Tahniah – Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

12 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dan Anugerah Emas 5 bintang di Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 yang telah diadakan pada 5-7 November 2019 di Sunway Piramid Convention Centre.

Kejayaan ini telah melayakkan kumpulan Sinaran untuk mewakili Malaysia ke International Convention On Quality Control Circle 2020 yang akan diadakan pada 27-30 Oktober 2020 di Pan Pacific Sanargaon Hotel, Dhaka, Bangladesh.

Manakala, Encik Mohamad Norman Mohd. Nordin telah di anugerahkan “Anugerah Fasilitator Cemerlang” di Annual Productivity & Innovation Conference 2019.

Konferens tahunan kebangsaan tahun 2019 ini telah disertai oleh 300 team dari 126 organisasi yang melibatkan lebih dari 2000 org peserta dari seluruh Negara. Kejayaan ini juga membuktikan UKM sentiasa meneruskan usaha dalam aktiviti kualiti dan menjadi universiti terunggul dalam menghasilkan projek-projek berimpak tinggi yang berjaya diketengahkan di peringkat antarabangsa buat kali ke-11 berturut-turut.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Tahniah – Dr. Ng Beng Kwang, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM

7 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada Dr. Ng Beng Kwang, Pensyarah Perubatan DU53, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM yang telah menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2019 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sempena sambutan Hari Integriti yang diadakan di Dewan Za`ba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5, Putrajaya. Dr. Ng Beng Kwang adalah antara 9 orang penerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang tahun ini dari seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas penganugerahan ini.

Pihak Pengurusan HCTM
7 November 2019

Tahniah – YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM

4 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM yang telah menerima anugerah “ASEAN PRIZE 2019” sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha dalam Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35 dihadiri oleh kesemua 10 pemimpin negara anggota ASEAN di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, Bangkok, Thailand pada 3 November 2019.

“ASEAN PRIZE 2019” adalah anugerah berprestij di rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Tan Sri Dr. Jemilah merupakan penerima kedua sejak anugerah berkenaan diperkenalkan pada tahun lepas, sekaligus menjadi penerima anugerah pertama dari Malaysia. Tan Sri Dr. Jemilah dipilih berdasarkan peranan beliau dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN. Beliau menerima trofi ASEAN PRIZE berserta wang tunai USD 20,000.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas penganugerahan ini.

Pihak Pengurusan HCTM
4 November 2019

Tahniah – Dr. Hanita Othman, penerima Anugerah Akreditasi Kebangsaan 2018

21 Oct 2019

TAHNIAH diucapkan kepada DR. HANITA OTHMAN, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang telah menerima ANUGERAH AKREDITASI KEBANGSAAN 2018 daripada Standards Malaysia pada 19 Oktober 2019 di Kota Kinabalu, Sabah. Ia disampaikan sempena Hari Terbuka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI Day). Anugerah ini adalah sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan dalam aktiviti akreditasi Negara sepanjang tahun 2018.

 

 

 

Tahniah – Profesor Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid

9 Aug 2019

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid atas pelantikan sebagai Presiden Asian Surgical Association bagi tahun 2019-2021 menggantikan Prof. Tadatoshi Takayama dari Jepun. Asian Surgical Association diasaskan di Hong Kong pada tahun 1968 oleh Prof. Tan Sri Guan Bee Ong bagi meningkatkan kolaborasi pakar-pakar bedah di Asia dan mengembangkan ilmu pembedahan.

YBhg. Prof. Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid merupakan:

  • pakar perunding pembedahan dibidang pembedahan vaskular.
  • Mantan Presiden College of Surgeons Malaysia, Penasihat Antarabangsa Royal College of Surgeons of Edinburgh dan juga terpilih menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dalam pemilihan pada 27 Julai 2019.
  • rakyat Malaysia yang pertama dianugerahkan Felo Kehormat dari College of Surgeons of Indonesia.

Fellowship tersebut merupakan anugerah fellowship ke sembilan beliau daripada institusi pembedahan ternama dan antarabangsa.

Tahniah – Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) terpilih menganggotai Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

31 Jul 2019

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang telah terpilih menganggotai Majlis Perubatan Malaysia (MMC). MMC merupakan suatu badan korporat yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Perubatan 1971 bertujuan memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta secara adil dan berkesan. Antara fungsi penting MMC ialah mengawalselia pendaftaran Pengamal Perubatan di Malaysia yang dianggarkan seramai 46,000 orang.

Dilampirkan deklarasi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 28 Julai 2019 hasil keputusan pengundian bagi pemilihan Ahli Majlis Perubatan Malaysia yang telah diadakan pada 27 Julai 2019.

Pengurusan HCTM
30 Julai 2019

Lampiran: RESULTS OF THE ELECTION FOR MEMBERS OF THE MMC TO REPRESENT PENINSULAR MALAYSIA

1 2 3 13

Search

+
Font Resize
Contrast