Deskripsi Program

Program Pos Basik Perawatan Renal HCTM (PBPR) adalah program sepenuh masa selama 6 bulan yang ditawarkan oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Ia telah mendapat kelulusan daripada Senat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada 16 Oktober 2019 dan masih menunggu keputusan perakuan akreditasi sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Struktur kurikulum program ini dipandu oleh Standard Criteria dan Garis Panduan Lembaga Jururawat Malaysia. Program Pos Basik Perawatan Renal HCTM (PBPR) ini mempunyai 20 jam kredit yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Pada Sesi 1 para pelajar akan didedahkan dengan Basic Medical Science dan Sains Kejururawatan yang berkaitan dengan penyakit renal dan kaedah jagarawatan pesakit renal. Pada Sesi 2 para pelajar akan didedahkan dengan Sains Kejururawatan dan Behavioural Science di mana para pelajar didedahkan tentang rawatan hemodialisis, water treatment, penyediaan pesakit dalam rawatan hemodialisis serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan waris. Pada setiap sesi para pelajar juga dikehendaki untuk melengkapkan tempoh klinikal selama 6 minggu (sesi 1) dan 6 minggu (sesi 2) di mana para pelajar akan menjalani latihan klinikal sepenuhnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

 

 

Butiran Program

Sesi 1

PBPR6112 Basic Nephrology

Kursus Basic Nephrology ini memberi pendedahan pengetahuan kepada pelajar berkaitan dengan anatomi dan fisiologi, keseimbangan cecair dan asid base dalam badan, farmakologi dan kawalan jangkitan. Pengetahuan dan kemahiran kognitif ini dapat meningkatkan kebolehan pelajar di dalam pengurusan dan perawatan pesakit di unit renal secara cemerlang.

PBPR6123 Renal Nursing Sciences 1

Pelajar akan didedahkan dengan pengkhususan berkaitan dengan perawatan dan penjagaan sains kejururawatan perawatan renal. Kursus ini juga akan meningkatkan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, critical thinking, decision making, dan autonomi didalam penjagaan dan tindakan yang harus diambil dalam memberikan perawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah renal mengikut standard piawaian amalan yang terkini.

PBPR6133 Renal Nursing Sciences 2

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengkhususan berkaitan dengan perawatan dan penjagaan sains kejururawatan perawatan renal. Kursus ini juga akan meningkatan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, critical thinking, decision making, dan autonomi didalam penjagaan dan tindakan yang harus diambil dalam memberikan perawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah mengikut standard piawaian amalan yang terkini.

PBPR6143 Renal Nursing Practice 1

Pelajar akan menjalani penempatan klinikal di wad Nefro, Unit CAPD, wad urologi, Klinik Nefro dan transplan, klinik urologi dan dewan bedah (vascular & tenchoff) untuk mempraktikkan pengetahuan, kognitif skill dan sikap (attitude) yang dipelajari dalam sesi satu dalam menangani pesakit yang mempunyai masalah renal dengan pemantauan hemodinamik, pengurusan rawatan renal, komponen farmakologi dan kaunseling. Pelajar juga akan dapat membentuk sikap yang baik melalui komunikasi dan penjagaan yang holistik kepada pesakit.

 

Sesi 2

PBPR6212 Psychosocial and Ethical Aspect of Renal Nursing

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar konsep organisasi dalam unit rawatan renal, teknik komunikasi, memberi sokongan emosi serta keselesaan kepada pesakit dan ahli keluarga yang dirawat di unit rawatan renal dengan menggunakan prinsip etika yang betul, berkesan serta mengikut piawaian standard amalan yang terkini yang telah ditetapkan.

PBPR6224 Renal Nursing Sciences 3

Kursus ini memberi penekanan kepada pelajar berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, kemahiran berfikir secara kritis dan holistic serta bijak membuat keputusan semasa pengurusan jagarawatan pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis. Pengkhususan Renal Nursing Sciences ini juga akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepentingan rawatan hemodialisis, water treatment, penyediaan pesakit dalam rawatan hemodialisis serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga mengikut standard piawaian amalan praktis yang terkini serta mematuhi legal dan etika, profesionalisma dan medikal legal.

 

PBPR6233 Renal Nursing Practice 2

Pelajar akan diberi pendedahan dengan menjalani penempatan klinikal di unit akut hemodialisis, unit kronik hemodialisis, renal ICU dan daycare nefro untuk mempraktikkan pengetahuan, kognitif skill dan sikap (attitude) yang dipelajari dalam sesi dua dalam pengurusan pesakit yang mempunyai masalah di rawatan renal melalui komunikasi dan penjagaan yang holistik kepada pesakit dengan mengamalkan mengikut standard piawaian amalan praktis yang terkini serta mematuhi legal dan etika, profesionalisma dan medikal legal.

  • 03-9145 4895/ 4898
  • unitposbasik@gmail.com
  • Unit Pos Basik, Tingkat 4, Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad tutup)