Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah beroperasi sejak bulan Mac 2001 terletak di Aras 5, Bangunan Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) merupakan jabatan yang terbesar dan jabatan utama yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perawatan kepada pesakit di wad, klinik dan pusat jagaan harian. Peranan dan tanggungjawab jabatan juga adalah memastikan perlaksanaan polisi dan prosedur perawatan dijalankan dengan selamat, berkualiti dan kos efektif, kakitangan perawatan yang cukup mengikut norma kepakaran dan keperluan, peralatan yang digunakan berfungsi dan selamat untuk pelanggan, menguruskan latihan modal insan yang berteraskan pembinaan sahsiah diri dan kemahiran profesionalisme.

Kakitangan jabatan adalah seramai 1977yang terdiri daripada kalangan jururawat dari pelbagai gred dan anggota sokongan. Kumpulan Profesional dan Pengurusan terdiri daripada Jururawat U44, Gred U42 dan Jururawat Klinikal U41. Kumpulan Sokongan terdiri daripada Penyelia Jururawat gred U36, Ketua Jururawat U32, Jururawat U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan U11.

Perkhidmatan dan aktiviti perawatan di HCTM merupakan tulang belakang untuk membina sebuah hospital yang berprestij dan terkehadapan dalam memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada pelanggan seterusnya dapat bersaing di peringkat global melalui peningkatan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.