Syarat Am Kemasukan
- Mempunyai sijil Diploma Kejururawatan/ Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya DUA (2) tahun sebagai jururawat terlatih.
- Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan(APC) yang sah dan terkini.
- Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah.
- Diperakui oleh Ketua Jabatan / Majikan.
- Pelajar wanita tidak dibenarkan hamil semasa memohon dan sepanjang mengikuti pengajian.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang berdaftar (termasuk ujian Hepatitis B, Hepatitis C, HIV/AIDS, Chest X-Ray dan UPT). Sekiranya keputusan pemeriksaan perubatan tidak lulus, maka tawaran akan terbatal dengan sendiri.
POS BASIK PERAWATAN DIABETES
Syarat Khusus:
Mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebagai jururawat terlatih di wad dan klinik medikal-surgikal atau yang berkaitan dengannya.
POS BASIK PERAWATAN RAPI
Syarat Khusus:
- Mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan di unit-unit kritikal atau yang berkaitan dengannya.
- Mempunyai sijil Basic Life Support (BLS) yang sahih dan terkini. Sertakan sekali salinan sijil dengan borang permohonan.
POS BASIK PERAWATAN RENAL
Syarat Khusus:
Mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan di unit-unit Hemodialisis dan wad-wad Nefro/Renal atau yang berkaitan dengannya.
Kaedah Permohonan dan Dokumen Yang Diperlukan
Borang pendaftaran yang telah dimuat turun hendaklah lengkap diisi. Dokumen-dokumen wajib yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
- Salinan sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) yang terkini.
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan
- Surat pengesahan majikan
- Laporan perubatan keputusan ujian Pregnancy Test (pelajar wanita sahaja), Chest X-Ray, HIV, Hepatitis B dan C yang telah disahkan oleh pegawai perubatan berdaftar.
Borang pendaftaran dan salinan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Unit Pos Basik, Tingkat 4, Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
atau email kepada unitposbasik@ppukm.ukm.edu.my
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-9145 4898/ 4895.