Bengkel Penyediaan HIRARC Jabatan HCTM Siri 1/2023
Susulan kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) yang telah diadakan pada 10 & 11 Januari 2023 yang lepas, Seksyen Keselamatan UKKP telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Penyediaan HIRARC Jabatan HCTM bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kakitangan dalam menyediakan dokumen HIRARC.
Bengkel ini dilaksanakan secara berperingkat dengan mensasarkan penyertaan dari kalangan Pegawai Insiden di HCTM. Siri pertama bengkel ini telah diadakan di Makmal Terabyte, Blok Pendidikan HCTM pada 3 Ogos 2023 dan disertai seramai 35 orang Pegawai Insiden. Pengisian utama bengkel ini adalah latihan secara hands-on kepada Pegawai Insiden berkaitan penyediaan dokumen HIRARC lokasi kerja masing-masing.






























































