PERASMIAN RUANG GALERI DAN DRAF BUKU POLISI JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN (JPK), HCTM
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah mengambil mengambil inisiatif dengan mewujudkan ruang galeri jabatan untuk menghimpun, memelihara rekod dan dokumen berkaitan jabatan, menyimpan dan dalam pada yang sama dapat menyebarkan dan memberi persembahan maklumat serta sejarah perkhidmatan JPK secara profesional berasaskan sumber dokumen dan sejarah jabatan. Di samping itu juga, JPK telah menyiapkan draf Buku Polisi Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan yang akan digunapakai sebagai panduan dan rujukan dalam memberikan perkhidmatan dan perawatan kepada pesakit.
Idea pengwujudan ruang galeri dicetuskan oleh Ketua Jabatan ketika itu, Puan Wan Watimah Wan Daud dengan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Ruang Galeri JPK untuk kerja-kerja pelaksanaan dengan bantuan khidmat nasihat dan panduan oleh Kurator Kanan dan kakitangan pihak Muzium Warisan Akademik UKM. Sementara itu, Jawatankuasa Polisi JPK pula telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan draf buku ini yang mempunyai lebih kurang 180 muka surat.
Ruang Galeri JPK dan Draf Buku Polisi JPK telah berjaya disediakan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Razman Jarmin, Pengarah HCTM pada 28 Oktober 2021. Diharapkan dengan adanya galeri dan buku ini semua kakitangan akan mendapat manfaat dan maklumat berkenaan sejarah penubuhan, perkembangan perkhidmatan, maklumat para pengurusan jabatan dan juga panduan dalam menyediakan perkhidmatan kepada perawatan pesakit.





