Beg Cenderamata Sempena Hari Jururawat Sedunia
Sempena Hari Jururawat Sedunia yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah mengambil pendekatan berlainan dengan mengedarkan 1400 beg cenderamata khas kepada warga kerja profesion jururawat pada tahun ini. Beg cenderamata ini merupakan tanda penghargaan dan juga sumber motivasi kepada jururawat-jururawat yang sentiasa memberikan komitmen yang penuh tanggungjawab dan berdedikasi dalam memberikan perawatan kepada pesakit.

