Lawatan Penanda Aras dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM (HSAAS)

5 Aug 2024

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerima lawatan penanda aras dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM (HSAAS) yang diketuai oleh Puan Asiah Jafri bersama lima (5) petugas kesihatan pada 30 Julai 2024 yang lalu. Kehadiran pelawat telah disambut oleh Puan Roslina Rasip, wakil Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan di Bilik Mesyuarat Aras 3, Bangunan Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.

Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan dan panduan kepada pegawai HSAAS tentang bentuk program Pengkhususan/Program Diploma Lanjutan (Pos Basik) di HCTM. Sesi pengenalan dan perkongsian ini mengambil masa selama 3 jam dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata antara HCTM dan HSAAS.

Search

+