Pemeriksaan dan Penggredan Makanan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

22 Feb 2023 2023, Berita

Pada 31 Januari dan 1 Februari 2023, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari UKKP bersama Jawatankuasa Pemantauan dan Keselamatan Makanan HCTM telah melakukan pemeriksaan premis makanan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Sebanyak 13 premis makanan yang terdiri daripada kafeteria, dapur hospital, kiosk makanan dan Taska HCTM telah diperiksa.

Pada 22 Februari 2023, sebagai kesinambungan daripada aktiviti pemeriksaan premis makanan yang telah dijalankan, kesemua premis yang diperiksa telah diberikan penarafan gred kebersihan dan keselamatan premis makanan oleh pihak UKKP.

Melalui aktiviti pemantauan yang berterusan disamping penarafan gred kebersihan yang telah diberikan, diharap dapat meningkatkan perkhidmatan dan servis makanan yang diberikan kepada warga HCTM dan para pelawat.

 

 

 

Lawatan Pemeriksaan Tempat Kerja, HIRARC dan Pemeriksaan Kualiti Udara Dalaman ke Bahagian Kenderaan KKL

15 Feb 2023 2023, Berita

Pihak UKKP telah menjalankan lawatan pemeriksaan tempat kerja, HIRARC dan pemeriksaan kualiti udara dalaman (Indoor Air Quality, IAQ) ke Bahagian Kenderaan KKL pada 15 Februari 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti hazad-hazad di tempat kerja, memastikan tempat kerja berada dalam keadaan sihat dan selamat dan mengukur kualiti udara dalaman di tempat kerja, selain membimbing Pegawai Insiden di situ untuk melakukan HIRARC di tempat kerja. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat, seterusnya sesi pemeriksaan tempat kerja dan sesi memberi maklum balas kepada kakitangan yang terlibat.

 

Kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)

11 Jan 2023 2023, Berita

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menganjurkan satu Kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC) pada 10 & 11 Januari 2023 di Auditorium HCTM. Kursus ini telah dihadiri oleh para Pegawai Insiden yang telah dilantik. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memperkenal para Pegawai Insiden dengan HIRARC dan kaedah untuk melakukan HIRARC di tempat kerja masing-masing, agar tempat kerja kita di HCTM sihat dan selamat.

Oleh kerana bilangan Pegawai Insiden yang banyak, mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan hadir sama ada pada 10 atau 11 Januari 2023. Kursus ini dimulakan dengan sesi pembelajaran tentang HIRARC yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Ismail, Pakar Kesihatan Masyarakat dan Pensyarah Perubatan Kesihatan Pekerjaan UKM. Sesi petang pula merupakan sesi latihan untuk para Pegawai Insiden membuat HIRARC dan mengisi templat HIRARC yang disediakan.

 

Lawatan UKKP ke Fasiliti Pemulihan Sisa Berjadual, Riyaland Sdn Bhd 2022

28 Dec 2022 2022, Berita

Pada 20 Disember 2022, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menjalankan lawatan ke Riyaland Sdn Bhd, Ulu Yam. Riyaland Sdn Bhd merupakan sebuah fasiliti pemulihan sisa berjadual yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memperkasakan pengurusan bahan buangan sisa berjadual di HCTM. Melalui aktiviti ini, anggota UKKP telah diberikan pendedahan yang menyeluruh terhadap proses pemulihan sisa berjadual yang dijalankan di Riyaland Sdn Bhd, seperti pemulihan sisa minyak dan pemulihan sisa pelarut.

Lawatan ini dimulakan dengan taklimat dan penerangan secara teori berkenaan fasiliti di Riyaland Sdn Bhd oleh wakil pengurusan sebelum dibawa melawat ke fasiliti pemulihan sisa berjadual. Lawatan ini diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada wakil Riyaland Sdn Bhd.

Program Pengukuhan Pengurusan Hospital Dan Pengurusan Kakitangan Pesakit Covid-19 Di HCTM: Ke Fasa Endemik (TEGUH).

17 Oct 2022 2022, Berita

UKKP dengan kerjasama Jabatan Kewangan dan Unit Latihan Jabatan Sumber Manusia HCTM telah menganjurkan Program Pengukuhan Pengurusan Hospital dan Pengurusan Kakitangan Pesakit COVID-19 di HCTM: Ke Fasa Endemik (TEGUH) bertempat di Hotel Avillion Resort, Port Dickson.

Program TEGUH ini telah berlansung pada 2 – 4 Oktober 2022 dan disertai seramai 89 orang kakitangan yang terdiri dari kumpulan pengurusan tertinggi HCTM, Ketua-ketua Jabatan serta Personal In Charge (PIC) COVID-19 yang telah dilantik.

Objektif utama TEGUH adalah untuk membangunkan polisi, SOP dan tata amalan dalam mengendalikan operasi hospital dan kes COVID-19 di HCTM bagi persediaan ke arah endemik sepenuhnya.

Taklimat Notifikasi Penyakit Berjangkit Dan Sistem Maklumat Tibi (TBIS)

12 Sep 2022 2022, Berita

Satu taklimat berkaitan notifikasi penyakit berjangkit serta Sistem Maklumat TIBI (TBIS) telah diadakan di Dewan Kuliah ASSC pada 12 September 2022. Taklimat telah disampaikan oleh pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Cheras (PKC), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diketuai oleh Dr. Mohd Fadhli bin Mohd Fauzy (Pegawai Kesihatan Cheras). Pada majlis tersebut juga, pihak PKC telah menyerahkan Buku Manual TBIS (semakan 2018) kepada wakil UKKP, Dr. Nora Aini untuk rujukan kakitangan HCTM. Selain itu, pameran borang-borang notifikasi dan kaunter khidmat nasihat mengenai pengisian e-notifikasi dan e-Covid turut disediakan kepada para peserta program.

Audit Penguatkuasaan USECHH oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DOSH WPKL)

9 Aug 2022 2022, Berita

Pihak DOSH WPKL telah mengadakan audit pematuhan kepada Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP), 1994, ke HCTM pada 8 Ogos 2022. Audit ini bertujuan untuk melihat tahap pematuhan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) di bawah AKKP 1994. Ia bertujuan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

Program ini dimulakan dengan Kata Aluan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan HCTM, Prof. Madya Dr. Hanita Othman, dan Taklimat dari pihak DOSH WPKL. Lawatan audit telah diadakan di makmal-makmal di JPMD dan di Stor Pelupusan Sisa Kimia Terjadual. Majlis telah ditutup dengan sesi maklumbalas audit oleh pihak penguatkuasa DOSH WPKL.

Bengkel Keselamatan Tempat Kerja – Dapur Utama

2 Aug 2022 2022, Berita

Pihak UKKP telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan HCTM untuk memberikan ceramah dan menjadi fasilitator kepada Bengkel Keselamatan Tempat Kerja – Dapur Utama pada 1 Ogos 2022. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada kakitangan yang terlibat dengan Dapur Utama HCTM tentang bahaya-bahaya di dapur dan bagaimana kita dapat mencegah dan mengawal risiko bahaya tersebut.

 

Taklimat Libat Urus Sistem Pengurusan Insiden Bersepadu Di Portal eNsiden

2 Aug 2022 2022, Berita

Pihak UKKP dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat KKL telah menganjurkan satu sesi ‘Libat Urus Sistem Pengurusan Insiden Bersepadu’ pada 27 dan 28 Julai 2022, untuk membantu Pegawai-Pegawai Insiden HCTM tentang proses melapor insiden di portal pelaporan insiden baru HCTM iaitu ‘eNsiden’. Program pelaporan ini akan melalui program pilot pada Ogos ini.

1 3 4 5 6 7

Search

+