Lawatan Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) ke Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC)

27 Jul 2022 2022, Berita

Pihak UKKP telah menjalankan lawatan Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) ke Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) pada 26 Julai 2022 untuk mengenalpasti hazad-hazad dan seterusnya membantu untuk menambahbaik tempat kerja tersebut agar tempat kerja lebih selamat dan sihat. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat, seterusnya sesi HIRARC dan sesi memberi maklum balas kepada kakitangan ITCC.

Mega Fire Drill HCTM 2022

25 Jul 2022 2022, Berita

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) HCTM telah menganjurkan satu Latihan Kebakaran Mega (Mega Fire Drill), pada 16 Jun 2022 semasa Minggu Kualiti, sempena Sambutan Jubli Perak HCTM. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bertindak sebagai urusetia program bersama beberapa lagi Ahli Jawatankuasa program yang lain. Program ini telah melibatkan seramai lebih seribu orang warga HCTM dan agensi luar seperti Pengadil dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang serta pasukan BOMBA.

Pelancaran Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan

24 Dec 2021 2021, Berita

Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan yang pertama telah dilancarkan dalam Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021 semalam. Sebaik sahaja YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM selesai memberikan ucapan, acara memotong riben dan menurunkan tanda tangan Pengarah pada papan dasar yang dijalankan sebagai simbolik pelancaran. Mengiringi pelancaran ini Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar, dan Dr. Nurmasitah Mohamad Nazri, wakil Ketua Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan dibangunkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM, selaras dengan keperluan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Setiap jabatan perlu memastikan dasar ini dibaca dan dipamerkan di premis jabatan masing-masing. Warga HCTM boleh merujuk dasar ini pada pautan di bawah.

Anda Dijemput Menyertai Kajian Tahap Pengetahuan, Kesedaran & Amalan Pencegahan & Kawalan COVID-19 Dalam Kalangan Kakitangan Kesihatan HCTM

30 Nov 2021 2021, Berita

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menjemput semua kakitangan HCTM dan UKM khususnya kakitangan kesihatan untuk menyertai satu  Kajian Tahap Pengetahuan, Kesedaran & Amalan Pencegahan & Kawalan COVID-19. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan, kesedaran, dan pengamalan pencegahan infeksi penyakit COVID-19 di kalangan petugas kesihatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) semasa pandemik COVID-19.

Borang Soal Selidik: https://tinyurl.com/SoalselidikKAPHCTM

 

Webinar Kesedaran: Penyakit Tuberkulosis (Tibi)

23 Nov 2021 2021, Berita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Unit Keselamatan Dan Keselamatan Pekerjaan HCTM akan mengadakan webinar kesedaran berkaitan penyakit tuberkulosis (Tibi) dalam kalangan petugas kesihatan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2021 (Selasa)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Atas Talian menerusi Aplikasi Zoom/FB Live
Pautan : https://zoom.us/j/97868219809?pwd=Q05PL2RtZ2oxSHV3OUtFSlQ1eFNXZz09
Meeting ID: 978 6821 9809
Passcode: 181273

Penyertaan terbuka kepada semua warga HCTM

1 4 5 6 7

Search

+