Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM 2023

25 May 2023
Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah diadakan pada 25 Mei 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.
Hari Jururawat disambut sebagai penghargaan bagi mengenang jasa para jururawat yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Tahun ini, sambutan Hari Jururawat Sedunia 2023 dengan tema “Our Nurses, Our Future” adalah amat tepat dan seiring dengan senario semasa negara dan dunia global yang mana jururawat menjadi nadi dan tunjang kepada kemampanan dan kelangsungan peningkatan taraf perawatan dan kesihatan masyarakat.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah UKMSC, Timbalan- timbalan pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan Warga UKM.

Search

+