Bahagian In Patient

Mengendalikan pesakit yang berkeadaan berpotensi untuk kemasukan wad. Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau perubatan jabatan kecemasan untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya ke atas pesakit.

 

Bahagian Out Patient

Bahagian yang mengendalikan perawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari dan perkhidmatan ini perlu disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital.

Bahagian Dewan Bedah

Bahagian ini berperanan menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit termasuk juga menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.

Materniti dan NICU

i)Bahagian Materniti  menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan ibu   sepanjang dia mengandung, semasa proses bersalin selepas bersalin dan     pemasalahan wanita bermula usia remaja sehingga usia menopause. Semua kes Obstetrik yang dirujuk dari luar termasuk kes Ginekologi. Memberikan      perkhidmatan bagi sama ada secara out patient dan in patient.

ii) NICU merupakan unit rawatan rapi bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir sehingga usia bayi 42 hari. Menerima rujukan luar mengikut kepakaran yang disediakan.

Bahagian Perkembangan Kejururawatan

Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti terutama dalam memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai. Perancangan seterusnya adalah bahagian akan melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan di jabatan. Bahagian ini juga menyelaraskan pengurusan peningkatan kerjaya jururawat dalam sub kepakaran, ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.