Pengurusan krisis dan bencana memerlukan pengendalian yang komprehensif serta melibatkan sumber, peralatan, kecekapan dan tenaga manusia yang lebih meluas dari pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan di mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka panjang. Impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya kepada mereka yang berisiko ditimpa bencana boleh dikurangkan dengan menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti.

Sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), keperluan penyediaan buku ini adalah amat penting sebagai garis panduan warga kerja Hospital Canselor Tuanku Muhriz dalam membuat persediaan sekiranya berlaku bencana di bawah pengendalian hospital. Seiring dengan pengemaskinian semula buku ini, pelbagai maklumat tambahan turut dimuatkan untuk rujukan warga kerja hospital.

Pelan Bencana Dalaman HCTM Edisi Ketiga 2022