Jemputan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026 HCTM

Seluruh warga UKM adalah dijemput untuk menyertai Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026 dengan tema “Keselamatan diperkasa, Kesihatan Terpelihara, Persekitaran Lestari”.
Berikut adalah butiran program:
-
Tarikh: 12 – 13 Ogos 2026 (Rabu & Khamis)
-
Masa: 8:30 Pagi – 4:30 Petang
-
Tempat: Auditorium, HCTM
-
Keistimewaan: 4 Mata CPD (Diluluskan oleh MMA)
Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad. Imbas kod QR pada poster di atas atau hubungi pihak UKKP untuk pendaftaran segera.
Sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan amalan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja demi kesejahteraan bersama.



























