MENJALANKAN TUGAS KETUA JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN (JPK), HCTM
Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Puan Wan Fatimah Wan Daud telah bersara pilihan berkuatkuasa 30 Oktober 2021. Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan HCTM telah melantik Puan Masrifah Zakaria, Ketua Bahagian Perkembangan Kejururawatan, JPK untuk menjalankan tugas Ketua Jabatan Perkhidmatan berkuatkuasa pada 15 November 2021.
Semua kakitangan JPK mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Masrifah Zakaria untuk menerajui sebelum Ketua Jabatan baru dilantik.
