MISI

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan beriltizam untuk memberi perkhidmatan Kejururawatan yang holistik ke tahap optima dan berkualiti

FALSAFAH

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan beriltizam percaya dengan mengaplikasikan ilmu terkini seiring dengan perkembangan teknologi serta gabungan antara teori dengan amal, warga Kejururawatan dapat mengimplimentasikan jagarawatan yang beretika dan selamat di samping menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti

VISI

Jabatan ini menuju ke arah kecemerlangan dalam pengamalan kejururawatan, pendidikan dan penyelidikan dan menitikberatkan kepuasan pelanggan 

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan jagarawatan yang berkualiti yang merangkumi aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitasi.
  2. Menyediakan kakitangan yang berpengetahuan dan berkemahiran.
  3. Mengamalkan budaya kerja berpasukan dan bersefahaman dalam suasana kondusif untuk mencapai objektif perkhidmatan Kejururawatan.
  4. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan kemahiran untuk pelajar-pelajar dan kakitangan Kejururawatan.
  5. Melibatkan diri dalam penyelidikan.