Program Mesra Pelanggan Majlis Perubatan Malaysia

4 Oct 2020 Berita

CHERAS, 9 September – Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan Majlis Perubatan Malaysia di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.

Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah dalam ucapan aluannya berkata lebih 1000 pegawai perubatan terdiri daripada lantikan hospital, pensyarah perubatan lantikan Fakulti Perubatan dan pelajar sarjana perubatan di HCTM. Adalah menjadi tanggungjawab individu memperbaharui Sijil Amalan Tahunan dan kegagalan memiliki sijil ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971 dan Akta Perubatan (Pindaan 2012). Pihak hospital memandang serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan tegas kepada pengamal perubatan HCTM yang tidak memperbaharui Sijil Amalan Tahunan mereka.

Program yang diadakan selama sehari ini telah membuka ruang kepada pengamal perubatan HCTM untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan bagi tahun 2021. Program ini juga turut diselitkan taklimat mengenai ‘Ethics, Law dan Jurisdiction’, taklimat mengenai ‘Annual Practicing Certificate Issue’ dan sesi soal jawab. Turut hadir dalam program ini YBrs. Dr. Arulalan Tan Sri Kumaran, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, dan YBrs. Dr. Mohamed Anas Mohamed Hussain, Pengarah Bahagian Pendaftaran & Pembangunan Profesionalisme, Majlis Perubatan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast