Program Pemerkasaan Pegawai Insiden 2025: “Memperkasa Potensi, Memantapkan Tindakan”
Program Pemerkasaan Pegawai Insiden 2025: “Memperkasa Potensi, Memantapkan Tindakan” telah diadakan pada 25 September 2025 di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kompetensi Pegawai Insiden dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), termasuk kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, insiden agresif (Kod Grey) dan keselamatan kebakaran. Seramai 80 orang peserta daripada pelbagai jabatan telah menyertai program ini. Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh kesiapsiagaan Pegawai Insiden dalam menyokong persekitaran kerja yang lebih selamat di HCTM.







































