PERSARAAN KETUA JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN (JPK), HCTM, PUAN WAN FATIMAH WAN DAUD
Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Puan Wan Fatimah Wan Daud telah bersara pilihan berkuatkuasa 30 Oktober 2021. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan JPK oleh Naib Canselor UKM pada 21 Mac 2019 sehingga beliau bersara.
Di sepanjang perkhidmatannya, beliau amat disenangi oleh pelbagai pihak dan menjadi punca rujukan oleh pelbagai pihak di peringkat HCTM mahupun oleh organisasi luar terutamanya dari Hospital Pengajar yang menyediakan perkhidmatan kejururawatan dan perawatan pesakit. Beliau merupakan seorang yang beriltizam tinggi, selalu mencetus idea-idea baru namun masih mengambil berat berkenaan keperluan kebajikan kakitangan mahupun pesakit.
Majlis persaraan beliau telah diraikan pada Jumaat, 30 Oktober 2021 oleh kakitangan secara atas talian dan secara bersemuka dengan mengamalkan serta mengekalkan SOP yang ditetapkan.
Semua kakitangan JPK mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Puan Wan Fatimah Wan Daud di atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sepanjang beliau berkhidmat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.




