Infografik : Kenali Hazard di Tempat Kerja
Hazard yang tidak dikenal pasti berpotensi menyebabkan kemalangan, kecederaan, penyakit pekerjaan serta menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Sehubungan itu, setiap warga kerja disarankan untuk sentiasa:
- Mengenal pasti hazard di persekitaran kerja;
- Menilai risiko yang wujud;
- Mengambil langkah kawalan yang bersesuaian; dan
- Mematuhi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan kerja yang selamat kerana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah Tanggungjawab Bersama.
Infografik disediakan oleh : Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)



















