Program Cahaya Keharmonian Eratkan Perpaduan Warga HCTM Sempena Hari Deepavali

17 Nov 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah mengadakan mengadakan Program Cahaya Keharmonian Sempena Sambutan Hari Deepavali bersama pihak pengurusan dan warga kerja berbangsa India serta warga kerja yang meraikannya. Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kepelbagaian kaum dan budaya dalam kalangan warga hospital.

Seramai 70 orang warga kerja yang memberikan perkhidmatan di HCTM menerima beg cenderamata khas yang mengandungi cawan berwarna emas, kuih muruku dan lilin beraroma sebagai tanda ingatan serta penghargaan daripada pihak pengurusan HCTM.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memeriahkan suasana perayaan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga HCTM. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen hospital dalam menyemai budaya kerja yang harmoni, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian.


Foto Galeri:

Search

+