018, Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi, PPUKM di atas kejayaan sebagai “Most Prolific Researcher in Malaysia in Field of Medicine Based on Scopus Data (2012-2017)” .
Perutusan Tahun Baru 2018 – Dekan Fakulti Perubatan
Disember 31, 2017 / 2018
Perutusan Tahun Baru 2018
Warga Fakulti Perubatan UKM yang dikasihi,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kita masih dipanjangkan usia dan diberi peluang melangkah ke tahun baru 2018. Setelah PPUKM melalui perubahan pentadbiran pada 15 November 2017, kini tiba saatnya untuk pelancaran struktur baru semua fakulti di UKM termasuk Fakulti Perubatan, yang dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
Aspek utama dalam struktur baru ini ialah terbitnya jawatan-jawatan pentadbiran baru di bawah kedekanan dan lahirnya Pusat-pusat Penyelidikan di bawah Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi, bertujuan meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran fakulti dan memantapkan tujahan dan pemantauan dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
Setiap perubahan mesti ada cabaran dalam pelaksanaannya. Namun di sebalik berbagai cabaran yang mendatang, ada bibit-bibit kemajuan yang menunggu untuk digilap dan diserlahkan. Tahun ini merupakan era yang menarik dan mengujakan dari segi teknologi pendidikan tinggi. Banyak perubahan yang menanti untuk dilaksanakan dari segi kemajuan teknologi, selaras dengan Revolusi Industri Keempat. Fakulti kita komited dalam meneraju pembaharuan asalkan cetusan-cetusan minda ini diberikan kebebasan dan rangsangan untuk bertunas dan bercambah. Di antara usaha-usaha pembaharuan yang telah pun dirancang bagi tahun 2018 ialah penubuhan sebuah pusat simulasi bersepadu yang menggunakan teknologi terkini demi mencipta kaedah pendidikan perubatan tercanggih, dan sebuah pusat inovasi teknologi kesihatan sebagai wadah bagi mengembangkan kreativiti ahli-ahli akademik dan pelajar. Penggunaan aplikasi mudah alih akan diperluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Citra dan MOOC pula akan terus dipertingkatkan.
Perubahan pentadbiran PPUKM yang melibatkan pemisahan antara governan hospital dan fakulti merupakan antara langkah terawal ke arah pewujudan Teknopolis Kesihatan UKM. Walaupun berlaku pemisahan pentadbiran namun semangat perpaduan, kebersamaan dan keserakanan (commonality and collegiality) hendaklah terus dipupuk dalam kalangan seluruh warga fakulti dan hospital. Ibarat pepatah, bekerja bagai aur dengan tebing, saling bahu-membahu menerjah arus dan badai.
Kita doakan semoga Gugusan Kesihatan di bawah kedekanan Fakulti-fakulti Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Kesihatan, pimpinan HCTM di bawah pengarahnya Prof Madya Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, dan PPUKM serta Kampus Kuala Lumpur seluruhnya di bawah teraju Pro Naib Canselor, Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal, terus mara ke hadapan dalam berbagai aspek pengajaran, pembelajaran, perkhidmatan dan penyelidikan, serta bersatu bersama memacu misi “Soaring Upwards”!
Gugusan Kesihatan mantap bersatu,
Berintegriti teguh, beretika mulia,
Sederap sejelekit mara ke mercu,
Sebagai Pendaulat Amanah Negara!
Sekian. Selamat Tahun Baru 2018. Ayuh kita teruskan khidmat cemerlang sebagai satu keluarga besar yang saling menjaga kebajikan satu sama lain serta kepentingan klien kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT!
Profesor Dr Zaleha Abdullah Mahdy
Dekan
Fakulti Perubatan
UKM
1.1.2018
TAHUN 2017
MAKLUMAN – Forum Perdana “Seni dan Islam Menurut Perspektif Sunnah Rasulullah s.a.w
Disember 19, 2017 / Pemakluman, Program PPUKM
Forum Perdana Maulidul Rasul PPUKM 2017
Menampilkan Persembahan Buskers serta Panelis Forum :
TAHNIAH – Penerima Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang
Disember 19, 2017 / Tahniah
Penerima Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang dari PPUKM pada 16 Disember 2017.
DIMP – Membawa Gelaran Dato’
1. Prof. Madya Dato’ Dr. Oteh Maskon – Pakar Perunding Kardiologi, HCTM, PPUKM
2.Mejar Dato’ Asri Ahmad (B) – Ketua Jabatan Keselamatan, HCTM, PPUKM
SMP
1. Nahiz Waridi Adnan – Ahli Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM, PPUKM
2. Dr Muhammad Najmi Khairuddin – Pegawai Perubatan Jabatan Oftalmologi, HCTM, PPUKM
KENALI PAKAR – Dr. Ahmad Khaldun Ismail
Disember 13, 2017 / kenali pakar
WHO SBE-WG ditugaskan untuk membangunkan pelan strategik untuk gejala gigitan ular berbisa, lebih khusus, pembangunan pelan peta jalan yang bertujuan untuk menilai dan menangani beban dari gejala gigitan ular berbisa, terutamanya di negara berpendapatan sederhana hingga rendah. WHO SBE-WG terdiri daripada dua kumpulan penasihat yang berbeza yang terdiri daripada pakar yang meliputi pelbagai disiplin dan kemahiran:
- Penasihat Teras: untuk menyediakan dan merangka rancangan strategik SBE
- Penasihat Semakan: untuk membantu dan menyokong kumpulan penasihat teras
SBE-WG pada mulanya akan diadakan melalui teleconference atau secara elektronik. Mesyuarat pertama akan diadakan pada 12 Disember 2017 jam 2.30 petang waktu Geneva. Dr Ahmad Khaldun Ismail dari Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM, PPUKM telah dipilih sebagai Penasihat Semakan untuk mengambil bahagian dalam WHO SBE-WG.
Dr. Ahmad Khaldun Ismail adalah Pensyarah Perubatan Kanan dan Pakar Perunding Kecemasan di Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah Presiden Persatuan Toksinologi Malaysia (MST). Beliau adalah pengasas Remote Envenomation Consultancy Services (RECS) dan Pengarah pengasas ASEAN Marine & Snakes Envenoming (Poisoning) Management (AMSEM). Beliau telah mengasaskan beberapa program pendidikan untuk pelajar, penyedia penjagaan kesihatan dan orang ramai. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar dan kerap menerima jemputan sebagai penceramah di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Beliau mempunyai minat yang khusus dalam Toxinologi Klinikal, Perubatan Kecemasan, dan Perkhidmatan Prahospital. Beliau mempunyai beberapa penerbitan akademik di dalam bidang yang berkaitan.
CV penuh @ https://1drv.ms/w/s!ArjXBiSSPJUSgZomFh9Ep7BVv4X9kw
Media – Prof. Dr. Rohaizak di Radio IKIM FM 13 Disember pukul 8.15 pagi
Disember 12, 2017 / Pemakluman
Ikuti perbincangan topik mengenai “Pembedahan Tiroid” bersama Prof Dr Rohaizak Muhammad, Pakar Perunding Pembedahan Endokrin dan Payudara di Radio IKIM FM pada 13 Disember 2017, 8.15 pagi.
LAWATAN – Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis HUKM melawat Klinik Surgeri Baharu, Wad Eksekutif dan Wad Kristal
Lawatan Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis HUKM ke Klinik Surgeri Baharu, Cafe Baharu, Lobi Pelawat, Wad Eksekutif dalam pembinaan dan Wad Kristal sempena Mesyuarat Majlis HUKM pada 7 Dis 2017.
MAKLUMAN : KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PENGUNDI BAHARU SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR) KUALA LUMPUR
Disember 6, 2017 / Pemakluman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,
KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PENGUNDI BAHARU SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR) KUALA LUMPUR
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) UKM akan mengadakan kaunter bergerak untuk tujuan pendaftaran pengundi baharu khas untuk warga kerja PPUKM dan warga KTDI serta orang ramai seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : Laluan Auditorium PPUKM Blok Pendidikan
Semua warga PPUKM, UMBI, pelajar fakulti perubatan UKM dan orang ramai dijemput hadir untuk membuat pendaftaran sebagai pengundi baharu atau lain-lain pertanyaan / urusan yang berkaitan.
Sekian dimaklumkan.
TAHNIAH – Honorary Fellowship, Academy of Medicine of the Philippines.
Disember 5, 2017 / Tahniah

TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM kerana telah dianugerahkan Honorary Fellowship, Academy of Medicine of the Philippines. Beliau mencatat sejarah sebagai penerima pertama dari negara ini.
MAKLUMAN – MALAYSIA AKAN MENJADI TUAN RUMAH ASIAN CONGRESS OF SURGERY 2019
Disember 5, 2017 / Pemakluman
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid telah berjaya memenangi bida untuk menganjurkan Kongress Pembedahan Asia (Asian Congress of Surgery) pada tahun 2019 di Kuala Lumpur. Keputusan ini telah dibuat di mesyuarat majlis eksekutif Persatuan Pembedahan Asia (Asian Surgical Association) yang berlangsung pada 22hb November, 2017 di Tokyo, Jepun. Ini adalah satu penghargaan kepada Negara memandangkan persaingan hebat dari Negara Negara lain terutamanya Australia. Delegasi Malaysia telah ditaja oleh College of Surgeons Malaysia dan MYCEB dan mendapat sokongan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Persatuan Pembedahan di Malaysia.
Pada masa yang sama, Dr. Hanafiah juga dilantik untuk menjadi ahli majlis ASA bagi sesi 2017-2019 dan menjadi Presiden semasa congress berlangsung di Kuala Lumpur. Kongress yang berlangsung di Tokyo ini telah dihadiri oleh lebih 5000 pakar bedah dan membincangkan perkembangan terkini dibidang pembedahan.
HISTORY AND OBJECTIVES
The idea of forming the Association of Surgeons of South East Asia first occurred to the late Professor Tan Sri GB Ong of the University of Hong Kong in 1967. By 1973, he thought the time was ripe to contact leading surgeons in various South East Asian countries. A preliminary meeting of the surgeons of South East Asia was therefore held on 21 August 1975 in Singapore and was attended by 30 surgeons from six countries to discuss the objectives and organization of the Association.
The objectives of the Association were to establish professional ties between the surgeons of South East Asia and to provide a forum for the dissemination of surgical knowledge throughout the region.
The Inaugural Meeting of the Association of Surgeons of South East Asia was held on 23 May 1976 in Singapore. At this meeting, the late Professor Ong was elected President of the Association, and a governing Council with members from six countries was formed. The draft constitution was discussed and its final structure agreed.
With increasing membership from countries beyond South East Asia and to better reflect and serve the surgical community of Asia, the name of the Association of Surgeons of South East Asia was changed to Asian Surgical Association in February 1988.
SCIENTIFIC ACTIVITIES
In order to achieve the objectives of the Association, scientific meetings were held every two years and emphasized on themes of regional interest. The First Biennial General Scientific Meeting was held in Hong Kong in September 1977. In 1989 the name of the meeting was changed to Biennial Congress. The scientific and educational value of these successful meetings boosted the reputation and support for the Association among surgeons in the region as well as the rest of Asia. At the 14th Biennial Congress in Malaysia, it was resolved to change the name of the meeting to Asian Congress of Surgery in order to truly reflect the importance of the meeting.
To date, Visiting Professors have been appointed to visit and to give eponymous lectures, such as the Law-Lui Lecture, G.B. Ong Lecture and the Royal Australasian College of Surgeons (RACS) Foundation Lecture at the Association’s Biennial Congress. The next Asian Congress of Surgery will be held on 22-23 November 2017 in Tokyo, Japan and a large contingence of surgeons, not only from Asia but also from all parts of the world is expected.
REGIONAL IMPORTANCE
Since the Asian Surgical Association is made up primarily of surgeons from Asia, the Association itself, its Biennial Congresses and the Asian Journal of Surgery play important roles in enhancing interaction among Asian surgeons and providing platform for exchange of ideas and expertise, presentation and publication of scientific data, as well as keeping members updated on the surgical activities of member countries and individual members.
In addition, internationally renowned surgeons, invited as key lecturers, were encouraged and sponsored to visit one or more member countries in the region. These experts meet with the local surgeons and give lectures and conduct seminars, thus establishing friendship and transferring scientific knowledge.
Of greater importance is the comradeship among members of the Association so that strong bonds exist between the members of different nations of Asia and beyond.
TAHNIAH – Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dan Prof. Madya Dr. Isa Naina Mohamed dari Jabatan Farmakologi
Disember 4, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dan Prof. Madya Dr. Isa Naina Mohamed dari Jabatan Farmakologi, PPUKM kerana memenangi Anugerah Bitara Kesarjanaan dan Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan UKM 2017.
TAHNIAH – Prof. Dr Ima Nirwana Soelaiman. Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) PPUKM atas Anugerah Gelaran Johan Mangku Negara
Disember 4, 2017 / Tahniah

Tahniah kepada Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) PPUKM atas gelaran Johan Mangku Negara kurniaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 27 November 2017.
TAHNIAH – Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM, PPUKM
November 28, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada Dr Mohd Hisham Bin Mohd Isa dan Dr. Azlan Helmy Bin Abd Samat pensyarah dari Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM, PPUKM kerana telah memenangi 3rd Best Poster Presentation dalam `9th Asian Conference On Emergency Medicine` & `13th Turkish Emergency Medicine Congress` di Regnum Carya Belek Antalya Turkey pada 22 – 25 November 2017.
TAHNIAH – Dr. Noor Akmal Shareela binti Ismail, Jabatan Biokimia, PPUKM
November 27, 2017 / Tahniah

Tahniah kepada Dr. Noor Akmal Shareela binti Ismail dari Jabatan Biokimia, PPUKM kerana telah dianugerahkan `Silver Award` bagi `Poster Competition` dalam Redesigning Assessment For Holistic Learning Conference (RAHoLE 2017) pada 21 hingga 22 November 2017 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.
TAHNIAH – Dr.Maziah Jabatan Kejururawatan
November 22, 2017 / Tahniah
Tahniah Dr. Maziah, Jabatan Kejururawatan atas kejayaan meraih gelaran Naib Johan Kategori Syarahan Maya Interaktif dalam pertandingan peringkat kebangsaan APRS di Hotel Istana pada 20 November 2017 yang lepas.
TAHNIAH – Prof. Madya Dr. Ngiu Chai Soon (Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi) dan Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali (Jab.Perubatan)
November 22, 2017 / Tahniah
Setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Gastroenterologi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali dan ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Prof. Madya Dr. Ngiu Chai Soon, Pusat Perubatan UKM yang pada julung kalinya menjayakan penyerahan sijil tamat latihan sub-kepakaran Gastroenterology & Essential Endoscopy oleh Yg Berbahagia Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan UKM. Tiga orang calon, Dr. Wong Zhiqin (UKM), Dr. Jeevinesh Naidu (UKM) dan Dr. Rafiz Abdul Rani (UiTM) telah berjaya menamatkan program latihan yang diiktiraf oleh National Training Committee dan National Specialist Register yang secara tidak langsung memastikan piawaian yang tinggi dan setaraf dengan program-program serantau dan global.
TAHNIAH – Dr. Rona Asnida Binti Nasaruddin, Jabatan Oftalmologi, PPUKM
November 21, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada Dr. Rona Asnida Binti Nasaruddin, Jabatan Oftalmologi, PPUKM kerana telah dianugerahkan `Travel Grant Award` bagi menghadiri The 33rd Annual Meeting of the Korean Glaucoma Society pada 17 hingga 18 November 2017 di JW Marriott Dongdaemun Square Hotel, Seoul, Korea.
PEMAKLUMAN – PENUTUPAN KLINIK SURGERI UNTUK PROSES PEMINDAHAN
November 17, 2017 / Pemakluman

Adalah dimaklumkan Klinik Surgeri akan ditutup mulai 4 hingga 8 Disember 2017 bagi tujuan persediaan lokasi, penyusunan semula barang dan menjalankan ujian operasi klinik baru. Klinik akan beroperasi seperti biasa mulai 11 Disember 2017 (Isnin).
Sekian, terima kasih.
TAHNIAH – Prof. To’ Puan Dr Dayang Hajjah Nordiah Haji Awang Jalil, Unit Kawalan Infeksi
November 16, 2017 / Tahniah

TAHNIAH – Pelantikan Pro Naib Canselor, Pengarah HCTM dan Dekan Fakulti Perubatan
November 15, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan atas pelantikan baharu kepada:
1. YBhg. Prof. Datuk Dr A. Rahman A. Jamal sebagai Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur)
2. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid sebagai Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz
3. YBhg. Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy sebagai Dekan Fakulti Perubatan UKM
Kuatkuasa pelantikan mulai 15 November 2017
TAHNIAH – Empat orang ahli akademik PPUKM terima Anugerah Fellowship Academy of Medicine Malaysia
November 2, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada empat orang ahli akademik PPUKM yang menerima Anugerah Fellowship Academy of Medicine Malaysia pada 30 Oktober 2017 iaitu:-
1. YBhg. Prof. Dr. Hj. Ismail Mohd. Saiboon, Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Klinikal dan Sumber Manusia) dari Jabatan Perubatan Kecemasan
2. YBhg. Prof. Dr. Noor Azmi Kamaruddin dari Jabatan Perubatan
3. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Razman Jarmin, Ketua Jabatan Surgeri
4. YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Perubatan Pusat Pakar UKM dari Jabatan Surgeri
TAHNIAH – Dr Halim bin Ismail, Jabatan Kesihatan Masyarakat
November 2, 2017 / Tahniah

Tahniah Dr Halim bin Ismail Pakar Perunding Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Masyarakat PPUKM telah memenangi Best Research Poster di 5th International Clinical Conference in Emergency Medicine 2017 yang diadakan di PWTC. Poster beliau berjaya mengalahkan 132 poster yang lain.
TAHNIAH – Prof. Dr Cheah Fook Choe, Jabatan Pediatrik
November 2, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr Cheah Fook Choe, Jabatan Pediatrik, PPUKM kerana telah dilantik sebagai Naib Presiden Kolej Pediatrik, Akademik Perubatan Malaysia bermula 30 Jun 2017.
TAHNIAH – En. Sazali Ibrahim, Jabatan Kewangan
Oktober 30, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada En Sazali Ibrahim Jabatan Kewangan Pusat Perubatan UKM kerana dipilih sebagai penerima Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) Kementerian Pendidikan Tinggi KPT) Tahun 2016 pada 30 Oktober 2017.
Tahniah – En. Abdul Karim Mustafa Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM
Oktober 30, 2017 / Tahniah
Tahniah di ucapkan kepada En. Abdul Karim Mustafa Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM kerana mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Sarjana Pengurusan Risiko Bencana dari Universiti Teknologi Malaysia pada 27 Oktober 2017.
TAHNIAH – Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, Jabatan Perubatan
Oktober 30, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, ketua unit dan pakar perunding perubatan Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, PPUKM kerana dipilih untuk menyertai ‘Emerging Stars Program’ oleh pertubuhan Endoscopy / Gastroenterology Sedunia yang beroperasi di Munich, Germany. Beliau akan menghadiri kursus berkala di luar negara dari tahun 2018 hingga 2020 yang akan dibiayai penuh oleh pertubuhan tersebut.
Prof. Madya Dr Raja Affendi akan dilatih untuk menjadi ‘key opinion leader’ dalam bidang gastroenterologi dan endoskopi dengan tumpuan kepada penyelidikan terkehadapan, pengurusan penjagaan kesihatan, perkhidmatan klinikal dan juga pengajaran serta pembelajaran.
TAHNIAH – PROF. DR. ISMAIL MOHD SAIBOON TIMBALAN DEKAN/TIMBALAN PENGARAH (PERKHIDMATAN KLINIKAL DAN SUMBER MANUSIA) PPUKM
Oktober 30, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Ismail Mohd Saiboon Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Klinikal dan Sumber Manusia) PPUKM telah dilantik sebagai Presiden Malaysian Society for Simulation in Healthcare (MaSSH) (Persatuan Simulasi dalam Perawatan Kesihatan Malaysia) bagi penggal 2017-2019 mulai 14 Oktober 2017.
TAHNIAH – Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM
Oktober 24, 2017 / Tahniah
TAHNIAH – Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM telah berjaya mendapat tempat PERTAMA di dalam Pertandingan Video Mannequin Challenge (Mannequine Challenge Video Competition). Program dianjurkan oleh Jabatan Anestesiologi (Universiti Malaya), Malaysian Society of Anaesthesiologists dan College of Anaesthesiologists sempena Hari Anestesia Nasional 2017.
MAKLUMAN – Saksikan Temubual YBhg. Prof. Dr. Norlia Abdullah Pakar Perunding Payudara Rekonstruktif, Jabatan Surgeri HCTM PPUKM bertajuk “Kanser Pembunuh Wanita Dalam Diam”
Oktober 13, 2017 / Pemakluman

Saksikan Temubual YBhg. Prof. Dr. Norlia Abdullah Pakar Perunding Payudara Rekonstruktif, Jabatan Surgeri HCTM PPUKM bertajuk “Kanser Pembunuh Wanita Dalam Diam” di dalam Program Bismillah Ad-Duha yang akan disiarkan pada 15 Oktober 2017 (Ahad) jam 11.00 malam disaluran 106 & 135 Astro Oasis.
Selamat Menonton
JEMPUTAN – STEM CELL RUN 2017
Oktober 13, 2017 / Majlis Rasmi
STEM CELL RUN 2017
JOIN THE STEM CELL RUN 2017 AND “LET’S RUN FOR FUND”
TEC REACHES OUT TO 1000 RUNNERS TO RAISE FUNDS FOR THE DEVELOPMENT OF STEM CELL & REGENERATIVE MEDICINE IN MALAYSIA
Kuala Lumpur, 10 Oktober, 2017: Pusat Kejuruteraan Tisu(PKT), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akan menganjurkan program larian amal “Stem Cell Run 2017, Let’s Run For Fund” pada 4 November 2017 bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan bersempena dengan Hari Kesedaran Sel Stem & Perubatan Regeneratif, Pusat Kejuruteraan Tisu. Tujuan utama penganjuran adalah untuk memberi kesedaran dan menyampaikan maklumat tentang pembangunan bidang terapi regeneratif melalui teknologi kejuruteraan tisu dan sel stem.
PKT mensasarkan seramai 1000 penyertaan pada penganjuran sulung larian amal ini. Penganjuran ini turut bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembangunan aktiviti penyelidikan dan percubaan klinikal di PKT. Program ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya. Dana yang dikumpul adalah melalui yuran para peserta sebanyak RM50 dan RM70 untuk jarak 5km dan 10km. Para peserta yang mendaftar akan menerima baju-T rasmi larian, pingat ekslusif, e-sijil dan barang-barang cenderamata dari pihak penaja dan penganjur.
Menurut Ketua PKT, Prof. Madya Angela Ng Min Hwei “Penganjuran “The Stem Cell Run 2017” adalah sebagai lambang kepada perjalanan dan kejayaan aktiviti R&D yang telah dilalui oleh PKT, malahan juga merupakan usaha pihak PKT untuk mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk memahami teknologi sel stem dan perubatan regeneratif disamping menolak pandangan negatif masayarakat tentang teknologi ini. Pengumpulan dana adalah untuk menampung aktiviti penyelidikan dan membolehkan produk kajian preklinikal melalui fasa percubaan klinikal pula. Tambah beliau lagi, ”Proses penyelidikan dan percubaan klinikal memerlukan perancangan yang teliti
supaya produk klinikal yang dihasilkan memenuhi kualiti yang ditetapkan. Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama mengambil bahagian di dalam larian ini, seterusnya menyumbang untuk satu tjuan yang murni untuk memberi masa hadapan yang baik kepada generasi akan datang”.
Selain daripada acara larian, program ini turut memperkenalkan produk-produk penyelidikan di PKT yang telah dihasilkan menggunakan teknologi kejuruteran tisu. Program ini mendapat sokongan daripada Persatuan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif Malaysia (TESMA) dan piha industri yang turut mempamerkan produk-produk mereka. Pengumpulan dana oleh PKT yang bermula sejak Jun 2017 telah menggunakan platform Gift2UKM yang memberi kelebihan kepada penaja untuk mendapat pengecualian cukai.
Pada dasarnya dana ini adalah untuk aktiviti penyelidikan dan percubaan klinikal di PKT. Sebarang sumbangan boleh dilakukan terus ke laman sesawang Gift2UKM atau berhubung dengan PKT sebelum 31 Disember 2017. Program ini turut menawarkan beberapa aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, kendera saji, kuiz sains dan peluang untuk melihat sel stem yang sebenar disamping pameraan berkaitan teknologi kejuruteraann dan perubatan regeneratif. Para peserta akan turut disajikan dengan aktiviti Zumba oleh SoulFit Studio di bawah pimpinan Yvone Kan dan menampilkan Atilia daripada Yogaonethatiwant Studia yang akan memimpin aktiviti Yoga Maklumat berkaitan “Stem Cell Run 2017” adalah seperti berikut:
| Tarikh | 4 November 2017 (Sabtu) |
| Masa | 6.40 pagi– 4.00 petang |
| Tempat | Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur |
| Penganjur | Tissue Engineering Centre, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Perasmi | Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (KIV) |
| Aktiviti | 5 km and 10 km run, exhibition on stem cells and tissue engineering research in Malaysia, booth by sponsor, free health check, lucky draw, food truck, Zumba and many more |
| Yuran | RM 50 untuk 5 km RM 70 untuk 10 km (10% diskaun kumpulan≥ 3) |
| Sasaran | 1000 peserta |
| Runner’s entitlement | Ultron micro-dry tee, exclusive finisher medal, e-certificate and a goodie bag with free gifts |
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut berkaitan program, sila hubungi atau layari:
Laman sesawang rasmi “Stem Cell Run 2017 “: https://stemcellrun2017.wordpress.com/
Alamat penganjur: Tissue Engineering Centre, 12 th Floor, Clinical Block, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Talian telefon: 03- 9145 7670 (waktu bekerja), 011- 1890 4246 (WhatsApp)
Email: tec@ppukm.ukm.edu.my
Tahniah – Dr Chin Kok Yong dari Jabatan Farmakologi atas kemenangan Young Investigator Award sempena konferens AFOS 2017
Oktober 13, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada Dr Chin Kok Yong dari Jabatan Farmakologi, Pusat Perubatan UKM atas kemenangan beliau sebagai Young Investigator Award (Basic Science) dalam persidangan “The 5th Scientific Meeting of Asian Federation of Osteoporosis Societies 2017” (AFOS 2017) yang berlangsung di Hilton Hotel, Kuala Lumpur pada 6-8 Oktober 2017.
Tajuk pembentangan beliau ialah “The Effects of Testosterone Deprivation Induced by Buserelin and Orchidectomy on Bone in a Rat Model of Osteoporosis”.
Tahniah diucapkan.
JEMPUTAN : Seminar Menangani Stress Dalam Rumahtangga
Oktober 4, 2017 / 2017, Program PPUKM
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUKM akan menganjurkan Seminar Menangani Stress Dalam Rumahtangga yang akan diadakan seperti berikut:.
Tarikh: 30 Oktober 2017
Masa: 7.30 Pagi- 5.00 petang
Tempat: Auditorium PPUKM
Yuran Penyertaan: RM50.00
Bayaran hendaklah dibuat kepada akaun CIMB Bank (8000742634) atas nama HOSPITAL UKM. Sila klik lampiran dibawah untuk risalah dan borang penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Oktober 2017. Permohonan dan maklumat kursus boleh dilakukan di laman web http://smk.ukm.my/espel/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Nor Aishah Mohd Ali (03-91455771) / Pn Jannatul Asyikin Janudin (03-91455770).
JEMPUTAN : Menyertai STEM RUN 2017
Oktober 4, 2017 / Program PPUKM
Dimaklumkan, Pusat Kejuruteraan Tisu akan menganjurkan `STEM CELL RUN 2017` bersemperna dengan Hari Kesedaran Sel Stem dan Perubatan Regeneratif, semua dijemput untuk menyertai. Borang penyertaan boleh diperolehi dari pautan yang disediakan atau penyertaan secara manual boleh dilakukan di Pusat Kejuruteraan Tisu (kaunter dibuka dari 8am-5pm). Penyertaan secara berkumpulan akan diberikan diskaun 10%.
| Tarikh Acara | : 04/11/2017 |
| Masa Acara | : Mula: 06:30 Pagi – 05:00 Petang |
| Tempat | : TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR |
| Url | : https://stemcellrun2017.wordpress.com/ |
TAHNIAH – Prof. Noor Hassim Ismail dan kumpulan penyelidikan RESTU
September 15, 2017 / Tahniah
Tahniah di ucapkan kepada Prof. Dr. Noor Hassim Ismail dan kumpulan penyelidikan RESTU (Prof. Dr. Zaleha Md Isa, PM DR. Azmi Tamil, PM Dr. Hasni Jaafar dan Dr. Rosnah Ismail) kerana telah menerbit artikel dalam jurnal Lancet, Faktor Impak 47.831, Q1. Pensyarah yang terlibat daripada Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM.
Artikel:
MAKLUMAN – Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) Dan Bicara Tuntas Siswazah Peringkat Fakulti Perubatan 2017
September 15, 2017
Dimaklumkan, Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) & Bicara Tuntas Siswazah Peringkat Fakulti Perubatan 2017 akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh Acara : 11 Oktober 2017
Masa Acara : 8.00 Pagi hingga 1.30 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Aras Bawah, Blok Pendidikan, PPUKM
Penganjur : Sekretariat Pengajian Siswazah & Hubungan Antarabangsa (SPSHA), UKM
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Dr. Elvy Suhana Binti Mohd Ramli (03-91458633) dan Puan Tazlina Taslim (03-91455041).
TAHNIAH – En. Clarence Ko Ching Huat, Jabatan Patologi
September 15, 2017 / Tahniah
Tahniah kepada Encik Clarence Ko Ching Huat ke atas Pengiktirafan sebagai Registered Biosafety Professional oleh Persatuan Biokeselamatan dan Biosekuriti Malaysia (Malaysian Biosafety and Biosecurity Association) dan Pengiktirafan sebagai IFBA Certified Professional in Biosecurity oleh International Federation of Biosafety Associations serta Pengiktirafan sebagai IFBA Certified Professional in Biorisk Management oleh International Federation of Biosafety Associations.
MAKLUMAN – Makluman “ORTHO RUN 2017 combined with OSTEOPOROSIS WALK”
Ogos 23, 2017 / Pemakluman, PPUKM dan Komuniti, Program PPUKM
Dimaklumkan bahawa Jabatan Ortopedik dan Traumatolgi, Fakulti Perubatan, UKM akan mengadakan program larian ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ Combined with OSTEOPOROSIS WALK pada kenyataan berikut:
Nama Program : ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ (Combined with OSTEOPOROSIS WALK)
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa; 6.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Ruang antara Bangunan Pra-Klinikal dan UMBI, PPUKM
Penganjur : Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, PPUKM
Pengurus Acara : Running Project (The Ten Senses (M) Sdn. Bhd.)
Penyertaan : Penyertaan terbuka kepada umum
Kerjasama : Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM)
Pendaftaran Manual ORTHO RUN untuk Staff PPUKM/UKM boleh menghubungi:
ABDUL WAHID
emel: awah1372@gmail.com
telefon bimbit: 019-3712725
telefon pejabat: 03-9145 6019
Berlampir adalah makluman dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM PPUKM untuk semua warga HCTM PPUKM dan UKM
Sekian dimaklumkan.
JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI
PEMAKLUMAN – Seminar on Modulating the trajectory of brain recovery after stroke
Ogos 15, 2017 / Pemakluman
Dimaklumkan, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, PPUKM akan mengadakan seminar yang bertajuk “Modulating the trajectory of brain recovery after stroke” yang akan disampaikan oleh Dr Lin Kooi Ong dari The University of Newcastle, Australia. Taklimat berkenaan peluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut juga akan diadakan.
Maklumat lanjut berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 Ogos 2017 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar Jabatan Farmakologi, Tingkat 17 Bangunan Praklinikal, PPUKM Cheras.
Semua adalah dijemput untuk hadir.
MAKLUMAN – Perkhidmatan OBike
Ogos 11, 2017 / Pemakluman

Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan OBike akan mula diperkenalkan di HCTM pada 14 Ogos 2017 (Isnin). OBike merupakan perkhidmatan perkongsian basikal yang menggunakan aplikasi telefon pintar dan GPS sebagai medium tempahan dan pembayaran. Beberapa buah lokasi basikal telah dikenalpasti di sekitar kawasan HCTM sehingga ke tapak Kolej Tun Dr. Ismail 2. Basikal akan digunasama dan boleh digunakan di sekitar Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, aplikasi OBike boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.
Beberapa kod promo juga diberikan oleh syarikat pengendali untuk berpeluang menggunakan perkhidmatan secara percuma. Video dan juga sebarang maklumat terkini tentang OBike juga boleh diperolehi di Laman Web Sekretariat Pembangunan, PPUKM. Sebarang maklumat / pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan wakil OBike, En. Thong Kar Fei di talian +6010-231 0199. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh;
Sekertariat Pembangunan
Pusat Perubatan UKM
11 Ogos 2017
MAKLUMAN – Logo 20 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM
Ogos 11, 2017 / Pemakluman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa logo Sempena 20 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM telah dilancarkan semasa Perhimpunan Kakitangan pada 10 Julai 2017. Sehubungan dengan itu, logo berkenaan boleh diguna pakai dalam setiap acara rasmi HCTM untuk tempoh setahun mulai 10 Julai 2017 hingga 9 Julai 2018. Sebagai panduan, penggunaan logo ini boleh dimasukkan ke dalam papan latar (backdrop), poster, cenderamata dan sebagainya bersama-sama dengan logo UKM.
Walau bagaimanapun, penggunaan logo 20 tahun HCTM dalam surat rasmi adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Pengurusan UKM yang akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
PUSAT PERUBATAN UKM
MAKLUMAN – Perkhidmatan Pengimejan Myocardial Perfusion Imaging (MPI)
Ogos 7, 2017 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa, jabatan ini telah memulakan perkhidmatan pengimejan perubatan nuklear yang baru iaitu Myocardial Perfusion Imaging (MPI) – Stress and Rest.
Permohonan boleh dikemukakan dengan menghantar Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Nuklear (Myocardium Perfusion Study – Stress and Rest) ke kaunter Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kaunter Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear di talian 03-9145 6470/6474.
MAKLUMAN – Perkhidmatan Pegawai Pengiring Pesakit bermula 1 OGOS 2017
Ogos 3, 2017 / Pemakluman

Adalah dimaklumkan Perkhidmatan Pegawai Pengiring Pesakit Berbayar akan bermula 1 Ogos 2017. Perkhidmatan diwujudkan untuk memudahkan pesakit yang memerlukan bantuan dan teman ketika hadir mendapatkan rawatan.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini sila rujuk garis panduan dan risalah disertakan di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami seperti yang tertera pada poster ini.
PEKELILING – PENETAPAN DAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN RAWATAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM
Ogos 3, 2017 / Pemakluman
Pekeliling Kewangan Bil. 9/2017 – PENETAPAN DAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN RAWATAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM
TAHNIAH – PPUKM mendapat ke-3 dalam Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017
Julai 6, 2017 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahman Bullah (Jab. Teknologi Maklumat), Mohd Nasri Manja (Jab. Kewangan), dan Nahiz Waridi Adnan (Jab. Perkhidmatan Pemulihan Perubatan) kerana telah berjaya meraih tempat ke-3 (kategori Badan Kerajaan) dalam Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 yang telah diadakan pada 21 Mei 2017, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebanyak 22 agensi kerajaan telah menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam acara ini.
Tahniah dan syabas diucapkan!
TAHNIAH – Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi
Julai 4, 2017 / Tahniah
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Srijit Das dari Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah memenangi ‘International Young Scientist Award’ dalam bidang dermatologi dalam ‘Phytochemical Society of Europe Meeting’ dan ‘Natural Products in Health, Agro-food and Cosmetics Conference’ yang diadakan di Lille, Perancis pada 28 Jun-1 Julai 2017.
Tahniah diucapkan!
JEMPUTAN – Program Latihan Hospital Lapangan
Jun 23, 2017 / 2017, Program PPUKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan Program Latihan Hospital Lapangan akan dianjurkan oleh MERCY Malaysia dengan kerjasama HEJIM PPUKM dan Jabatan Ortopedik. Program ini sesuai dihadiri oleh profession perubatan seperti jururawat, doktor, surgeon dan lain-lain berkaitan. Kakitangan PPUKM, pelajar dan orang luar yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk lampiran dan poster di bawah. Sekian, terima kasih.
MAKLUMAN – Waktu Operasi Kafeteria sempena Hari Raya Aidilfitri
Jun 21, 2017 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017, kafeteria-kafeteria di HCTM PPUKM tidak beroperasi (tutup) pada tarikh-tarikh berikut:-
1) DELIMA CAFE
2) CATTLEYA CAFE
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Jabatan Pentadbiran Am
TAHNIAH – HCTM PPUKM Johan keseluruhan Sukan Staf Antara Gugusan 2017
Jun 9, 2017 / Tahniah
Adalah dimaklumkan kejohanan sukan staf antara gugusan UKM 2017 telah berlangsung pada 12 Mei 2017 hingga 21 Mei 2017 di UKM Bangi. Tujuh gugusan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 23 Mei 2017 (Selasa) di Stadium UKM dan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Bin Saad, Pengerusi LPU UKM. Sebanyak 26 acara telah dipertandingkan dan HCTM PPUKM telah memenangi 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa. HCTM PPUKM juga telah menjadi juara keseluruhan sekali lagi pada tahun ini dan juga juara keseluruhan enam tahun berturut-turut. Gugusan HCTM PPUKM telah menerima wang sebanyak RM 1,000.00 bagi juara keseluruhan. Senarai acara yang dimenangi di kejohanan sukan staf antara gugusan UKM 2017 adalah seperti berikut :
PINGAT EMAS
1. OLAHRAGA
2. BOLA JARING
3. SEPAK TAKRAW
4. DART
5. PING PONG CAMPURAN
6. FUTSAL WANITA
7. FUTSAL LELAKI
8. WOODBALL EKSEKUTIF
PINGAT PERAK
1. HOKI
2. CATUR
3. WOODBALL CAMPURAN
4. PETANQUE WANITA
5. BOLA TAMPAR PANTAI WANITA
6. BADMINTON
PINGAT GANGSA
1. BOLA TAMPAR LELAKI
2. BOLA TAMPAR PANTAI LELAKI
3. TENPING BOWLING LELAKI
4. TENPIN BOWLING PEREMPUAN
5. TARIK TALI
TAHNIAH – YBhg. Profesor Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) HCTM, PPUKM
Jun 8, 2017 / Tahniah
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) HCTM, PPUKM diatas pelantikan sebagai Presiden `Malaysia Spine Society` (2017-2019).
Syabas dan tahniah diucapkan!
MAKLUMAN – Penutupan Klinik Perubatan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017
Jun 8, 2017 / 2017, Pemakluman
Adalah dimaklumkan Klinik Perubatan akan tutup sempena Hari Raya Aidilfitri . Berikut adalah Senarai Penutupan Klinik untuk perhatian semua pihak. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
MAKLUMAN – Penutupan Klinik Surgeri Sempena Minggu Perayaan Aidilfitri 2017
Jun 8, 2017 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa Klinik Surgeri, HCTM PPUKM akan ditutup bermula 28 – 30 Jun 2017 (Rabu – Jumaat) sempena minggu perayaan Aidilfitri 2017. Klinik Surgeri akan beroperasi semula pada 3 Julai 2017 (Isnin).
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih
Daripada:
Jabatan Surgeri,
HCTM, PPUKM
PROGRAM – Temuduga Ijazah Doktor Perubatan berjalan lancar
Jun 7, 2017 / Program PPUKM
CHERAS, 6 Jun 2017- Program Temuduga Ijazah Doktor Perubatan telah bermula pada hari ini bertempat di Tingkat 4-5, Pra-Klinikal PPUKM. Temuduga dijalankan selama 3 hari sehingga Khamis dengan tujuan mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan sesuai untuk mengikuti Program Ijazah Doktor Perubatan sesi 2017. Seramai 753 orang pelajar lepasan matrikulasi, STPM, diploma atau setaraf, A-Level, dan Asasi Pintar UKM yang terpilih telah dipanggil untuk menghadiri temuduga ini.
Calon akan dinilai daripada pelbagai sudut oleh panel temuduga yang terdiri daripada pensyarah UKM. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM. Beliau sempat berjumpa dengan penal-penal penemuduga dan urusetia program serta turut meluangkan masa bersama beberapa calon dan memberikan kata-kata semangat sebelum sesi temuduga dijalankan. Hadir sama dalam program ialah Prof. Dr. Roslina Abd. Manap Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) dan Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan).
Ibubapa pelajar yang hadir telah dibawa melihat persekitaran, kemudahan, dan perpustakaan perubatan dalam bangunan yang sama. Pusat Kembangan Pendidikan UKM juga hadir sepanjang aktiviti dijalankan untuk mempromosi program perubatan UKM-Universiti Padjajaran. Pada masa yang sama temuduga program Sarjana Muda Kejururawatan turut diadakan di Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan Blok Pendidikan PPUKM. Seramai 85 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga berkenaan.
TAHNIAH – Prof. Madya Dato` Dr. Razman Jarmin, Ketua Jabatan Surgeri, PPUKM
Mei 31, 2017 / Tahniah
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dato` Dr. Razman Jarmin, Ketua Jabatan dan pensyarah di Jabatan Surgeri, PPUKM atas kejayaan beliau diterima sebagai Felowship di Academy of Medicine of Malaysia. Majlis induksi bagi program felowship tersebut akan diadakan pada 30 Oktober 2017 (Isnin).
PEMAKLUMAN – WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN HCTM PPUKM SEMPENA BULAN RAMADHAN
Mei 25, 2017 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa waktu pembukaan Perpustakaan HCTM PPUKM sempena Bulan Ramadhan bermula 27 Mei 2017 – 23 Jun 2017 adalah seperti berikut :
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu* : 9.00 pagi – 2.00 petang
*Sabtu minggu pertama : Tutup
Ahad dan Cuti Umum : Tutup
PEMAKLUMAN – Kursus Diploma Lanjutan Kebidanan
Kursus ini ialah kursus Diploma Lanjutan Kebidanan, dirancang khas untuk Jururawat Berdaftar yang memiliki Diploma Kejururawatan atau Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan. Di akhir kursus, graduan boleh berkhidmat dengan selamatnya dalam pelbagai aspek obstetrik, ginekologi dan neonatologi. Jururawat berdaftar yang berminat mengikuti kursus ini boleh rujuk risalah yang dilampirkan.
PEMAKLUMAN – Pembukaan semula laluan ke Laman Midah
Mei 15, 2017 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan laluan ke Laman Midah yang telah ditutup untuk sementara akan dibuka semula pada 15/05/2017 (ISNIN). Warga PPUKM dipohon menggunakan Kad ISS untuk menggunakan laluan ini. Sebarang pertanyaan dan masalah, mohon hubungi Jabatan Keselamatan ditalian 03-9145 5090 / 5098.
Sekian, terima kasih.
Program – Hari Kesedaran Autisme Peringkat PPUKM 2017
April 27, 2017 / Majlis Rasmi
Hari Kesedaran Autisme Peringkat PPUKM 2017 telah diadakan pada 27 April 2017 di Auditorium PPUKM dengan objektif memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat mengenai Autisme dan peluang-peluang yang ada untuk golongan Autisme. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM. Turut hadir dalam majlis ialah pengurus Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia, Timbalan-timbalan Dekan, warga PPUKM dan orang awam.
Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Jabatan Psikiatri, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia. Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia merupakan penaja utama program pada hari ini dan bergerak aktif dalam memberikan kebajikan kanak-kanak kepada yang benar-benar memerlukan.
Antara aktiviti yang telah disusun rapi ialah ceramah yang bertajuk Autisme: Realiti Semasa di Malaysia disampaikan oleh Pengarah Permata Kurnia Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, ceramah ‘Coping Strategies’ oleh Prof. Madya Dr. Fairuz Nazri Abdul Rahman, Jabatan Psikiatrik dan yang ceramah yang bertajuk ‘Proses Intervensi dan Penglibatan Ibu Bapa’ oleh Puan Nor Shahrina Mohd Zawawi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan. Di akhir program, Tayang Filem ‘Redha’ arahan Tunku Mona Riza akan disajikan untuk tontonan peserta. Tayangan ini yang diambil dari kisah benar menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap Autisme.
Sesi penyerahan cek sumbangan sebanyak RM3,000 kepada PPUKM turut diadakan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh RMHC dalam usaha membantu Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan jabatan-jabatan yang terlibat memupuk kesedaran Autisme dikalangan orang awam. Majlis turut dimeriahkan dengan dua persembahan daripada Sek.Keb. TTDI 2. Program selama setengah hari ini telah menarik hampir 250 penyertaan yang terdiri daripada warga PPUKM dan orang awam.
TAHNIAH – Pusat Antarabangsa Sistem Casemix and Pengekodan Klinikal (ITCC)
April 13, 2017 / Tahniah
Sukacita dimaklumkan bahawa Casemix Solutions Sdn Berhad, syarikat terbitan UKM yang dibangunkan untuk mengkomersialkan produk penyelidikan Sistem Casemix di bawah Pusat Antarabangsa Sistem Casemix and Pengekodan Klinikal (ITCC) telah terpilih menerima anugerah “2017 Malaysia Healthcare IT Company of The Year: Clinical Coding” oleh Frost & Sullivan.
Anugerah disampaikan dalam Majlis “2017 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Award” yang diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 13 April 2017. Casemix Solutions Sdn Bhd diketuai oleh Professor Dato’ Dr Syed Mohamed Aljunid, mantan Ketua ITCC-UKM.
TAHNIAH – Jabatan Ortopedik dan Pusat Kejuruteraan Tisu
April 11, 2017 / Tahniah
Tahniah Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri dari Jabatan Ortopedik, PPUKM dan Prof. Madya Dr. Angela Ng Min Hwei dari Pusat Kejuruteraan Tisu kerana memenangi Pingat Emas dalam 45th Salon International Exhibition of Inventions of Geneva dan Anugrah Khas daripada Korean Innovation Promotion Association. Program berlangsung pada 29 Mac hingga 2 April 2017 di Geneva.
PEMAKLUMAN – Pelantikan Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa)
April 6, 2017 / Pemakluman, Tahniah
Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid dilantik sebagai Timbalan Dekan (Siswazah & Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan UKM berkuatkuasa mulai 1 April 2017.
Sekian, terima kasih.
PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017
April 6, 2017 / Majlis Rasmi, Program PPUKM

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 telah diadakan pada 6 April 2017 bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Alergi, Jabatan Otorinolaringologi HCTM PPUKM dengan kerjasama rakan industri, Syarikat MENARINI. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi telah dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman.
Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 ini dibuat bagi menyambut Minggu Alergi Sedunia yang diadakan pada bulan April setiap tahun oleh Organisasi Alergi Sedunia. Pada tahun ini, minggu alergi disambut pada 2-8 April 2017 dengan bertemakan “The Agony of Hives – What to do when hives and swelling don’t go away”.
Matlamat Hari Alergi Sedunia HCTM PPUKM adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pesakit-pesakit dan orang awam yang hadir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengenai alahan dan rawatannya. Makluamt disampaikan melalui ceramah, pameran, dan saringan alahan. Saringan alahan yang dijalankan pada sambutan ini adalah percuma dan dijalankan dengan menjawab soal selidik dan ‘Skin Prick Test’. Orang awam yang mempunyai alahan tetapi belum mendapat rawatan akan segera dirujuk ke klinik berkenaan.
PEMAKLUMAN – FREE MARKET 2017
April 5, 2017 / Pemakluman

PEMAKLUMAN – Penutupan & Perpindahan Operasi Klinik Surgeri
Mac 30, 2017 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa Klinik Surgeri (Tingkat G, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM) akan ditutup selama 6 bulan mulai 17 April 2017 kerana kerja pengubahsuaian. Perkhidmatan Klinik Surgeri akan beroperasi semula seperti biasa pada 24 April 2017 di Tingkat 5, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
Alamat rasmi sementara Klinik Surgeri PPUKM Cheras :
KLINIK SURGERI,
TINGKAT 5 BLOK KLINIKAL
HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
PUSAT PERUBATAN UKM
56000 KUALA LUMPUR.
Sebarang pertanyaan atau maklumat terkini tentang perkhidmatan Klinik Surgeri, sila hubungi talian 03-9145 7060/7061/7063
Segala kesulitan amat dikesali. Terima Kasih.
Pemakluman – Pelantikan Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan)
Mac 24, 2017 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pusat Perubatan UKM berkuatkuasa mulai 15 Mac 2017 hingga 14 Mac 2020.
Sekian, terima kasih.
Pemakluman – Pelantikan Ketua Jabatan Pengurusan Bangunan ,HCTM,PPUKM
Mac 20, 2017 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zulkefele Bin Moh Zain telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Bangunan, Pusat Perubatan UKM berkuatkuasa mulai 15 Mac 2017. Sehubungan itu, sebarang pemakluman menerusi emel bolehlah dialamatkan kepada kjpb@ppukm.ukm.edu.my
Pemakluman – Majlis Ramah Mesra Naib Canselor Bersama Pelajar Tahun Akhir 2017
Mac 6, 2017 / Pemakluman
JEMPUTAN – Specialize Skill Course 2017

Adalah dimaklumkan Specialize Skill Course 2017 terbuka kepada semua Pascasiswazah Perubatan Keluarga. Pelajar yang berminat boleh menbuat pendaftaran sebelum 15 Mac 2017. Program akan dijalankan pada:
Tarikh: 29 Mac – 30 Mac 2017
Masa: 8.00am – 5.00pm
Tempat: Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya 63000 Selangor Malaysia
JEMPUTAN – Seminar on Paediatric Circumcision
Februari 16, 2017 / Program PPUKM
Adalah dimaklumkan Jabatan Perubatan Keluarga bekerjasama Jabatan Surgeri akan mengadakan seminar yang bertajuk “Seminar on Paediatric Circumcision”.
PEKELILING – Kadar Caj wad, Kadar Caj Perkhidmatan dan Perawatan Di Dewan Kelahiran Jabatan Obstetrik & Ginekologi Serta Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM, PPUKM
Februari 7, 2017 / Pemakluman
MUAT TURUN: PEKELILING KEWANGAN – BIL.2/2017 – Kadar caj wad, perkhidmatan dan perawatan.
Pertanyaan lanjut mengenai pekeliling ini, sila hubungi Unit Hasil Pesakit di talian 03-9145 5244 / 5248 / 5232 / 5234.
JARINGAN – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Data Raya antara UKM dan MDEC
Januari 27, 2017 / Majlis Rasmi
Kuala Lumpur, 26 Januari 2017- Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Data Raya antara UKM dan MDEC telah diadakan pada 26 Januari 2017 di Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM. Hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, wakil Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ir. Dr. Karl Ng Kah How, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, Pengarah UMBI, Timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan dan jemputan. Pemeteraian MoU bersama MDEC adalah ini adalah selama 3 tahun dalam Big Data Analytic yang merupakan salah satu usaha membangunkan Health Technopolis UKM. Majlis yang serba ringkas tetapi bermakna ini berlangsung hampir 2 jam dan berakhir dengan sesi fotografi sebagai tanda bermulanya kerjasama bagi kedua-dua pihak.
PEMAKLUMAN – PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN KE LAMAN MIDAH
Januari 26, 2017 / Pemakluman
LALUAN KE LAMAN MIDAH AKAN DITUTUP SEMENTARA WAKTU UNTUK KERJA-KERJA PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT. PENUTUPAN LALUAN TERSEBUT SELAMA (3) MINGGU BERMULA 06 FEBRUARI 2017 – 27 FEBRUARI 2017.
LALUAN AKAN DIBUKA SEMULA PADA 28 FEBRUARI 2017.
SEKIAN, TERIMA KASIH
MAKLUMAN – PENUTUPAN RUANG BACA 24 JAM PERPUSTAKAAN
Januari 26, 2017 / Pemakluman
ADALAH DIMAKLUMKAN SEMPENA CUTI UMUM TAHUN BARU CINA PADA 28– 30 JANUARI 2017 DAN HARI CUTI WILAYAH PADA 1 FEBRUARI 2017, DEMI LANGKAH KESELAMATAN RUANG BACA 24 JAM PERPUSTAKAAN AKAN DITUTUP DAN AKAN DIBUKA SEMULA SEPERTI BERIKUT :
TARIKH TUTUP
27 JANUARI 2017 JAM 7.00 MALAM
TARIKH BUKA
02 FEBRUARI 2017 JAM 7.00 PAGI
SEKIAN, TERIMA KASIH.
PROGRAM – Program Kesihatan Gelendangan UKM
Januari 26, 2017 / PPUKM dan Komuniti
Kuala Lumpur, 20 Januari 2017- Pusat Perubatan UKM dan Fakulti Farmasi telah mengadakan Program Kesihatan Gelendangan UKM. Program ini telah mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PERTIWI, NGO yang mengasas Projek Soup Kitchen. Program ini diadakan di Rumah Transit Gelendangan di Jalan Pahang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Hampir 50 orang gelendangan dan kakitangan bertugas mendapat rawatan dan perkhidmatan secara percuma dalam program ini. Objektif penganjuran program adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada golongan gelendangan, memberikan rawatan segera dan ubatan kepada yang memerlukan. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada kakitangan yang bertugas di pusat transit tersebut. Program seterusnya ialah pemeriksaan kesihatan gigi yang akan di kendalikan oleh Fakulti Pergigian UKM. Dijangka pemeriksaan kesihatan gigi ini akan dijalankan pada bulan Februari.
PROGRAM – SEMINAR ISU KESIHATAN WANITA “WANITA: SENYUMAN DALAM TANGISAN”
Januari 13, 2017 / Majlis Rasmi
Kuala Lumpur, 12 Januari 2017- Pelajar Siswazah Program Sarjana Kejururawatan Sesi 2016/2017 Fakulti Perubatan UKM dibawah naungan Jabatan Kejururawatan telah menganjurkan Seminar Isu Kesihatan Wanita Bertajuk Wanita: Senyuman Dalam Tangisan pada 12 Januari 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM (HCTM, PPUKM) dihadiri kira-kira 300 orang warga jururawat daripada pelbagai hospital dalam negara telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM, PPUKM.
Seminar yang mendapat sambutan ramai bertujuan memenuhi salah satu modul iaitu FFMN 6413 Women’s Health Issues dengan objektif memberikan maklumat tentang pengendalian tajuk-tajuk wanita dari segi sosial, agama dan undang-undang serta membentangkan tajuk-tajuk isu sosial menyelubungi wanita dan cadangan pelan tindakan untuk meningkatkan status kesihatan wanita yang dipengaruhi oleh masalah sosial masa kini. Wanita yang sihat boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada keluarga dan masyarakat. Peningkatan taraf kesihatan wanita mencerminkan kemajuan pembangunan.
Tiba masanya untuk masyarakat sendiri khususnya wanita mengambil tanggungjawab yang lebih dalam mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip asas penjagaan kesihatan seperti yang dihasratkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’ dan yang telah disokong oleh Persidangan Wanita Antarabangsa dalam Dekad Wanita.
Oleh : Norhayati Md Raji
Foto Jabatan Perhubungan Awam HCTM,PPUKM
PROGRAM – HARI KESIHATAN USUS & HATI 2017
Januari 13, 2017 / Majlis Rasmi

12 Januari 2017 – Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM PPUKM menganjurkan Hari Kesihatan Usus dan Hati 2017 bermula jam 9.00 pagi di Lobi Utama HCTM PPUKM. Program telah dirasmikan YBhg. Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh wakil Dekan dan Pengarah HCTM PPUKM. Penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pesakit dan orang awam dalam aspek kesihatan usus dan hati. Usus dan hati atau “Digestive Health” merupakan salah satu cabang utama dalam kesihatan namun kerap diabaikan. Orang awam yang hadir berpeluang membuat saringan kesihatan, melihat poster pameran dan mendengar ceramah berkaitan. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah ‘Fatty Liver Disease Talk’ oleh Prof. Madya Dr Ngiu Chai Soon, Perkenalan kepada Hepatitis B dan C oleh Dr Thevaraajan Jayaraman dan Saringan cancer usus Besar – perlu atau tidak? disampaikan oleh Dr Wong Zhiqin.
PEMAKLUMAN – Hari Kesihatan Usus dan Hati
Januari 11, 2017 / Majlis Rasmi, Pemakluman
Unit Gastroeneterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017 peringkat PPUKM pada tarikh dan tempat seperti berikut: –
Tarikh : 12 Januari 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi -3.00 petang
Tempat : Lobi Utama, HCTM PPUKM.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai mengenai penyakit kronik hati hepatitis B. Disamping itu, kami akan mengadakan ujian saringan percuma untuk mengesan virus hepatitis B dengan pengambilan darah orang awam.
Digestive & Liver Day 2017 merupakan satu mekanisma bagi memperkenalkan gaya hidup sihat dan sejahtera kepada kita semua. Melalui aktiviti yang sihat, mampu melahirkan komuniti sejahtera. Maka penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kesihatan usus dan hati di kalangan warga kerja PPUKM, para pesakit dan orang awam yang hadir.
MAKLUMAN – Perpindahan Lokasi Pejabat Tabung Amanah Zakat UKM PPUKM
Januari 11, 2017 / Pemakluman
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Tabung Amanah Zakat UKM di PPUKM telah berpidah dari Lobi Pelawat ke Lokasi yang baru dan telah beroperasi sepenuhnya pada 03 Januari 2017.
Sebarang urusan berkaitan Zakat UKM (PPUKM) bolehlah terus menghubungi kami seperti maklumat berikut:
Alamat: Pejabat Tabung Amanah Zakat UKM, Aras 3, Blok Asrama Jururawat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. Tel: 03-9145 6526
Website: www.ukm.my/zakat
Email: infozakat@ukm.edu.my
Facebook: Tabung Amanah Zakat UKM
Waktu Urusan Pejabat:
Isnin – Khamis
8.30 pagi – 12.45 tgh/hari
2.00 ptg – 4.30 ptg
Jumaat
8.30 pagi – 12.15 tgh/hari
2.45 ptg- 4.30 ptg
MAKLUMAN – Pembukaan Lot Parkir Motosikal Berbayar
Januari 11, 2017 / Pemakluman

TAHUN 2016
MAKLUMAN – Kawasan Parkir Berbayar PPUKM
Disember 30, 2016 / Pemakluman

TAHNIAH – Jabatan Radiologi, Johan Keseluruhan KIK Peringkat UKM ke-21
Disember 29, 2016 / Tahniah
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2016 di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran daripada Jabatan Perkhidmatan Radiologi , HCTM, PPUKM yang berjaya menjadi Johan Kategori Teknikal dan Juara Keseluruhan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21. Manakala, Kumpulan Mutiara daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM menjadi Johan Kategori Pengurusan. Senarai penuh keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UKM Kali Ke 21 adalah seperti dilampiran.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kumpulan.
SENARAI PEMENANG
PEKELILING- Kadar Caj Pakej Bersalin dan Kadar Deposit Kemasukan Wad Bagi Pesakit Bukan Warganegara
Disember 29, 2016 / Pemakluman
Muat Turun: PEKELILING KEWANGAN BIL.20/2016
Pertanyaan lanjut mengenai pekeliling ini, sila hubungi Unit Hasil Pesakit di talian 03-9145 5244 / 5248 / 5232 / 5234.
PROGRAM – Lawatan Pendidikan Anak-anak Orang Asli Kg. Chuweh
Disember 29, 2016 / Lawatan
Seramai 15 orang kanak-kanak orang asli Kg. Chuweh telah hadir ke PPUKM bagi mengikuti Program Pendidikan Anak-Anak Orang Asli Kg. Chuweh anjuran UCTC UKM dengan kerjasama PPUKM. Program selama 3 hari bermula 19 -21 Disember 2016 dijayakan dengan penglibatan fakulti-fakulti di UKM. Fakulti Perubatan diberi peluang untuk mengaturkan sesi pendidikan pada 21 Disember 2016, selama 2 jam untuk memberi pendedahan pendidikan kesihatan kepada anak-anak orang asli ini.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Madya Dr. Zaleha Md Isa, selaku penyelaras program dan wakil Ketua HEJIM, dan diikuti ucapan pengenalan ringkas mengenai Muzium Anatomi oleh Prof. Madya Dr. Norzana Binti Abd. Ghafar, Ketua Jabatan Anatomi. Setelah selesai sesi pembukaan, aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Muzium Anatomi. Muzium Anatomi berada di tingkat 3 Bangunan Praklinikal menempatkan koleksi spesimen jar yang sebahagian struktur tubuh badan atau organ manusia bagi tujuan pembelajaran. Sejak ditubuhkan, Muzium Anatomi telah berjaya menghasilkan jar spesimen seperti anggota badan atas, anggota badan bawah, sistem respiratori, sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen dan lain-lain.
Lawatan seterusnya di tingkat 10 iaitu Makmal Parasitologi dimana kanak-kanak diberi penerangan mengenai bahaya parasit seperti cacing gelang, cacing pita dan cacing cambuk. Selain itu, anak-anak orang asli juga boleh melihat dengan lebih dekat cacing yang telah disimpan dalam jar spesimen. Walaupun, sesi ini dihadkan selama 2 jam, pengisian yang diaturkan dapat memberikan input dan pengalaman yang berguna untuk anak-anak ini.
PEMAKLUMAN – 1st UKMMC Breast Cancer Day
Disember 7, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan Program 1st Breast Cancer Day akan dijalankan pada 10 Disember 2016 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi – 4.30 petang di Dewan Kulaih 1, PraKlinikal PPUKM. Semua pelajar dan warga PPUKM dijemput hadir!
PEMAKLUMAN – Bayar Zakat dan Menang!
Disember 1, 2016 / Pemakluman

PEMAKLUMAN – Laungan Azan 5 Waktu Di Kompleks PPUKM
November 30, 2016 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa laungan azan 5 waktu akan bermula pada 7 Disember 2016 dikeseluruhan Kompleks PPUKM. Mohon semua kakitangan dan pelawat yang hadir ke PPUKM mengambil maklum mengenai perkara ini.
TAHNIAH – Dr. Ng Choon Seong
November 30, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Dr. Ng Choon Seong, pelajar Sarjana Doktor Perubatan Dalaman, di Jabatan Perubatan yang telah menerima hadiah travel grant yang bernilai untuk menbentangkan tiga abstract beliau di Seoul Digestive Disease Symposium 2016 di Seoul, Korea. Beliau merupakan pelajar di bawah seliaan unit Gastroenterology dan Hepatologi.
PEMAKLUMAN – Penutupan Perpustakaan HCTM & Praklinikal pada 22 November 2016 (Selasa)
November 28, 2016 / Pemakluman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adalah dimaklumkan Perpustakaan HCTM & Praklinikal akan tutup pada 22 November 2016 (Selasa). Segala pemulangan buku Perpustakaan HCTM dan Praklinikal boleh dilakukan di mesin pemulangan layan diri di Perpustakaan HCTM.
Segala kesulitan amat dikesali.
PEMAKLUMAN – Kelas Antenatal; `The Art of Parenthood`
November 28, 2016 / Pemakluman
Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat perubatan UKM akan menganjurkan Kelas Antenatal; `The Art of Parenthood`. Semua dijemput untuk menyertai kelas ini bagi mendapatkan tips and info yang berharga terutamannya ibubapa dan bayi anda.
Antara tajuk program yang akan dikongsikan adalah ; Kelahiran normal & abnormal, penjagaan selepas bersalin & perancang keluarga, mengurangkan kesakitan ketika bersalin, demonstrasi senaman dan lain-lain lagi.
Yuran penyertaan yang dikenakan adalah hanya sebanyak RM150/pasangan. Sesiapa yang berminat, boleh mendaftar di klinik O&G , PPUKM atau hubungi talian 03-91457000/7001/7969/7977/7972
| Tarikh Acara | : 17/12/2016 |
| Masa Acara | : 8:00 Pagi – 5:00 Petang |
| Tempat | : Dewan Kuliah 2, Blok pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar |
| Penganjur / Penganjur Bersama | : AJK Kelas Antenatal, Disiplin O&G |
TAHNIAH – Dr. Wan Haslina Wan Abdul Halim & Pasukan (Jabatan Oftalmologi)
November 25, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Wan Haslina Wan Abdul Halim, Dr. Norshamsiah Md Din, Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Md. Noh, En. Faisal Ahmad Shah & En. Saiful Bahari Yusoff dari Jabatan Oftalmologi kerana telah berjaya mendapat Anugerah Silver Award di International Exposition on Syariah Compliant Idea, Innovation & Design yang diadakan pada 21-22 Nov 2016 di Grand Bule Wave Hotel Shah Alam. Projek bertajuk: Eyedrop usage in Ramadhan: Medical Info Kit
Syabas diucapkan!
JEMPUTAN – SEMINAR CHILDHOOD OBESITY: `FOOD, FIT, FUN`
November 22, 2016 / Pemakluman
Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan, Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan program berbentuk Seminar Childhood Obesity : `Food, Fit, Fun`.
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Ceramah Kesihatan, Ceramah Pemakanan, Sesi Senaman, Sesi Interaktif Penyediaan BENTO Oleh Chef, Pemeriksaan Antropometri & Indeks Jisim Tubuh Untuk Kanak-Kanak (6-12 Tahun), Jualan Buku Resipi Sihat dan Pameran Poster.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Sesi Interaktif Penyediaan BENTO boleh menghubungi Cik Nurwahidayu Abd Wahab di talian 03-91456774 atau Pn. Normazila Zaidi di talian 03-91456773. Penyertaan adalah terbuka kepada pasangan ibu/bapa dan anak yang berumur 6-12 tahun serta terhad kepada 10 peserta terawal sahaja.
Tarikh : 30 November 2016 (Rabu)
Masa : 8.30am – 1.00pm
Tempat : Auditorium & Ruang Legar Advanced Surgical Skills Centre (ASSC ), PPUKM
Tarikh Tutup Penyertaan BENTO : 25 November 2016 (Jumaat)
Tahniah – Gold Medal dan Uniten Special Award
November 21, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Prof. Madya Dr Mohd Yazid Bajuri, Prof Madya Dr Angela Ng Min Hwei dan Dr Nachappan a/l Selvanathan dari PPUKM kerana memenangi Gold Medal dan Uniten Special Award dalam Anugerah Pertandingan Rekacipta & Inovasi Institut Pengajian Tinggi Swasta 2016 (PERINTIS 2016) bagi inovasi yang bertajuk Rapid Prototyping System : Development of Bone Substitute Using Sheep Model.
Syabas & tahniah diucapkan.
PEMAKLUMAN – Pelantikan Sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi
November 21, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Ngiu Chai Soon di atas perlantikan sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi yang baru untuk tempoh selama tiga (3) tahun mulai 18 November 2016 hingga 17 November 2019 oleh Naib Canselor, Profesor Datuk dr. Noor Azlan Ghazali.
Tahniah.
PEMAKLUMAN – TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM
TAHNIAH – YBHG. LT. KOL. (PA) PROF. DATO’ DR. ZULKIFLI MD. ZAINUDDIN TIMBALAN DEKAN/TIMBALAN PENGARAH PEMBANGUNAN) HCTM PPUKM
November 15, 2016 / Tahniah
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Lt. Kol. (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pembangunan) HCTM PPUKM diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato` Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran “ Dato’ “ pada 12 November 2016 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.
TAHNIAH – Cik Nursyamira Mohd Radzi, Puan Shahrul Nisha Ghafar dan Cik Nabilah Ismail dari Jabatan Farmasi HCTM PPUKM
November 7, 2016 / Tahniah
SYABAS diucapkan kepada Penolong Pegawai Farmasi iaitu Cik Nursyamira Mohd Radzi, Puan Shahrul Nisha Ghafar dan Cik Nabilah Ismail dari Jabatan Farmasi HCTM PPUKM kerana bersikap jujur memulangkan semula duit kepada pesakit berjumlah RM1000 yang ditemui semasa proses pengasingan ubat yang diletakkan ke dalam Bekas Pemulangan Ubat pada 03 November 2016.
PEMAKLUMAN – Hari Mesra Graduan & Majlis Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus Fakulti Perubatan 2016
November 2, 2016 / Pemakluman
Hari Mesra Graduan dan Majlis Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus Fakulti Perubatan 2016 akan diadakan pada 7 November 2016 pada pukul 2 petang. Lokasi majlis di Dewan Tun Syed Nasir, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh Kuala Lumpur.
Tahniah – Prof. Madya Dr. Christoper Ho Chee Kong, Jabatan Surgeri, PPUKM
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Christoper Ho Chee Kong, Jabatan Surgeri PPUKM telah menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Biasiswa Tetamu Antarabangsa 2016 dari American College of Surgeons (ACS) yang diadakan di Amerika.
Penganjur / Penganjur Bersama : American College of Surgeons (ACS)
TAHNIAH – YBHG. PROF. TO’ PUAN DR NORDIAH HJ AWANG JALIL KETUA UNIT KAWALAN INFEKSI PPUKM
ovember 1, 2016 / Tahniah
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Prof. To’ Puan Dr Nordiah Hj Awang Jalil yang menerima Anugerah Biasiswa Antarabangsa Society for Healthcare Epidemiology of America (SHEA) 2016 semasa Persidangan IDWeek2016 di New Orleans Amerika, yang dihadiri oleh 7000 peserta. Anugerah ini adalah khas untuk mengiktiraf sumbangan individu bukan warga negara Amerika atau Kanada yang cemerlang dalam kepakaran Kawalan Infeksi / Epidemiologi Penjagaan Kesihatan.
Syabas dan tahniah diucapkan!
PEMAKLUMAN – PENUTUPAN KAFETARIA BLOK PENDIDIKAN DAN GERAI MAKANAN NASI CAMPUR DI KAFETARIA FOOD GARDEN PPUKM PADA HARI SABTU (29 OKTOBER 2016)
Oktober 28, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa Kafetaria Blok Pendidikan dan gerai makanan nasi campur di Kafetaria Food Garden PPUKM akan ditutup selama satu (1) hari pada 29 Oktober 2016 bagi melaksanakan kerja-kerja kawalan dan pembasmian serangga perosak, pencucian dan penyelenggaraan. Kafetaria Blok Pendidikan dan gerai makanan nasi campur di Kafetaria Food Garden akan beroperasi seperti biasa pada keesokkan harinya (30 Oktober 2016).
Sekian, terima kasih.
Majlis Perasmian Hari Strok Sedunia dan Pelancaran Aplikasi Strok Risk Co-Meter HCTM PPUKM
Oktober 28, 2016 / Majlis Rasmi

Majlis Perasmian Hari Strok Sedunia dan Pelancaran Aplikasi Strok Risk Co-Meter HCTM PPUKM telah diadakan pada 27 Oktober 2016 yang lepas bertempat di Auditorium, Bangunan ASSC. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Wakil Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut serta dalam sambutan ini ialah wakil Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy.
Strok adalah punca kematian yang ketiga terutama di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser, dan penyebab utama ketidakupayaan jangka panjang di Malaysia. Satu daripada enam orang dijangka akan mendapat strok sepanjang hayat mereka. 70% daripada pesakit strok akan mengalami keilatan yang teruk dan 30% akan mengalami ketidakupayaan yang kekal.
Strok memberi implikasi kepada bebanan ekonomi kesihatan negara disebabkan oleh kos rawatan di hospital, kehilangan punca pendapatan dan kos ubat-ubatan, perkhidmatan pemulihan dan kejururawatan. Berdasarkan statistik, seramai 45,000 orangdi Malaysia mengalami strok setiap tahun dan seramai 14,000 orang pesakit meninggal dunia disebabkan strok setiap tahun. Menurut kajian, kos rawatan strok di negara ini sahaja (di hospital dan sebagai pesakit luar) dianggarkan sebanyak USD $ 76million setiap tahun. Beban strok terhadap ekonomi juga dianggarkan meningkat memandangkan peningkatan risiko seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan lemak yang tinggi dan gaya hidup tidak sihat yang semakin menular di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Jelas sekali keperluan untuk membangunkan strategi yang lebih berkesan dalam pencegahan strok adalah meruncing. Ini kerana strok adalah penyakit yang boleh dicegah. Mengenalpasti dan merawat faktor risiko yang utama seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol yang tinggi penting untuk mencegah strok dan penyakit strok berulang. Kesemua langkah pencegahan perlu dilakukan secara berterusan dan dijadikan sebahagian daripada program pendidikan kesihatan bagi rakyat Malaysia.
Pihak UKM amat teruja untuk mengumumkan bahawa kini rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi mudahalih StrokeRiskometer untuk memberi mempelajari tentang penyakitstrok dan cara pencegahannya. Ianya dibangunkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Versi Bahasa Melayu aplikasi tersebut telah dibangunkan oleh Unit Neurologi,Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Prof Datin Dr Norlinah Mohamed Ibrahim, melalui kerjasama dengan Prof Valery Feigin, pakar stroke epidemiology dari Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Aplikasi ini bukan sahaja dapat digunakan untuk menilai risiko strok seseorang individu dalam tempoh 5 dan10 tahun akan datang, malah menyediakan pendidikan berkenaan penyakit strok dan strategi untuk mengawal faktor-faktor risiko bagi setiap individu.
Ciri-ciri utama aplikasi Stroke Riskometer termasuk:
- Diiktiraf oleh pertubuhan World Stroke Organization, iaitu organisasi terkemuka di dunia dalam memerangi strok, World Heart Federation, World Federation of Neurology dan European Stroke Organization
- Versi Lite boleh dimuat turun menerusi sistem Android atau IOS, dan boleh dinaiktaraf kepada versi Pro untukmendapatkan maklumat dan video berkenaan cara mengawal risiko strok oleh pakar-pakar strok terkemuka, menyimpan dan menyemak penilaian risiko strok yang lepas dan opsyen untuk emel pengiraan risiko strok
- Pengiraan risiko strok bagi setiap individu dalam tempoh 5 dan 10 tahun akan datang
- Pemantauan risiko strok setiap suku tahun, setengah tahun dan setiap tahun
- Boleh digunakan oleh individu berusia antara 20 tahun sehingga 90 tahun ke atas
- Memberi maklumat mengena itanda-tanda amaran utama strok- M.A.T.A
- Secara tidak langsung membantu dalam mengawal penyakit jantung dan nyanyuk disebabkan strok (vascular dementia)
- Opsyen untuk menyertai kajian antarabangsa berkenaan epidemiologi strok iaitu RiBURST (data peribadi disimpan secara anonymous,sulit dan selamat dalam Pangkalan Data Pusat di Auckland University of Technology, New Zealand)
UKM juga berhasrat untuk mengetuai kajian klinikal untuk menentukan kesan pengurangan risiko strokdan penyakit strok terhadap beban ekonomi kesihatan negara melalui aplikasi ini.Tujahan utama kajianadalah untukmenangani 7 faktor gaya hidup tidaksihat yang menyumbang kepada penyakit strok, menggunakan soalselidik LS7. Pengurangan 1 mata pada LS7dijangka dapat mengurangkan kejadian strok di Malaysia sebanyak10% iaitu bersamaan dengan anggaran penjimatan sebanyak AS $ 7.6 juta setahun.
Menurut Prof Norlinah, “Kelebihan paling utama aplikasi Stroke Riskometer ini adalah ianya membolehkan pesakit mengambil inisiatif secara proaktif dan lebih bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan mereka. Ini adalah selaras dengan tema Hari Stroke Sedunia 2016 oleh Pertubuhan Strok Sedunia (World Stroke Organization): “Stroke is Treatable; Get Involved”. Bak kata pepatah “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”
TAHNIAH – YBHG. PROF. DR. SUZANA MAKPOL, J.S.M., KETUA JABATAN BIOKIMIA PPUKM

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Suzana Makpol, J.S.M., Ketua Jabatan Biokimia PPUKM di atas pengurniaan Darjah Kebesaran JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) pada 4 Jun 2016 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV.
PEMAKLUMAN – Sidang Media “Analisa Bajet 2017”
Oktober 24, 2016 / Pemakluman

PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Tulang PPUKM dan Majlis Pelancaran Sistem Imbasan Tulang DXA
Oktober 20, 2016 / Majlis Rasmi
Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Tulang PPUKM dan Majlis Pelancaran Sistem Imbasan Tulang DXA telah diadakan pada 20 Oktober 2016 (Khamis) bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM.
Hari Osteoporosis Sedunia adalah acara tahunan yang disambut pada setiap 20 Oktober yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan tulang dan osteoporosis iaitu penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan risiko kepatahan tulang. Diagnosis penyakit ini boleh diukur dengan mesin duel-energy X-ray absorptiometry (DEXA). Kumpulan Penyelidik Metabolisme Tulang UKM telah berjaya diperoleh mesin ini bagi tujuan penyelidikan klinikal dan praklinikal untuk memahami kesihatan tulang dengan lebih mendalam dan seterusnya menangani masalah penyakit tulang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan ketumpatan tulang iaitu membenarkan individu berisiko mengambil langkah awal menjaga kesihatan tulang dan pameran kesihatan tulang untuk mendidik orang ramai menjaga kesihatan tulang dari segi senaman, makanan, dan kegiatan harian.
TAHNIAH – YBHG. PROF. DATO’ DR. ZAINUL RASHID MOHAMAD RAZI TIMBALAN DEKAN SISWAZAH & HUBUNGAN ANTARABANGSA, HCTM PPUKM
Oktober 19, 2016 / Tahniah
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi, Timbalan Dekan Siswazah & Hubungan Antarabangsa, HCTM PPUKM di atas Penerimaan Anugerah Khas Inovasi Negeri Selangor Tahun 2016 (Anugerah Khas Pencapaian Gemilang – Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) pada 13 Oktober 2016.
Artikel berkaitan : Selangor Kini
Jemputan – Bengkel Systematic Review
Oktober 17, 2016 / Pemakluman
Bengkel ini dianjurkan sebagai inisitatif untuk mendidik penyelidik-penyelidik muda dalam menghasilkan penerbitan berbentuk systematic review. Bengkel ini akan menggunakan pendekatan praktikal di mana semua penyelidik yang terlibat perlu menyediakan bahan rujukan masing-masing.
Pada akhir bengkel ini, sekurang-kurangnya satu artikel systematic review dapat dihasilkan sebagai panduan kepada penyelidik lain. Melalui perkongsian ilmu semasa bengkel ini, diharap dapat melipat gandakan penerbitan bagi kumpulan penyelidikan yang terlibat.
Bengkel tersebut akan diadakan seperti maklumat dibawa.
Tarikh Acara : 10/11/2016
Masa Acara : 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Tempat : Makmal Komputer DOME 1, Tgkt 13, Bangunan Praklinikal, PPUKM
Penganjur / Penganjur Bersama : Kumpulan Penyelidikan Sains Sperma
Tahniah – Anugerah Penghargaan dalam Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2016

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr Mohd Yazid Bajuri dari Jabatan Ortopedik PPUKM, Prof Madya Dr Angela Ng Min Hwei dan Dr Nachappan a/l Selvanathan dari PPUKM kerana memenangi Anugerah Penghargaan dalam Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2016 bagi inovasi yang bertajuk Biomechanic of Bone Scaffold that being developed by using Rapid Prototype System.
Syabas & tahniah diucapkan.
TAHNIAH – Dr. Tang Seng Fai (Jabatan Oftalmologi PPUKM)
Oktober 17, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Tang Seng Fai, pelajar pascasiswazah dari Jabatan Oftalmologi di atas kejayaan memenangi Professor Mustaffa Young Investigators` Award (Third Prize) di Diabetes Asia 2016 Conference pada 6-9 Oktober 2016 di Hotel Istana Kuala Lumpur.
Pembentangan bertajuk: “Randomised Controlled Trial of Topical Insulin for Healing of Cornea Epithelial Defects Induced During Vitreretinal Surgery”
Penyelia & Penyelidik bersama: Prof. Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion, Dr. Mushawiahti Mustapha, Dr. Umi Kalthum Md. Moh & Dr. Amin Ahem.
Syabas dan tahniah diucapkan!
| Penganjur / Penganjur Bersama | : National Diabetes Institute (NADI) |
| Url | : http://www.diabetesmalaysia.com.my/ |
Jemputan Bengkel “Immunostaining, Confocal Laser Scanning Microscopy (CLSM) & Image Analysis”
Oktober 17, 2016 / Pemakluman
Pusat Kejuruteraan Tisu, Fakulti Perubatan UKM akan mengadakan Jemputan Bengkel “Immunostaining, Confocal Laser Scanning Microscopy (CLSM) & Image Analysis”. Warga UKM yang berminat (kakitangan dan pelajar UKM) dijemput hadir dan penyertaan adalah terhad.
| Tarikh Acara | : 29/11/2016 – 01/12/2016 |
| Masa Acara | : 8:00 Pagi – 5:00 Petang |
| Tempat | : Pusat Kejuruteraan Tisu, Fakulti Perubatan UKM |
| Tarikh Tutup Penyertaan | : 21/11/2016 |
PEMAKLUMAN – Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk pelajar posting elektif
Oktober 11, 2016 / Pemakluman
Bermula 1 Ogos 2016, semua pemohon antarabangsa yang melibatkan posting elektif (melebihi 1 bulan) perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) sebelum memasuki Malaysia untuk tujuan pendidikan. Visa Dengan Rujukan (VDR) adalah visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara untuk bukan warganegara bagi membolehkan individu untuk masuk secara sah Malaysia. Visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk memohon VDR, sila mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada mohdiqbal@ppukm.ukm.edu.my
a) Salinan / imbasan surat tawaran UKM untuk melakukan posting elektif beserta surat pengesahan dari institusi pelajar
b) Salinan / imbasan gambar berukuran pasport (latar belakang biru)
c) Salinan / imbasan semua halaman pasport semasa muka surat kosong (pastikan pasport mempunyai kesahan yang lebih daripada 12 bulan).
d) Sila nyatakan alamat pejabat Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat terdekat di negara anda sendiri
e) Borang im-12-form yang telah dilengkapkan
Proses VDR biasanya akan mengambil masa 1 hingga 2 bulan.
Setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Imigresen Malaysia, kakitangan yang bertanggungjawab mohdiqbal@ppukm.ukm.edu.my akan email surat kelulusan VDR kepada anda. Sila dapatkan Single Entry Visa di Kedutaan / Konsulat Malaysia terdekat di negara asal anda dengan mengemukakan surat kelulusan VDR.
Nota : Pihak Imigresen tidak akan melayan sebarang permohonan posting elektif (melebihi 1 bulan) yang menggunakan pas sosial seperti sebelum ini. Pelajar yang masuk menggunakan pas sosial dikehendaki pulang ke negara asal untuk masuk semula ke Malaysia menggunakan VDR.
JEMPUTAN – “Disease Biomarker Discovery Using Dotscan Technology Workshop”
Oktober 4, 2016 / Pemakluman
Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan bersama dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai bengkel kami. Butiran bengkel ini adalah seperti berikut:
Tajuk : “Disease Biomarker Discovery Using Dotscan Technology“
Tarikh : 20hb Oktober 2016 (Khamis)
Masa : 9.00 pg – 4.30 ptg
Lokasi : Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan, Tingkat 16, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM
PROGRAM – Program Komuniti UKM dan EPIC di perkampungan orang asli Kelantan
September 30, 2016 / Programme

Kelantan, 24 September 2016 – Program Komuniti UKM-EPIC anjuran UCTC UKM dan EPIC telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang Kelantan selama 3 hari bermula 24-26 September 2016.
Antara aktiviti yang diaturkan ialah saringan kesihatan, sukaneka dan pertandingan bola sepak bersama orang asli, kenduri makan malam bersama orang asli, saringan kesihatan mata dan penyerahan sumbangan pakaian dan keperluan harian kepada penduduk kampung Tembaga dan Pos Gob.
Seramai 10 orang kakitangan PPUKM telah menyertai program ini untuk menjayakan program saringan kesihatan di perkampungan orang asli. Aktiviti saringan diselaraskan oleh HEJIM PPUKM dengan mendapatkan doktor, jururawat, kakitangan sokongan dan ubat-ubatan. Hampir 100 orang asli menjalani saringan kesihatan ini dan kebanyakkan mereka mempunyai masalah darah tinggi, selsema dan demam.
Objektif program diadakan dengan bertujuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan, merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk orang asli di sekitar Pos Gob, mengenali dengan lebih dekat kehidupan komuniti setempat, mendengar sendiri pemasalahan yang dihadapi olah masyarakat disana dan memberikan sumbangan pakaian dan makanan.Melalui lawatan dengan lebih dekat ini juga, UKM mengenalpasti modul pendidikan holistik untuk kanak-kanak prasekolah org asli yang boleh digunakan di masa depan. Modul pendidikan ini akan dilihat oleh oleh Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan kerjasama masyarakat kampung orang asli serta Sek. Keb. Tohoi.
JEMPUTAN – WORKSHOPS ON BONE MARROW PATHOLOGY & LYMPH NODE PATHOLOGY 2016, DEPT. OF PATHOLOGY, UKM MEDICAL CENTRE
September 30, 2016 / Pemakluman
Dear Prof./ Dr./ Mr./ Mrs./ Mdm./ Miss,
INVITATION TO WORKSHOPS ON ‘BONE MARROW PATHOLOGY’ & ‘LYMPH NODE PATHOLOGY’ 2016, DEPARTMENT OF PATHOLOGY, UKM MEDICAL CENTRE
Department of Pathology UKM Medical Centre will organize workshops on ‘Bone Marrow Pathology’ and ‘Lymph Node Pathology’. The details of the workshops are as follows:
Workshop (1)
Title: Bone Marrow Pathology Workshop
Date: 13 December 2016 (Tuesday)
Venue: Lecture Hall 1 (DK1), Pre-Clinical Block, UKM Medical Centre
Objectives:
- To update knowledge on the latest WHO 2016 classifications of acute leukaemias.
- To learn the diagnostic approach in myeloproliferatives disorders, myelodysplastic syndromes, lymphoproliferatives disorders and reactives changes in trephine biopsy.
- To update knowledge on the molecular approaches in diagnosis of bone marrow pathology.
- To enhance trephine biopsy reporting skills.
Workshop (2)
Title: Lymph Node Pathology Workshop
Date: 14 December 2016 (Wednesday)
Venue: Lecture Hall 2 (DK2), Blok Pendidikan, UKM Medical Centre
Objectives:
- To update knowledge on the latest WHO 2016 classifications of lymphomas.
- Diagnostic approach in reactive lymphadenopathies including lesions that mimic lymphomas.
- Diagnostic approach in Classical Hodgkin lymphoma: How to distinguish HL from lymphomas with large cells.
- To enhance knowledge in aggressive B cell lymphomas.
We expect participants from various universities and hospitals including Histopathologists, Hematopathologists, Trainees in Pathology and Postgraduate Students.
We are pleased to invite you to participate in these workshops. Kindly circulate this announcement to all staffs in your department (Refer attachments for Flyers and Registration Form).
We thank you for your participation to make these workshops a success.
Best Regards,
Secretariat
Bone Marrow & Lymph Node Pathology Workshops 2016
Department of Pathology, UKM Medical Centre
TAHNIAH – Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan
September 22, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Dr. Nik Nuratiqah Nik Abeed, pelajar Sarjana Doktor Perubatan Dalaman dari unit gastroenterologi dan hepatologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan kerana telah memenangi geran penyelidikan yang berjumlah RM7,500.00 daripada Persatuan Gastroenterologi & Hepatolgi Malaysia. Geran penyelidikan tersebut hanya diberikan sekali setahun. Ini adalah kali ketiga unit Gastroenterologi memenangi geran tersebut sejak tahun 2014.
Hasil kajian daripada geran yang telah diterima telah memenangi hadiah penyelidikan di Annual Scientific Meeting, Persatuan Gastroenterologi & Hepatolgi Malaysia pada tahun 2015 dan 2016. Unit Gastroenterologi adalah pusat rujukan penyakit radang usus (inflammatory bowel disease) di tanah air. Tajuk penyelidikan Dr. Nik Nuratiqah adalah “The Role of Azathioprine Metabolites in Clinical Management of Adult Inflammatory Bowel Disease patients at UKMMC”. Kajian tersebut diselia oleh Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, Dr. Ngiu Chai Soon dan Dr. Wong Zhiqin.
Kajian ini dijalankan untuk menguji penggunaan hasil-hasil metabolisme dari ubat Azathioprine untuk merawat pesakit radang usus yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Hasil penyelidikan akan memberi memanfaatkan kepada pesakit-pesakit radang usus.
Tahniah!
TAHNIAH – Prof Dato’ Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan ISPOR 2016
September 22, 2016 / Tahniah
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid mantan ketua Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) yang kini telah dipinjamkan ke Universiti Kuwait dengan Jawatan Professor and Chair Department of Health Policy & Managment Faculty of Public Health telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan ISPOR 2016 oleh Persatuan Antarabangsa bagi Farmakoekonomik dan Hasil Penyelidikan (ISPOR) semasa Persidangan ISPOR 7 Asia Pasifik baru-baru ini yang telah diadakan di Singapura dari 3 hingga 7 September 2016.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Lou Garrison, Presiden ISPOR pada 6 Sep 2016. ISPOR adalah sebuah organisasi antarabangsa dengan kira-kira 20,000 ahli dari 114 negara kebanyakannya adalah penyelidik dalam bidang ekonomi kesihatan dan penyelidikan hasil.
Tahniah diucapkan!!
PEMAKLUMAN – Saringan Kesihatan Mata Sempena Hari Penglihatan Sedunia
September 22, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan Jabatan Oftalmologi PPUKM akan menganjurkan Program Saringan Kesihatan Mata bersempena dengan Hari penglihatan Sedunia 2016. Orang awam dan warga PPUKM yang berminat boleh menyertai program yang dianjurkan ini seperti pada risalah di bawah.
PEMAKLUMAN – Pelantikan Ketua Jabatan Pengurusan Bangunan
September 22, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan bahawa Encik Razali Sabuddin telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Bangunan yang beru bermula 12 September 2016 menggantikan Encik Mohamad Zahari Mustam yang bersara pilihan pada 11 September 2016.
Sekian, terima kasih.
PEMAKLUMAN – JEMPUTAN MENYERTAI FUN RUN 2016
September 22, 2016 / Pemakluman
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,
Adalah merujuk kepada perkara diatas, kami Kelab Pencinta Fisiologi, Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ingin menjemput YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,
untuk menyertai Fun Run 2016 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut
Tarikh : 3 Disember 2016
Tempat : Taman Rekreasi Bukit Jalil
Masa : 6.30 pagi – 10.30 Pagi
Yuran Penyertaan : RM 49 (Ultron-Micro Dry T-shirt, Finishing Medal, Ultron- Drawstring Bag,
Goodies dll)
Pendaftaran : funrun2016.wixsite.com/home
atau isi borang yang dilampirkan dankembalikan menerusi emel ke : funrun.physiology@gmail.com
Tarikh tutup :15 October 2016
Sekian terima kasih
“Run Fast or Be Last!”
- Borang Penyertaan Fun Run
PROGRAM – Minggu Kaunseling ke-16
September 22, 2016 / Majlis Rasmi
Minggu Kaunseling adalah agenda tahunan dianjurkan olej Jabatan Farmasi sejak tahun 2000. Minggu Kaunseling ke-16 akan berlangsung selama 3 hari bermula 20-22 September 2016. Majlis dimulakan dengan perasmian Minggu Kaunseling ke-16 dan penyampaian sijil anugerah berhenti merokok kepada para peserta yang berjaya meninggalkan ketagihan merokok.
Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan seperti ujian tekanan darah, ujian gula, ujian kolestrol, dan BMI. Orang awam juga berpeluang mendapatkan khidmat kaunseling daripada pegawai farmasi, Pegawai Fisioterapi, dan Pegawai Dietetik untuk sebarang kemusyikilan berkenaan kesihatan mereka. Pihak penganjur turut menjemput Pegawai Farmasi dari Unit Traditional Medicine Institut Kanser Negara memberikan sedikit pencerahan dalam isu penggunaan ubat-ubatan traditional di hospital.
TAHNIAH – Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, PPUKM
September 13, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM telah berjaya meraih tempat Pertama di dalam dua (2) Kategori Anaesthesia (Ambulatory dan Respiration & Airway) Pembentangan Poster Terbaik Peringkat Antarabangsa. Butiran adalah seperti berikut:
Program: 16th World Congress Of Anaesthesiologist
Anjuran: World Federation Of Societies of Anaesthesiologist (WFSA) & The Society of Anaesthetists Hong Kong (SAHK)
Tempat : Hong Kong Convention and Exhibition Centre
Tarikh : 28 Ogos – 02 September 2016
(Kategori Ambulatory)
Tempat PERTAMA
Tajuk : “Patient-Controlled Sedation and Target-Controlled Infusion of Propofol Versus Conventional Sedation For Outpatient Colonoscopy”
Pembentang : Dr. Aliza Mohamad Yusof
Co-Author : Prof. Madya Dr. Raha Abd. Rahman, Prof. Dr. Lee Choon Yee, Dr. Nadia Md Nor, Dr. Wan Rahiza Wan Mat, Dr. Azlina Masdar, Dr. Tea Wee Soon
(Kategori Respiration & Airway)
Tempat PERTAMA
Tajuk : “Postoperative Sore Throat Following Proseal Laryngeal Mask Airway Anaesthesia : Comparing Analgesic Efficacy of Tramadol and Benzydamine Gargle”
Pembentang : Dr. Aliza Mohamad Yusof
Co-Author : Prof. Madya Dr. Raha Abd. Rahman, Dr. Shereen Tang Suet Ping, Dr. Kamal Bashar Abu Bakar, Dr. Cheah Saw Kian, Dr. Lee Chooi Peng
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada pemenang-pemenang!!!
PEMAKLUMAN – Penutupan Kaunter Informasi, Lobi Pelawat HCTM PPUKM

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Informasi, Jabatan Khidmat Pelanggan di Lobi Pelawat HCTM PPUKM akan ditutup berkuatkuasa 26 September 2016 (Isnin).
Justeru itu, semua urusan berkaitan pertanyaan, tunjuk arah lokasi dan Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan JPA (Borang Perubatan 1/09) di kaunter ini akan dipindahkan ke Kaunter Informasi Lobi Utama.
Kerjasama semua kakitangan dan pelanggan HCTM PPUKM adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
PROGRAM – Majlis Makan Malam `Tautan Kasih` Disiplin Surgeri Jabatan Kejururawatan
Ogos 16, 2016 / Majlis Rasmi
Program tahunan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan Disiplin Surgeri, Jabatan Kejururawatan HCTM PPUKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) HCTM PPUKM dengan diiringi bersama Dr. Zainah Mohamed, Ketua Jabatan Kejururawatan HCTM PPUKM.
Bertemakan Tradisional Malaysia, majlis makan malam ini telah memartabatkan budaya masyarakat Malaysia dengan memperagakan pakaian tradisi rakyat disamping persembahan bercirikan budaya pelbagai kaum di Malaysia agar sentiasa dikenali oleh setiap lapisan masyarakat.
Sepanjang majlis makan malam ini, aktiviti dan persembahan yang diaturkan telah mencungkil bakat kakitangan dari aspek kesenian dan kebudayaan seperti lakonan, tarian dan nyanyian.
TAHNIAH – Pemenang Pertandingan Pembentangan Poster Sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-18
Ogos 15, 2016 / Majlis Rasmi, Pemakluman

Adalah dimaklumkan pemenang bagi Pertandingan Pembentangan Poster Sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan ke-18 adalah seperti berikut:
No. 05 – Rozila Binti Ismail
Tajuk – Titanium Dioxide Coated With Nanofiber (Tio2 Nf) Facilitates The Osteogenic Differentiation Of Human Adipose-Derived Stem Cells In A Co-Culture System
No. 23. – Dr. Syamsa Rizal Bin Abdullah
Tajuk – Forensically Important Fly Maggots In A Floating Corpse: Three Case Reports
Tahniah diucapkan.
TAHNIAH – Dr. Fadzlina Abd Karim dan Dr. Benjie Law Zi Yuan
Ogos 15, 2016 / Tahniah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Fadzlina Abd Karim dan Dr. Benjie Law Zi Yuan dari Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, HCTM, PPUKM di atas kejayaan memenangi tempat pertama dan kedua dalam pembentangan poster di persidangan bertajuk ‘Regional Conference On Maxillofacial Prosthodontics (RMPP) 2016’ yang telah dianjurkan oleh Fakulti Pergigian Universiti Malaya & Universiti Sains Malaysia pada 8 hingga 10 Ogos 2016.
Syabas dan tahniah diucapkan.
TAHNIAH – Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali
Ogos 10, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan yang telah dilantik sebangai ahli Lembaga Kelayakan Perubatan oleh Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam. Lantikan beliau adalah selama dua tahun, dari 14 Februari 2016 hingga 14 Februari 2018.
Lembaga Kelayakan Perubatan telah ditubuh mengikut Akta Perubatan 1971 untuk memastikan pengamal perubatan layak dan selamat untuk menjalankan tugas-tugas merawat dan mengubati pesakit-pesakit di negara kita. Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali telah memegang peranan yang aktif dalam urusan berkenaan pembangunan dan kebajikan pegawai perubatan siswazah sejak kembali ke tanahair. Beliau merupakan penulis utama buku, “I Am A Houseman: a Guide to Housemanship in Malaysia”. Buku tersebut adalah satu-satunya buku di pasaran yang menerangkan cara-cara mengatasi rintangan semasa menjalankan tugas sebagai pegawai perubatan siswazah. Beliau memegang peranan aktif dalam pembangunan dan pemantauan pegawai-pegawai perubatan prasiswazah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) supaya mereka dapat memberikan rawatan berkualiti kepada pesakit-pesakit.
Perlantikan Professor Madya Dr. Raja Affendi dalam Lembaga Kelayakan Perubatan membuktikan bahawa penglibatan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah penting untuk memastikan pengamal perubatan dapat memberikan perkhidmatan dan rawatan yang berkualiti dan berpiawaiian kepada rakyat Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan!
TAHNIAH – Jabatan Fisiologi
Ogos 9, 2016 / Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, PPUKM di atas kejayaan sebagai pemenang Utama di dalam Pertandingan Pencarian Alatan Jenama `New Brunswick` terlama di Malaysia yang dianjurkan oleh syarikat Eppendorf Malaysia Sdn Bhd.Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah di adakan pada 03.08.2016 di Jabatan Fisiologi, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan, PPUKM.
Syabas!
TAHNIAH – Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin
Ogos 9, 2016 / Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Jabatan Kesihatan Masyarakat di atas kejayaan sebagai pemenang Best Oral Presentation in Health Management/Health Economics dengan tajuk `Ability to Pay Among Household In Malaysia For Healthcare For Future National Healthcare Financing Scheme` pada 2-4 Ogos 2016, di persidangan “The 8th National Public Health Conference 2016” yang telah diadakan di Melaka.
Syabas dan Tahniah diucapkan
PEMAKLUMAN – Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 Peringkat PPUKM
Ogos 8, 2016 / Majlis Rasmi, Pemakluman
Sempena menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016, Unit Laktasi telah menganjurkan aktiviti kaunseling dan promosi tentang Pengurusan Penyusuan Susu Ibu. Antara lain-lain aktiviti ialah pameran dan booth-booth jualan pakaian dan peralatan dan barangan jagaan wanita selepas bersalin.
Semua orang awam dan warga PPUKM dijemput bagi memeriahkan program ini.
| Tarikh Acara | : 8 – 11/08/2016 |
| Masa Acara | : 8:30 Pagi – 5:00 Petang |
| Tempat | : Ruang legar Klinik O&G dan MAC |
| Penganjur / Penganjur Bersama | : Unit Laktasi HCTM PPUKM |
PROGRAM – Ceramah Kesihatan “Sayangi Tulang Anda”
Ogos 4, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan Program Ceramah Kesihatan “Sayangi Tulang Anda” telah dijalankan pada jam 10.00 pagi, 4 Ogos 2016 di Sudut Informasi Perkhidmatan Kesihatan(SIPK), Lobi Utama HCTM, PPUKM.
Penceramah jemputan pada kali ini disampaikan oleh Dr. Ashraff Ariff, Jabatan Ortopedik PPUKM. Program ini adalah percuma dan bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan kepada orang awam dan warga PPUKM.
Orang ramai yang berminat boleh menghadiri ceramah seterusnya pada 11 Ogos dan 18 Ogos 2016, ditempat dan masa yang sama.
Jemputan Ke Syarahan Tokoh Penyelidikan Sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-18
Ogos 4, 2016 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa Syarahan Tokoh Penyelidik sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-18 adalah seperti berikut:
Syarahan oleh: YBhg. Profesor Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim (Ketua Jabatan Perubatan)
Tajuk Syarahan: Embracing Research as a Clinician
Tarikh: 8 Ogos 2016 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM.
Semua dijemput hadir.
PEMAKLUMAN – Taklimat Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit Bil 3
Ogos 4, 2016 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Fail Jabatan Maklumat Kesihatan, HCTM,PPUKM akan mengadakan Taklimat Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit adalah pada ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Ogos 2016
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Blok Pendidikan HCTM PPUKM
Penceramah : Pn. Nor Mahani Md. Ramdani
Kepada semua kakitangan yang berkelapangan dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
* Tertakluk kepada sebarang pindaan Kehadiran peserta akan direkod didalam sistem eSPEL
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
PEMAKLUMAN – Penggunaan borang baru bagi ujian di Makmal Neurologi Pediatrik
Ogos 4, 2016 / Pemakluman

Adalah dengan ini dimaklumkan bermula dari 1 Ogos 2016, Unit Neurologi Pediatrik telah mengedarkan borang baru bagi Ujian-ujian Neurologi Pediatrik. Pengunaan borang baru ini adalah berkuatkuasa mulai Ogos 2016.
Sekian, Terima Kasih
PEMAKLUMAN – Program Asah Minda
Ogos 2, 2016 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa Program “Asah Minda” – Kuasa Minda pada bulan Ogos untuk semua kakitangan HCTM, PPUKM adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4 Ogos 2016 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan HCTM PPUKM
Kepada semua kakitangan yang berkelapangan dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut. Kehadiran akan direkod dalam eSPEL. Sekian dimaklumkan.
PEMAKLUMAN – Perpindahan Pusat Perubatan Primer BTS Pada 1/8/2016
Ogos 2, 2016 / Pemakluman
Makluman Perpindahan Pusat Perubatan Primer BTS Klinik Pusat Perubatan Primer di Bandar Tasik Selatan akan berpindah ke lokasi baru di Bangunan Plaza Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur.
Kemudahan parkir kereta berbayar secara bertingkat terdapat di bangunan yang sama. Perkhidmatan klinik yang sedia ada akan ditutup sementara untuk memudahkan proses perpindahan iaitu dari 01/08/2016 hingga 31/08/2016.
Perkhidmatan klinik akan beroperasi semula sepenuhnya pada 01 September 2016. Sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian 03-9145 5555 (PPUKM).
Terima Kasih.
PEMAKLUMAN: Ceramah Kesihatan Ogos 2016
Ogos 2, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan Ceramah Kesihatan UKM-MSD pada bulan Ogos akan diadakan pada 4, 11 dan 18 Ogos 2016, jam 10.00 pagi bertempat di Sudut Informasi Perkhidmatan Kesihatan, Lobi Utama, HCTM PPUKM. Ceramah akan disampaikan oleh pakar-pakar perubatan PPUKM.
Tajuk ceramah adalah seperti berikut:-
4 Ogos 2016 (Khamis) : Sayangi Tulang Anda
11 Ogos 2016 (Khamis) : Kanser Payudara
18 Ogos 2016 (Khamis) : Perancangan Keluarga
Orang Awam dijemput hadir dan tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan maklumat terkini, sesi soal jawab dan mendapatkan khidmat nasihat.
PEMAKLUMAN- Perjumpaan Dengan Pendaftar UKM
Ogos 1, 2016 / Pemakluman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Dengan Pendaftar Baru UKM akan diadakan seperti maklumat berikut :-
Tarikh : 1 Ogos 2016
Masa : 3.00 – 4.30 Petang
Tempat : Advanced Surgical Skills Centre (ASSC),PPUKM
PEMAKLUMAN: MAKLUMAT BERHUBUNG TABUNG AMANAH ZAKAT PPUKM
Ogos 1, 2016 / Pemakluman
Makluman perhubungan Tabung Amanah Zakat UKM di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) adalah seperti berikut:
Alamat: Pejabat Tabung Amanah Zakat UKM, Lobi Pelawat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. tel: 03-9145 6526
No. faks: 03-9145 6526
Laman Web: www.ukm.my/zakat
Emel: infozakat@ukm.edu.my
Facebook: Tabung Amanah Zakat UKM
Waktu Urusan Pejabat:
Isnin – Khamis
8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 ptg – 4.30 petang
Jumaat
8.30 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 ptg- 4.30 petang
TAHNIAH – YBhg. Profesor Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi
Ogos 1, 2016 / Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi, PPUKM diatas kejayaan meraih anugerah International Achievement Award di 4th Faculty Branding Award-16 yang dianjurkan oleh EET CRS (Research Wing for Excellence in Professional Education & Industry) pada 24 Julai 2016 di Kolkata, India.
TAHNIAH – Dr. Sopian Abdul Wahab dan Unit Respiratori PPUKM
Ogos 1, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Dr Sopian Bin Abdul Wahab (program sarjana perubatan dalaman) di bawah penyelian pakar respiratori kerana telah melakar kejayaan semasa pembentangan di Malaysian Thoracic Society Congress, Pulau Pinang pada 28-31 Julai 2016. Kejayaan ini telah melonjakkan nama Unit Respiratori PPUKM antara yang terbaik di negara.
PEMAKLUMAN – Jemputan menyertai ORTHO RUN 2016 – Save the Limbs
Julai 20, 2016 / Pemakluman
Sempena Sambutan 40 Tahun Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan, UKM’
-Terbuka untuk semua; Staff PPUKM dan Orang Awam
– Yuran
– Staf PPUKM RM45 untuk semua kategori (5km & 10KM), Orang Awam
– 10KM RM58, 5KM RM48
– T-shirt jenama Brooks (harga pasaran RM89.90)
– Setiap peserta diberikan percuma Tshirt, Nombor Larian, Goodies bag
– Medal akan diberikan kpd setiap peserta yg tamat larian sebelum 11.00 pagi
– Larian mula/tamat di Bangunan Pra-Klinikal PPUKM pada 7.00 pagi
– SETIAP PESERTA MESTI MENGAMBIL KIT LARIAN & TSHIRT ACARA PADA: 1-2 SEPTEMBER DI LOBI PPUKM
BORANG PENYERTAAN
- Borang Penyertaan (Kakitangan)
- orang Penyertaan (Orang Awam)
Borang boleh secara individu atau berkumpulan (berlampir) sila hantar kepada saya sebelum 27 Julai beserta bayaran hantar kepada:
ABDUL WAHID JUSOH
EXT: 6019
PHONE: 019-3712725
JABATAN ORTOPEDIK (TINGKAT 9)
MAKLUMAT LANJUT
Keterangan lanjut: ORTHO RUN – 10KM
Keterangan Lanjut : https://event.howei.com/event/ortho-run Facebook
Event: https://www.facebook.com/events/1832758336952002/
PROGRAM: Pediatric Dysphagia Workshop 2016
Julai 20, 2016 / Pemakluman
Dengan segala hormatnya, semua warga UKM dan PPUKM dijemput hadir ke bengkel ini, dengan tujuan memberi pendedahan dan latihan kepada para professional mengenai pengendalian kes penelanan kanak-kanak. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat bagi meningkatkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penelanan.
* 10 mata CPD akan diberikan kepada jururawat terlatih yang menyertai bengkel ini *
| Tarikh Acara | : 01/08/2016 – 02/08/2016 |
| Masa Acara | : 07:30 Pagi – 04:30 Petang |
| Tempat | : Dewan Kuliah 1, Bangunan Pra Klinikal HCTM, PPUKM |
| Penganjur / Penganjur Bersama | : Unit Terapi Pertuturan dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kanak-Kanak PPUKM |
TAHNIAH – YBHG. DATO’ DR. BADRUL AKMAL HISHAM MD YUSOFF DARI JABATAN OTOPEDIK DAN TRAUMATOLOGI , PPUKM
Julai 11, 2016 / Tahniah
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md Yusoff dari Jabatan Otopedik Dan Traumatologi, HCTM PPUKM di atas pengurniaan DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) yang membawa gelaran “ Dato’ ” pada 02 Julai 2016 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-85 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
TAHNIAH – YBHG. DATO’ FARIDAH MOHD YUSOF KETUA JABATAN FARMASI, HCTM PPUKM
Julai 11, 2016 / Tahniah
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dato’ Faridah Md Yusof, Ketua Jabatan Farmasi HCTM PPUKM di atas pengurniaan DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) yang membawa gelaran “ Dato’ ” pada 02 Julai 2016 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-85 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
PEMAKLUMAN: Jadual Operasi Klinik Sempena Hari Raya
Jun 30, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan klinik-klinik di HCTM PPUKM akan beroperasi seperti lampiran disertakan. Untuk pertanyaan lanjut atau pertukaran temujanji, sila layari halaman Pertukaran Temujanji.
PEMAKLUMAN: Jadual Operasi Koperasi UNIKEB BERHAD Sempena Hari Raya Aidilfitri
Jun 30, 2016 / Pemakluman

Adalah dimaklumkan Koperasi UNIKEB BERHAD akan beroperasi sempena Hari Raya Aidilfitri mengikut jadual seperti berikut:-
Umart 1
Lokasi: Lobi Pleawat
5 Julai 2016 ( tutup pada jam5.00 ptg)
6 Julai 2016 (tutup)
7 Julai 2016 (tutup)
Umart 2
Lokasi: Bersebelahan Jabatan Kecemasan
5 Julai 2016 (tutup pada jam 7.00 mlm)
6 Julai 2016 (Buka dari jam 11.00 pagi – 7.00 malam sahaja)
7 Julai 2016 (Buka dari jam 11.00 pagi – 7.00 malam sahaja)
Pos Mini
Lokasi: Lobi Pelawat
4 Julai 2016 – 8 Julai 2016 (Tutup)
Nota: Umart 1 dan Umart 2 akan beroperasi seperti biasa pada 8 JuLAI 2016 (Jumaat)
PEMAKLUMAN: Penutupan Perkhidmatan Prosedur Aferesis & Leukapheresis di Unit Transplantasi Sel Stem, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) Sempena Hari RAya Aidilfitri 2016
Jun 30, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan perkhidmatan bagi prosedur Aferesis & Leukapheresis akan ditutup mulai 4 Julai 2016 sehingga 8 Julai 2016 sempena Hari Raya Aidilfitri. Perkhidmatan ini akan beroperasi semula pada 11 Julai 2016. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bagi ujian-ujian selain prosedur tersebut di JPMD akan berjalan seperti biasa.
Pertanyaan lanjut mengenai maklumat ini boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik ditalian 03–9145 6749 (Pn. Roslizawati, Pengurus Makmal Unit Transplantasi Sel Stem).
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI HCTM, PPUKM
Jun 30, 2016 / Jawatan Kosong, Pemakluman

1) JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
2) PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
4) PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
CARA MEMOHON
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Tarikh Tutup Iklan : 11 JULAI 2016 (ISNIN)
Program “Door To Door” Health Screening & Awareness
Jun 16, 2016 / Pemakluman
Kuala Lumpur (31 Mei 2016) – Program khidmat masyarakat “Door To Door” Health Screening & Awareness anjuran Jabatan Kejururawatan telah digerakkan oleh 19 orang kakitangan Disiplin Surgeri Jabatan Kejururawatan HCTM PPUKM bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan di kalangan kakitangan JKR Workshop Persekutuan, Jalan Cheras Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah kesihatan, saringan pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat kesihatan serta “Hands on-Breast Disease Awareness`. Selain itu pameran poster-poster kesihatan dan edaran risalah kesihatan juga turut diadakan. Seramai 90 orang kakitangan JKR Workshop Persekutuan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sepanjang program tersebut.
Program ini menjalinkan hubungan dua hala yang baik di antara dua buah institusi kerajaan, dan dengan menjalankan program khidmat masyarakat ini juga secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan bagi penilaian kakitangan sebagai penglibatan mereka di dalam komuniti seperti yang ditetapkan di dalam Sistem Penilaian Prestasi Universiti.
Tarikh Acara :31/05/2016
Masa : 9.00 pg -4.00 Petang
Tempat : JKR Workshop Persekutuan, Jalan Cheras
Tahniah – Ahli Forensik HCTM, PPUKM dan Makmal Morfologi CRIM
Jun 14, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada pasukan Forensik HCTM, PPUKM dan UKM seramai 24 orang yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrom Abdul Wahid kerana mendapat surat penghargaan dari Kerajaan Belanda melalui TYT Harry Molenaar yang mewakili Menteri Keselamatan dan Keadilannya kerana membantu menjalankan siasatan kes pembunuhan wanita Malaysia, A Fairos Ahmad Sulaiman yang ditemui mati di Thailand pada Oktober 2008 yang disiasat semula.
Tahniah.
- Surat rasmi Duta Kerajaan Belanda
- Senarai nama pasukan
Tahniah – Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid (Ketua Advanced Surgical Skills Centre)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid (Ketua Advanced Surgical Skills Centre) telah dilantik sebagai Presiden College of Surgeons, Academy of Medicine Malaysia pada 13 Mei 2016.
6th International Public Health Conference dan 2nd National Elderly Symposium
Jun 8, 2016 / Majlis Rasmi
31 Mei 2016 (Isnin)- Pada tahun ini, Jabatan Kesihatan Masyarakat PPUKM telah menganjurkan 6th International Public Health Conference dan 2nd National Elderly Symposium yang bertemakan “Public Health Respones for the Wellbeing of Ageing Society“. Penganjuran persidangan dan simposium yang diadakan serentak ini buat julung pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat. Kedua-dua program ini telah diadakan di TH Convention Kuala Terengganu.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd. Iskandar Jaafar, Wakil Menteri Besar Terengganu. Turut hadir dalam majlis ialah YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, wakil Naib Canselor UKM, dan YBhg. Prof. Dr. Mohd. Ikhwan Toriman, wakil Naib Canselor UNISZA dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM.
Objektif persidangan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar siswazah program kesihatan awam membentangkan kertas kerja penyelidikan dan penemuan terkini hasil penyelidikan mereka dan juga penglibatan pihak luar. Jumlah penyertaan yang meningkat setiap tahun menunjukkan sambutan penganjuran persidangan amat menggalakkan. Menerusi persidangan ini juga, pengamal perubatan, kakitangan akademik, dan wakil Kementerian Kesihatan berpeluang untuk berbincang dan berkongsi isu yang jarang diutarakan dan mencapai satu penyelesaian yang bermanfaat kepada semua peserta.
Persidangan yang diadakan selama 3 hari ini telah disusun rapi dengan satu keynote lecture, 2 plenaries, 6 simposium, dan 60 free paper slots.
Tahniah – Pusat Reproduktif HCTM PPUKM berjaya bantu pasangan dapat zuriat melalui Teknik Spermatid
ei 26, 2016 / Pemakluman, Tahniah
![]()

BANGI, 1 Jun 2016 – Suami yang mandul akibat sel-sel sperma yang tidak matang masih berpeluang mendapat zurtiat yang sihat dengan isteri, berikutan teknik Spermatid yang digunakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras, Kuala Lumpur.
HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi hospital pertama di Asia Tenggara berjaya membantu lelaki tersebut menjadi bapa selepas ovum isterinya dimasukkan dengan sel-sel sperma yang tidak matang, yang dinamakan Suntikan Spermatid.
Spermatid adalah sperma pra-matang yang berbentuk bulat tanpa ekor yang boleh didapati dalam buah zakar lelaki yang biasanya akan dianggap mandul.
Sel sperma yang matang dan subur mempunyai kepala bujur dengan ekor panjang yang tebal.
Perunding Kanan, Obstetrik dan Ginekologi dan Kesuburan Prof Datuk Dr Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, masih ada harapan bagi lelaki itu selagi mempunyai sperma.
“Sperma boleh dikeluarkan melalui potongan kecil di testis, tetapi hanya segelintir lelaki mempunyai Azoospermia atau sperma pra-matang dalam tisu buah zakar mereka,” katanya pada sidang akhbar di HCTM, baru-baru ini.
Proses menghasilkan sperma mempunyai lima peringkat, dari spermatogonia primitif sehingga sperma matang terbentuk dengan ekor panjang.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, sperma pada peringkat ketiga berhenti menjadi matang disebabkan tiada beberapa enzim tertentu, maka terbentuknya Spermatid, sekali gus menyebabkan kemandulan.
“Jika ini berlaku, pesakit hanya boleh menghasilkan sperma pra-matang sepanjang hayat mereka,” jelasnya.
Satu-satunya pilihan untuk membantu pesakit ini adalah untuk menyuntik sperma yang tidak matang terus ke dalam ovum matang, atau telur.
Prof Zainal Rashid menyuntik hormon selama tiga bulan bagi menyuburkan ovum sebelum ia disenyawakan. Daripada 12 telur yang telah berjaya dikeluarkan, hanya lima boleh disenyawakan dan embrio dipindahkan ke dalam rahim isteri.
Kes yang beliau sebutkan adalah pasangan S Prakashrao, 39 dan isterinya A Jaya Praba, 35, yang menjalani rawatan kesuburan dengan hormon sebelum berjaya hamil.
Prakashrao berkata selepas enam tahun berkahwin, mereka telah hampir berputus asa untuk mempunyai zuriat.
“Ia adalah satu keajaiban. Sekarang kita mempunyai seorang anak perempuan, Sheershika, yang dilahirkan pada 14 Januari, melalui pembedahan caesarian,” katanya.
Jaya Praba pula memberitahu selepas berunding dengan beberapa pakar, UKM adalah harapan terakhir mereka.
“Saya bersyukur kerana anak perempuan kita adalah sempurna keseluruhannya, seberat 3,08 Kg dan didapati sihat oleh pakar kanak-kanak dan pakar jantung,” beliau berkata.
Pasangan itu bercadang untuk mendapatkan anak kedua tahun depan.
Sumber: Portal UKM
Program Lawatan Khidmat Masyarakat Sempena Sambutan Hari Ibu dan Jururawat 2016
Mei 26, 2016 / Lawatan

Sempena menyambut Hari Ibu dan Jururawat, Pusat Khidmat Komuniti Bandar Tun Razak menganjurkan program khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM. Program ini turut disertai oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk memberikan sumbangan kepada pesakit di Wad O&G 2A dan wad 2B. Program Lawatan Khidmat Masyarakat Sempena Sambutan Hari Ibu dan Jururawat 2016 telah diadakan pada 9 Mei 2016 yang lepas di Sukmaria, HCTM PPUKM.
Tahniah – 10 Penyelidik Produktif Dalam Bidang Perubatan
Mei 18, 2016 / Tahniah
Scopus Database dibawah Elsevier Publishers telah mengisytiharkan 10 Penyelidik Produktif Dalam Bidang Perubatan dari tahun 2011-2016. Daripada database berkenaan, terdapat dua ahli akademik Pusat Perubatan UKM telah disenaraikan iaitu:
Seminar Gangguan di Tempat Kerja : Apa yang Patut Anda Tahu?
Mei 3, 2016 / Pemakluman
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Khidmat Pelanggan dan Jawatankuasa Maklum Balas dan Aduan Pelanggan MS ISO 9001:2008 akan menganjurkan Seminar Gangguan di Tempat Kerja : Apa yang Patut Anda Tahu di HCTM PPUKM. Seminar ini adalah terbuka untuk semua kakitangan PPUKM dan UKM bertujuan memberi pemakluman awal kepada kakitangan berkenaan tafsiran gangguan di tempat kerja serta cara menghadapi / menangani situasi, sekiranya berlaku.
Sehubungan itu, dengan hormatnya kami ingin menjemput semua kakitangan PPUKM dan UKM untuk hadir di seminar tersebut yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;
Tarikh : 5 Mei, 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium, PPUKM
SEMINAR AKTIVITI FIZIKAL : BERSENAM UNTUK KESIHATAN ANDA

Dengan azam untuk memangkin amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negara ini, Jabatan Kesihatan Masyarakat telah mengambil inisiatif berkolaborasi bersama Jabatan Maklumat Kesihatan dan Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Pusat Perubatan UKM dalam menganjurkan Seminar Aktiviti Fizikal: Bersenam Untuk Kesihatan Anda pada 23 April 2016.
Clinical Practice Guidelines Malaysia telah menggariskan secara spesifik bagaimana senaman merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan menangani penyakit-penyakit seperti diabetes, obesity, hypertension, penyakit jantung, hypercholesterolemia dan stress, kata Profesor Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM dalam ucapan perasmian beliau.
Sehubungan dengan itu, mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat terutama melalui peningkatan aktiviti fizikal dengan mengamalkan kaedah dan dos senaman yang betul adalah penting bagi memperbaiki tahap kesihatan, katanya lagi. Julung kali diadakan, seminar ini telah berjaya menarik kira-kira 250 penyertaan orang awam dari pelbagai peringkat umur dan kumpulan termasuk yang datang dari Melaka dan Perak selain penduduk sekitar Cheras dan Putrajaya.
Seminar setengah hari ini membariskan beberapa orang penceramah yang dikenali aktif mengamalkan aktiviti fizikal dan sukan lasak seperti sukan berkuda, maraton, ironman, aktiviti berbasikal dan mendaki gunung. Disamping ceramah dan sesi perkongsian pengalaman, aktiviti zumba turut diadakan selain pelancaran Makmal Kesihatan dan Kecergasan Fizikal Jabatan Kesihatan masyarakat. Terletak di Tingkat 6 Bangunan Pra-Klinikal Pusat Perubatan UKM, makmal ini akan dijadikan pusat aktiviti dan penyediaan modul kecergasan kepada klien Jabatan Kesihatan Masyarakat. Slide ceramah berkaitan boleh diakses melalui Facebook Seminar Aktiviti Fizikal.
Oleh : Rod Sabran
Tahniah – PPUKM Ungguli Kejohanan Badminton Antara Hospital-hospital Lembah Klang 2016
April 27, 2016 / Tahniah

Kuala Lumpur (24 April 2016) – Menang dan kalah, adat pertandingan, namun paling penting jaringan dan hubungan silaturrahim yang terjalin sesama warga dari pelbagai hospital awam dan swasta telah dapat diperkukuhkan. Itulah hasil paling bermakna yang telah dapat diperolehi daripada kejohanan (HOSCUP16) yang telah dianjurkan oleh Kelab Badminton Medic RC PPUKM. Atas Inisiatif Medic RC PPUKM, Kejohanan Badminton Berpasukan antara Hospital-Hospital Lembah Klang 2016 (HOSCUP16) telah dapat diadakan pada 24 April 2016 yang lalu di Avenger Sport Arena, Pandan Perdana, Kuala Lumpur yang mana Kejohanan ini telah mendapat sokongan padu daripada Pengurusan UKM, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan hospital-hospital sekitar lembah Klang. Dengan tema kejohanan, “sukan dan kesihatan tidak boleh dipisahkan”, kejohanan ini telah dapat mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif melalui bersukan.
Kejohanan Badminton HOSCUP 2016 merupakan kejohanan julung kalinya diadakan. Kejohanan ini diadakan sebagai satu ruang kepada warga dan petugas perawatan kesihatan terutamanya kepada kakitangan paramedik dan klinikal untuk bersama-sama terlibat ke arah membudayakan sukan untuk kesihatan dan seterusnya menjadikan sukan badminton sebagai salah satu gaya hidup sihat seiring sebagai salah satu sukan paling popular di Malaysia. Kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pemain bukan professional untuk mengembangkan bakat, mendapatkan pendedahan dan pengalaman kejohanan yang kompetitif. HOSCUP16 menjadi satu medan terbesar yang dapat menghimpunkan seramai 145 orang pemain dan urusetia daripada kalangan petugas paramedik dan hospital awam dan swasta dalam satu masa yang mana belum pernah diadakan sebelum ini.
Pada kejohanan ini, perlawanan dibuat secara liga dalam kumpulan. Pasukan PPUKM A telah berjaya menjadi Johan setelah menewaskan Pasukan Hospital Selayang 2-1. Manakala tempat ketiga dikongsi bersama oleh Hospital Kuala Lumpur dan PPUKM B. Kejohanan yang julung julung kali diadakan ini, telah disertai oleh 16 pasukan daripada hospital hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang termasuk pasukan jemputan iaitu Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Ia telah diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor UKM dan Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohd Razi, Timbalan Pengarah PPUKM. Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding.
Tahniah – Pelajar Fakulti Perubatan UKM naib juara The Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student
Mac 28, 2016 / Tahniah
Tahniah kepada Saudari Gue Kay Lyn, Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan UKM yang menjadi naib juara dalam The Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student yang diadakan pada 26 Mac 2016 di Advanced Surgical Skill Centre (ASSC) PPUKM. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama The College of Surgeons, Academy of Medicine of Malaysia. Pertandingan akhir melibatkan pelajar perubatan dari UM, UKM, UiTM, UIAM, Perdana University, PMC, CUCMS, Monash, Newcastle University, IMU, USIM dan beberapa universiti yang lain. Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM.
Syabas dan tahniah.
TEMANita – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016.
Mac 26, 2016 / Majlis Rasmi
Program TEMANita adalah satu program kemasyarakatan khas untuk pesakit barah payudara yang dianjurkan oleh Bahagian Surgeri Rekonstruktif Payudara di bawah Unit Surgeri Payudara & Endokrin, Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
Program akan dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni, UKM dan merangkap sebagai Penaung kumpulan TEMAN. Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat semasa berkaitan penyakit barah payudara dan pesakit dapat memahami apakah sebenarnya penyakit barah payudara. Di samping itu, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim antara para pakar payudara, pakar radiologi, ahli pemakanan (dietitian), ahli fisioterapi dan para jururawat yang terlatih. Sepanjang program berlangsung, pihak penganjur telah menyusun slot-slot ceramah dari pakar payudara, ahli psikiatri, ahli pemakanan (dietitan) dan jururawat terlatih khusus memfokuskan kepada cara penjagaan payudara. Program ini juga bertujuan untuk meraikan para pesakit bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016.
Selain para pesakit yang diraikan, pesakit juga akan membawa ahli keluarga masing-masing. Semasa sesi ceramah, pihak penganjur menarik perhatian anak-anak pesakit dengan pertandingan mewarna. Kanak-kanak juga akan dihiburkan dengan badut dari Association Of Clowns Malaysia (Acm).
Jemputan 2ND SYMPOSIUM ON BONE METABOLISM
Mac 25, 2016 / Pemakluman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa Bone Metabolism Research Group akan menganjurkan 2nd Symposium On Bone Metabolism seperti butiran berikut:
Tarikh: 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8:30 pagi – 1:00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, HCTM, PPUKM
Aturcara: ATURCARA PROGRAM
Permohonan menyertai symposium boleh dibuat melalui Borang Permohonan berikut: BORANG PENDAFTARAN
Kehadiran adalah percuma.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:-
SEKRETARIAT PENYELIDIKAN PERUBATAN & INOVASI
Tahniah – Anugerah Fellowship of The Royal College of Physicians of Edinburgh (FRCP Edin)

Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali atas penganugerahan Fellowship dari Royal College of Physicians of Edinburgh (FRCP Edin), United Kingdom baru-baru ini. Penganugerahan ini telah mengharumkan nama UKM dan melonjakkan Unit Gastroenterologi dan Hepatologi sebagai institusi kecermelangan di persada antarabangsa.
Beliau merupakan ketua unit Gastroenterologi dan Hepatologi dan pakar perubatan kanan di Jabatant Perubatan, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur.
Penganugerahan ini memberi pengiktirafan bahawa keupayaan dan kemahiran beliau setaraf dan setanding dengan pakar-pakar perubatan di negara-negara Eropah. Penganugerahan ini juga mengiktirafkan sumbangan beliau yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian saintifik dan bidang Perubatan klinikal khasnya dalam bidang sistem penghadaman dan pencernaan di tanahair dan antarabangsa.
Syabas dan tahniah.
Tahniah – Tempat ke-2 Pembentangan Terbaik di 31st Malaysia-Singapore Joint Ophthalmic Congress 2016
Mac 24, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Gaayahtri A/P Nadarajah dari Jabatan Oftalmologi kerana telah memenangi Tempat ke-2 Pembentangan Terbaik di 31st Malaysia-Singapore Joint Ophthalmic Congress 2016 yang diadakan di Pullman Kuching, Sarawak pada 4-6 Mac 2016.
MAKLUMAN: Program “Free Market”

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM PPUKM akan mengadakan program kemasyarakatan yang dipanggil Free Market pada 1hb April, 2016 ( Jumaat). Program ini menyasarkan semua kakitangan UKM dan HCTM PPUKM di mana kakitangan boleh membuat sumbangan barangan/peralatan persendirian yang tidak lagi digunakan (baru atau terpakai) untuk dimanfaatkan oleh mana-mana kakitangan/pihak lain yang berminat. Pemberian barangan sumbangan kepada penerima lain adalah dibuat secara percuma pada tarikh Free Market diadakan.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur ingin menjemput mana-mana kakitangan yang berminat untuk menyumbangkan barangan persendirian yang akan disumbangkan kembali kepada kakitangan dan pihak lain di FreeMarket berkenaan. Barang sumbangan boleh dimajukan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM PPUKM setiap hari bekerja mulai sekarang sehinggalah pada 31hb Mac 2016.
Mohon jasabaik dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat menghebahkan kepada kakitangan di Fakulti/Pusat/Unit masing-masing, sama ada yang berminat untuk menyumbang atau untuk hadir di Freemarket berkenaan.
Sekian, kerjasama dari pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Tahniah: Johan & Tempat Ke-3 ‘3-Minutes Oral Presentation’
Mac 15, 2016 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar pascasiswazah yang telah berjaya mengharumkan nama Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan serta Fakulti Perubatan UKM dengan memenangi tempat pertama dan ke-3 dalam Pertandingan ‘3-Minutes Oral Presentation’ sempena Malaysian Society of Parasitology & Tropical Medicine Annual Scientific Conference. Persidangan tersebut berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2016 di Grand Season Hotel Kuala Lumpur.
Pelajar berkenaan ialah:
Puan Nurul Shazana Zainudin (Johan)
Cik Noor Shazleen Husnie Mohd Mohtar (Tempat Ke-3)
Kejayaan mendapat johan menyaksikan piala pusingan pertandingan yang pertama kali diperkenalkan ini berada di UKM sehingga persidangan akan datang iaitu pada Mac 2017. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga kejayaan ini menyuntik semangat kepada semua pelajar-pelajar di jabatan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
Sumber: Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan
Pelantikan Profesor Dr. Srijit Das sebagai Editor Bersama bagi jurnal Surgical and Radiologic Anatomy
Mac 15, 2016 / Pemakluman
Dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Srijit Das telah menyertai kumpulan Editor Bersama (Associate Editor) bahagian `Head and Neck` untuk jurnal Surgical and Radiologic Anatomy (berimpak faktor 1.047) yang diterbitkan oleh Springer.
MAKLUMAN: Perpindahan Pusat Perubatan Primer BTS
Mac 11, 2016 / Pemakluman
Klinik Pusat Perubatan Primer di Bandar Tasik Selatan akan berpindah ke lokasi baru di Bangunan Plaza Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur.
Kemudahan parkir kereta berbayar secara bertingkat terdapat di bangunan yang sama. Perkhidmatan klinik yang sedia ada akan ditutup sementara untuk memudahkan proses perpindahan iaitu dari :- 01/08/2016 hingga 31/08/2016.
Perkhidmatan klinik akan beroperasi semula sepenuhnya pada 01 September 2016. Sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian 03-9145 5555 (PPUKM). Terima Kasih.
Malaysia Book of Records Iktiraf Kulit Gantian ‘MyDerm’ UKM
Mac 7, 2016 / Majlis Rasmi
KUALA LUMPUR, 29 Feb 2016 – Penghasilan kulit gantian iaitu MyDerm oleh penyelidik daripada Pusat Kejuruteraan Tisu (TEC), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR). MyDerm adalah hasil inovasi kejuruteraan tisu oleh pasukan yang diketuai oleh Prof Dato’ Dr Ruszymah Idrus dan ia menjadi rawatan alternatif bagi pesakit luka kebakaran, trauma dan ulser diabetik. Selaku pencipta utama MyDerm, Prof Dr Ruszymah telah menerima penganugerahan daripada MBOR di atas pengiktirafan MyDerm sebagai autologous tissue engineered human skin yang pertama di Malaysia, di sini pada 25 Feb.
MBOR turut memberi penganugerahan first manufacturer of autologous tissue engineered human skin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cell Tissue Technology Sdn Bhd (CTT), Dr Khairul Idzwan Dato’ Baharin sebagai syarikat pertama yang menghasilkan gantian tisu autologous di Malaysia. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata MyDerm kini telah menghampiri peringkat akhir ujian klinikal dengan usaha sama beberapa pakar bedah dan ahli klinikal daripada Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM.
“Kajian klinikal MyDerm yang bermula dari tahun 2013 telah menunjukkan pemulihan yang amat memuaskan kepada para pesakit terutamanya dalam merawat luka kebakaran, trauma dan ulser diabetik dan sekaligus telah memberi sinar baharu kepada mereka,” katanya. Beliau berkata bagi mengkomersialkan MyDerm, TEC bersama CTT yang merupakan anak syarikat terbitan UKM dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan usaha tersebut.
“Bagi menambahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap produk terbitan R&D tempatan, CTT bersama rakan industri yang lain sedang dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan halal daripada pihak JAKIM,” jelasnya.
Pada majlis itu, turut diadakan acara menandatangani surat hasrat antara TEC dengan CTT bagi memastikan kerjasama yang melibatkan program akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan. Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kejayaan pasukan penyelidik dari Pusat Kejuruteraan Tisu PPUKM menghasilkan MyDerm adalah sesuatu yang membanggakan dan merupakan sejarah baharu dalam teknologi perubatan negara kerana membolehkan pakar tempatan melakukan perubahan teknik rawatan.
“MyDerm merupakan satu-satunya produk asas pembiakan sel kulit daripada mangsa sendiri di Malaysia dan juga Asia Tenggara, sekaligus menjadi pelopor inovasi penting dalam sains hayat atau biologi,” katanya.
Katanya, beliau difahamkan bahawa terdapat beberapa lagi kajian yang sedang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik TEC termasuklah kornea mata, saraf, tisu jantung dan tisu buah pinggang. “Saya fikir jika mereka (penyelidik) meneruskan usaha-usaha ini (membuat kajian terhadap tisu buah pinggang), mungkin di masa hadapan tidak perlu lagi pesakit buah pinggang membuat transplant buah pinggang dan dialysis,” katanya. Beliau turut memberitahu bahawa dengan terhasilnya MyDerm, ia menunjukkan sistem kesihatan di Malaysia adalah berinovasi dan berkualiti tinggi.
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
Tahniah – Jabatan Oftalmologi PPUKM, Universiti Pertama Menyertai National Eye Database
Februari 11, 2016
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Oftalmologi Pusat Perubatan UKM kerana menjadi universiti pertama yang menyertai National Eye Database (NED).
The National Eye Database (NED) merupakan perkhidmatan yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) sebagai salah satu pendekatan bagi pengumpulanmaklumat kesihatan. NED mengumpulkan data dan maklumat mengenai insiden dan pengagihan, membuat penilaian terhadap faktor risiko dan hasil perawatan penyakit mata seperti katarak , diabetic retinopathy, glukoma dan kanta sentuh berkaitan ulser kornea.
Lawatan Akademik Universiti Islam antarabangsa Malaysia (UIAM)

CHERAS, 29 Januari 2016- Seramai 4 orang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah membuat lawatan akademik ke PPUKM untuk perbincangan bersama dengan pengurusan PPUKM dan jabatan yang terlibat. Delegasi UIAM telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azarisman Mohd Shah (Timbalan Dekan Akademik), Dr. Kamarul Ariffin Khalid (Timbalan Dekan Siswazah dan Penyelidikan), Dr. Khairidzan Mohd Khalid (Ketua Jabatan Oftalmologi).
Objektif lawatan adalah untuk penstrukturan pembangunan Hospital Pengajar IIUM dan “private wing policies & “profit -sharing models”. Lawatan delegasi telah disambut baik oleh pengurusan HCTM PPUKM YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM, Timbalan Dekan dan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal, Ketua Pegawai Operasi, Pengarah Pusat Pakar SDN BHD dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.
Makluman: Rekabentuk kepala surat 2016
Februari 2, 2016 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan template rekabentuk kepala surat UKM 2016 telah diedarkan melalui emel rasmi kakitangan PPUKM . Berikut adalah pemakluman penuh daripada pengurusan PPUKM mengenai rekabentuk surat yang dinyatakan.
Penutupan Sementara Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) PPUKM

Penutupan Sementara NICU bermula pada 19 Jan 2016 berikutan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan oleh Jabatan Pengurusan Bangunan. Pesakit sedia ada akan perpindah sementara ke bilik “1st Stage” Dewan Bersalin di Tingkat 1, Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan Wad 4E di tingkat 4. NICU akan beroperasi pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI HCTM, PPUKM
Iklan Lantikan
1) PEGAWAI SAINS GRED C41
2) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
3) PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H17
4) PEMANDU KENDERAAN GRED H11
5) PEMBANTU AWAM GRED H11
6) PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
7) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
8) SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
9) PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
10) PEMBANTU OPERASI GRED N11
11) PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
12) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
13) PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17
14) PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
15) PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
16) PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
Iklan Kenaikan Pangkat
1) PEGAWAI SAINS GRED C48
2) PEGAWAI SAINS GRED C44
3) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32
4) PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Tarikh Tutup Iklan : 26 JANUARI 2016 (SELASA)
Forum Maulidur Rasul 1437h
Januari 21, 2016
CHERAS, 14 Januari 2016- Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh Umat Islam pada tahun 1437 Hijrah ini, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan forum perdana dengan menjemput Uztaz Izzat Fathi bin Hisham, Ustaz Khairil Khuzairi Omar dan seorang moderator, Ustaz Hasrizal Hasan.
Forum yang berlangsung di Auditorium PPUKM telah dihadiri hampir 300 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PPUKM. Topik forum yang dibincangkan mengenai mendekatkan diri dengan nabi, beramal dengan sunnah dan perpaduan dalam transformasi negara.
Forum yang berlangsung selama 2 jam disudahi dengan pemberian cenderahati kepada panel jemputan.
Lawatan akademik delegasi Universitas Muhammadiyah Semarang (UNIMUS) Indonesia
Januari 11, 2016 / Lawatan
CHERAS, 6 Januari 2016- Lawatan akademik delegasi Universitas Muhammadiyah Semarang (UNIMUS) Indonesia seramai 7 orang diketuai oleh Prof. Dr. H. Musrukhi M.Pd Rektor UNIMUS, SpOG (K) Dr. Hj. Siti Moetmainnah Prihadi, Dekan Fakulti Perubatan UNIMUS serta kakitangan pada 6 Januari 2015 (Rabu) jam 9.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Komplek Pendidikan Perubatan Tuanku Ja’afar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM (HCTM PPUKM). Objektif lawatan UNIMUS adalah untuk menjadikan HCTM PPUKM sebagai penanda aras dalam menggabungkan fakulti perubatan dan hospital serta berkolaborasi antara UNIMUS dan HCTM PPUKM.
Kehadiran delegasi telah disambut baik oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa, ketua jabatan Pendidikan Perubatan, Perpustakaan dan Ketua Pusat ASSC serta Endoskospi. Objektif perbincangan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan antara kedua-dua pihak serta lawatan di persekitaran HCTM PPUKM terutamanya di Perpustakaan, Klinik MAC, ASSC, dan Pusat Endoskopi.
Sesi Bersama Menteri- TPPA : Perspektif Malaysia
Januari 4, 2016 / Pemakluman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan satu Sesi Bersama Menteri- TPPA : Perspektif Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 6 Jan 2016 (rabu)
Masa : 3.00 _ 5.30 ptg
Tempat : Persada Canselori, Bangunan Canselori UKM Bangi.
Anjuran: MITI, Majlis Professor Negara, dan UKM.
Semua warga PPUKM dijemput hadir dalam program ini bersama YB Dato’ Sri Mustafa Mohamed yang akan menjelaskan TPPA perspektif Malaysia. Untuk pendaftaran, sila menghubungi 03-89215540 (Julie) atau menghantar senarai kehadiran kepada julie@ukm.edu.my/pkk@ukm.edu.my
Sekian, terima kasih.
TAHUN 2015
PPUKM dan IJN bekerjasama menubuhkan pusat latihan CPR

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Satu kolaborasi antara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kejutan serangan jantung dan masalah pernafasan dengan mempertingkatkan kesedaran mengenai rawatan awal pemulihan kardiopulmonari atau CPR. Kurang pendedahan tentang rawatan ini merupakan salah satu penyebab kenaikan kadar kematian akibat permasalahan jantung. Bagi menangani masalah ini IJN dan PPUKM telah bekerjasama untuk membangunkan pusat latihan seperti American Collage of Cardiology (ACC) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA).
Kursus latihan yang ditawarkan merangkumi panduan penyelamat jantung, bantuan asas hayat, intepretasi elektrokardiogram, sokongan hayat dengan penjagaan lanjut awal. Latihan ini dicadangkan oleh American Collage of Cardiology (ACC) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) yang menekankan tentang pentingnya latihan ini bagi melanjutkan jangka hayat pesakit dan komunikasi efektif dalam pasukan penyelamat semasa rawatan pemulihan.
Dalam majlis menandatangani memerondum tersebut, PPUKM diwakili oleh Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Alu, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, manakala IJN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Dr. Mohd Azhari dan Dato’ Sri Dr. Hj Azhari B. Rosman, Pakar Runding Kardiologi dan Pengarah CPR Fakulti IJN.
Tahniah – YBhg. Prof. Dato` Dr. Zainul Rashid bin Mohamad Razi
Disember 16, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato` Dr. Zainul Rashid bin Mohamad Razi, Timbalan Dekan Siswazah & Hubungan Antarabangsa, HCTM PPUKM di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato` Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa kepada gelaran Dato`.
Penganugerahan tersebut disampaikan pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-70 D.Y.M.M Sultan Selangor.
Makluman: Hari Kesihatan Tulang 2015
Disember 16, 2015 / Pemakluman
Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang akan mengadakan Hari Kesihatan Tulang pada 17 Disember 2015 di Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pengukuran ketumpatan tulang, indeks jisim tubuh dan peratus lemak badan, pameran, demo senaman pencegahan osteoporosis dan khidmat nasihat. Warga PPUKM dan orang ramai dijemput hadir.
Tarikh Acara :17/12/2015
Masa Acara : 9:00 Pagi
Tempat : Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Penganjur / Penganjur Bersama : Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang UKM
Kedai Farmasi PPUKM Akan Ditutup Pada 18 Disember 2015

Kedai Farmasi PPUKM yang terletak di Lobi Pelawat akan ditutup pada jam 1.00 petang 18 Disember 2015 (Jumaat) untuk menjalankan pengiraan stok akhir tahun. Kedai Farmasi akan beroperasi seperti biasa pada 21 Disember 2015 (Isnin).
UKM Inaugural Virtual Careers Fair
Disember 3, 2015 / Pemakluman
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) akan menganjurkan UKM Inaugural Virtual Career Fair pada 12 – 14 Januari 2016. Virtual Career Fair(UKM-VCF) ini merupakan karnival kerjaya yang diadakan secara maya bagi memudahkan pelajar-pelajar dan bakal graduan untuk mencari pekerjaan ataupun tempat menjalani latihan industri.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar terutamanya tahun akhir perubatan dan kejururawatan dipohon untuk mendaftar di platform maya ini: https://www.gradgreenhouse.com/vcf/graduate/register?fairId=563c72130cf2e21ff8368e03
Satu taklimat berkenaan UKM-VCF akan diadakan pada 15 Disember 2015 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah 2, Pra-Klinikal. Semua pelajar yang berminat dialu-alukan untuk menghadiri sesi taklimat ini.
Sekian, terima kasih.
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA
Tahniah – Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin

Tahniah diucapkan kepada Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Sumber Manusia & Pembangunan), HCTM, PPUKM dan juga Ketua Unit Urologi, Jabatan Surgeri, HCTM, PPUKM atas pencapaian sebagai Penal Member of the National Comprehensive Cancer Network (NCCN) Guidelines for Bladder Cancer. Beliau merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang telah dilantik.
Majlis Perasmian Sistem ‘Total Laboratory Automation’
November 24, 2015 / Majlis Rasmi
20 November 2015 (Jumaat)- Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Sistem ‘Total Laboratory Automation’ Makmal Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM PPUKM di Auditorium PPUKM.
Majlis yang dihadiri hampir 200 orang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Tetamu jemputan daripada Abbott Diagnostics, kepakaran PPUKM dan jemputan luar yang berkaitan telah hadir dalam perasmian sistem makmal automatik ini.
Sistem ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) merupakan sistem yang diterokai oleh Unit Patologi Kimia, PPUKM hasil usahasama dan gabungan kolaborasi yang mantap bersama Abbott Diagnostics dimana sistem ini diwujudkan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan mengurangkan turn around time serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem TLA di Unit Patologi Kimia PPUKM ini adalah sistem yang pertama di Malaysia dan kini menjadi rujukan kepada makmal-makmal lain yang menggunakan sistem sama di Malaysia.
Majlis Perasmian “World Prematurity Day” dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant”
November 18, 2015 / Majlis Rasmi
19 November 2015 (Khamis) – Jabatan Pediatrik dengan kerjasama beberapa jabatan lain menganjurkan Majlis Perasmian “World Prematurity Day” untuk kempen kesedaran kelahiran bayi pramatang dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant” yang ditulis oleh Prof. Dr. Cheah Fook Choe, Pakar Neonatal, NICU, PPUKM.
Majlis yang dihadiri lebih 200 orang jemputan dan peserta telah dirasmikan oleh wakil dekan dan pengarah HCTM PPUKM, YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman. Lebih 200 orang yang terdiri daripada kakitangan PPUKM, ibu mengandung, kanak-kanak bayi pramatang, pelajar, dan rakan industri telah hadir dalam majlis ini sabagai tanda menyokong program kesedaran ini.
“World Prematurity Day” atau Hari Pramatang Sedunia, adalah sambutan yang diadakan pada setiap 17 November dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelahiran pramatang iaitu kelahiran bayi sebelum 37 minggu kehamilan. Sempena hari tersebut, NICU PPUKM telah mengaturkan program kesedaran seperti ceramah berkaitan punca-punca yang menyebabkan pramatang dan cara-cara penjagaan bayi kelahiran pramatang yang meliputi suntikan steroid pra-kelahiran kepada ibu, penyusuan dan penjaan suhu badan yang optima, rawatan antibiotic untuk jangkitan kuman kepada ibu dan bayi dan kebersihan tangan. Selain itu, pameran dan booth aktiviti juga turut diadakan untuk kanak-kanak bekas bayi pramatang.
Majlis Perasmian UKMMC-SAMSUNG SONO School dan Pertukaran MoA UKM-SAMSUNG
November 17, 2015 / Majlis Rasmi
CHERAS, 17 November 2015 – Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menubuhkan Sekolah SONO PPUKM-Samsung, dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. bertujuan untuk membantu pengamal-pengamal perubatan di Malaysia meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan bidang ultrasound. Pelancaran sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Dato’ Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics.
Sekolah SONO PPUKM-Samsung bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan pendidikan yang berterusan, tetapi juga menandakan satu titik permulaan baharu penjagaan pesakit dengan kepakaran dan subkepakaran yang dipertingkatkan. Penubuhan Sekolah SONO PPUKM-Samsung adalah satu langkah untuk merealisasikan wawasan dalam meningkatkan kumpulan sonografer yang diiktiraf.
Sekolah ini menawarkan latihan kurikulum kepada pengamal perubatan yang tediri daripada doktor (yang berkelayakan dan doktor-dalam-latihan), sonografer, ahli radiologi dan pegawai-pegawai perubatan hinggalah klinisian dan juruteknik makmal di seluruh Malaysia yang akan menjadi sebahagian daripada program Pendidikan Perubatan Berterusan. Gabungan ini terdiri daripada sekurang-kurangnya satu (1) sesi latihan pada setiap suku tahun. Program ini menampilkan kombinasi sesi kuliah dan amali dengan 30 pelajar bagi setiap sesi.
Dibangunkan dengan perundingan pakar perubatan di PPUKM, kurikulum ini menawarkan latihan yang disasarkan dalam bidang Obstetrik/Ginekologi dan Radiologi, yang membolehkan pengamal perubatan meningkatkan pengetahuan mereka dalam teknologi pengimejan perubatan dan kemahiran diagnostik. Untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, Samsung telah menyediakan peralatan perubatan yang khusus seperti ultrasound Samsung WS80A Elite OB/GYN dan ultrasound Samsung RS80A Prestige Radiology ultrasound untuk latihan.
Bercakap mengenai matlamat PPUKM untuk menjadi hab perubatan terulung di Malaysia, Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM berkata, “Sebagai salah satu hospital pendidikan negara yang utama dan terkemuka, penubuhan Sekolah SONO di PPUKM memberikan potensi yang besar untuk memanfaatkan kemahiran dan teknik penyelidikan perubatan, mengaplikasikannya untuk penyelesaian yang inovatif serta praktikal dan akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan kemahiran yang betul, para profesional perubatan akan lebih menyesuaikan diri dengan keperluan pesakit, menyediakan diagnostik yang tepat pada masa sebenar yang akan membawa kepada penilaian lebih baik, masa menunggu pesakit lebih singkat dan meningkatkan keberkesanan rawatan.”
Sekolah SONO PPUKM-Samsung terletak di Advanced Surgical Skills Centre yang berfungsi sebagai hab bagi latihan dan bengkel kepakaran dalam usahasama dengan organisasi yang berpengetahuan dalam perubatan khusus. Penubuhannya adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat Global Samsung dalam bidang utama Kesihatan & Perubatan yang menyediakan peningkatan dalam kepakaran perubatan dan kesihatan, untuk manfaat masyarakat setempat.
Tahniah – Prof. Dr. Noor Hassim Ismail Dan Para Penyelidik
Oktober 28, 2015 / Tahniah
Tahniah kepada Prof. Dr. Noor Hassim Ismail dan para penyelidik bersama Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar, Prof. Madya Dr. Azmi Mohd Tamil, Prof. Madya Dr. Zaleha Md Isa, En. Khairul Hazdi Yusof, En. Azman Ariff kerana telah berjaya menerbit artikel dalam jurnal Lancet, taraf Q1, Faktor Impak 45.217.
PEMBATALAN KULIAH 21 Oktober 2015 (RABU)
Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil maklum tentang bacaan IPU yang mencecah tahap tidak sihat pada 20 Oktober 2015 (Selasa). Mengambil kira pemantauan Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) serta keadaan semasa serta tren peningkatan pada bacaan IPU, pihak universiti mengambil keputusan untuk membatalkan semua kuliah dan kegiatan luar pada 21 Oktober 2015 (Rabu).
Urusan pejabat adalah seperti biasa.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
Timbalan Naib Canselor UKM
Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dengan UNIMAS


18 Oktober 2015 (AHAD) – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dengan UNIMAS telah diadakan di Staff Lounge, Rumah Universiti, UNIMAS. Majlis ini diadakan bagi memeteraikan memorandum serta perjanjian antara pihak UKM dan UNIMAS bekerjasama dalam Penubuhan American Heart Association (AHA) Training Site di UNIMAS.
Kerjasama UKM dan UNIMAS telah bermula semenjak beberapa tahun lepas di mana UNIMAS telah mula menghantar pesertanya untuk menjalani latihan di PPUKM. Pada tahun 2014, lawatan kerja Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM, PPUKM telah diadakan oleh Training Centre Cordinator (TCC) ITC UKM ke UNIMAS dan dari situlah bermula usaha untuk menjadikan UNIMAS sebagai sebuah TS di Sarawak malah yang pertama di Kepulauan Borneo ini. Seramai 48 orang pelatih telah menjalani latihan AHA di UNIMAS dan hasilnya tiga orang jurulatih ACLS dan sembilan orang BLS telah dilahirkan atas kerjasama awal ini.
Training Site (TS) di UNIMAS adalah yang pertama bagi International Training Center (ITC) UKM dan juga Training Sites yang pertama di Kepulauan Borneo. Penubuhan Training Site (TS) ini adalah untuk memberi kursus latihan dalam mengendalikan kecemasan kardiovaskular. Kematian disebabkan kecemasan kardiovaskular (cardiovascular emergency) seperti penyakit jantung koronari (coronary heart disease) dan stroke merupakan punca kematian nombor satu dan dua di Malaysia. Jumlah kematian akibat serangan jantung dilapor sebanyak 29,363 kes dan stroke 15,497 kes dan ini merupakan 35.3% kematian di Malaysia pada tahun 2014. Kepentingan mengetahui kaedah mempelajari dan tahu bagaimana mengendalikan kecemasan kardiovaskular merupakan sesuatu yang amat diperlukan kepada setiap masyarakat.
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Asma Ismail Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Saudi Naib Canselor UNIMAS, naib-naib canselor, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Hospital canselor Tuanku Muhriz PPUKM, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, pegawai-pegawai kanan dan tetamu jemputan.
Tahniah: Kumpulan KIK BENUACIPTA dan KIK ONE TOUCH menempa kejayaan di 40th International Convention On Quality Control Circle
Oktober 16, 2015 / Tahniah
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan KIK BENUACIPTA dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM yang telah memenangi ANUGERAH GOLD ILLUMINATION dan Kumpulan KIK ONE TOUCH dari Jabatan Kewangan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM yang telah memenangi ANUGERAH SILVER ILLUMINATION di “40th International Convention On Quality Control Circle“. Konvensyen tersebut telah berlangsung di Changwon Exhibition and Convention Center (CECO), Changwon-si, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan dari 5-8 Oktober 2015.
Kejayaan ini sekali lagi telah menaikkan nama UKM di persada antarabangsa dalam bidang “Quality Control Circle”.
Syabas !
Tahniah – Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 2015

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi kerana dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 2015.
Tahniah – Prof. Madya Dr. Hanafiah Harunarashid, Rakyat Malaysia Pertama Menerima Pingat Antarabangsa dari Royal College of Surgeons, Edinburgh (RCSed)
Oktober 16, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Hanafiah Harunarashid kerana menjadi rakyat Malaysia Pertama yang menerima Pingat Antarabangsa dari Royal College of Surgeons, Edinburgh (RCSed).
Tahniah-Kumpulan KIK ONE TOUCH Jabatan Kewangan, PPUKM
Kumpulan KIK ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM telah berjaya memenangi Gold Medal, 3 star Award dan Top Ten Group daripada 62 pasukan pelbagai negara dalam International Exposition on Team Excellence Singapore 2015 (IETEX 2015) pada 9-11 September 2015 di Resort World Sentosa Singapura.
Pencapaian Jabatan Patologi dan Surgeri dalam Penerbitan Best Practice Guidelines for Quality Human Epidermal Growth Factor Receptor 2 (HER-2) Testing in Breast Cancer for HER-2 Targeted Therapy in Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pensyarah-pensyarah Jabatan Patologi dan Surgeri telah berjaya menerbitkan buku garis panduan amalan terbaik di atas bersama dengan pakar-pakar lain dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Malaya (UM). Buku garis panduan tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah pada 2 Ogos 2015 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Berikut adalah maklumat penglibatan pensyarah kedua-dua jabatan dalam buku tersebut:
Ahli Jawatankuasa Penasihat (Advisory Committee Member):
- Profesor Dr Noraidah Masir
Pakar Runding Kanan Patologi dan Ketua Jabatan Patologi
Jabatan Patologi - Profesor Dr Rohaizak Muhammad
Pakar Runding Kanan Pembedahan Payudara dan Endokrin
Jabatan Surgeri
Ahli Jawatankuasa Kerja (Working Committee Member):
- Dr Suria Hayati Md Pauzi
Pakar Patologi (Patologi Anatomik)
Jabatan Patologi - Dr Saladina Jaszle Jasmin (Ketua Kumpulan)
Pakar Runding Pembedahan Payudara dan Endokrin
Jabatan Surgeri
Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat.
Tahniah pensyarah-pensyarah Jabatan Patologi
September 9, 2015 / Tahniah
Tempat Kedua (Persembahan Poster Terbaik):
1. Dr Nurasyikin Yusuf
2. Profesor Dr Noraidah Masir
Tempat Ketiga (Persembahan Poster Terbaik):
1. Prof Madya Dr Leong Chooi Fun
2. Prof Madya Dr Tan Geok Chin
Sagu Hati (Persembahan Poster Terbaik):
1. Prof Madya Dr Reena Rahayu Md Zin
Tahniah – YBhg. Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai Nik Mahmud dari Jabatan Surgeri, HCTM PPUKM
Ogos 24, 2015 / Tahniah
SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai Nik Mahmud, Pakar Perunding Bedah Am dari Jabatan Surgeri, HCTM PPUKM di atas pengurniaan DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) yang membawa gelaran “ Dato’ ” sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Laporan Dr.Rashidi dalam majalah Health Today terbitan Ogos 2015

Laporan bertajuk ‘Let’s Do Something Amazing, Lets Quit Smoking For Good‘ yang dikongsikan oleh Dr.Rashidi Mohamed, Jabatan Perubatan Keluarga telah disiarkan dalam majalah Health Today terbitan Ogos 2015.
Program Bersama Warga Emas Hulu Langat

5 Ogos 2015 (RABU) – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih terasa bahangnya sementelah sambutannya berlangsung selama sebulan. Di sana sini majlis sambutan diadakan tak kira siang malam meraikan kemenangan umat Islam memerangi nafsu sepanjang Ramadhan. Situasi sebegini tentu sekali menyukarkan sesiapa pun untuk mengekalkan tahap kesihatan diri terutamanya kepada golongan warga emas.
Menyedari hakikat ini, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) HCTM PPUKM bersama Jabatan Kesihatan Masyarakat mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada golongan ini. Bertempat di Pusat Tahfiz Nurul Huda Batu 13 Hulu Langat, yang merupakan pusat aktiviti Persatuan Warga Emas Hulu Langat, satu program pencerahan dan penyampaian ilmu “Kekal Sihat Selepasa AidilFitri” telah diadakan.
Melalui program ini, para warga emas diberi tunjuk ajar langkah dan kaedah yang betul dan tepat bagaimana untuk memulakan semula aktiviti-aktiviti fizikal yang telah tertangguh sepanjang Ramadhan dan Syawal. Taklimat disampaikan oleh Encik Muhamad Khaidir Ismail, Penolong Pegawai Belia & Sukan JKM.
Selain itu, turut diadakan adalah sesi penerangan dan mempromosi Sukarelawan HCTM yang telah disampaikan oleh Puan Hanuzah Omar, Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM.
Oleh: Rodzaini Sabran, Jabatan Kesihatan Masyarakat
Jemputan Ke Majlis Syarahan Tokoh Penyelidik Sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-17
Ogos 7, 2015 / Pemakluman
| Tarikh Acara | : 10/08/2015 (Isnin) |
| Masa Acara | : Mula: 08:30 Pagi Tamat: 11:00 Pagi |
| Tempat | : Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, PPUKM |
| Penceramah | : Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman |
| Penganjur / Penganjur Bersama | : Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Inovasi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM |
Semua dijemput hadir.
Sumbangan Zakat dan Duit Raya JKM 2015
Julai 13, 2015 / Majlis Rasmi
9 Julai 2015 (KHAMIS) – Meraikan bulan Ramadhan yang penuh barakah, pelbagai pihak membuat berbagai aktiviti kemasyarakatan dan keinsanan seperti gotong-royong, majlis iftar, singgah sahur dan seumpamanya. Tidak ketinggalan Jabatan Kesihatan Masyarakat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM (JKM) yang mengambil peluang beramal dengan menyampaikan sumbangan zakat simpanan serta duit raya kepada anak-anak yatim, mualaf dan pelajar-pelajar miskin.
Bertempat di Foyer Lobi Bangunan Pra-klinikal PPUKM, program yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan JKM (KESUKE) ini bertujuan meraikan golongan kurang berkemampuan agar mereka turut sama merasai kemeriahan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma.
Seramai 31 orang kanak-kanak dan pelajar sekolah menerima sumbangan zakat dan duit raya dalam majlis tersebut yang terdiri dari pelajar sekolah dan mualaf sekitar Cheras serta anak-anak bekas kakitangan PPUKM yang telah meninggal dunia. Selain itu, JKM juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kewangan khas kepada anak-anak yatim piatu 14 beradik dari Klang dan keluarga Allahyarham Othman Hassan, bekas kakitangan JKM.
Kira-kira 120 orang hadir dalam majlis tersebut. Semua sumbangan disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat HCTM PPUKM.
Tahniah – Prof. Madya Dr. Reena Rahayu Md Zin dan Prof. Madya Dr. Leong Chooi Fun, Jabatan Patologi
Julai 6, 2015 / Tahniah

Sempena pertandingan pembentangan poster sempena “2015 Annual Scientific Meeting of the College of Pathologists, Academy of Medicine of Malaysia” di Berjaya Times Square Hotel pada 13-14 Jun 2015, 2015, beberapa kakitangan Jabatan Patalogi HCTM PPUKM telah menyertai pertandingan tersebut.
Tahniah – Profesor Dr. Noraidah Masir, Jabatan Patologi

Pertandingan pembentangan poster sempena “2015 Annual Scientific Meeting of the College of Pathologists, Academy of Medicine of Malaysia” di Berjaya Times Square Hotel pada 13-14 Jun 2015, 2015. Hadiah pembentangan “2nd Best Poster Presentation” yang bertajuk “Expression of Class II Beta Tubulin and Class III Beta Tubulin Protein in Neoplastic and Non-neoplastic Lymphoid Tissue” adalah hasil projek penyelidikan geran Dana Fundamental PPUKM (FF-2013-207).
Dilampirkan bersama ini adalah salinan sijil anugerah tersebut.
Syabas !
2nd Best Poster Presentation – Expression of Class II Beta Tubulin and Class III Beta Tubulin Protein in Neoplastic and Non-neoplastic Lymphoid Tissue
Program Nur Ramadhan bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus
Jun 29, 2015 / Majlis Rasmi
25 Jun 2015 (Khamis) – Program Nur Ramadhan yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat dan dibantu oleh Unit Latihan Jabatan Sumber Manusia telah menarik minat lebih 300 orang warga PPUKM untuk mengadiri majlis ilmu ini.
Objektif penganjuran program adalah untuk penyampaian ilmu dan memupuk sikap bantu-membantu di kalangan warga PPUKM. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisham Al-Idrus dengan banyak menekankan ibadah dalam puasa, sifat suka membantu, dan makanan sunnah.
TAHNIAH – YBHG. PROF. DR CHEAH FOOK CHOE DAN PROFESOR MADYA DR. TAN GEOK CHIN

Pertandingan pembentangan hasil penyelidikan kebangsaan dalam bidang Patologi 2015 Annual Scientific Meeting of the College of Pathologists, Academy of Medicine of Malaysiasempena40th Anniversary Celebration of Pathology Advocates yang diadakan pada 13-14 Jun, 2015.
Hadiah poster pembentangan ketiga terbaik ini (“The effects of intrauterine infection with Gardnerella vaginalis in a fetal rabbit model”) adalah hasil penyelidikan berdasarkan projek Geran Universiti Penyelidikan – Dana Impak Perdana (DIP-2012-025) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr Cheah Fook Choe Jabatan Pediatrik HCTM, PPUKM dan dibentangkan oleh Profesor Madya Dr. Tan Geok Chin, Jabatan Patologi, HCTM, PPUKM.
Dilampirkan bersama ini adalah salinan sijil anugerah tersebut.
Lawatan Akademik Fakulti Kejururawatan Universiti Thammasat, Thailand
Jun 2, 2015 / Majlis Rasmi
27 Mei 2015 (RABU) – Seramai tiga orang delegasi dari Universiti Thammasat Thailand telah datang membuat lawatan akademik selama dua jam di PPUKM. Delegasi disambut oleh wakil pengurusan PPUKM, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh dan beberapa wakil dari Jabatan Kejururawatan. Wakil delegasi yang tiba ialah Dekan Fakulti Kejururawatan dan Dekan. Objektif utama sesi perjumpaan tersebut adalah untuk melihat peluang mengadakan MOU antara dua pihak, jemputan sebagai penganjur bersama untuk International Conference on the Development of the Economy, Society, the Environment, and Health yang bakal diadakan dan memperkenalkan program PhD dalam kejururawatan kepada kakitangan kejururawatan yang berminat. Lawatan selama dua jam tersebut memberi input dan peluang yang cerah untuk kaloborasi antara Jabatan Kejururawatan, HCTM PPUKM dan Fakulti Kejururawatan Universiti Thammasat.
Perutusan Naib Canselor UKM untuk 45 Tahun UKM
Mei 28, 2015 / Pemakluman
Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UKM,
Selamat menyambut ulang tahun ke 45 Universiti Kebangsaan Malaysia.
Marilah kita semua mensyukuri penubuhan universiti yang kita cintai ini. Marilah kita menanam azam setinggi gunung untuk terus memberi yang terbaik bagi menjulang nama baik universiti ini.
18 Mei, 1970, impian segenap lapisan masyarakat dijelmakan. Gegaran penubuhan UKM terasa diseluruh pelusuk negara. Tidak dapat digarab dengan perkataan apa yang terdetik di sanubari setiap rakyat disaat penubuhan UKM 45 tahun yang lalu. Harapan yang begitu tinggi. Hampir separuh isi rumah negara pada ketika itu masih bergelumang dengan kemiskinan, mengharapkan kehidupan yang lebih selesa. Malaysia meletakkan harapan yang tinggi keatas UKM untuk mencorakkan masa depan negara. Membina kesarjanaan yang memanfaatkan semua.
Warga UKM yang saya hormati, marilah kita mendukung citra penubuhan universiti ini, menjadi Pendaulat Amanah Negara. Universiti yang membawa negara ini dan rakyatnya maju kehadapan dengan kersarjanaan yang disegani dan dihormati. Universiti yang Mengilham Harapan dan Mencipta Masa Depan yang gemilang untuk semua.
Ukurlah kejayaan kita merealisasikan amanah dan misi ini dalam setiap tindakan kita. Sejauh mana amanah negara telah kita tunaikan? Sebanyak manakah harapan yang telah kita ilhamkan? Apakah masa depan yang telah kita ciptakan? Ini tanggungjawab kita semua yang bergelar Warga UKM. Bukan calang-calang amanah dan misi yang kita dukung. Berat sekali, namun insyaAllah dapat kita tunaikan kiranya kita laksanakan bersama.
45 tahun telah mendewasakan UKM. Amanah dan harapan negara perlu ditafsir seiring dengan cabaran semasa dan mendatang. Tahap sosio-ekonomi yang lebih tinggi, keperluan dan kehendak masyarakat yang lebih canggih, lanskap persekitaran dan persaingan yang lebih getir memerlukan kita semua bersedia dan berani untuk membuat perubahan dan memikul tanggungjawab baru yang umumnya lebih mencabar.
Banyak kelaziman yang terbina perlu dinilai dan dicorakkan semula. Kita mesti memastikan UKM terus relevan, dirujuk dan dihormati kewibawaannya. Menjadi pencetus, peneraju dan pendorong untuk seluruh negara berganjak ke era pembangunan yang baru.
Kekuatan setiap warga perlu digembeling bersama sebanyak yang mungkin. Kita perlu tingkatkan integrasi ilmu, kepakaran dan kesarjanaan merentasi disiplin bagi mencipta penyelesaian yang bermakna dan tawaran yang bernilai tinggi. Kita perlu struktur pengoperasian yang menggalakkan integrasi ini. Kita mesti meletakkan penghasilan impak yang tinggi untuk semua pemegang taruh. Mencabar kelaziman secara sistematik dengan daya inovasi dan kreativiti yang tinggi perlu menjadi lumrah dikalangan kita. Enam (6) keberhasilan strategik yang digariskan menjadi teras kepada tindakan-tindakan kita.
Sama-samalah kita menjayakan universiti ini. Kepada Allah SWT kita berharap dan mendoakan agar UKM terus berdiri gagah, cemerlang dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih dan salam saya pada semua Warga UKM, yang dahulu dan semasa. Selamat menyambut ulang tahun ke 45 UKM. Semoga diberkati Allah SWT semuanya.
– Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Tahniah Prof. Dr. Ima NIrwana Soelaiman: 10 Women Scientists for International Women’s Day
Mei 11, 2015 / Tahniah
Tahniah kepada Prof. Dr. Ima NIrwana Soelaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Perubatan UKM, kerana telah terpilih sebagai 10 Women Scientists for International Women’s Day oleh Isu Khas Jurnal Life Sciences, “Women In Science”. Jurnal tersebut diterbitkan oleh Elsevier dan mempunyai faktor impak 2.296 dan kuartil 2 (Q2).
Baca artikel: Spotlighting the research of 10 women scientist
Gabung tiga acara keraian Sempena Ulang Tahun UKM ke-45

11 Mei 2015 (ISNIN) –Sempena Ulang Tahun UKM ke-45, HCTM, PPUKM telah menggabungkan tiga acara keraian iaitu; Perasmian Kerjasama Kesihatan UKM-MSD, Sambutan Hari Parkinson Sedunia peringkat HCTM, PPUKM 2015 dan Sumbangan Komputer kepada sekolah-sekolah. Majlis ini berlangsung di Auditorium PPUKM selepas perhimpunan kakitangan.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM. Turut hadir dalam majlis tersebut wakil CEO MSD En. David Lin Chee Kin, ahli pengurusan MSD, wakil Parkinson Disease Association (MPDA) dan juga wakil-wakil sekolah yang menerima sumbangan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, ucapan En. David Lin Chee Kin wakil CEO MSD, ucapan YBhg. Prof Datin Norlinah, dan seterusnya ucapan Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Antara acara dalam majlis ialah pertukaran Plak Kerjasama Kesihatan UKM-MSD, Penyampaian plak Hari Parkinson Sedunia peringkat HCTM PPUKM, dan gimik penyerahan sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah.
Majlis Kerjasama UKM-MSD merupakan penghargaan kepada MSD kerana sumbangan dan kerjasama yang telah lama dijalinkan dalam menggerakkan aktiviti bersifat pendidikan kesihatan dan masyarakat. Hari Parkinson Sedunia yang jatuh pada tarikh yang sama disambut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap penyakit Parkinson disamping memperkenalkan Kelab Mini Parkinson yang ditubuhkan bersama dengan MPDA. Sumbangan sebanyak 15 buah komputer telah kepada dua buah sekolah turut diselitkan dalam majlis ini.
Karnival Kesihatan Warga Emas dan Keusahawanan Sosial
Mei 5, 2015 / Majlis Rasmi

5 Mei 2015 (SELASA) – Dengan hasrat untuk terus kehadapan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM sentiasa mencari kesempatan merapati komuniti di pinggir dan luar bandar. Terkini, JKM buat pertama kalinya berkolaborasi dengan UKM CESMED (Laureate UKM 2013) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM telah menganjurkan Karnival Kesihatan Warga Emas dan Keusahawanan Sosial.
Bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat UKM Beranang, berbagai aktiviti telah dijalankan dalam karnival setengah hari yang diadakan pada 26 April 2015 lalu. Antaranya sukaneka, sukaneka intergrasi, saringan kesihatan oleh para pelajar Perubatan Tahun 3, pemeriksaan pap smear oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pemeriksaan mata oleh Jabatan Oftalmologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM, pertandingan futsal, mewarna dan melukis, demonstrasi memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih, ceramah-ceramah kesihatan dan keusahawanan, gerai-gerai jualan serta cabutan bertuah. Paling menarik, selain acara persahabatan tarik tali antara penduduk Kampung Batu Rembau dan para pelajar perubatan Tahun 3 yang menjadi tumpuan pengunjung turut dihiburkan oleh artis-artis veteren seperti Qismah Johari, Normah Damanhuri, Jaafar Onn dan lain-lain.
Program ini yang memfokuskan kepada remaja dan warga emas telah berjaya mendekatkan masyarakat dengan UKM bagi tujuan penyaringan tahap kesihatan, peningkatan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan serta merancang penglibatan aktiviti penjagaan kesihatan melalui kerjasama pintar. Hampir 500 orang pengunjung hadir sepanjang karnival ini yang terdiri dari ahli-ahli Persatuan Warga Emas Hulu Langat, Kelab Warga Emas Beranang, Yayasan Artis Veteren Malaysia serta penduduk dan pemimpin-pemimpin masyarakat kampung-kampung Mukim Beranang. Turut sama memeriahkan Pengarah UKM CESMED, Yang Berbahagia Prof. Madya Datin Dr. Shamshubaridah Ramlee, pensyarah-pensyarah dan kakitangan JKM, UKM CESMED dan FSSK.
Karnival dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM, Yang Berbahagia Profesor Dr. Imran Ho Abdullah. Turut hadir, isteri kepada ADUN Semenyih, Datin Hajjah Norsiah Ismail yang kemudiannya merasmikan Trek Senaman Berinfomasi PULAKEM.
Oleh: Rodzaini Sabran, Jabatan Kesihatan Masyarakat
Foto: Unit Fotografi, Jabatan Multimedia Penyiaran
Tahniah Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman: Artikel dalam Utusan Malaysia 27 April 2015
April 27, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovaasi) Pusat Perubatan UKM kerana artikel beliau bertajuk ”Bantu Rawat Osteoporosis” telah dipaparkan dalam Utusan Malaysia hari ini, 27 April 2015.
Tahniah Kepada Pemenang-pemenang Pembentangan ICAMS 2015
April 21, 2015 / Tahniah

Tahniah kepada pelajar-pelajar pascasiswazah and pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya memenangi hadiah pembentangan terbaik dalam International Conference on Advances in Medical Science 2015 yang telah diadakan di Concorde Hotel KL pada 14-16 April 2015.
Young Investigator Award:
Muhammad Fairuz Azmi – Jabatan Anatomi PPUKM
Best Oral Presenter:
Haszianaliza Haslan – Jabatan Anatomi PPUKM
Chin Kok Yong – Jabatan Farmakologi PPUKM
Consolation Prize for Poster Presenter:
Hnin Ei Thu – Jabatan Farmakologi PPUKM
Nurul Izzah Ibrahim – Jabatan Farmakologi PPUKM
Gloria Chong – Jabatan Anatomi PPUKM
Tahniah – Puan Zurina Mohamad Saleh
April 20, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Puan Zurina Mohamad Saleh, Eksekutif Kejururawatan , Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di atas perlantikan sebagai Vice President (Naib President) Komuniti & Media Persatuan Jururawat Malaysia bagi sesi 2015/2018 semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Jururawat Malaysia yang ke 65 di The Grand Riverview Hotel Kota Bharu, Kelantan pada 21-23/3/2015.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
April 8, 2015 / Pemakluman
Kepada pelanggan yang dihargai…
Pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)
Ketika pengumuman Bajet 2014, Kerajaan telah mengesahkan pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang digunakan ketika ini. Mengikut Akta Cukai Barangan & Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014), di mana cukai ini akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.
Seperti yang diketahui umum, GSt merupakan cukai pengunaan barangan & perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pengguna. Cukai ini hanya boleh dikenakan kepada perniagaan yang telah mendaftar untuk GST di Malaysia. PPUKM juga tertakluk sebagai salah satu organisasi yang didaftarkan di bawah GST, di mana kami perlu melaksanakan cukai baru ini bermula 1 April 2015.
Ini juga bermakna PPUKM akan mengenakan GST terhadap semua perkhidmatan perawatan pesakit yang diberikan melalui invois cukai mengandungi kadar cukai GSt tertentu. Selaras dengan peruntukan Akta GST 2014, secara umumnya, sebahagian besar daripada perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada GST pada kadar 6%.
Kenapa PPUKM mengenakan GST …..
SECARA ASASNYA……
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg Hospital Kerajaan adalah perkhidmatan di luar skop GST yang membawa maksud Tiada GST dikenakan atas perkhidmatan tersebut.
MANAKALA……
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg Hospital Swasta yang berlesen atau berdaftar adalah perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.
WALAUBAGAIMANAPUN……
Bagi Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg PPUKM yang tidak berada sama ada di luar skop GST ataupun dikecualikan GST kerana status PPUKM sebagai hospital pengajar. Ini menyebabkan PPUKM tidak mendapat apa-apa pengecualian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan perlu mengenakan GST sebanyak 6% kepada perkhidmatan yang diberikan.
KESIMPULANNYA,
Semua perkhidmatan yang diberikan oleh PPUKM seperti rawatan pesakit luar/dalam, ubat-ubatan, ujian makmal, perundingan, pembelian alat sokongan perubatan, caj wad atau mana-mana yang berkaiatan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan kepada pelanggan PPUKM akan dikenakan GST sebanyak 6%.
Tarikh Kuatkuasa …..
01 APRIL 2015
MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN…..
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan GST di PPUKM boleh juga diperolehi di laman sesawang PPUKM di https://www.ppukm.ukm.my atau jika anda memerlukan penjelasan sila hubungi kami melalui:-
Email : ugst.jkew@ppukm.ukm.edu.my
Talian HOTLINE : 03-91455137
Tahniah – Puan Sarah Anne Robert
April 7, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Puan Sarah Anne Robert Pegawai Farmasi Klinikal PPUKM dan pelajar doktor falsafah di bawah Unit Endokrin, Jabatan Perubatan UKM di atas kejayaan memenangi “2015 Presidential Poster Award ” di persidangan 97th Endocrine Society Annual Meeting di San Diego, USA pada 5-8 Mac 2015.
Persidangan tersebut telah dihadiri oleh 18 000 peserta terdiri daripada ahli sains dan pegawai perubatan dari seluruh dunia. Penyelidikan beliau bertajuk “Prandial Downregulation of Ghrelin, GLP-1 and Insulin Levels in Obese Individuals with Binge Eating Behaviour”.
Tahniah – Prof. Madya Dr. Norzana Abd Ghafar
April 2, 2015 / Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norzana Abd Ghafar, Jabatan Anatomi , PPUKM di atas kejayaan memenangi Most Excellent Oral presentation on the paper entitled ” In vitro characterization of corneal cells: a step towards bioengineered cornea” di persidangan 2nd International Conference on Chemical and Biological Sciences (ICCBS 2015), Florence, Italy pada 19-20 Mac 2015.
Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015
April 2, 2015 / Majlis Rasmi
Hari Buah Pinggang Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan buah pinggang untuk kesihatan kita secara keseluruhan dan untuk mengurangkan kekerapan dan kesan penyakit buah pinggang serta masalah kesihatan yang berkaitan.
Pada 1 April 2015, Unit Nefrologi Jabatan Perubatan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015 untuk memberi pendedahan kepentingan buah pinggang kepada pelawat and orang awam yang hadir. Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang yang diadakan di Lobi Utama PPUKM telah dihadiri oleh kakitangan PPUKM, orang awam dan pesakit yang mendapatkan rawatan. Ucapan perasmian disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Jaafar Md Zain selaku wakil Dekan Fakulti dan Pengarah PPUKM.
Antara program yang dianjurkan sempena sambutan tersebut ialah pemeriksaan tekanan darah and gula percuma, perkongsian pengalaman pesakit buah pinggang, khidmat runding doktor dan pakar buah pinggang. Sambutan yang bertemakan “ Hari Buah Pinggang Sedunia 2015”, air botol mineral percuma akan diagihkan kepada 100 peserta pertama yang mendaftar.
Tahniah – Juru X-Ray Jabatan Radiologi
Mac 31, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada En. Mazli Bin Mohamad Zin di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Juru X-Ray Malaysia (Malaysian Society of Radiographers) dan juga kepada En. Mohamad Norman Mohd Nordin di atas pelantikan sebagai Exco Persatuan Juru X-RayMalaysia bagi sesi 2015/2016. Kedua-dua kakitangan tersebut merupakan juru X-Ray Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.
Tahniah diucapkan.
Lawatan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh

Pada 26 Mac 2015, Pusat Perubatan UKM telah menerima kunjungan pengetua-pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) dari seluruh Malaysia. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada program UKM dan turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof. Datin Dr. Norizan Abd Razak, kakitangan PKK dan pelajar-pelajar fakulti yang dipilih. Kehadiran pengetua-pengetua SBP telah disambut mesra oleh wakil pengurusan PPUKM Prof. Dr. Sharifah Ezat Wan Puteh, Timbalan Pengarah UMBI Prof Dato’ Dr Wan Zurinah Wan Ngah dan Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid, Ketua ASSC.
Lawatan Akademik Universiti Sheffield
Mac 26, 2015 / Majlis Rasmi
Pada 23 Mac 2015 yang lalu, Pusat Perubatan UKM menerima kunjungan wakil daripada Universiti Sheffield, Prof. Peter Monk. Objektif lawatan tersebut adalah untuk melihat program-program berkaitan dengan penyelidikan, pertukaran pelajar, kursus yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak. Lawatan yang berlangsung selama 3 jam di Sukmaria, PPUKM ini banyak memberi input yang bermanfaat untuk kedua-dua belah pihak. Selain jemputan dari Fakulti Perubatan, turut hadir ialah wakil dari Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, dan Fakulti Sains Kesihatan.
Pembentangan hasil kajian di Sesi Sepetang Warga Penyelidik bersama Naib Canselor
Mac 23, 2015 / Majlis Rasmi
Pada 16 Mac 2015 yang lepas, satu ‘Sesi Sepetang Warga Penyelidik bersama Naib Canselor: Pembentangan Projek Penyelidikan’ telah diadakan di Hotel Puri Pujangga, Bangi. Prof Madya Dr Chua Kien Hui dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan UKM telah hadir ke sesi tersebut dan membentangkan hasil penemuan beliau mengenai kesihatan tulang dan cara untuk mengelakkan penyakit tulang osteoporosis melalui rawatan bersandarkan kepada minyak kelapa sawit. Majlis dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti Prof Datuk Ahmad Tasir bin Lope Pihie, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof Dato Dr Mazlin Mokhtar (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Dr Imran Ho Abdullah (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat).
Berita selanjutnya di UKM News Portal: Gesaan Penyelidikan Pelbagai Disiplin Ditingkatkan
Majlis Meraikan Pesara 2014 PPUKM
Mac 13, 2015 / Majlis Rasmi
Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Meraikan Pesara 2014 PPUKM pada 27 Februari 2015 bertempat di Galeri PPUKM. Majlis ini diadakan untuk mengenang jasa kakitangan yang telah bersara dalam perkhidmatan di PPUKM. Pada tahun 2014, seramai 36 orang kakitangan yang telah menamatkan tugas di PPUKM secara rasmi sama ada bersara wajib atau pilihan.
Tahniah Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman: Artikel dalam Berita Harian 7 Mac 2015
Mac 12, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovaasi) Pusat Perubatan UKM kerana artikel berkenaan penyelidikan beliau “Sawit mamapu merawat penyakit tulang rapuh” terdapat dalam Berita Harian hari ini, 7 Mac 2015.
Lawatan Universitas Malahayati Lampong Indonesia
Mac 4, 2015 / Majlis Rasmi
Pada 11 Mac 2015 (Rabu), PPUKM dan UNU-IIGH telah menerima kunjungan lawatan dari Universitas Malahayati Lampong Indonesia. Seramai 85 orang pelajar sarjana fakulti perubatan dan 2 orang pensyarah pengiring tiba di PPUKM seawal jam 9.00 pagi dan disambut mesra oleh kakitangan Jabatan Perhubungan Awam PPUKM dan UNU-IIGH. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenali UNU-IIGH dan PPUKM secara lebih dekat disamping memberi pendedahan pelajar sarjana mereka menganai perkhdmatan kesihatan di Malaysia.
Tahniah – Dr. Chin Kok Yong
Mac 3, 2015 / Tahniah
Iklan Lantikan Dan Kenaikan Pangkat di PPUKM Mac 2015
Adalah dimaklumkan permohonan lantikan tetap dan kenaikan pangkat sedang dibuka. Kakitangan yang berminat boleh rujuk maklumat seperti di bawah:-
Lantikan
1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
Kenaikan Pangkat
1. Pegawai Tadbir N48
2. Pegawai Tadbir N44
CARA MEMOHON
Bagi jawatan lantikan tetap , pemohon perlu membuat permohonan di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan Bagi Kenaikan Pangkat , pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Iklan : 16 MAC 2015 (ISNIN)
Kempen Derma Buku, Komputer, dan Bahan Pusat Sumber
Mac 2, 2015 / Pemakluman
5th International Public Health Conference
Februari 26, 2015 / Pemakluman
Jabatan Kesihatan Masyarakat akan mengadakan persidangan ‘5th International Public Health’‘. Maklumat persidangan adalah seperti berikut:
Tajuk : Enhancing Transdisciplinary Approach In Advancing Public Health Agenda
Tarikh:
– 25 Ogos 2015 (Pre Conference Workshop)
– 26 & 27 Ogos 2015 (Conference)
Tempat: Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur MALAYSIA.
Kursus Intensif Pasca Siswazah Ortopedik 2015
Februari 25, 2015 / Pemakluman
Kursus:21st NATIONAL POSTGRADUATE ORTHOPAEDICS INTENSIVE COURSE 2015
Tarikh: 02-05 Mac 2015
Masa: 8.00 am – 5.00 pm
Tempat: Aras 2, Bangunan Pra-Klinikal , PPUKM
Anjuran : Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM
Tentatif program: TENTATIVE 2015
BENGKEL ‘BASIC IMMUNOHISTOCHEMISTRY (IHC) & FLUORESCENCE IN-SITU HYBRIDIZATION (FISH) WORKSHOP: APPLICATION ON FORMALIN-FIXED PARAFFIN-EMBEDDED (FFPE) TISSUE’
Februari 25, 2015 / Pemakluman
Jabatan Patologi Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan satu bengkel mengenai IHC & FISH. Butiran bengkel adalah seperti berikut:
Tajuk: BASIC IMMUNOHISTOCHEMISTRY (IHC) & FLUORESCENCE IN-SITU HYBRIDIZATION (FISH) WORKSHOP: APPLICATION ON FORMALIN-FIXED PARAFFIN-EMBEDDED (FFPE) TISSUE
Tarikh: 15 – 16 April 2015 (Rabu dan Khamis)
Tempat: Jabatan Patologi, Blok Pra Klinikal, PPUKM
Borang Permohonan: REGISTRATION FORM – IHC FISH WORKSHOP 2015
Untuk maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah.
BENGKEL ‘2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCES IN MEDICAL SCIENCE (ICAMS 2015)’
Februari 25, 2015 / Pemakluman
Tahniah Prof (K) Dr. Nordiah Awang Jalil
Januari 27, 2015 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof (K) Dr. Nordiah Awang Jalil, ketua Unit Kawalan Infeksi kerana telah dipilih sebagai seorang ahli dalam Guidelines Development Group for the WHO Guidelines for the prevention of Surgical Site Infection (SSI). Perjumpaan tersebut akan diadakan di Geneva WHO Headquarters pada 11-13 Februari 2015. Beliau juga telah dijemput untuk menyertai The 5th World Healthcare-associated Infections Forum di Perancis pada 14-16 Jun 2015. Seterusnya, beliau dijemput sebagai penceramah di 3rd International Conference on Prevention & Infection Control yang akan diadakan di Genava, Switzerland pada 16-19 Jun 2015.
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana kepakaran beliau diiktiraf diperingkat antarabangsa. Semoga beliau terus aktif menyumbangkan kepakaran beliau dan sekaligus melakar nama PPUKM diperingkat antarabangsa.
Syarahan Perdana Profesor oleh YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman
Januari 21, 2015 / Pemakluman
Adalah dimaklumkan Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan Syarahan Perdana Profesor pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium, PPUKM. Syarahan yang bertajuk Tokotrienol : Vitamin E Sawit untuk Merawat Osteoporosis akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Innovasi).
Semua kakitangan dijemput hadir.
Iklan Jawatan Kosong PPUKM Januari 2015
Januari 12, 2015 / Pemakluman
Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1) Pegawai Sains C41(Bidang Fizik)
2) Pegawai Psikologi S41
3) Juru X-Ray U41/42 (Bidang Radioterapi)
4) Pegawai Dietetik U41
5) Pegawai Perubatan UD43/UD47/UD51/UD53
6) Pegawai Pemulihan Perubatan U41(Pertuturan)
7) Jurupulih Perubatan U29 (Cara Kerja)
8) Juruteknologi Makmal Perubatan U29
9) Jururawat U29
10) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
11) Penerbit Rancangan B27
12) Pembantu Akauntan W17
13) Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
14) Juruteknik Perubatan U19
15) Pembantu Keselamatan KP17
1) Jururawat U42
2) Juruteknologi Makmal Perubatan U38
3) Penolong Pegawai Perubatan U36
4) Penolong Pegawai Farmasi U36
5) Juruteknologi Makmal Perubatan U32
6) Penolong Pegawai Tadbir N32
7) Pembantu Tadbir (P/O) N26
8) Pembantu Pembedahan Pergigian U22
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Syarat – syarat kenaikan pangkat boleh dilihat di sini.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua
Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1,
Kompleks Pendidikan Perubatan,
Canselor Tuanku Ja’afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Iklan : 26 JANUARI 2015 (ISNIN)
TAHUN 2024
Majlis Perasmian Sunathon 2014
Disember 8, 2014 / Majlis Rasmi

Satu Majlis perasmian program Sunathon telah diadakan di Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM pada hari Sabtu, 6 Disember 2014 yang lepas. Program ini merupakan aktiviti berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan secara tahunan oleh Unit Neurologi, Jabatan Surgeri.
Seramai 54 orang kanak-kanak telah berdaftar sebelum menghadiri program ini terdiri daripada anak-anak kakitangan dan anak-anak yatim. Majlis dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, YBhg. Prof. Dr. Zainul Rashid bin Mohd Razi . Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat mengenai prosedur berkhatan disampaikan oleh pegawai perubatan, Dr.Ahmad Tarmizi. Selain prosedur berkhatan, Dr. Ahmad Tarmiziz turut menerangkan cara penggunaan kit selepas berkhatan yang mengandungi risalah dan alat-alat cuci luka untuk kemudahan peserta membersihkan luka di rumah.
Antara acara dalam majlis ini ialah persembahan silat Persatuan Silat Cengkaman Harimau Al-Najihin, penyampaian cenderamata, perarakan peserta dan diiringan kumpulan kompang dan ibubapa. Aktiviti berkhatan dijalankan di Klinik Surgeri berhampiran dengan Lobi Utama.
Persidangan ‘2nd biennial AsiaEngage Regional’ di Bali, Indonesia
Disember 4, 2014 / Majlis Rasmi
Pada 17 – 20 November yang lalu, persidangan ‘2nd biennial AsiaEngage Regional’ telah dihadiri lebih kurang 400 kakitangan akademik seluruh Asia and Australia.
YBhg. Prof. Dr. Noor Azah Abd. Aziz, Ketua HEJIM PPUKM telah dijemput menjadi salah seorang panel dalam sidang yang bertajuk ‘Knowledge Driven – Community Engagement’ dan juga membentangkan hasil menuskript yang bertajuk ‘Changing the Paradigm in Engaging Academicians In a Teaching Hospital to be Community Engaged Using A Three-Stage Approach: A Retrospective Analysis’.
Persidangan yang berlangsung selama 4 hari di Bali, Indonesia merupakan kolaborasi bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia and Universitas Indonesia. Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) dan disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), AsiaEngage telah menjadi jenama bagi penglibatan industri komuniti serantau.
Tahniah -Anugerah ‘Fellowship of the Royal Collage of Surgeons of Edinburgh’
Disember 2, 2014 / Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya. Datuk Dr. Ismail Sagap (Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi), Prof. Madya. Dr. Razman Jarmin (Jabatan Surgeri), dan Prof. Madya. Sabarul Afian Mokhtar (Jabatan Ortopedik & Traumatologi) atas penganugerahan Fellowship of the Royal Collage of Surgeons of Edinburgh pada 14 November 2014 yang lepas.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Tahniah – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Balwant Singh Gendeh
Disember 2, 2014 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Balwant Singh Gendeh, Jabatan Otorinolaringologi, PPUKM yang menerima Anugerah Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang(DSAP) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Ke-84 pada 28 Oktober 2014.
Prof Madya Ho Siew Eng memberi ceramah di Universiti Sains Perubatan Shiga (SUMS) Jepun
November 27, 2014 / Majlis Rasmi
Pada 14 Novermber 2014 yang lepas, Prof Madya Ho Siew Eng, Ketua Jabatan Kejururawatan, telah dijemput untuk memberi syarahan bertajuk “Nursing Care and Education in Malaysia” di Universiti Sains Perubatan Shiga (SUMS) Jepun . Jemputan ini merupakan satu jaringan dan kolaborasi yang baik antara Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Sains Perubatan Shiga (SUMS).
Golf Amal Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM
November 24, 2014 / Majlis Rasmi
BANGI, 22 November 2014 –Hampir 80 orang peminat golf yang terdiri daripada pemberi sumbangan, kakitangan UKM, wakil syarikat dan badan korporat telah berhimpun seawal 6.30 pagi di Bangi Golf Resort untuk menyertai Pertandingan Golf Amal Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM ini.
Seperti tahun-tahun lepas, Pertandingan Golf Amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung kebajikan Pesakit PPUKM bagi membantu golongan pesakit miskin yang kurang bernasib baik. Sejak tertubuhnya tabung ini pada tahun 2000, lebih 2,000 orang pesakit miskin dan yang kurang berkemampuan telah menerima manfaat ini. Dianggarkan RM6 juta telah diagihkan bagi membiayai kos-kos rawatan, ubat-ubatan dan pemulihan.
Pada tahun ini, dianggarkan kutipan kasar sumbangan tunai yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM74,000 tidak termasuk sumbangan berbentuk barangan. Antara badan dan syarikat korporat yang terbanyak memberikan sumbangan ialah UKM Kesihatan Sdn Bhd, Time Network Sdn Bhd, Zecon Medicare Sdn Bhd, Darul Ehsan Medical Centre, Bank Rakyat Cawangan KL, Celcom, International Medical University, syarikat bank, syarikat pembekal, dan individu perseorangan.
Penganjur berharap aktiviti ini dapat membantu meningkatkan dana tabung pesakit, mengeratkan hubungan PPUKM dengan penyumbang-penyumbang yang prihatin dan sekaligus memberi peluang kepada badan-badan dan syarikat korporat menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sememangnya amat diperlukan dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti dan masyarakat.
Tahniah – Anugerah “The Outstanding Contributions Award” kepada Penyelidik Pusat Perubatan UKM dari Jabatan Psikiatri dan Jabatan Anatomi
November 20, 2014 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah “The Outstanding Contributions Award” oleh ASEAN Federation of Psychiatry and Mental Health (AFPMH) dan The Philippines Psychiatric Association (PPA) di atas sumbangan cemerlang para penyelidik dan pensyarah dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memartabatkan pencapaian indeksasi ASEAN Journal of Psychiatry dari 2008 – 2014 ke tahap gemilang iaitu Profesor Hatta Sidi (Jabatan Psikiatri), Profesor Marhani Midin (Jabatan Psikiatri), Profesor Srijit Das (Jabatan Anatomi), Profesor Madya Nik Ruzyanei Nik Jaafar (Jabatan Psikiatri) dan Dr Hazli Zakaria (Jabatan Psikiatri) bertempat di Hotel Radissan Blu, Cebu Philippines pada 13 – 15 November 2014 lepas.
Tahniah – Prof. Dato’ Dr Syed Mohamed Aljunid
November 11, 2014 / Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Syed Mohamed Al-Junid dan kumpulan penyelidik di Pusat Casemix dan Pengkodan Klinikal UKM (ITCC) kerana telah memenangi Pembentang Poster Terbaik dalam Persidangan 30th Patient Classification System International Casemix Conference (PCSI) yang berlangsung di Doha Qatar dari 20-23 Oktober 2014. Persidangan ini disertai lebih dari 250 orang peserta dari 30 buah negara.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Tahniah – Prof. Madya Dr. Azmi dan pelajar
November 11, 2014 / Tahniah

Tahniah dan syabas diucapkan.
Majlis Penamaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Oktober 16, 2014 / Majlis Rasmi

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah Canselor UKM dan telah hadir di upacara itu.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang membuat pengumuman itu di majlis Penamaannya hari ini berkata ia menjadikannya satu-satunya hospital pengajar yang diberi nama Di-Raja. Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang perubatan seperti pembedahan dan rawatan yang terkini serta memperkenalkan kaedah rawatan terbaru dalam kejuruteraan tisu.
Antara kejayaan yang telah mendapat perhatian adalah pembedahan otak secara sedar oleh pakar dari unit Neurologinya, kaedah terbaru rawatan kecederaan kulit dengan menghasilkan kulit gentian dan suatu lagi pembedahan otak untuk merawat penyakit Parkinson menggunakan kaedah brain stimulation.
Keadah ini dapat meredakan simpton pesakit Parkinson dengan ketara serta mengurangkan pergantungan pesakit kepada ubat.
Turut hadir di majlis itu adalah Pro Canselor UKM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof Emeritus Dato’ Dr Mohamad Zawawi Ismail serta Pegawai-Pegawai Kanan UKM dan pelajar.
Oleh Shahfizal Musa
Foto Shahiddan Saidi
Tahniah – Prof. Dr.Srijit Das
5 Oktober 2014 / Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr.Srijit Das, Jabatan Anatomi Pusat Perubatan UKM di atas kejayaan beliau mendapat pengiktirafan sebagai “Penyelidik Terbaik” dalam 2nd Faculty Branding Awards 2014 pada 9 Ogos 2014 di Kolkata, India.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Tahniah – Prof. Dr. Noor Hassim Ismail
5 Oktober 2014 / Tahniah

MINGGU MESRA MAHASISWA
5 Oktober 2014 / Pemakluman

Berlampir adalah aturcara Minggu Mesra Mahasiswa.
1) Kata-kata Aluan Pengerusi Minggu Mesra Mahasiswa
2) Aturcara Minggu Mesra Mahasiswa
3) Tentatif Program



















































































































































































































